Thursday, December 31, 2009

Mesyuarat Pembukaan Tahun 2010

Perhatian kepada setiap pengerusi cawangan serta ahli jawatankuasa tertinggi BAHASA, anda diminta hadir ke mesyuarat pembukaan tahun 2010.

Tarikh: 9 Januari 2010
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Bilik Lembaga Pengelola, DBP Sabah

Wednesday, December 30, 2009

Kata-kata falsafah yang mengubah kehidupan

SEORANG penulis Arab, Ghadah Al-Saman, pernah menagatakan, kata-kata yang terindah adalah kata-kata yang tidak diungkapkan. Tetapi kata saya, kata-kata yang diungkapkanlah yang boleh mengubah kehidupan, lebih-lebih lagi jika kata-kata itu sangat tinggi nilai falsafahnya, penuh renungan dan tersirat makna yang mendalam tentang perjuangan hidup manusia. Sebab itu baru-baru ini saya terbaca satu rencana tentang Brunello Cucinelli, seorang tokoh usahawan dan kapitalis Itali yang memperoleh pendapatan sekitar 154 juta Euro pada tahun 2009, dan percaya bahawa kata-kata falsafah yang dipaparkan di tempat tertentu di pejabat dan di kilang barangan mewahnya di Umbria, Itali sesungguhnya mempengaruhi kehidupan, kualiti kerja dan keberkesanan pengurusan syarikatnya.

Terdapat kata-kata falsafah yang dilekatkan pada dinding berhampiran kilang yang dia mahu supaya para pekerjanya menyerap dan memikirkan makna tersirat kata-kata falsafah itu untuk tujuan perubahan paradigma, sikap dan kehidupan, setiap kali mereka melihat dan membacanya. Antara kata-kata yang menghiasi dinding kilangnya itu ialah kata-kata falsafah Socrates yang berbunyi “Sebuah kehidupan tanpa pencarian tidak berbaloi dijalani. Kemudian kata-kata Aristotle “Alam semula jadi tidak melahirkan sesuatu tanpa makna”, dan kata-kata Galileo, “ Di sebalik setiap masalah terdapat satu peluang”.

Apabila tokoh itu menyebut tentang cara pengurusan syarikat dan kilang barangan mewahnya, dia berkata, dia tidak pernah menggunakan kad perakam waktu untuk kakitangan dan pekerjanya, mereka boleh datang dan pulang sesuka hati, kerana setiap manusia katanya, mempunyai urusan dan kekangan hidup masing-masing. Jadi seluruh perniagaan dan pengurusan syarikat dan perkilangannya diurus berdasarkan kepercayaan semata-mata, asalkan para pekerjanya datang itu sudah memadai, asalkan mereka bekerja dengan kreatif, berinovasi dan sentiasa berfikir tentang keuntungan.

“Jangan paksa mereka bekerja mengikut kekangan masa yang kita tetapkan, tetapi mereka tidak menyukainya. Apabila seseorang itu menjalani gaya hidup yang digemari dan disukainya, maka dia akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Jika kita mahu membuat perubahan dan mahu menghasilkan barangan yang berkualiti, kita perlukan manusia. Untuk meyakinkan insan yang terbabit agar melakukan kerjjhiuva yang baik dan berkualiti, kita perlu memastikan pekerjaan tersebut bermaruah dan mereka sangat menyukainya” kata Brunello Cucinelli.

Bagi saya kehebatan Brunello Cucinelli ada dua. Pertama, dia hebat mencari idea yang terbaik bagi mengurus perniagaannya dengan mwujudkan masa yang sangat anjal, tanpa sebarang kekangan waktu yang rigid. Kedua, kegemarannya terhadap kata-kata falsafah yang diyakininya akan mengubah kehidupan manusia di sekelilingnya. Sebab itu saya melihat kata-kata yang indah, dan sarat falsafah ini sangat penting dalam kehidupan manusia dan apabila ia diungkapkan ia akan menjadi pedoman manusia untuk jangka masa yang lama.

Hamka misalnya pernah mengungkapkan kata-kata tentang perkahwinan seperti berikut, perkahwinan itu ialah percantuman dua jiwa dengan seribu perbezaan. Saya kata itu realitinya. Jika anda hendak mengahwini seseorang kerana ada persamaan anda dengannya, itu adalah karut. Jangan kata, anda mencari gadis yang mempunyai hobi sebagai kutu buku seperti anda untuk dikahwini. Itu juga adalah karut. Kita akan tetap bertemu perbezaannya. Perbezaan itulah yang menentukan sama ada kita tahan uji untuk kekal bersama atau sebaliknya. Sebab itu dalam sebuah cerpen, saya menulis ”Jadi janganlah terlalu memilih. Bukan persamaan yang kamu mesti cari daripada perkahwinan, melainkan perbezaan. Tidak ada persamaan, Ingat itu, melainkan perbezaan”

Kemudian saya teringat satu kata-kata falsafah yang sangat menarik tentang bangsa di Malaysia. Saya tidak ingat siapa yang mengungkapkannya, tetapi ia lebih kurang berbunyi begini, persoalan bangsa tidak boleh dibincangkan dalam suasana yang terlalu panas dan penuh provokasi. Dalam masa yang kita tidak boleh lagi menyembunyikan segala-galanya di bawah karpet.

Ungkapan ini saya kata sangat menarik kerana dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, persoalan bangsa memang sering menjadi isu yang sensetif dan perlu berhati-hati diungkapkan.Apabila seorang tokoh pembangkang baru-baru ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan dalam membina masjid, tentulah ia menguris hati orang Melayu yang beragama Islam. Kenyataan bersifat provokasi seperti ini boleh mencetuskan ketegangan kaum dan menjejaskan keharmonian hidup rakyat. Walaupun trend politik seperti ini, mungkin menguntungkan pihak tertentu dalam jangka masa pendek, tetapi saya masih berpendapat ia mesti dielakkan supaya keharmonian kaum dapat dinikmati untuk jangka masa yang lama di negara ini.

Apabila UMNO diharamkan pada tahun 4 Februari 1988, seorang tokoh ilmuan dan pejuang keamanan dari Jepun yang juga Presiden Pertubuhan Soka Gokkai Internasional, Daisaku Ikeda, melawat Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, dua hari selepas peristiwa yang mengejutkan negara itu berlaku. Dalam pertemuan itu dia berkata kepada Dr. Mahathir “Di dalam setiap zaman dan setiap negara, mereka yang berada dalam kedudukan sebagai pemimpin sememangnya menanggung kesukaran. Dengan mengatasi kesukaran itu, datanglah sinar yang lebih terang”.
Tun Dr. Mahathir kemudian mengangguk dan berkongsi kepimpinnnya dengan mengatakan “Pemimpin sentiasa berhadapan dengan keadaan yang susah dan masalah yang sukar. Salah satu kunci yang diperlukan oleh pemimpin ialah keazaman untuk mengatasi segala kesukaran itu, di samping keberanian yang aktif untuk mencari dan menerima cabaran”.

Kata mantan Presiden Pertubuhan Soka Gakkai Internasional yang kedua, Josei Toda, bermulalah dengan perkara yang paling sukar, selepas itu segalanya akan menjadi mudah.Apabila Dr. Mahathir sekali lagi ditanya oleh Encik Daisaku Ikeda, tentang rahsianya mentadbir negara yang berbilang kaum dan agama, Dr. Mahathir menjawab budayalah yang menjadi faktor penentu paling utama. Budaya menjadi penyokong utama untuk pembangunan yang harmoni.

Pada malamnya Encik Daisaku Ikeda kemudiannya diraikan dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Dr. Mahathir dan beberapa menteri lain dan persembahan budaya tarian Kikunokai dari Jepun juga dipersembahkan. Tetapi yang mengejutkan semua orang dalam majlis itu ialah sebahagian besar penari tarian Jepun itu adalah orang Malaysia. Begitu juga tarian Malaysia yang dipersembahkan pada malam itu ditarikan oleh wanita Jepun. Itu adalah imbasan Renaisans Asia yang beraneka warna yang menunggu dunia pada hari muka.

Tetapi lebih daripada itu, di dalam negara saya yang tercinta ini, saya juga hendak melihat dengan begitu ghairah, suatu pemandangan atau persembahan sebenar di mana pada ketika itu, orang Cina dengan tulus ikhlas menarikan atau mempersembahkan tarian Melayu seperti Zapin, Inang, Samazau dan sebagainya, Orang India menayanyikan lagu asli, dondang sayang, joget, lagu etnik Bajau atau kadazandusun dan sebagainya. Saya berfikir itu jauh lebih baik daripada membangkitkan isu ketuanan Melayu.
Kita hendak duduk bersama dan membina negara ini berasaskan pelembagaan yang telah kita persetujui bersama. Kita mahu kata-kata yang indah, yang diungkapkan biarlah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan. Di dalam kehidupan, keamanan adalah perkara yang paling penting daripada segalanya. Tanpa keamanan kata mantan Presiden Republik Dominika, Joaquin Balaguer, kita tidak akan mencapai apa-apa. Keamanan tidak terjadi hanya dengan mengelak peperangan, tetapi kita perlu menubuhkan kesatuan yang padu antara semua manusia.

Pemimpin itu jugalah yang saya ingat, telah mengungkapkan sebuah kata-kata yang sungguh indah dan berfalsafah, lewat sebuah puisi yang penuh makna yang masih saya ingat sehingga kini, “tiada apa yang dapat mencarik benderaku. Sekalipun pohon oak membengkok diserbu angin. Ia tidak akan berkerik. Ia mendengar pada nyanyian beburung di atas dahan”

Puisi itu pada saya sungguh mengagumkan. Ia bukan hanya menyerlahkan watak seorang yang berkuasa, tetapi lebih daripada itu ia sebenarnya cerminan watak yang unggul yang melangkau batas politik dan kuasa. Seperti katanya yang banyak mempengaruhi saya dalam kehidupan, “Jika kita sendiri menjadi sumber cahaya, maka tidaklah ada kegelapan di dunia ini”.

Akhir sekali saya menyebut dan menyukai Yang Berhormat Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif, pemimpin muda yang bersinar bintangnya di Negeri Sabah, bukan kerana dia adalah sahabat saya, tetapi di dalam dirinya tersimpan seribu kata-kata yang apabila diungkapkan ia sebenarnya boleh mengubah dunia. Antara kata-kata berfalsafah yang pernah diungkapkannya ialah “Manusia berjaya kala ditakluk kalbu, binasa kala ditawan nafsu” dan dia juga seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berani seperti ungkapannya, “pemilik jiwa yang besar ialah orang yang tidak mengenal erti kalah. Tidak gusar di hadapan kritikan dan tidak gentar menghadapi apapun keadaan”.
Sementara ketika mengulas tentang nilai persahabatan, Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif pernah menulis “Mahalnya persahabatan kala dicagarkan dengan kesetiaan, murahnya persaudaraan kala digadai dengan kepuraan”

Kata-kata ini mengingatkan saya kepada dunia yang kita huni ini, kita bertemu dengan pelbagai bencana kehidupan kerana seseorang yang menikam belakang sahabatnya sehingga pertumpahan dan huru hara berlaku. Justeru itu menghargai persahabatan mempunyai harga yang tidak kecil. Persahabatan tidak kenal kepada darjat, batas kaum atau kepentingan diri. Persahabatan tidak kenal perbezaan pendapat atau bangsa. Persahabatan hanya bersandarkan kepada tiang ikhlas, kesetiaan, kepercayaan dan rasa kemanusiaan yang tinggi.

Saya tahu, Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif adalah pemimpin yang berkarisma dan tidak mengorbankan kepentingan persahabatan untuk kepentingan dirinya. Beliau juga tidak mengorbankan kepentingan rakyat untuk kepentingan dirinya. Kerana pemimpin yang mengorbankan sahabat dan rakyat untuk kepentingannya adalah tidak bertanggungjawab, sama seperti rakyat yang tidak berguna, yang mengorbankan masa depannya untuk kesenangan yang singkat dan sementara.

JASNI MATLANI

Monday, December 28, 2009

Perjuangan ke arah memartabatkan bidang penulisan

“BANGSA yang tidak mempunyai penulis adalah bangsa yang sudah mati”. Saya teringat kata-kata itu apabila umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia menyambut ketibaan maal hijrah 1431 yang menyakasikan kita semua mendapat keberkatan daripada Allah kerana dipanjangkan umur dalam keadaan yang sihat walafiat melangkah ke tahun hijrah yang baru ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Natal dan selamat tahu baru kepada sahabat handai yang beragama Kristian.

Mudah-mudahan perayaan tahun baru masihi dan tahun baru Islam atau tahunn hijrah yang disambut hampir serentak kali ini membawa perubahan yang lebih menarik lagi, terutama dari segi memperkukuhkan keharmonian yang merentas kaum dan agama yang sudah diamalkan berdekad-dekad lamanya di negeri ini. Saya teringat beberapa kisah menarik yang menunjukkan keharmonian hubungan antara umat Islam, orang Kristian dan Yahudi yang pernah ditunjukkan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W semasa hayat baginda, yang boleh kita renung bersama ketika melangkah ke tahun baru hijrah dan juga tahun baru masihi ini.

Suatu ketika apabila seorang wakil dari Habsyah yang beragama kristian datang ke Madinah, baginda membawanya ke rumah baginda dan baginda sendiri melayani orang itu selama dia berada di Madinah.
Pada suatu ketika yang lain, datang seorang Yahudi dan tanpa disangka-sangka orang itu menegur Baginda dengan kata-kata Al-sam ‘alaikum (kematian untuk kamu) sebagai ganti kepada perkataan Al-salamu ‘alaikum (sejahtera ke atas kamu) tetapi baginda tidak mengambil hati, malah melayan orang Yahudi itu dengan baik hati dan penuh sopan santun.

Begitu juga Sayidina Ali bin Abu Talib pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah berhutang beberapa dinar kepada seorang tabib Yahudi yang meminta bayaran daripada Rasullullah. Apabila Rasulullah memberitahunya, “Aku tidak mempunyai apa-apa untuk diberi kepada engkau” Yahudi itu menjawab, “Aku tidak akan melepaskan engkau hai Muhammad, sehingga engkau membayar hutangmu kepadaku” Raslullah bersabda “kalau begitu aku akan tinggal bersamamu”. Lalu Baginda mematuhi kata-katanya itu. Rasulullah menunaikan sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh bersama Yahudi itu.

Sahabat-sahabat Rasulullah mengancam dan menggugut Yahudi itu, lalu bertanya “Ya Rasulullah, adakah Yahudi itu menjadikan engkau sebagai hambanya? Rasulullah menjawab, “Tuhanku melarang aku daripada memungkiri janji terhadap seseorang” Selepas beberapa ketika iaitu apabila matahari telah meninggi, orang Yahudi itu berkata “Aku mengaku bahawa engkau adalah Rasulullah. Maka, separuh daripada hartaku akan aku serahkan untuk jalan Allah. Aku bersumpah di hadapan Allah bahawa tujuanku mengugut engkau (Rasulullah) ialah supaya aku dapat bertemu dengan apa yang diceritakan oleh kitab Taurat mengenaimu”

Di dalam kitab Taurat dinyatakan. Muhammad bin Abdullah akan dilahirkan di makkah yang merupakan nabi akhir zaman... baginda tidak kasar atau bersuara nyaring di jalan. Baginda juga tidak mempunyai peribadi yang kasar dan berkata-kata tidak sopan.
Pernah dikisahkan juga bahawa Rasulullah pernah pergi ke rumah seorang Yahudi untuk melawat anaknya yang sedang sakit, sehingga anak itu memeluk Islam dan pada suatu ketika yang lain Rasulullah pergi ke suatu tempat dan tiba-tiba baginda berhenti dan berdiri di suatu tempat. Apabila para sahabat bertanya mengapa baginda berhenti, maka Rasulullah memberi tahu ada jenazah orang Yahudi sedang diusung di atas jalan dan baginda berhenti adalah sebagai tanda hormat terhadap jenazah berkenaan.

Kisah yang saya turunkan ini mungkin simple dan nampak biasa, tetapi demikianlah ketinggian akhlak dan budi pekerti Rasulullah yang merentas sempadan kaum dan agama, yang boleh kita contohi dalam membina hubungan harmoni dan aman sejahtera, sehingga kita mampu menjana pembangunan dengan lebih baik dan sebagai pedoman kita ketika hendak melangkah pada awal tahun baru hijrah dan juga tahun baru masihi ini.

Tetapi para penulis juga harus mengambil ikthibar daripada sambutan maal hijrah dan tahun baru ini dengan menyematkan azam yang lebih kukuh dan lebih kuat lagi dalam memperkasa keterlibatan dalam bidang penulisan, kerana inilah satu-satunya anugerah yang dikurniakan Allah kepada kita untuk mengabadikan sesuatu yang bermakna kepada bangsa, agama dan negara kita. Anugerah ini telah diterjemahkan oleh para ulama terdahulu, terutama dalam zaman keemasan Islam, dan sekarang tiba pula giliran kita untuk mengimarahkan ilmu, kemajuan dan mempertingkatkan kualiti dalam pelbagai aspek kehidupan, kerana kita adalah pewaris dan penterjemah ilmu untuk zaman kita.

Sebab itu saya mengatakan, bangsa yang tidak mempunyai penulis itu adalah bangsa yang sudah mati. Kenapa? Sebabnya ialah penulis itu bukan sekadar perakam, tetapi adalah peterjemah zamannya. Menghidupkan ketamadunan bangsanya untuk jangka masa yang lama. Usia sebuah ketamadunan mungkin hanya puluhan atau ratusan tahun sahaja, tetapi penulis yang menjadikannya sentiasa segar dan kebesarannya diingati atau dipelajari untuk jangka yang lama. Penulis yang agung adalah cahaya dan roh kepada tamadun bangsa yang tak akan padam. Penulis seperti ini lahir untuk memuliakan kehidupan dan tahu darimana sumber kehidupan itu datang.

Saya mengungkapkan kata-kata ini ketika bersama teman-teman beberapa minggu lalu sewaktu berada di Miri, kerana menghadiri Perkampungan Pengarang Sarawak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA).Saya memperkatakannya kerana kebetulan kami berada dalam satu pertemuan yang berlangsung dalam suasana menarik, penuh perbincangan ilmu, walaupun sederhana, dengan upacara perasmiannya disempurnakan oleh Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Jiso Rutan. Saya menghadiri pertemuan itu bersama-sama Timbalan Yang Di Pertua BAHASA, Saudara Ramlie Jusoh dan juga Ketua Satu Ikatan Penulis (IPS) saudara Hasyuda Abadi, sebagai sokongan kepada sahabat penulis di Sarawak yang bergabung dalam PUTERA, yang begitu gigih memperjuangkan dan memperkasakan bidang penulisan di negeri berkenaan.

Beberapa kertas kerja telah dibentangkan sepanjang perkampungan itu, antaranya kertas kerja berjudul “Masa Depan Kesusasteraan Kebangsaan di Sarawak” yang disampaikan oleh Sasterawan Sarawak yang juga Ahli Lembaga Pengelola DBP, Datu Haji Adi Badiozaman Tuah, kertas kerja kedua berjudul “Perspektif Bangsa Dalam Lanskap Sastera” oleh Ketua Bahagian Pengembangan Teori DBP, Encik Mohamad Daud Mohamad, kertas kerja ketiga berjudul “Strategi Pemasaran karya Sastera” disampaikan oleh Dr. Jeniri Amir, dan kertas kerja ke empat berjudul “Pengaruh Kontekstual terhadap kelahiran teks dan kaedah lakonan bangsawan tahun 1980-an di Sarawak” oleh Dr. Nur Afifah Anitha Abdullah.

Seterusnya dibentangkan juga kertas kerja berjudul “Memperkasa keberhasilan karya sastera: Pengalaman Meneliti karya Penulis Sarawak” oleh Pensyarah Universiti Negara Brunei Darussalam, Dr. Shahlan Mohd. Saman, kertas kerja “Satu Malaysia Perspektif Sastera Nasional: Realiti dan Cabaran” oleh Dr. Awang Azman Awang Pawi, kertas kerja “Menulis Sastera Popular: Pengalaman dan Prospek” oleh Dahiri Saini dan kertas kerja yang terakhir berjudul “Membangunkan Generasi Penulis Baru: Perancangan dan Pelaksanaan” oleh penulis terkenal Sarawak, Poul Nangang.

Kertas kerja yang dibentangkan itu semuanya berkaitan dunia penulisan dan kesusasteraan Sarawak, tetapi ada beberapa buah kertas kerja yang secara perbandingan mengatakan bahawa perkembangan serta potensi masa depan sastera Melayu di Sabah sebenarnya lebih baik dan lebih maju berbanding dengan apa yang berlaku di Sarawak. Itu adalah kerana kita mampu melahirkan karya yang lebih baik sama ada dari segi kualiti dan kuantitinya, malah ada penulis di Sabah yang pada tahap tertentu diangkat menjadi idola, menjadi semacam ikon dan penggerak kepada golongan muda untuk terus berkarya serta memartabatkan dunia penulisan.
Tahap ini kononnya belum berjaya dicapai Sarawak, walaupun kedua-dua negeri ini berkongsi tarikh kemerdekaan yang sama dengan bersetuju menyertai Malaysia pada 16 September 1963, yang kini telah di perakui sebagai Hari Malaysia.

Apabila pujian ini saya sebut kembali dalam tulisan ini, saya tidak bermaksud untuk membangga diri atau mengajak penulis di Sabah ini riak tidak bertempat dengan pujian tersebut. Tidak sekali-kali!. Tidak ada sebab mengapa penulis Sabah harus mendabik dada dan bersikap angkuh mengenainya. Dari satu segi yang sangat terpencil, perkembangan dunia penulisan di Sabah memang sewajarnya mendapat pujian yang melangit kerana pengorbanan yang dilakukan penulis negeri ini dalam pelbagai aspek.
Dunia penulisan Sabah berkembang dengan baik kerana komitemen yang berterusan yang ditunjukkan oleh para penulis dan aktivis sastera Melayu di Sabah yang tidak pernah jemu melipatgandakan usaha dalam memartabatkan bidang penulisan dan malah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam melahirkan lebih ramai penulis yang berwibawa, yang berkelibar bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat kebangsaan. Mereka berusaha bersungguh-sungguh meletakkan negeri Sabah dalam peta sastera kebangsaan, walaupun ia sering dipandang sebelah mata oleh pelbagai pihak di Semenanjung.

Mereka tidak pernah berputus asa dan malah secara berterusan memperkasakan dunia penulisan di negeri ini, kerana bagi mereka, usaha memartabatkan dunia penulisan sebenarnya tidak berpenghujung. Begitu juga usaha seseorang itu dalam menghasilkan karya dan menjadi penulis yang terbaik tidak ada akhirnya. Jika ada pengakhirnya juga, maka itu adalah kematian.

Justeru itu, pada tahun baru 1431 hijrah dan tahun baru masihi 2010 akan datang tak lama lagi ini, marilah kita semua memperkukuhkan azam untuk berubah, memartabatkan serta memperkasakan lagi bidang penulisan kreatif dan non kreatif di negeri Sabah ini. Saya yakin, perjuangan yang tidak berkesudahan akan membuahkan hasil yang baik. Selagi kita berpegang kepada obor perjuangan yang mulia, selagi itulah gerakan ke puncak mercu kejayaan ketamadunan bangsa kita itu tidak akan ada noktah kegagalannya.

JASNI MATLANI

Sunday, December 27, 2009

1 Malaysia: Harapan baru rakyat Malaysia atau hanya retorik?

BARU-BARU ini saya menjadi ahli panel forum Kolokium Bahasa dan Sastera Pelbagai Kaum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang diadakan di Grand Ballroom, 1 Borneo. Selepas forum itu, ramai yang bertemu dengan saya dan memberi reaksi bahawa saya kelihatan tegas, bersungguh-sungguh bercakap dan kurang bergurau dalam menyampaikan hujah, khususnya berkaitan isu 1 Malaysia sepanjang forum berkenaan. Kenapa? Adakah saya perlu bergurau atau bermain-main bila berbincang mengenai agenda bangsa dan masa depan rakyat negara saya?

Saya memang bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak bahawa Sabah wajar dijadikan contoh dan modal gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkannya, kerana keunikan dan keajaibnnya. Malaysia memiliki keajaiban, tetapi Sabah mempunyai lebih banyak keajaiban. Seperti kata Tuan Haji Said Inyat, di Sabah hubungan kaum dan agama mungkin mengelirukan, kerana anda akan bertemu seorang yang beragama Kristian tetapi memiliki nama Islam dan begitulah sebaliknya. Namun inilah hakikatnya, bagaimana perasaan persaudaraan, hubungan antara kaum berlaku secara wajar, merentasi sempadan bangsa, kaum dan agama.

Hanya di Sabah sahaja anda bertemu, orang yang berlainan agama boleh hidup sebumbung, dengan satu bilik dihuni ahli keluarga yang beragama Kristian, sementara bilik lain dihuni ahli keluarga yang beragama Islam dan tidak pernah berlaku sebarang perselisihan berkaitan agama dalam keluarga berkenaan. Kata Datuk Masidi Manjun, saudara yang beragama Kristian menjaga supaya tidak ada sesiapa dalam keluarga itu membawa makanan yang haram di dalam rumah yang dihuni secara bersama itu.

Jika ada keluarga yang beragama Islam yang mengadakan majlis perkahwinan, mereka yang beragama Kristian datang meraikan bersama-sama dan jika ada keluarga yang beragama Kristian yang berkahwin, maka saudara mara yang beragama Islam datang lebih awal untuk menyediakan juadah makan minum yang halal untuk tetamu yang beragama Islam.

Tetapi adalah lebih baik, jika dalam konteks gagasan 1 Malaysia ini, kita memberi tumpuan lebih besar kepada usaha mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. Kita mesti melihat, apakah elemen atau perkara yang boleh menyuntik vaksin yang mujarab dalam memperkukuhkan lagi perpaduan itu. Misalnya dari segi bahasa, jika selama ini semua kaum mempertikai Bahasa Melayu termasuk orang Melayu sendiri yang terhegeh-hegeh hendak berkiblat kepada bahasa penjajah semula, maka ia mesti dihentikan serta merta.

Jangan lagi ada kalangan pemimpin kita, sama ada kerajaan atau pembangkang yang terlalu memberi ruang kepada bahasa Inggeris seolah-olah kita hendak mengenepikan perlembagaan negara yang memberi peruntukan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pemersatu rakyat majmuk negara ini. Saya tidak fikir kita akan ketinggalan jika betul-betul hendak memartabatkan Bahasa Melayu, dan pada masa yang sama menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Begitu juga dalam konteks sistem pendidikan negara, jika kita sukar melaksanakan konsep sekolah wawasan atau sekolah satu aliran, kerana prasangka yang tidak baik di antara satu sama lain, maka adalah penting gagasan 1 Malaysia dihebahkan di peringkat sekolah lagi. Khususnya melalui matapelajaran KOMSAS atau Kompenan Sastera dalam Bahasa Melayu, yang diambil oleh semua pelajar tanpa mengira kaum. Mata pelajaran KOMSAS mesti diperkasakan dan mengambil kira sastera yang menonjolkan semangat 1 Malaysia, dengan peluang yang luas juga diberikan kepada penulis Sabah dan Sarawak untuk mengetengahkan karya yang memperlihatkan semangat perpaduan dan keunikan budaya kedua-dua negeri ini dalam konteks perpaduan kebangsaan.

Jangan hanya satu kaum sahaja yang menjuarai gagasan 1 Malaysia atau menonjolkan penduduk Malaysia yang bermustautin di Semenanjung, tetapi penduduk di Sabah dan Sarawak diketepikan atau menonjolkan satu kaum sahaja bagi mewakili kedua-dua negeri ini. Jangan hanya penulis di Semenanjung yang mendapat ruang yang lebih baik, sementara para penulis Sabah dan Sarawak seperti tidak pernah wujud dalam minda mereka yang menentukan karya-karya yang serewajarnya dimasukkan dalam subjek KOMSAS itu.

Jika hal ini diperhatikan, saya yakin perubahan akan berlaku. Saya yakin gagasan 1 Malaysia akan menjadi satu gagasan besar dan membawa harapan baharu kepada seluruh rakyat negara ini. Malah ia mungkin menjadi satu gagasan yang agung dan ingatlah!, sebuah gagasan yang agung hanya boleh diluahkan oleh seorang negarawan yang agung.
Walau bagaimanapun tentulah setiap gagasan yang dikemukakan itu mempunyai niat yang baik dan begitu juga dengan gagasan ‘1 Malaysia’. Justeru adalah satu kebodohan yang nyata apabila kita hanya bermain dengan keburukan gagasan ini dan menolak kebaikannya.

Kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, gagasan 1 Malaysia adalah satu gagasan, di mana kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Siapakah bangsa Malaysia? Jawapannya adalah kita semua. Sama ada kita orang Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak, kita semua adalah bangsa Malaysia, tanpa menghilangkan identiti kita. Apabila kita memperakukan diri sebagai bangsa dan rakyat Malaysia, maka kita mesti menghormati perlembagaan negara ini, kerana itulah asas tubuh negara Malaysia yang telah dipersetujui dan kita mesti pegang bersama untuk kedaulatan rakyat dan negara ini.

Sebagai contoh, apabila bahasa Melayu dipersetujui sebagai bahasa rasmi rakyat negara ini, dibawah perkara 152 perlembagaan Negara Malaysia, maka kita mesti menerimanya bukan kerana ia bahasa orang Melayu, tetapi bahasa rakyat Malaysia yang kita percaya boleh menyatu padukan masyarakat berbilang kaum, bahasa lingua franca, bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa perniagaan dan bahasa sains dan teknologi. Kita mesti berdiri, berfikir dan bertindak mengikut landas perlembagaan berkaitan bahasa ini dan bukan mempertikaikannya, hanya kerana kepentingan politik tertentu.

Memang benar, politik adalah penting dalam kehidupan. Politik menghalalkan cara, tetapi ingat,banyak negara di dunia ini akhirnya melalui masa yang buruk dalam sejarahnya, kerana apa? Itu tidak lain, adalah kerana mereka terlalu berpegang kepada teori politik yang menghalalkan cara, tetapi apa yang berlaku ialah rakyat akhirnya bangkit menyatakan kebenaran dan menghukum mereka dalam cara yang paling hina. Kata Charles Dickens, ada masa untuk perkara yang baik, ada juga masa untuk perkara yang buruk.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, masa yang baik adalah masa di mana seluruh rakyat negara ini hidup bersatu padu, hidup berharmoni dan membangun bersama dalam keadaan yang aman tenteram dan jauh daripada sebarang malapetaka. Tetapi masa yang buruk juga akan tiba jika semua rakyat yang berbilang kaum ini, saling berburuk sangka, berpecah dan meletakkan kepentingan kelompok minoriti tertentu lebih besar daripada kepentingan majoriti. Apabila ini berlaku segala kemakmuran, kekayaan yang melimpah ruah dan pembangunan fizikal tumbuh dengan hebat ini tidak berguna lagi.
Kalau kita perhatikan keadaan di sekeliling sekarang, tanda-tanda itu sudah mula muncul di permukaan seperti kiambang yang memenuhi sebuah tasik dan jika tidak cepat dibersihkan, tasik itu boleh bertukar menjadi hodoh dan sukar bagi kehidupan lain untuk berkongsi nyawa di dalamnya. Sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak menyedari akan berlaku malapetaka yang buruk kepada rakyat dan negara ini jika aspek perpaduan diabaikan.

Sebab itu, gagasan 1 Malaysia diperkenalkan, tujuannya bukan untuk menghidupkan kembali gagasan Malaysian Malaysia, bukan juga untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang-orang Melayu, kedaulatan raja Melayu atau menghilangkan identiti setiap kaum yang terdapat di negara ini seperti yang berlaku di Indonesia, tetapi lebih kepada menginsafi mustajabnya hidup bersatu padu dalam memastikan kesejahteraan serta keharmonian rakyat dinikmati secara bersama dan berterusan untuk jangka masa yang lama.

Gagasan 1 Malaysia tidak dicipta untuk menghapuskan persefahaman yang terkandung dalam kontrak sosial yang diabsahkan Perlembagaan Negara, tetapi ia adalah satu gagasan supaya semua kaum menikmati kehidupan yang makmur. Tidak hanya satu kaum yang membolot kekayaan dan menikmati kemakmuran negara, sementara kaum lain hidup dalam kemiskinan. Ingatlah, orang miskin yang susah akan bangkit, malah mengorbankan apa sahaja untuk survivalnya. Pada ketika itu, harta yang setinggi gunung sekali pun akan hancur, tidak berguna lagi.
Begitu juga, gagasan 1 Malaysia tidak dicipta untuk menghadkan hak-hak kaum tertentu di negara ini. Tidak sekali-kali! Kata Dr. Mahathir, setiap peruntukan yang diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi orang bukan Melayu.

Justeru itu, secara peribadi, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib kerana ideanya dalam melahirkan gagasan yang penting ini, walaupun ada orang lain mengatakan gagasan ini sebagai mengulang perkara lama, membuang masa, membazirkan duit rakyat dan sebagainya. Tetapi mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian dalam sebuah negara demokrasi yang majmuk adalah baik, walaupun sentiasa ada pertanyaan sama ada gagasan itu menjadi harapan baru rakyat Malaysia selepas PRU12 atau hanya retorik dan permainan politik semata-mata?
Jika ia adalah harapan baru, maka cahaya cerah akan muncul selepas mendung yang dibersihkan hujan. Tetapi jika hanya retorik dan permainan politik semata-mata, maka adalah sukar untuk kita berkata, satu perubahan telah berlaku dan kegagalan yang lama telah dibunuh masa.

JASNI MATLANI

Tuesday, December 22, 2009

Sertai Kumpulan Penulisan Buku Prima

Mahu menjadi penulis tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Tidak mengapa, Buku Prima sentiasa mengalu-alukan anda. Adakah anda mempunyai kriteria ini?

Bakat
Minat
Kesungguhan dalam bidang penulisan
Sering menulis cerpen, rencana, karangan dan menguasai bahasa dengan baik
Kami mencari bakal-bakal penulis yang mahu menyiarkan karya mereka dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan dengan Buku Prima. Hantarkan manuskrip lengkap berserta nama, alamat dan nombor telefon kepada kami tetapi ada syaratnya:

Manuskrip anda mestilah asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari karya orang lain.
Anda boleh menulis apa sahaja genre yang digemari
Jalan cerita, penulisan dan gaya bahasa mestilah mantap, mempunyai nilai-nilai moral, agama bermesej dan menarik. Kami berhak menolak manuskrip yang dirasakan tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan tempatan.
Saiz rupa taip atau font mestilah menggunakan jenis Gill Sans atau Times bersaiz 11 atau 13.
Hantarkan manuskrip anda kepada:

BUKU PRIMA SDN BHD
Bilik 101 Tingkat 1,
Lot 7, Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

03-55106636
03-55106637
prima@bukuprima.com.my

Monday, December 21, 2009

Perutusan YDP

SALAM untuk seluruh ahli BAHASA di negeri Sabah. Semoga anda semua terus berkarya dan memartabatkan bidang kesusasteraan di Negeri Sabah ini. Kita semua mesti bangkit daripada kesakitan dan membuktikan bahawa kita semua boleh! BAHASA tahun hadapan insy-Allah akan lebih meriah lagi pada tahun sebelumnya. Pada awal bulan Januari ini BAHASA dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan melancarkan satu sayembara menulis novel, yang jumlah hadiahnya bernilai puluhan ribu ringgit (memang lumayan).

Tunggu saja saya akan memaklumkan secara rasmi dalam laman blog BAHASA ini dalam minggu yang terdekat. BAHASA juga akan menganjurkan Persidangan Kebudayaan dan Persuratan yang ke 2 dengan kerjasama JKKN Negeri Sabah. Temanya juga sudah ditetapkan oleh Pengarah JKKN Sabah, iaitu perpaduan pelbagai etnik di Sabah ke arah 1 Malaysia. Satu lagi acara besar yang kita akan terus perjuangkan dan insya-Allah akan dilaksanakan pada tahun depan ialah pelancaran Bulan Puisi Negeri Sabah pada awal bulan Jun 2010.

Selain daripada itu BAHASA juga akan terus memperkasa bidang penerbitan dan kita mensasarkan untuk menerbitkan sekurang-kurangnya 5 judul buku karya ahli BAHASA tahun hadapan dengan bantuan pelbagai agensi yang berkaitan sastera dan budaya. Ini sasaran kita. Sementara Sayembara Penulisan Cerpen SEDCO-BAHASA yang ke 2 juga akan diadakan. Insy-Allah saya sedang memikirkan supaya genrenya diluaskan kepada puisi juga, kerana kita turut berhasrat untuk terus menyemarakkan dunia perpuisian di negeri Sabah.

Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun kerana sudi menaja sayembara menulis cerpen untuk para penulis di daerah Ranau dan saya telah menghubungi Saudara Sahiman iaitu pengerusi BAHASA Cawangan Ranau yang baru untuk menguruskan hal berkenaan. Kita juga akan menetapkan sayembara cerpen untuk penulis di daerah Ranau ini dibuka pada bulan Januari dan ditutup pada penghujung Mei dan penyampaian hadiahnya pada bulan Jun 2010.
Selebihnya kita akan terus melaksanakan majlis baca puisi, bengkel penulisan dan insy-Allah bengkel ini akan kita buat dengan kerjasama cawangan BAHASA di seluruh Negeri Sabah.

Selain itu BAHASA kini rasanya lebih bersedia untuk memperkasakan dunia sastera di Sabah selaras dengan wawasan kita untuk menjadikan negeri Sabah sebagai dataran ilmu dan lembah sastera yang penting di rantau ini. Saya harap semua ahli BAHASA dan para penulis di Negeri Sabah tanpa mengira latar belakang untuk bersama-sama saya memartabatkan bidang sastera di negeri ini setelah kita melalui tahun-tahun yang sukar selama ini.

Saya juga berharap DBP Cawangan Sabah, akan terus membantu walaupun peruntukan tahunan badan itu dikurangkan sebanyak 30 peratus pada tahun 2010, begitu juga saya berharap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah, serta agensi kerajaan yang lain seperti JHEAINS, JAKIM akan turut membantu terutama dalam memperkasakan sastera Islam di Sabah.

Kita juga mengharapkan Jabatan Pendidikan, DBKK dan UMS terutamanya akan terus bersama-sama kita membantu menganjurkan pelbagai program sastera. Saya optimis, masa untuk bersedih mesti dibiarkan berlalu dan kita melangkah dengan semangat hijrah.
Perjuangan kita dalam BAHASA tidak lain tidak bukan ialah untuk membuktikan sastera mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan masayarakat dan ketamadunan manusia. Sastera mesti menjati diri dalam masyarakat SABAH dan apa salahnya menjadi tarikan pelancong untuk orang luar yang dahagakan kesenian dan ilmu datang melihat pencapaian kita dalam bidang budaya, bahasa dan sastera. BAHASA BOLEH! PENULIS SABAH BOLEH!

Esok saya akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat PPSB peringkat kebangsaan dan hanya kembali ke Sabah pada 26 Dis 2009. Saya ucapkan selamat hari natal kepada sahabat penulis dan ahli BAHASA yang beragama KRISTIAN di Sabah.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan lebih awal jawatankuasa tertinggi BAHASA yang terlibat dalam Jawatankuasa Sayembara Menulis Novel Negeri Sabah 2010 itu agar bersedia lebih awal, kerana mesyuarat jawatankuasa sayembara yang pertama akan diadakan pada minggu pertama bulan Januari 2010. Saya akan SMS sesiapa yang terlibat sebaik-baik sahaja saya mendapat tarikh yang sesuai untuk mesyuarat itu diadakan. Selepas mesyuarat ini barulah insy-Allah saya akan memanggil mesyuarat khas jawatankuasa tertinggi BAHASA untuk kita semua memperincikan lagi pelaksanaan program kita pada tahun 2010.

JASNI MATLANI

Saturday, December 19, 2009

TAKZIAH

Seluruh anggota BAHASA mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham MUSA TAMPIL, yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 Disember 2009. Beliau merupakan seorang penulis puisi dan cerpen sekitar tahun 70-an, dan merupakan ahli BAHASA yang aktif dalam menyumbang idea.

Al-Fatihah ....

Wednesday, December 16, 2009

Perutusan Dari YDP

1) Hanya dua minggu lagi kita berada dalam tahun 2009 dan tidak lama lagi kita akan menyambut tahun baru masihi dan tahun baru hijrah (Islam). Saya ucapkan selamat tahun baru hijrah dan tahun baru masihi kepada ahli BAHASA seluruh Negeri Sabah.
Semoga kita telah mencapai sasaran kita pada tahun ini dan buatlah azam baru yang sewajarnya untuk tahun depan. Misalnya berapa naskah buku yang hendak kita terbitkan, berapa buah karya yang hendak kita hasilkan dan berapa sasaran hasil yang kita boleh perolehi dalam bidang penulisan. Sebagai individu, buatlah azam yang baik bermula dari sekarang dan kotakanlah azam itu.
Tetapi dalam konteks perjuangan kita dalam BAHASA, kita rupanya semakin matang dan kita akan menjangkau usia 40 tahun pada tahun hadapan, saya telah memikirkan untuk mengadakan sambutan 40 tahun BAHASA bermula dari 19 mac 2009 hingga penghujung bulan Jun 2010.
Berbagai-bagai program akan dianjurkan sempena sambutan ulang tahun BAHASA ini antaranya ialah Karnival Puisi 1 Malaysia, bengkel pemantapan cerpen, pelbagai program apresiasi dan deklamasi puisi sempena bulan puisi negeri Sabah pada bulan Jun 2010. Ini termasuklah gema puisi pantai timur di Tawau, apresiasi dan semarak puisi di Sandakan serta beberapa program di Semporna, Kota Belud, Kudat, Ranau, Keningau, Beaufort dan Tenom.
BAHASA juga insy-Allah akan menganjurkan sayembara menulis cerpen SEDCO-BAHASA ke 2 dengan temanya penyertaan kaum BUMIPUTERA dalam bidang ekonomi. Seterusnya BAHASA Cawangan Ranau juga akan menganjurkan sayembara menulis cerpen dan puisi untuk para penulis di daerah Ranau sahaja dimana hadiahnya ditaja oleh YB Datuk Masidi Manjun.
Insya-Allah kegiatan sastera kita akan terus bersemarak, dengan sekali lagi BAHASA akan mengtanjurkan Karnival Budaya, Bahasa dan Sastera pada Mac 2010. Selain itu kita juga ada program pementapan karya di resort Binsulok Membakut. Kita juga akan menghantar peserta menyertai Dialog Teluk di Miri Sarawak pada Mac atau April 2010 dan kita akan menghantar 3 orang pembentang kertas kerja yang akan ditetapkan nanti.
Selamat tahun baru dan selamat maju jaya!

2) Catatan YDP tentang Kolokium Bahasa dan Sastera
TERIMA kasih kepada DBP kerana mengundang saya menjadi ahli panel forum sempena kolokium itu. Saya telah menyentuh apa yang sepatutnya mengenai sastera dan dunia kepenulisan di Sabah dan peringkat kebangsaan. Saya hanya mempunyai satu cita-cita, supaya karya sastera, penulis dan gerakan sastera di Sabah diiktiraf dan tidak dipandang sebelah mata di peringkat kebangsaan.
Pada masa yang sama saya juga mahu melihat, seluruh penulis di negeri Sabah ini membuktikan bahawa mereka semua sebenarnya hebat dan serba boleh. Semoga tahun 2010 menjadi tahun bagi para penulis dan sasterawan Sabah dan Sarawak.

JASNI MATLANI

Tuesday, December 15, 2009

Notis Am

Banyak pertanyaan yang dikemukakan tentang DI MANA dan BAGAIMANA hendak menghantar sesebuah manuskrip novel/kumpulan cerpen yang telah siap, juga apakah kriteria yang diperlukan oleh sesebuah syarikat penerbitan (terutama swasta) bagi membolehkan manuskrip yang dihantar untuk dinilai akan diterima dan diterbitkan. BAHASA cuba memberikan alamat syarikat penerbitan dan kriteria penerbitan sesebuah karya kepada ahli atau penulis/bakal penulis yang berminat menerbitkan buku.

Untuk entri akan datang, BAHASA akan menyiarkan beberapa lagi alamat syarikat penerbitan kepada penulis/bakal penulis bagi memudahkan mereka membuat pilihan untuk menghantar manuskrip.

Sekian, selamat menulis.

KarnaDya Solutions Mencari Penulis

Anda Minat Menulis?
Anda Berbakat?
Anda Ada Cerita Yang Menarik?
Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?

Hantarkan Karya Anda!
Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos:

1. Pengenalan Watak - perkenalkan setiap watak penting di dalam karya anda. Nama dan identiti yang membezakan antara mereka.

2. Rumusan keseluruhan cerita anda (dari awal hingga akhir). Bahagian ini merupakan bahagian paling penting dalam penilaian manuskrip anda. Pastikan anda menulisnya dengan jelas.

3. Contoh bab di dalam karya anda.
4. Tema-tema di dalam cerita anda (misteri/cinta/seram/fantasi dan sebagainya).
5. Nyatakan sama ada cerita anda untuk golongan dewasa , remaja ataupun awal remaja.
6. Jumlah mukasurat yang dicadangkan.

Format Muka Hadapan Manuskrip:

1. Tajuk karya:
2. Nama Pena:
3. Nama Penuh:
4. Alamat:
5. No IC:
6. No Tel:
7. Alamat Emel:

Format Manuskrip: Times New Roman, Font Saiz 12, Spacing 1.5

Tempoh maklumbalas ialah dari 1 - 90 hari, bergantung kepada keadaan. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, sila emel writer@karnadya.com.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya . Setelah mendapat maklumbalas, sila hantarkan manuskrip penuh anda kepada kami melalui emel ataupun pos ke alamat berikut:

Writers Corner,
KarnaDya Solutions,
No. 4, Jalan 2/4H,
Bandar Baru Bangi,
43650, Selangor.

Monday, December 14, 2009

Creative Enterprise Mencari Novelis

BERMINAT UNTUK MENJADI NOVELIS???

Inilah peluang terbaik untuk anda! Inilah masanya untuk anda mencurahkan bakat! Kami menghargai usaha anda ke arah itu. Apa ditunggu lagi. Berkaryalah dengan kami. Antara ciri-ciri penulisan yang kami perlukan :

Islamik
Misteri
Thriller/penyiasatan
Jenayah
Kemasyarakatan
Hantarkan segera manuskrip anda kepada kami. Andai anda menebar harum mawar, kami akan menyambutnya dengan harum kasturi.

Panduan Menulis:
Karya yang dihantar hendaklah mempunyai perkara-perkara berikut :

Karya yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu dan bahasa yang digunakan mestilah mudah difahami oleh pembaca dan sesuai dengan kategori yang dipilih.
Karya tidak dibenarkan mengandungi unsur-unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti yang boleh menyinggung perasaan sesuatu kaum.
Panjang novel mestilah tidak kurang daripada 350 halaman.
Olahan cerita berdasarkan kreativiti penulis sendiri.

Manuskrip yang dihantar mestilah asli dan tidak pernah disiarkan di mana-mana media, sama ada cetak mahu pun elektronik.
Penyertaan tidak terhad. Penulis boleh menghantar seberapa banyak manuskrip yang diinginkan.

Setiap manuskrip yang dihantar mestilah lengkap dan terang. Pihak penerbit berhak menolak mana-mana manuskrip yang tidak lengkap dan sukar dibaca.
Manuskrip mestilah ditaip langkau dua baris, tulisan Times bersaiz 12 dan ditaip sebelah muka kertas bersaiz A4.
Manuskrip mestilah dihantar dalam dua salinan, iaitu hard copy dan soft copy (CD).

Manuskrip lengkap hendaklah dikirim atau dihantar sendiri ke alamat berikut :
Jabatan Buku,
Creative Enterprise Sdn. Bhd.
No 38, Jalan 1/82 B,
59000 Bangsar Utama,
Kuala Lumpur.
*Sebarang pertanyaan sila hubungi Salona Salleh di talian 03-22824970

Sunday, December 13, 2009

PTS Fortuna Mencari Penulis

Berminat menjadi penulis buku? Hubungi SYAFIQ ZULAKIFLI, editor SASTERA DI PTS PUBLICATIONS

Karya yang diperlukan:
1. Novel Remaja/ Dewasa/ Sains Fiksyen
2. Buku Ilmiah
3. Buku Tokoh
4. Buku Masyarakat - Palestin dan Lain-Lain
5. Komik

Urusan rasmi emelkan kepada
syafiq@pts.com.

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI : +6016- 6614 675

Saturday, December 12, 2009

Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi

Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) dan Pelangi Publishing Group menganjurkan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi.
Tema peraduan adalah bebas, tetapi hendaklah mengutamakan nilai-nilai murni dan budaya Malaysia dan mestilah sesuai untuk bacaan pelajar sekolah menengah. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Karya hendaklah asli dan ditulis dalam bahasa Melayu, belum pernah menyertai sebarang peraduan, disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbit.Ketebalan manuskrip adalah antara 200 hingga 300 halaman saiz A4, ditaip dengan fon Arial bersaiz 12 poin, dan berselang dua baris.Peserta boleh menghantar maksimum dua karya bagi setiap kategori. Bagaimanapun, hanya satu karya yang akan dipilih untuk penerimaan hadiah.
Karya terbaik akan diterbitkan oleh Pelangi Novel Sdn Bhd dan pemenang juga akan menerima hadiah wang tunai RM5000 (pertama), RM3000 (kedua) dan RM2000 (ketiga) manakala lima hadiah sagu hati ialah RM500 setiap satu.Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web http://www.pelangibooks.com.
Karya dalam bentuk bercetak dan soft copy berserta borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 31 Januari 2010, kepada Urus Setia Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY-Pelangi, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. (U.P.: Siti Ezaleila Mustafa).
Sebarang pertanyaan mengenai peraduan ini boleh dilakukan dengan menghantar emel kepada ezaleila@gmail.com.

Friday, December 11, 2009

Kolokium Bahasa dan Sastera Pelbagai Kaum

Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Kolokium Bahasa dan Sastera Pelbagai Kaum sebagai salah satu usaha untuk merapatkan jalur nuansa pelbagai kaum dan etnik melalui bahasa dan sastera kebangsaan, empat buah kertas kerja akan dibentangkan oleh tokoh Sarjana Bahasa dan Sastera, antaranya Profesor Emeritus Dato Dr Hajah Asmah Haji Omar.

Tarikh: 12 Disember 2009
Tempat: Grand Ballroom, tingkat 3, 1 Borneo, Kota Kinabalu
Masa: 8 pagi hingga 5 petang

untuk keterangan lanjut bagi sesiapa yang berminat untuk hadir, sila hubungi Encik Ramlan Isnin melalui talian 088-439260/439314 atau 0195846166 atau emel ramlan_i@dbp.gov.my

Monday, December 7, 2009

Catatan YDP 7 Disember 2009

SEMALAM 6 Disember 2009, saya bersama-sama Timbalan Yang Di Pertua BAHASA dan juga Hasyuda Abadi baru kembali dari Miri selepas menghadiri Perkampungan Penulis Sarawak, yang diadakan di sana. Walaupun keletihan selepas melalui perjalanan darat yang jauh, tetapi kami berpuas hati dengan layanan yang diberikan sahabat penulis Sarawak, khususnya dari PUTERA sepanjang berada di sana.Kami juga mendapat pelbagai input mengenai perkembangan sastera di Sarawak yang dikatakan beberapa pembentang kertas kerja sebagai agak merosot dibandingkan dengan Sabah.

Saya tidak bersetuju dengan pandangan berkenaan, kerana saya melihat Sabah dan Sarawak kedua-duanya sama teraniaya dan dipinggirkan berbanding dengan rakan mereka di Semenanjung. Penyertaan kedua-dua negeri ini dalam Malaysia adalah beban sejarah yang menyakitkan kepada penulis Sabah dan Sarawak. Selepas hampir 50 tahun merdeka dalam MALAYSIA dua negeri ini bagai melukut di tepi gantang apabila bercakap tentang pemberian anugerah SEA Write Award untuk kouta Malaysia.

Begitu juga diketapikan dalam pemilihan karya dalam KOMSAS terbaru, walaupun kita sudah bercakap tentang 1 Malaysia. Penulis Sabah dan Sarawak juga tidak dimasukkan dalam buku WAJAH PENULIS MALAYSIA yang diterbitkan DBP, walau seorang pun. Jadi pengalaman penulis Sabah dan Sarawak adalah menyakitkan berbanding dengan pengalaman yang dilalui oleh penulis Negara Brunei Darussalam walaupun hanya merdeka pada tahun 1984. Sebab itu secara eksterim saya pernah menyebutkan, adakah kita perlu menjadi sebuah Negara baharulah penulis kedua-dua negeri ini mendapat pengiktirafan yang sewajarnya? Saya berkeyakinan penulis Sabah dan Sarawak sebenarnya sentiasa boleh!

Jasni Matlani

PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,

Teman-teman sasterawan / penulis Nusantara yang budiman,

Sila maklumkan pengesahan kehadiran / penyertaan teman-teman berserta rombongan ke PSN XV dengan mengirimkan butiran jadual penerbangan / ketibaan di Brunei agar dapat kami menguruskan sambutan di airport dan penginapan.
Penyertaan masih kami bukakan sehingga pagi Jumaat, 11 Disember 2009.
Kami doakan perjalanan teman-teman ke Brunei dipermudahkan.

Disertakan INFO terkini.
• Teman-teman perlu berada / tiba di Brunei pada petang hari Khamis, 10 Disember 2009; ada acara sambutan pada sebelah malamnya.
• Sesi pembentang bermula pada pagi Jumaat, 11 Disember 2009 dan berakhir pada petang Ahad, 13 Disember 2009. Sesi pembentangan diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.
• Acara pembukaan rasmi akan diadakan pada hari Jumaat, 11 Disember 2009, jam 7.30 malam bertempat di Rizqun International Hotel, Gadong.
• Untuk acara pembukaan rasmi, sebaiknya para peserta/pembentang mengenakan pakaian kebangsaan / tradisional masing-masing kerana acara akan dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik (Putera kepada Sultan Brunei).
• Para pembentang dan peserta akan menginap di Abdul Razak Hotel Apartments, Jalan Laksamana, Batu Satu, Jalan Tutong.

Santai Majlis Hadiah SEDCO BAHASA


photo pemenang (dalam mood filem seram, maaf kabur sikit) dari kiri Welyne, Faridah, Angela, Dk Mastura dan Kathrina


YDP Jasni Matlani (tahun depan kita buat lagi majlis yang lebih gilang gemilang)


TYDP Cikgu Ramlee (tahun depan harap-harap nilai RM tajaan meningkat)


Setiausaha Ailin (tahun depan kerja keras)




T.Setiausaha Ruhaini & Puan Rubiah (photo dalam mood filem seram sekali lagi)

Thursday, December 3, 2009

Seusai Hadiah SEDCO BAHASA

SEMALAM 2 Disember 2009 BAHASA baharu sahaja menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah Cerpen SEDCO-BAHASA dan seterusnya pelancaran buku Kumpulan Cerpen Hadiah SEDCO-BAHASA berjudul ‘Visi Sophia’ yang tertangguh beberapa kali sebelum ini.
Majlis itu sungguh meriah dan bermakna sekali. Kata sahabat yang mengucapkan tahniah, majlis itu sederhana tetapi berkualiti. Terima kasih kepada para penulis Sabah tidak kira daripada BAHASA atau IPS yang menjadikan majlis itu berkualiti.
Terima kasih kepada DBP yang memberi perangsang dan dorongan yang sungguh bermakna apabila hampir kesemua pegawai yang diketuai pengarahnya menghadiri majlis berkenaan. Saya sangat berterima kasih.
Seperti yang saya katakan dalam ucapan saya sempena majlis itu semoga ukhuwah sedemikian akan berterusan untuk memperkasakan lagi dunia bahasa dan sastera kita di negeri Sabah ini. Insya-Allah jika kita terus bersatu sedemikian tanpa sebarang prasangka, kita akan menjadi satu gerakan yang kuat dan berkesan, seterusnya mampu mengubah minda masyarakat.
Sebanyak 14 buah cerpen karya para penulis Sabah, telah dimuatkan dalam buku kumpulan cerpen Visi Sophia itu, di mana kesemuanya adalah cerpen yang dipilih ke peringkat penilaian akhir sayembara berkenaan.
Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada para penulis yang memenangi hadiah berkenaan. Hadiahnya mungkin tidak sebeberapa, tetapi cukup untuk kita memulakan satu langkah ke arah pengwujudan hadiah yang lebih prestij lagi. BAHASA Boleh! Seperti kata tahniah daripada Saudara Hasyuda Abadi dan saya menjawab dengan penuh keharuan. SEMUA PENULIS SABAH BOLEH!
Terima kasih yang tidak terhingga tentunya saya ucapkan kepada YB Datuk Haji Mohd. Arifin Arif yang mencetuskan penganjuran hadiah berkenaan. Beliau adalah pemimpin yang hebat dan saya anggap diri saya sebagai seorang penulis yang kerdil sahaja, jika beliau memerlukan sepuluh penulis yang hendak menggoncang dunia.

YDP Jasni Matlani

Tuesday, December 1, 2009

Visi Sophia



Telah terbit dengan harga RM 20 (jangan bimbang kawan-kawan akan diberi diskaun)untuk mendapatkan naskah antologi pemenang Hadiah SEDCO BAHASA ini sila hubungi YDP (jasni_matlani@hotmail.com) atau Setiausaha II (aini05girl@yahoo.com)

Sunday, November 29, 2009

Ulangtahun 40 BAHASA

BAHASA sedang bersiap siaga menyambut kedatangan tahun baru 2010 dengan agenda SAMBUTAN BAHASA KE 40. Insyaallah pelbagai program sastera akan diadakan sempena sambutan itu ahli BAHASA dialu-alukan menulis pengalaman mereka bersama BAHASA. tulisan itu insa-Allah akan diterbitkan dalam bentuk buku sempena sambutan 40 tahun BAHASA yang akan diadakan pada awal tahun hadapan.

Semua tulisan boleh dihantar sebelum 29 Februari 2010, melalui email jasni_matlani@hotmail.com

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

BAHASA mengucapkan selamat menunaikan Fardu Haji kepada Ketua dua GAPENA, Datuk Latif Bakar dan isteri. Semoga beliau mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air

SELURUH jawatankuasa tertinggi BAHASA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban yang menjelang tiba kepada ahli BAHASA yang beragama Islam. Mudah-mudahan hari raya korban tahun ini memperdalamkan lagi semangat ‘Berkorban’ dalam konteks perjuangan kita yang murni melalui bidang bahasa dan sastera.SELAMAT HARI RAYA!

Monday, November 23, 2009

CATATAN YANG DI PERTUA BAHASA 16 Nov 2009

HANYA beberapa bulan lagI kita akan menyambut ulang tahun ke 40 Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA). Tentulah saya baharu dalam BAHASA berbanding usianya. Walaupun saya mengenali BAHASA sejak ia dihidupkan kembali pada pertengahan tahun 1980-an, tetapi hanya pada tahun 1999 hati saya terbuka untuk menyertai persatuan ini.
Saya teringat arwah Hajah Sirah Haji Antin (pemimpin BAHASA ketika itu) yang bersungguh-sungguh membawa saya masuk menyertai BAHASA. Kemudian saya teringat dia menangis di hadapan saya dalam pertemuan singkat dalam satu majlis sastera di Beringgis Resort, yang meminta saya supaya suatu hari memimpin BAHASA. Waktu itu beliau sudah sakit , berkerusi roda dan saya tidak menjawab sepatah kata pun. Saya hanya memegang tangannya, tetapi berkat doa beliau barangkali, akhirnya pada tahun 2005 saya menerajui persatuan ini, dengan cita-cita besar untuk mengimarahkan dunia sastera di Sabah meskipun dalam keadaan serba serbi kekurangan dan pelbagai kendala yang dihadapi.
Sempena sambutan 40 tahun BAHASA ini, saya mengajakdiri saya sendiri dan ahli BAHASA seluruhnya agar berpandangan jauh ke hadapan, meletakkan semula dunia sastera ini pada tempatnya, dipandang tinggi, dihormati dan bermaruah di mata masyarakat. Saya tahu jalannya sangat sukar, tetapi mendapatkan sesuatu perkara melalui kesukaran itu sebenarnya jauh lebih nikmat daripada mendapatkan sesuatu perkara dengan mudah. Kata orang, yang mudah itu datang seperti angin dan hilang pun seperti angin.
Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan dan memperkasakan BAHASA. Marilah kita memajukan diri, sama ada sebagai penulis, sebagai budayawan, sebagai aktivis masyarakat, kerana memajukan diri sendiri dalam konteks sastera itu juga adalah agenda utama perjuangan BAHASA. Kita tidak akan patah semangat dalam menjadikan negeri Sabah ini sebagai dataran ilmu dan dataran sastera Melayu yang unggul di rantau ini. Kita juga mesti bersedia menghadapi cabaran, sama ada sebagai individu atau sebagai satu gerakan yang berpengaruh di negeri ini dan malah di peringkat kebangsaan dan serantau.

JASNI MATLANI

Saturday, November 21, 2009

Konvoi ke Miri

Satu pertemuan dengan PUTERA Miri akan berlangsung pada 5 & 6 Disember 2009, sesiapa yang berminat untuk menyertai, kita akan melakukan kembara @ konvoi beramai-ramai bermula 4 Disember dan pulang ke Kota Kinabalu pada 8 Disember, penginapan disediakan, tambang pengangkutan bagi perjalanan dua hala akan dimaklumkan kelak, bagi sesiapa yang ingin memandu kereta sendiri digalakkan.

Maklumat lengkap tentang konvoi ini akan diberitahu dalam tempoh terdekat.

Wednesday, November 18, 2009

Penangguhan majlis penyampaian Hadiah Sedco Bahasa

Majlis penyampaian Hadiah SEDCO BAHASA yang dijadualkan pada 25 November telah ditangguhkan pada 2 Disember 2009, tempat dan masa yang sama.

Pihak urusetia memohon maaf di atas penukaran tarikh tersebut.

Penerbitan buku

Ahli BAHASA digalakkan menerbitkan buku mereka sama ada dalam bentuk novel, kumpulan puisi, kumpulan cerpen, kumpulan drama, kumpulan esei kritikan dan buku kajian bahasa dan sastera. buku-buku ini bolehlah dihantar ke penerbitan SWASTA dan DBP atau diterbitkan secara persendirian. Sebagai makluman, buku terbaharu YDP BAHASA insyaallah akan berada dipasaran pada tahun hadapan. buku tersebut ialah kumpulan cerpen terbaharu beliau berjudul 'LARON' terbitan DBP. buku siri bimbingan Penulisan Cerpen berjudul 'KETERAMPILAN MENULIS CERPEN' terbitan Iris Publishing. beliau juga baharu sahaja menyiapkan buku kajian berjudul 'PUISI BERUNSUR ISLAM SABAH 1985-2005: NILAI ROHANI DAN DAKWAH'. Selain itu beliau juga turut menulis buku kajian 'WARISAN SENI BADUNDANG MASYARAKAT MELAYU BERUNAI SABAH' yang diterbitkan JKKN Sabah dengan kerjasama saudara Noordin Zainal Abidin dan Puan Sabilah Kadir. Beliau juga menyelenggara buku antologi cerpen "Dunia Elyana" bersama Noordin Zainal Abidin. buku ini adalah hasil karya para peserta Minggu penulis remaja 2009 di Binsulok Resort Membakut, yang dibimbing oleh YDP BAHASA sendiri pada 28-31 Okt 2009 lalu.

Tuesday, November 17, 2009

Pertemuan Penyair Nusantara

Pertemuan Penyair Nusantara dan Seterusnya majlis pengucapan puisi dunia Kuala Lumpur akan diadakan bermula 20 Nov 2009 di DBP Kuala Lumpur dan penganjur utamanya adalah kerabat BAHASA dalam GAPENA iaitu Persatuan Penulis Nasional (PENA). YDP BAHASA, Encik Jasni Matlani, telah dijemput sebagai salah seorang pembentang kertas kerja sempena pertemuan berkenaan. beliau akan membentangkan kertas kerja yang berjudul, "Penyair Sabah dan Sarawak dalam konteks dunia kepenyairan Malaysia". Ahli BAHASA dijemput hadir bagaimanapun segala perbelanjaan adalah tanggungan sendiri.

Monday, November 16, 2009

Penyertaan Antologi AlKISAH

Biro Penulis Muda Badan Bahasa dan Sastera Sabah, dengan kerjasama Iris Publishing (diterajui Yang Dipertua BAHASA Saudara Jasni Matlani) bercadang untuk menerbitkan antologi ALKISAH, motif: menghimpunkan karya segar berunsur satira humor dan realisme magis sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila ke pautan http://www.ruhainimatdarin.blogspot.com/

Saturday, November 14, 2009

TAHNIAH PARA PEMENANG HADIAH BAHASA SEDCO

YDP BAHASA dengan ini memaklumkan bahawa pemenang Hadiah Cerpen SEDCO-BAHASA 2009 ialah seperti berikut:

Tempat pertama: Dgku Mastura Pg Ismail (Cerpen Lai Ku Laila)
Tempat kedua: Angela Engkuan (Cerpen Ayah)
Tempat Ketiga: Dgku Mastura Pg Ismail (Cerpen Visi Sophia)
Saguhati: Faridah Abd. Hamid (Cerpen Pen bersalut emas)
Saguhati: Wellnie Joykin (Cerpen Rahsia Hati)
Saguhati: Katherina Tati (Cerpen Sogit)

Tahniah kepada para pemenang dan semua penerima diwajibkan hadir pada majlis penyampaian hadiah berkenaan. maklumkan kepada kawan-kawan yang lain dan bawalah mereka beramai-ramai memeriahkan majlis berkenaan.

Berita BAHASA

Ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah dialu-alukan dan dijemput menghadiri majlis penyampian Hadiah SEDCO-BAHASA yang akan diadakan seperti berikut:

tarikh: 25 Nov 2009
Masa: bermula jam 9.30 pagi
tempat: tingkat 3 Wisma SEDCO Plaza Wawasan Kota Kinabalu.

Sempena majlis ini, turut diadakan majlis pelancaran buku Kumpulan Cerpen Hadiah SEDCO-BAHASA 'Visi Sophia'. dan seterusnya majlis memperkatakan buku ini oleh empat pembicara undangan iaitu YDP BAHASA, Encik Jasni Matlani, Timbalan YDBP BAHASA, Encik Ramli Jusoh, Timbalan Setiausaha BAHASA, Cik Ruhaini Matdarin dan Pegawai DBPCS, Encik Noordin Zainal Abidin (Norza). Majlis memperkatkan buku Visi Sophia ini dipengerusikan oleh Setiausaha BAHASA, Encik Alliuddin Mohd. Salleh. Insya-Allah untuk makluman awal, pada tahun hadapan, tema cerpen Hadiah SEDCO-BAHASA adalah berkaitan dengan penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan.

Jika mendapat hadiah tajaan yang lebih baik pada tahun hadapan, Hadiah ini akan diperkasakan lagi dan insya-Allah akan menjadi satu hadiah sastera yang prestij di Sabah.

Monday, November 2, 2009

Tahniah YDP

Ucapan setinggi tahniah kepada Yang Dipertua BAHASA Jasni Matlani kerana penganugerahan pingat Ahli Darjah Kinabalu sempena hari keputeraan TYT Sabah pada 24 Oktober lalu.

PENGUMUMAN

1) Penyampaian Hadiah BAHASA - SEDCO dan pelancaran antologi cerpen pemenang Visi Sofia akan diadakan pada 25 November 2009, bertempat di bangunan SEDCO, Tingkat 3, jam 9.30 pagi.

Thursday, August 6, 2009

Aktiviti BAHASA SEPANJANG JULAI 2009

1). BENGKEL BAHASA; PENULISAN CERPEN INTENSIF yang telah berjaya dilaksanakan pada 7 Julai 2009, bertempat di Pejabat Pengelola DBP Sabah. Dikendalikan oleh YDP Encik Jasni Matlani, Timbalan Setiausaha, Cik Ruhaini Matdarin dan AJK Dr. Chacho Bullah.

2). BICARA KARYA; NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN, GADIS ADIKARA (karya Ruhaini Matdarin) dan Persimpangan Lebuh Raya (karya Dr Chaco Bullah), majlis diadakan di South Atrium, One Borneo sempena Pesta Buku Sabah 2009, dalam majlis ini YDP Encik Jasni Matlani dan Dr. Chacho Bullah memperkatakan tentang novel dan kumpulan cerpen tersebut.

3). Pada 21 Julai, bertempat di Dewan Saadah, Wisma Muis, YDP Encik Jasni Matlani membentangkan kertas kerja bertajuk 'Remaja dan Sastra Islam dalam perspektif Islam Hadahri, majlis ini telah dihadiri 500 orang peserta, sebahagian besar golongan remaja.

4). Pada 22 Julai 2009 YDP BAHASA telah dianugerahkan Tokoh Penyair Islam Sabah sempena Karnival Kesenian Islam dan disampaikan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah.

5) Bermula 20 sehingga 22 Julai, BAHASA menjual buku-buku penulis Sabah sempena Ekspo Karnival Kesenian Sabah di dewan legar Wisma MUIS, antara buku yang dijual novel Dendam Pencinta karya Ann Aisyah, Negeri Malam karya Jasni Matlani, Sabah Sabah Dalam Kritikan karya Jasni Matlani, buku politik Datuk Lajim Haji Ukin yang berjudul Datuk Lajim Haji Ukin Penyelamat Umno Sabah karya Jasni Matlani, kumpulan puisi Terbang Nan Tinggi karya Raymond Majumah, juga kumpulan puisi Hasyuda Abadi turut dijual dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pengunjung.

Thursday, June 18, 2009

HSKU 2008

KEPUTUSAN HSKU 2008

Khalayak pengkarya dan peminat ruangan sastera dalam media Kumpulan Utusan pasti tertunggu-tunggu keputusan penuh Hadiah Sastera Kumpulan Utusan yang dianjurkan saban tahun. Bagi tahun penilaian 2008 berikut ialah keputusan yang dinanti-nantikan.

PEMENANG KATEGORI NOVEL REMAJA

Pertama : Kasih Nan Agung karya Sri Rahayu Mohd Yusop
kedua : Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
Ketiga : Meniti Jalan Hadapan karya Norziati Mohd Rosman

Manakala berikut ialah senarai pemenang hadiah utama bagi setiap kategori. Keputusan penuh
bagi hadiah penghargaan untuk semua kategori sila rujuk akhbar Mingguan Malaysia, Ahad 7 Jun 2009.

PEMENANG KATEGORI CERPEN REMAJA

Dari Kalbu ke Kalbu ; Azman Ahmad (Ibnu Ahmad al-Kurawi)
Delusi ; Alias Ismail
Teman, Cukuplah Kami ; Ummi Hani Abu Hassan (Ummu Hani Abu Hassan)

PEMENANG KATEGORI CERPEN

Bayang di Tirai Belulang ; Khairul Hafiz Abdul Rahman (Serunai Faqir)
Di Alam Barzakh ; Sujaidi Dasuki (Sabda S)
Lelaki Sang Penjinak Ular ; Mohd Hashim Osman

PEMENANG KATEGORI PUISI

Potret Lima Puluh Tahun ; Ahmad Shukri Abdullah
Sang Semut ; Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy (Fahd Razy)
Sepotong Cinta di Dunia Angin ; Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M. Zakir)

PEMENANG KATEGORI KAJIAN DAN RENCANA SASTERA

Prasangka Orientalis terhadap Bangsa Melayu ; Awang Azman Awang Pahi
Penulis Ulul Albab dan 'New Man’ ; Syed Mohd Zakir Syed Othman (S.M. Zakir)

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG dan semoga hadiah ini akan menyemarakkan lagi industri kreatif tanah air sekali gus menyuburkan semangat sastera dalam kalangan masyarakat. Majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 akan berlangsung di Istana Budaya pada 19 Jun 2009.

P/S: Bagi tahun penilaian 2009, setiap karya tersiar di media Kumpulan Utusan secara automatik akan dinilai. Rebut peluang mengungguli persada sastera tanah air sempena sambutan jublee perak HSKU 2009.


Novel Pemenang HSKU
Pemasyhuran tiga karya novel sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 dilihat memenuhi aspirasi remaja generasi baharu. Novel-novel tersebut ialah Kasih Nan Agung karya Sri Rahayu Mohd Yusop, Jendela Menghadap Jalan oleh Ruhaini Matdarin dan Meniti Jalan Hadapan karya Norziati Mohd Rosman.

Isu-isu yang diangkat lewat karya pemenang ialah yang menyentuh hakikat kejadian manusia dan perkaitan ilmu sains dengan keagungan Islam; perihal integriti dan gejala rasuah; dan pertembungan warisan tradisi dengan moden.

KASIH NAN AGUNG
Naskhah Kasih Nan Agung menampilkan watak wira unggul Jaka Sulaiman Awang Safar yang menuntut jurusan paleoantropologi tahun akhir di Universiti California, Berkeley. Watak ini dibina dengan ketajaman fikiran dan kefasihan lisan yang perkasa menentang segolongan ahli akademik di universiti itu yang mendukung teori evolusi Charles Darwin.

Penyuguhan falsafah metarialisme yang cuba diindoktrinkan oleh warga akademik itu cuba dicabar oleh Jaka Sulaiman sehingga dirinya sendiri terjerat dan diheret ke kancah konflik yang berlarutan. Tindakan kontradik Jaka Sulaiman menyebabkan dirinya ditembak oleh Maximilian Blake yang merupakan salah seorang pendukung Darwinisme.

Melalui kaedah wacana argumentatif dan keutuhan pegangan Jaka Sulaiman dalam melawan hegemoni ilmu Barat, dia telah berjaya meruntuhkan teori evolusi Darwin secara ilmiah dengan pendekatan ilmu Islam.

Kehadiran watak Jaka Sulaiman bersandarkan wahyu Allah berjaya menenggelamkan dominasi Barat dalam mempertahankan falsafah mereka yang batil dan berselindung di sebalik hujah-hujah palsu serta mengelirukan.

Novel yang memenangi tempat pertama HSKU ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembacaan yang menyeronokkan malah mampu membuka luas horizon keilmuan. Kalangan remaja yang menjadi sasaran pembaca utama novel ini dapat meneroka suatu ruang baharu, sekali gus menjadikan mereka sentiasa bersikap terbuka dengan kehadiran ilmu yang bermanfaat.

JENDELA MENGHADAP JALAN
Meneliti naskhah Jendela Menghadap Jalan, terbentang rentetan konflik yang ditebarkan di sana-sini lewat plot-plot yang bercapah. Meskipun penerokaan konflik nilai diteroka secara luas dan pelbagai namun pembaca dituntun secara cermat oleh jalur naratif tunggal bersama himpunan watak yang saling berjerait.

Terdapat unsur-unsur kebetulan yang mengheret plot membongkar konflik-konflik tertentu misalnya melalui watak Lili, Geetha dan Danel. Mereka yang bertemu pada awalnya di dalam bas ketika sama-sama pulang ke kampung halaman telah sama-sama menggeluti permasalahan yang sama di kampung mereka.

Antara konflik yang dipaparkan seperti pertembungan nilai tradisi dengan moden iaitu ilmu perubatan tradisional yang diamalkan oleh datuk Lili. Selain konflik anak-anak muda yang berdepan nilai-nilai moden, kebejatan sosial, keruntuhan akhlak, dan juga konflik generasi iaitu pertembungan nilai antara anak dengan ibu.

Konflik dalam masyarakat desa yang berkaitan dengan soal sama ada untuk membina masjid atau sekadar kubah sahaja turut disisipkan. Konflik ini dibangunkan secara besar-besaran sehingga pembaca dapat menikmati satu subplot yang tersendiri yang terjerait sama dalam plot utama.

Novel tempat kedua ini mengusulkan tafsiran yang terbuka kepada pembacanya dan menjadikannya karya yang menghargai intelektualiti. Menyelami suara batin golongan remaja melalui watak Lili dapat menjadi indeks psikologi sebagai petunjuk realiti gejolak dalam diri remaja dan sekali gua berguna kepada pihak-pihak tertentu.

MENITI JALAN HADAPAN
Novel Meniti Jalan Hadapan yang mengungguli tempat ketiga kategori novel remaja HSKU 2008 memaparkan tema kemelut rasuah dalam dunia korporat. Melalui watak utamanya Insyirah dibangkitkan semangat keutuhan dan jati diri dalam mempertahankan prinsip dan integriti dalam kerjaya.

Insyirah yang tersepit akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya di sebuah syarikat keselamatan kerana mahu mempertahankan prinsip untuk tidak menerima rasuah. Atas kekecewaan itu, Insyirah juga tidak rela gejala itu berleluasa dan meruntuhkan umat manusia.

Insyirah ditampilkan sebagai lambang wanita berperibadi mulia dan berdaya saing, khususnya dalam dunia korporat yang didominasi oleh lelaki.

Karya ini menyajikan matlumat tentang rasuah dari sudut pengertian, sejarah dan kesannya dengan bersandarkan nilai Islam dan tafsiran al-Quran. Karya yang informatif ini bermanfaat kepada golongan remaja sebagai persediaan untuk menghadapi alam kerjaya yang mencabar.

Meskipun subjek rasuah boleh dikatakan di luar linkungan remaja namun melalui teknik persembahan yang mudah serta mesra pembaca subjek ini dapat didekatkan kepada golongan ini.

Melalui ketiga-tiga novel pemenang HSKU 2008 ini jelas menunjukkan ia membawa aspirasi anak muda bestari dan mampu meningkatkan keupayaan modal insan. Malah turut menjadi wadah menyatukan bangsa Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya serta menjadi acuan kepada model remaja yang ingin kita ciptakan.

HSKU 2008 merupakan penganjurannya yang ke-24 pada tahun penilaian 2008. Majlis penyampaian hadiah akan berlangsung pada 19 jun 2009 di Panggung Sari Istana Budaya.
p/s: Ulasan yang sama di Halaman Mega, Utusan Malaysia hari ini. Juga lihat gambar kulit bukunya di akhbar. Atas masalah teknikal tak dapat muat naik cover buku ke laman ini.

(berita dikutip dari celikhuruf.blogspot.com)

Wednesday, June 10, 2009

Meniti Bersama BAHASA

(Bahagian 2)

Maka, dengan nawai itu yang ikhlas saya sukarela membantu BAHASA. Boleh dikatakan seminggu dua atau tiga kali Allahyarahama datang ke rumah saya untuk perbincang bagaimana tentang BAHASA.

Dalam satu pertemuan sastera saya di ajak oleh Alllayarahma Hajah Sairah untuk hadir sama, selepas pertemuan Allahyaraham Dr. Othman Puteh memperkenalkan seorang Pensyarah yang memintai sastera iaitu Siti Mariam Mohamed, menurut Allahyaraham Othman Puteh beliau berminat untuk menjadi ahli BAHASA. Allayarahama Hajah Sairah begitu gembira menerima Siti Mariam menjadi ahli, maka bertambah seorang lagi ahli yang begitu kometid tentang Ngos.

Pada masa yang sama jugalah beliau meraya supaya BAHASA di beri menadat untuk mengendalikan Syembara Deklemasi Puisi Peringat Negeri Sabah. Allahyaraham Dr. Othman Putih berjanji akan mengemukakan permintan beliau kepada Tan Sir.
Allahyarahama Hajah Sairah menggalaskan harapan yang begitu tinggi kepada saya dan Siti Mariam untuk menyempurnakan impiannya melihat BAHASA terus gemilang, sebab di belakang begitu ramai yang tidak bersetuju dia menjadi Ketua Satu. Saya dan Siti Maraim di lantik sebagai ahli biasa, tetapi terpaksa memikul tanggungjawab yang cukup besar iaitu membuat kerja-kerja sebagai Setiausaha dan Penolong Setiausaha. Menurut beliau Setia Usaha yang dilantik gagal memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Maka bermula saya dan Siti Mariam, sebagai kerja-kerja campur aduk, tetapi untuk BAHASA kami cekalkan juga hati untuk meneruskan impian dalam masa yang sama pelbagai. Kritikan yang terpaksa kami pikul saya dan Siti Mariam saling memberi nasihat antara satu sama lain. Dalam kekeliruan yang mana satu wajar di dengari. Orang luar ( masyarakat keliling yang pernah terlibat dalam BAHASA sama ada masih ahli atau tidak ) tetap memberi perhatian kepada BAHASA khususnya kepada YDP. Mereka membuat tuduhan kemenangan YDP adalah kerana pengaruh wang semasa pemilihan dahulu.

Dalam kontek ini, saya tidak dapat memberi apa-apa komen, sebab pemilihan pada April 1996 kalau tidak silap saya, saya tidak. Saya mula teerlibat dalam BAHASA pada tahun 1996 selepas pemilihan, apabila Setiausaha yang dilantik tidak menjalankan tugas-tugas mereka. Saya dan Siti Meriam dengan senang hati membuat kerja-kerja Setiausaha yang tidak bertauliah.
Walaupun demikian saya. dan Siti Meriam membantu YDP membuat pelbagai program yang YDP rancang yang cukup besar dan hebat. Salah satu daripadanya iaitu DIALOG BERNEO. DIALOG BERNEO adalah satu program Negeri; iaitu program pertemuan penulis Semananjung, Brunei, Labuan, Saarwak dan juga Indonesia yang diundang untuk menyertai program tersebut.

Maka, saya dan YDP mulalah mengangkat kertas kerja ke sana ke mari dengan bantuan Professor Tan Sri Ismail Hussin, Allahyaraham Othman Putih untuk meminta bantuan daripada beberapa badan swasta, dan kerajaan untuk membiyai program tersebut. Syukur kerajaan negeri menyumbang RM 70,0000 untuk menjayakan program tersebut dan beberapa badan Ngos badan-badan berkanun.

Persediaan progom ini cukup mengguggah di mana saya dan Siti Mariam bertungkus lumus, ahli-ahli hanya sebahagian sahaja membantu atas alasan mereka tidak bersetuju dengan kepimpinan beliau. Saya terpaksa meminta bantuan dari kawan-kawannya. Azmi Mohamad YDP Kelab Kembara Kinabalu banyak membantu menyiapkan Antologi Salam dari Teluk. Pelajar-pelajar Puan Siti Mariam turut sama menjayakan acara yang cukup besar melibatkan peserta dari luar negeri Sabah. Mesyuarat demi mesyuarat di adakan untuk melantik tenaga kerja.

Saya dan Siti Mariam begitu gerun dengan tenaga kerja yang terbatas berhadapan pula dengan acara yang cukup besar iaitu program besar yang melibatkan peserta dari luar iaitu Brunei, Indonesia dan Semenanjung Malaysia. Saya takut acara itu tidak berjaya; bayangkan satu jawatan itulah nama yang berulang-ulang menanggungnya. Tetapi mereka semuanya berkerja dengan sungguh-sungguh. Ahli-ahli dari cawangan turut membantu apa-apa yang perlu pada hari kejadian. Allhamdulillah, Dialog Berneo terlaksana dengan jayanya. Sebuah antologi Salam dari Teluk berhasil diterbitkan hasil karya dari para penulis yang menghadiri Dialog Berneo.

Selepas Dialog Berneo berjalan dengan jayanya, YDP BADAN BAHASA berharap ianya adalah jalan mula untuk terus melangkah menuju kejayaan. YDP mengajak mengajak Rubiah Nordin, Jasni Matlani, dan beberapa orang lagi untuk menjadi ahli Bahasa. Setiap ada kelapangan pertemuan akan diadakan untuk perbincangan mencari jalan bagaimana caranya untuk mejayakan impian YDP dan ahli semua melihat BAHASA untuk terus aktif dan berkemampuan untuk terus berjaya. YDP juga memujuk Haji Arifin Arif untuk menjadi ahli, tetapi Haji Arifin tidak dapat menerima tawaran atas tuntutan kerja.

Sejak tahun 1999 hingga 2003, BAHASA bergolak dalam diam apabila orang luar mendesak saya untuk mengadakan Mesyuarat Agung, ramai orang luar dan orang-orang tertentu tidak bersetuju dengan YDP iaitu Allahyarahama Sairah menjadi YDB, saya, siti Meriam dan Rubiah Nordin yang menjadi pendengar setia setiap komen. Tetapi ada juga kemuskyilan dihati saya kenapa mereka-mera ini tidak berani berhadapan dengan YDB. Apabila berhadapan dengan YDP bukan main mereka memuji itu dan ini9, tetapi apabila di belakang mengutuk sampai tak larat mendengar.

Dalam gelora melanda YDP dengan semangat yang utuh terus menjadi pemimpin BAHASA, saya puas melihat dia dalam senyum dan tangisnya untuk memperjuangkan BAHASA. Dia dengan rela hati mengeluarkan wang ringgit sendiri untuk membayai BAHASA. Ada kalanya apabila ahli meminta wang untuk pgrogram, dia akan membantu dengan duitnya sendiri, menurutnya sebagai sedekah. Apa yang penting bagi beliau BAHASA harus bergerak.

YDP melahirkan rasa bangga kerana BADAN BAHASA pada masa itu telah di terujui oleh penulis-penulis yang cukup hebat. Banyak aktiviti yang beliau rancang, tetapi begitu sukar untuk mendapatkan dana memandangkan pada masa itu Allahyarahama di senaraikan sebagai sebagai penyokong parti pembangkang, secara tidak langsung saya juga sering mendengar ketidakpuasan hati orang luar dan meminta beliau membuat kenyataan andainya beliau tidak terlibat seperti yang diwar-warkan.
Perkara ini memberi impak yang cukup besar kepada BAHASA, kerana Badan Kerajaan,.Ngo’s begitu memandang berat tentang kedudukan YDP yang dicop sebagai Pembengkang. Saya rasa hal ini benar-benar tidak adil, kalau dia seorang yang di Cop sebagai pembengkang, kenapa orang lain yang yang harus menerima hukuman.
Kerana kemelut ini BAHASA yang sewajarnya diberi geran bebentuk tanah di kawasan Printing Sabah Oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu Datuk Yong Teck Lee. Pada masa itu saya, Siti Meriam, Hashim ibrahim dan Ibrahim Samad datang berjumpa dengan Datuk Jamdin Buyung. Beliau memberi sedikit maklumat. Kami mengisi borang dan juga menulis surat ke Jabatan Tanah dan Ukur untuk mengemukakan boring permohonan mengikut prosuder yang dikehendaki.

Beliau memang seorang yang berpendirian tegas dalam semua hal, itu yang agak mebebankan saya dan kawan-kawan yang lain meminta kerjasamanya untuk meletakkan jawatan sebagai YDP sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Beliau berkata Ngo’s adalah satu badan yang seharusnya dilihat dari pandangan yang telus dajn ikhlas; bukan melihat dari segi peribadi. Ngo’s adalah satu perjuangan, kalau mahu melihat Ngo’s itu maju, kita tidak boleh melihat siapa di dalamnya! Begitu kata beliau.
Satu hal yang saya kagumi Allahyarahama, apa yang saya lihat beliau
Begitu tekad melestrasikan impiannya untuk melihat BAHASA itu untuk terus bernafas, meskipun begitu banyak kendalanya, buat kali pertama saya melihat dia menangis apabila terbaca kutukan yang tersebar di Internet, saya sendiri pun amat terkilan betapa memperjuangkan BADAN BAHASA maruah kami dicalar-calar.

Ya! Allah! Inikah bayaran termahal yang perlu kami terima kerana memperjuangan BADAN BAHASA. Aku terkedu dengan sikaf manusia yang tidak bertanggungjawab, Bahasa tidak memberi pun harta atau kemewahan mahu kepada beliau atau kepada sesiapa sahaja yang menjadi ahlinya. Malah sebagai rasanya terlalu banyak masa dan wang kita yang terpaksa kita korbankan. Tetapi kerana cintakan Bahasa dan juga ingin melihat BADAN BAHASA itu terus bernafas, onaknya diterurusi juga dengan ketabahan dan kesabaran.

Sewaktu menghadiri satu mesyuarat GEPENA di Kuala Lumpur, beliau begitu gembira apabila salah seorang AJK Tertinggi GEPENA memaklumkan bahawa TAN SRI telah bersetuju BAHASA akan mengendalikan Syembara Deklemasi Peringkat Bahagian dan berkerja sama dengan DBP untuk Syembara Peringkat Negeri.

Beliau sekali lagi menghidupkan BAHASA di cawangan-cawangan yang agaknya sudah lama berehat. Beliau menghubungi penulis-penulis di setiap cawangan untuk menghidupkan semula. Beliau juga bertindak sebagai Hakim dalam Syembara yang diadakan di setiap ZON iaitu Sandakan, Beaufort, Keningau, Tawau dan Kota Kinabalu. Dalam kesempatan beliau berkempen untuk menjadi ahli BAHASA.
Setiap kali ada bengkel puisi atau cerpen, beliau akan mempelawa para penulis baru untuk menjadi ahli BAHASA. Maka itu sewaktu mesyuarat Agung pertama selepas beberapa tahun tidak mengadakan mesyuarat, begitu ramai perwakilan penulis-penulis baru yang datang. Pemilihan itu di adalan di Berjaya Palace.

Tahun 1999 Pemilihan itu di hadiri oleh mantan YDP iaitu Haji Ismail Abas, ahli-ahli Bahasa yang lama iaitu Haji Ismail Bungsu, Alahyaraham Datu Bendara Datu Alang dan ramai lagi. Dalam pemilihan tersebut sekali lagi Allahyarahama Sairah memenangi dalam pertandingan itu; tetapi malangnya kemenangan beliau di tuduh dengan pelbagai kenceman; walhal pemilihan telah di sempurnakan secara telus, dan pengundi tahu apa yang mereka buat, Menurut mereka. Mereka tidak mahu menukar kepimpinan atas alasan beliau seorang yang kometid dan mudah mendengar apa kehendak mereka. Disamping itu juga menurut mereka beliau mudah didekati.

Dalam kemelut yang saya kira semakin meruncing, BADAN BAHASA tetap bergerak sebagai NGO dalam sastera, dimana Deklemasi Puisi peringkat negeri Sabah terus berjalan setiap tahun, dan beberapa program kecil-kecilan juga berhasil dikendalikan dengan peruntukan yang kecil bantuan dari GAPENA dan badan-badan berkanun dan orang peseorangan yang masih setia kepada BAHASA. Dalam diam satu antologi Puisi dapat diterbitkan.
BADAN BAHASA sendiri diberi mandat oleh GEPANA menerbitkan makala tahun. Sidang Pengarangnya Allahyarahma Sairah, Pengarangnya Jasni Matlani, Saya dan Mariam Mohamed. BADAN BAHASA tidak juga terpinggir dalam apa juga aktiviti yang di adakan oleh badan-badan Ngo. BADAN BAHASA sendiri masih termampu membuat program-program yang lain.

Orang luar sudah berani membuat pelbagai andaian yang negatif tentang BAHASA. Dan terus mendesak saya untuk membuat mesyuarat tergempar. Sebagai kawan suka dan duka YDP saya dan beberapa kawan amat tertekan. YDP bukan calang-calang orangnya, dia sendiri ada sebab kenapa tidak mengadakan mesyuarat agung sekian lama. Sehinggakan kerabat dari Kuala Lumpur datang sendiri ke rumah YDP memujuk untuk membuat Mesyuarat Agung. YDP tetap dengan keputusannya tidak akan mengadakan mesyuarat dalam waktu yang terdekat.

BADAN BAHASA seperti biasa terus menerus membuat kegiatan, ancama dan kutukan dari orang luar YDP buat tidak tahu. Malah dia meminta kami untuk terus bersabar dan meneruskan perjuangan yang belum usai. Dalam pada itu BADAN BAHASA berhasil juga membuat program Sepetang Bersama Drs. Yumadi, Halal Bil Halal dan macam-mcam lagi. Ini buktinya ketekunan beliau dalam memperjuangkan BAHASA dan Sastera itu tidak ada sempadan, beliau tidak mempedulikan semua kendela.

Sepanjang 2000 sehinggalah awal 2003, Bahasa berhadapan dengan pelbagai kemelut dalaman dan luaran. Allahyarahama dalam keadaan yang kurang sihat meneruskan juga perjuangan untuk menyemarakan dunia sastera itu dengan bantuan GEPENA dan sesekali memohon ikhsan dari saudara Haji Arifin Ariff, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan), Jabatan Kesenian Kota Kinabalu dan DBP Cawangan Kota Kinabalu. Syukur alhamdulillah kesemuanya memberi kerjasama yang baik dengan menyalurkan pelbagai bantuan dan BAHASA berupaya membuat pelbagai program dan sebuah program yang paling besar iaitu Setanggi Puisi, di mana program julung kali di adakan itu beberapa Menteri dan Tim. Menteri turut mendekelamasikan puisi.

Semakin hari BADAN BAHASA semakin menghadapi kemelut yang begitu ketera, di mana ahli-ahli BAHASA sendiri mula rasa tidak puas hati dengan kepimpinan YDP, masalahnya hanya kerana BADAN BAHASA gagal mengadakan Mesyuarat Agung. Saya sendiri tidak tahu kenapa YDP tidak bersetuju mengadakan Mesyuarat Agung . Saya jadi kalut, sebagai pemimpin memang YDP ada tokoh kepimpinan yang tidak boleh dicangkal. Dia ada idea yang cukup hebat. Dia ada cita-cita yang cukup besar.

Beliau tidak akan berundur selagi tidak dapat memilik tanah yang dijanjikan oleh Ketua Menteri. Beliau bercadang akan membina sebuah bangunan setinggi tiga atau empat tingkat dalam bangunan itu dakan asrama untuk menampung penulis-penulis dari luar Kota Kinabalu, geleri untuk penulis dan Mezium. Dia mahu memertabatkan kedudukan penulis. Tingkat selebihnya akan disewakan, dananya akan disimpan untuk menampung keperluan yang lain khusus untuk penulis. Dia tidak mahu penulis-penulis mengharapkan ikhsan dari mana-mana pihak. Menurut beliau dia mahu BAHASA dikendalikan sebaik mungkin dan memberi menafaat kepada penulis-penulis. Saya, Siti Mariam, Rubiah dan YDP sendiri terus berusaha untuk mendapatkan tanah itu. Akhir sekali YDP memberitahu permohonan tanah itu sudah di peringkat Jabatan Tanah dan Ukur, tetapi sehingga kini saya sudah tidak dapat menerima seberang berita tentang tanah itu.

Ada waktunya apabila masa terluang apabila ada pertemuan beliau menyuarakan rasa hatinya. Menurut beliau dia melihat ada dua insan yang layak menjadi pemimpin Bahasa yang berketrampilan. Tetapi katanya lagi dalam masa yang terdekat dia masih ingin meneruskan kepimpinannya. Dia akan berundur setelah semua impiannya membina BAHASA mencapai kejayaan yang gemilang. Sebab dia yakin BAHASA belum digerakkan menuju impian sekiranya semua ahli bersatu hati untuk menjayakan.

Dulu saya ambil alih BAHASA ini ibarat sebuah pondok yang hampir rebah, setelah itu saya dirikan dan baik pulih sehingga menjadi sebuah rumah yang baik dan seterusnya kita isikan dengan pelbagai perabut untuk mencantikkannya. Dari kosong sehingga apa yang kita lihat, dan sekarang berpusu-pusu pula orang menukar kepimpinan saya. Apa kurangnya saya? Itulah kata-kata beliau yang masih tersimpan dihati.
Sepanjang bersama beliau memang saya lihat kesungguhannya tidak dapat dicanggkal untuk melihat BAHASA meraih kegemilangan. Sebahagian daripada waktunya diperuntukkannya untuk memulihkan BAHASA, tetapi sayang harapannya tidak menjadi kesampaian kerena terlalu banyak kendala yang menjadi penghalang. Adakalanya untuk BAHASA beliau rela merendahkan dirinya berjumpa dan berbincangan dengan orang-orang tertentu tentang BAHASA tetapi sehingga saat akhirnya beliau bersama BAHASA, BAHASA masih di takuk yang sama.

Hampir lapan tahun beliau memperjuangkan BAHASA dan dibantu setia oleh saya, Jasni, Rubiah, Siti Mariam,. Dayang Salmah, Mad Sakiran, Maznah, Haji Jalidar, Othman Radin dan rakan-rakan yang lain. Othman Radin satu-satunya penulis yang menyokong penuh pejuangan YDP, dan apapun keliling cakap tentang YDP dan BAHASA dia tetap dengan kesetiaannya yang padu memberi semangat kepada YDP. Menurut pandangan beliau; Hajah Sairah memang layak menjadi pemimpian BAHASA, kerana dia benar-benar memperjuangan BAHASA. Saya tidak menyengkal kienyataan itu, Hajah Sairah memang berniat baik untuk memperjuangankan BAHASA. Dia telah berusaha sebaik mungkin.

Walaupun BAHASA tidak mampu mengukir nama sampai ke kumcak seperti mana yang diimpikan; tetapi YDP berjaya juga menempah satu kejayaan saya kira dulunya Syamabera Puisi yang dikendalikan sepenuhnya oleh DBP, tetapi beralih arah kepada BAHASA. Beliau juga sering meminta kepada Allahyaraham Dr. Othman Puteh supaya penulis-penulis Sabah di beri ruang untuk menyampaikan ceramah di pertemuan yang besar di Semenanjuang. Beliau juga sering menuntut supaya penulis-penulis Sabah diberi ruang untuk majalah sastera dan juga diberi hak yang sama dalam apa juga peluang. Menurut beliau penulis-penulis Sabah tidak kurang hebatnya dari penulis Semenanjung. YDP memang seorang yang ada cita-cita bukan saja memperjuangan NGO, tetapi ia merangkumi tentang penulis-penulis itu sendiri. Dia mahu mengangkat penulis-penulis di tempat yang sepatutnya.

Beliau seorang insan seni yang benar-benar mencintai seni itu tidak ada duanya, ada waktunyan demi seni egonya lebur. Menurut beliau BAHASA adalah meruapakan rumah kedua baginya. Dan kalau diberi pilihan beliau tidak akan berundur sebelum dapat merealsasikan impiannya BAHASA menjadi sebuah Ngo yang berjaya. Terlalu banyak impiannya yang dia lakar, impian tentang kebaikan penulis-penulis dan Ngo’s.
April 2003, walaupun berat hati kepimpinan terpaksa di tukar; ini pemilihan yang banyak meninggalkan sejarah kelukaan kepada semua pihak, ada kesepakatan untuk menukar kepimpinan. Kalau tidak barangkali sampai akhir hayatnya beliau tetap menjadi YDP.

Pun begitu beliau berharap orang yang akan menggantikan sebagai YDP, kalau tidak Haji Arifin, dia berharap penuh kepada Jasni Matlani. Beliau berkata Jasni Matlani ada kewibawan menjadi seorang pemimpin..
Syukur alhamdulillah imipan Alahyarahama sudah menjadi kenyataan. Jasni Matlani telah menyambung cita-cita beliau. Dan saya merasa lega kerana apa yang Allahyarham impian secvara tidak langsung sudah tertunnai. Mudah-mudahan Saudara Jasni dapat merealsasikan impian para penulis. Sebagai pencinta saya tetap memberi sokongan. Al Fatihah untuk Allahyarahama Sairah Haji Atin.

Saturday, June 6, 2009

Meniti Bersama BAHASA

Oleh: Sitti Rahmah G Haji Ibrahim
(Bahagian Pertama)

Waw! Hebatnya Badan Badan Bahasa! Gumam saya dalam hati sewaktu mendengar Badan Bahasa di perkatakan satu waktu di pertemuan Sastera dalam awal tahun 80-an. Dalam diam saya begitu teruja mencari data-data Badan Bahasa Sabah untuk mengetahui secara dekat tentang Ngo’s yang saya kira cukup hebat pada masa itu, Saya membaca beberapa makala dan mendengar cerita tentang sejarah Badan Bahasa Sabah dari beberpa orang penulis. Saya begitu kagum dengan Ngo’s yang berjuang memertabatkan bahasa dan sastera di negeri ini. Apatah lagi Ngo’s ini berhasil melahirkan, penulis-penulis novel yang pertama di negeri ini.

Keinginan saya tidak terhenti disitu sahaja, saya terus menerus mengikuti perkembangan Ngo’s. sehinggalah satu hari saya terbaca artikel tentang Badan Bahasa saya tidak ingat siapa penulisnya, artikel itu menceritakan tentang perjuangan Badan Bahasa; buat kali kedua saya begitu kagum dengan kehebatan Badan Bahasa yang cukup gemilang pada awal 70 an, yang mana pendukung-pendukung Badan Bahasa itu sendiri bukan kecil nama-nama mereka.

Apatah lagi penglibatan pendukungnya adalah orang-orang ternama dan mengukir nama yang cukup gah di arena politik. Bahasa yang menjadi banggaan saya pada masa itu kerana ada kuasa memantau penggunan Bahasa di sektor awam dan juga ada hak untuk mengubah ejaan yang salah di papan tanda dan sebagainya. Bahkan kerana kehebatan Badan Bahasa Sabah memungkin pada tahun 1971, Dewan Bahasa dan Pustaka berdiri gah di Negeri Sabah, tahniah buat pendukung-pendukung yang memungkin Dewan Bahasa dan Pustaka berdiri megah di Negari Sabah. Alangkah hebatnya para ahli-ahli bahasa berjuang dikala itu. Bahasa gemilang di perseda negeri di bawah bayu.
Badan Bahasa Sabah bukan saja berhasil melahirkan pemimpin-pemipin yang hebat di negeri ini, ianya juga telah berjaya melahirkan ramai penulis yang tersohor beranung di bawah Payung Dewan bahasa di kala itu dan sehingga kini penulis-penulis yang tersohor masih setia dengan Badan Bahasa seperi Datuk Haji Ismail Abbas, Jasni Matlani, Rubiah Nordin, Azmah Nordin dan beberapa penulis yang lain
Awal tahun 1984 Haji Ismil Bungsu (Setiausaha BAHASA) menawarkan kepada saya untuk menubuhkan BAHASA Cawangan Keningau, menurut beliau pada waktu itu bahagian Pedalaman (Keningau dan Tenom) perlu ada badan BAHASA untuk menyenangkan para pencinta seni menyalurkan karya-karya. Saya tidak berfikir panjang terus sahaja menerima tawaran tersebut. Kebetulan pada waktu itu hanya ada satu persatuan yang ada di Keningau iaitu Penulis Angkatan Keningau ( ANGGERIK) di pengerusi oleh Mahat Madi.

Setelah menerima tawaran itu, saya berfikir siapa pula yang akan saya bawa bersama untuk menyempurnakan impian Haji Ismail. Sebahagian penulis sudah ada persatuan iaitu Angkatan Penulis Keningau (ANGGERIK) dibawah pimpinan Mahat Madi, Satu hal yang saya masih ingat ada persatuan/Ngo’s yang tidak mahu seseorang ahli itu menyertai dua persatuan/ngo’s sekaligus. Tetapi saya dalam diam sudah menyertai persatuan lain. Saya bersyukur kerana Mahat Madi tidak bersikap demikian.
Saya teringat Maznah Sulaiman yang kebetulan bertugas di sekolah yang sama, saya pun maklumkan tentang impian haji Ismail untuk menubuhkan BAHASA Caawangan Keningau, dia begitu teruju menubuhkan BAHASA Cawangan Keningau dan sekaligus menyebut nama-nama yang perlu di ajak berbincang seperti James Kawanding ( cikgu Penyelia Petang, beliau meminati bahasa dan sastera walaupun dia memilik diploma dalam bidang Seni Lukis pada waktu itu) Ramlie Jalimin, Mathius Manang, Victor Sanandon dan beberapa yang lain yang saya sudah lupa namanya.

Setelah mendapat kata sepakat, dan kami pun mengatur tarikh, masa dan tempat untuk mengadakan mesyuarat bagi pemilihan AJK. Kehadiran tidak lagi begitu memberangsangkan, cuma ada dua puluh lima orang, saya tidaklah terkilan dengan kehadrian yang hanya boleh dihitung dengan jejari itu,sebab saya maklum sesuatu yang baru agar sukar untuk memulakan.

Saya mempengerusi mesyuarat tersebut untuk memilih ajk yang bekal berjuang meneruskan perjuangan yang digalaskan dibahu saya. Apatah lagi saya sendiri ingin mengemblengkan tenaga dan pemikirkan untuk melihat bahasa dan sastera yang saya lihat ada pada generasi di pedalaman masa itu membusar-busar, meskipun saat itu saya sendiri masih bertatih untuk menjadi seorang penulis yang hebat, besar dan tersohor. Tetapi di jiwa saya ada keinginan melihat generasi Pedalaman mengikuti jejak saya. (Syukur ramai penulis yang berjaya Bahasa lahirkan)

Dalam mesyuarat memakan masa dua jam itu, maka ahli Jawatankuasa dapat dibentuk dengan mudahnya. Mereka sepakat memilih saya menjadi Pengerusi, Tim. Pengerusi James Kawanding, Setia Usaha Kehormat Mathius Manang, Penolong Setia Usaha Azahari Ejun Bendahari Maznah Sulaiman, AJK Zakrie Sulaiman, Jail, Jaudi Maugot, Roslin Sulaiman, Jumainom Madi, Tan Lee Lee. BBCK dipelepuri oleh belia-belia yang rata-rata berumur dua puluhan, cuma timbalan YDP saja yang melewati tiga puluh tahun. Saya bangga kerana mereka memberi kepercayaan kepada saya menjadi Pengerusi, meskipun saya terlalu muda pada ketika itu untuk memegang jawatan tersebut, pengalaman sebagai ahli PESAN Pencinta Seni Sandakan saya jadikan garis panduan sebagai Pengerusi untuk meneruskan perjuangan saya dalam Bahasa.

Bahasa Cawangan Bahasa Keningau digerakkan 90% adalah warga pelajaran, kebetulan waktu saya bertugas di Jabatan Pelajaran. Sebaik sahaja BBCK di tubuhkan, kami terus merancang plebagai kegiatan. Di sekolah-sekolah Menangah adalah tumpuan untuk membuat aktiviti deklemasi puisi, diskusi sastera. Hujung minggu deklemasi puisi di pentas terbuka Keningau. BBCK juga telah menghasil empat buku puisi berbentuk stensil.

Tiga bulan kemudian BBCK berupaya menarik ramai peminat-peminat sastera dan bahasa, daripada 25 orang ianya mencacah 170 orang. BBCK terus mengorak langkah untuk terus aktif mengadakan bengkel penulisan cerpen, sajak dan drama pentas di bawah bimbingan Datuk Haji Ismail Abbas, Haji Ismail Bungsu dan Sitti Hadiah Haji Mutalib. Ahli-ahli turut terlibat dalam semua bengkel, dan terpilih untuk mengikuti bengkel sehingga ke peringkat Negeri dan Kebangsaan.
Hasil dari bengkel tersebut maka lahirlah penulis seperti Maznah Sulaiman, Ramlie Jalinin, Victor Sanadon, Antonia Gilong, Raton Baginda, Tan Lee Lee dan beberapa orang penulis yang lain turut memberi sumbangan kepada dunia penulisan dari pedalaman dalam pelbagai genere . Victor penulis puisi yang berpontensi, puisi-puisinya termuat dalam beberapa antologi terbitan DBP. Sementara Maznah Sulaiman menyerlah dalam dua bidang Puisi dan Cerpen, karya-karya beliau juga termuat dalam antologi terbitan DBP, dan tersiar di DPB Brunei. Sehingga kini cuma beberapa orang yang masih berkarya.

Di samping itu, setiap hujung minggun semua ahli akan berkumpul dan membawa hasil karya masing-masing untuk dibincangkan bersama, dalam pada masa itulah karya-karya tersebut akan di baiki sebelum dihantar ke penerbitan. Bedah siasat yang tidak rasmi itu juga memberi idea dan ilham kepada penulis-penulis yang lain untuk terus berkarya. Beberapa antalogi puisi

Bahasa Cawangan Keningau terus aktif mengadakan pelbagai aktiviti sastera dan juga dekelmasi puisi di sekolah-sekolah Menangah, mengadakan pertandingan penulisan puisi bagi pelajar sekolah. Bahasa Cawangan Keningau sering di undang mendeklemasikan puisi di Maktab Perguruan Keningau.
Demikian juga apabila BBCK dijemput atau mengadakan deklemasi puisi, keeokan harinya saya sebagai Pengerusi akan di panggil oleh Pihak Polis membuat penjelasan tentang puisi-puisi yang didekelamsikan. Saya rasa bangga kerana kehadiran BBCK disedari oleh semua pihak. Dan juga kami mendapat perlindungan yang cukup baik oleh pihak keselamatan.

Silang beberapa bulan menjadi pengerusi, kami mengembeling tenaga untuk terus berjuang dalam semua dunia seni bukan sahaja dalam penulisan sajak dan cerpen tetapi ianya juga dalam drama pentas, sebab saya berfikir minat dan kecendurangan manusia dalam seni berbeza-beza, maka kami mengambil langkah untuk memenuhi impian dan kehendak manusia itu untuk melengkap seni itu menjadi sempurna.
Sebelum membuat keputusan untuk menubuhkan biro drama, ada beberapa kawan mengingatkan saya bahawa BAHASA berjuang untuk sastera dan bahasa. Mereka seolah-olah tidak bersetuju BBCK menubuhkan biro drama. Tetapi saya mengambil kira drama juga adalah salah satu rangkaian sastera, cuma bezanya ianya dituturkan dan dilakunkan apa-apa juga mesej/pesanan yang ingin kita sampaikan kepada audien sampai cepat kepada sasarannya.

Saya menghubungi Haji Ismail Bungsu untuk meminta kebenaran menubuhkan biro drama, dengan hujah-hujah saya kemukakan, maka beliau bersetuju dengan cadangan kami, buat pertama kali Bahasa bahagian cawangan saya kira menubuhkan biro drama.
Pada awal tahun 1985, saya dan beberapa orang ahli menubuhkan biro drama, di mana saya dilantik sebagai Ketua dan juga Pengarah Drama Pentas mengikut pertandingan Drama dan Tarian yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Satu sejarah yang masih saya ingat sehingga kini; pada masa itu persembahan Drama pentas kami di kira yang paling hangat dan mendapat perhatian dari pihak polis, persembahan kami akan di pantau oleh pihak polis dan saya entah beberapa kali di panggil ke Balai Polis untuk membuat penjelasan secara lisan dan beertulis mengenai drama-drama yang dipersembahankan.
Sepanjang menjadi pengerusi BBCK saya amat berpuas hati, kerana AJK memberi komiten yang cukup padu, sehingga dalam masa beberapa tahun BBCK menjadi begitu popular di sekitar Keningau, Tambunan dan Tenom, keahlian semakin bertambah dari tiga tempat. BBCK semakin gah apabila keahlian semakin bertambah. Saya kira BBCK di pelepuri oleh golongan belia yang cukup hebat dan mentap pada masa itu. BBCK terus bergerak menukah arus.

Awal tahun 1990 saya bertukar ke Sandakan, BBCK diambil alih oleh James Kawanding
dengan ajk yang sama. Walaupun begitu berat hati saya meninggalkan BBCK, tetapi desakan tugas, saya serahkan kepimpinan kepada Timbalan YDP. Saya yakin mereka mampu melakukan yang lebih dari saya. Oleh kerana minat dengan BAHASA, di Sandakan saya mengikuti BAHASA Cawangan Sandakan yang mana pengerusinya waktu itu adalah Mahmud Jahar. Seperti di BBCK juga Bahasa Cawangan Sandakan 70 peratus daripada ahlinya adalah warga pelajaran. Tidak jauh beza dengan BBCK yang saya pimpin dulu.
Bahasa Sandakan lebih tertumpu kepada deskusi-deskusi sastera, deklemasi puisi yang di adakan setiap minggu di sekolah-sekolah menangah. Kerancakan sastera begitu ketera sekali apabila setiap hujung minggu BBCS akan mengadakan pelbagai aktiviti di sekolah Menangah dan sesekali di jemput di Maktab Sandakan dan Pejabat Pelajaran Sandakan.

Tiga tahun kemudian Bahasa Sandakan seolah-oleh mengalami zaman kelesuan; BAHASA cuma mengadakan aktiviti tiga atau enam bulan sekali. Pun begitu aktiiviti di sekolah menengah berjalan seperti biasa kerana guru-guru yang menjadi ahli meneruskan perjuangan bahasa dan sestera itu tanpa henti. Tetapi akriviti BAHASA itu sendiri seolah-olah menghadapi zaman bulan gerhana tidak ada program yang agak besar dianjurkan, begitu juga diskusi-diskusi sastera. Ahli-ahli bahasa yang kebetulan terdiri daripada penulis-penulis masing-masing sibuk dengan dunia sendiri.

Pengerusi membuat berbincangan menerulusi punca-punca Bahasa Cawangan Sandakan yang begitu lesu. Sebelum sempat mendapat jawaban punca-puncanya saya telah di tukar di Kota Kinabalu.

Di Kota Kinabalu sebagai ahli Bahasa saya mengikut terus perkembangan, malangnya pada saat itu Badan BAHASA Pusat seperti BBCS juga ianya mengalami zaman kelesuan, bukan sahaja BAHASA bahkan semua Ngo’s Sastera mengalami zaman yang sama, zaman Ngos’ yang gilang gemilang seperti era tahun 70 an dan 80a begitu merendum, sastera seolah-olah terbenam ke dasar laut. Pertemuan-pertemuan Sastera dieskusi-desikusi sastera semuanya begitu perlahan seperti aliran sungai yang begitu lesu untuk bergerak. Tetapi keberuntungannya Badan BAHASA masih mampu bergerak walaupun agak perlahan.

BAHASA kemudiannya dia ambilalih oleh Allahyaraham Puan Hajah Sairah, dia mengajak saya membantu menghidupkan BAHASA yang sudah lesu itu. Saya begitu terkilan nama-nama AJK yang ada pada waktu itu tidak begitu kometid untuk memperjuangkan BAHASA; alasan yang saya dengar begitu peribadi sifatnya. Saya menjadi begitu kecewa sekali, ada pihak-pihak tertentu tidak telus dan ikhlas dalam memperjuangan dan memertabatkan BAHASA itu, walhal kalau tidak mereka, siapa lagi yang harus berjuang.

Saya terpanggil untuk membantu apabila mendengar cerita Allahyarahama Hajah Sairah yang begitu banyak impiannya untuk memberi nafas baru kepada BAHASA. Saya sebagai penulis dan juga ahli Bahasa walau tidak mendaftar seumur hidup, tetapi boleh dikatakan saya menjadi ahli tidak pernah berhenti sejak tahun 1983 dan sehingga kini.