Thursday, July 29, 2010

Siaran YDP

Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa dan ahli BAHASA yang hadir pada mesyuarat serata perjumpaan BAHASA bagi membicangkan agenda kegiatan BAHASA menjelang hujung tahun 2010 ini. Setalah BAHASA berjaya menganjurkan beberapa kegiatan dan penerbitan buku daripada awal tahun hingga ke pertengahan tahun, BAHASA akan terus mengorak langkah ke hadapan pada penghujung tahun 2010 ini.
BAHASA antaranya akan menganjurkan beberapa kegiatan seperti berikut:

1. BAHASA akan mengadaklan program “Ziarah BAHASA” pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada bulan Oktober 2010. Ziarah ini bermula di daerah Tenom, dengan acara baca puisi, lagu puisi, sketsa dan drama pendek (10 minit) diadakan di daerah Tenom. Kemudian keesokannya rombogan ziarah akan memulakan acara ziarah ke seluruh cawangan BAHASA di negeri Sabah. Persembahan yang sama insyAllah akan diadakan di setiap daerah yang dikunjungi. Justeru saya memohon setiap cawangan n(17 cawangan) akan siap menyambut kehadiran rombongan ziarah ini dan setiap cawangan kemudian akan membangtu dalam mengadakan satu majlis santai seperti yang dinyatakan tadi, sama ada pada sebelah siang atau malam, jika rombongan itu terpaksa bermalam di tempat berkenaan. Program ziarah turun padang ini insayallah akan menyemarakkan lagi kegiatan sastera di seluruh negeri dan bakal mengeratkan lagi hubungan antara kerabat kita dalam BAHASA. Setiap ahli BAHASA digalakkan menyertai ziarah ini dan menyediakan perlatan atau keperluan yang bersesuaian serta membawa khemah masing-masing, kerana rombongan dijangka bermalam di mana-mana sahaja. Segala perincian perjalanan ziarah ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

2. Sayembara menulis cerpen SEDCO-BAHASA akan ditutup pada 31 Ogos 2010. Sesiapa yang berminat menyertai peluang masih terbuka dan boring boleh di dapati daripada blog BAHASA. Sementara majlis penyampaian hadaih dijangka akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada bulan oktober 2010. Bersempena majlis penyampaian ini akan diadakan majlis seminar sehari bersama GAPENA yang dicadangkan diadakan di Dewan tingkat 3 bangunan SEDCO. Kota Kinabalu dan BAHASA dijangka akan menjemput beberapa pemakalah untuk menyampaikan kertas kerja khususnya daripada GAPENA dan BAHASA sendiri. Majlis penyampaian hadiah cerpen pula akan diadakan pada sebelah malam dan jika tidak berhalangan akan diadakan di hotel Hyatt Kota Kinabalu. Tetapi sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

3. Pada bulan Ramadan ini BAHASA insyAllah akan melancarkan dan memperkatakan dua buku karya penulis Sabah di Kompleks Tabung Haji Kota KInabalu, yang disekalikan dengan acara berbuka puasa SEDCO. Perician tarkih dan majlis akan dimaklumkan kemudian dan semua ahli-ahli BAHASA dan penulis di negeri ini digalakkan hadir.

4. BAHASA mungkin akan mengadaksan konvoi ke Miri Sarawak dan juga menyertai pertemuan Pertemuan Melayu Antarabangsa di Bandung pada bulan November dan perinciannya akan dimaklumkan kelak.

Mudah-mudahan BAHASA akan terus bersemarak dan menjadi tonggak perjuangan BAHASA dan SASTERA yang unggul di negeri Sabah ini dan malah di peringkat Kebangsaan dan serantau.


Jasni Matlani

Wednesday, July 21, 2010

CATATAN YDP BAHASA

SAYA bagi pihak BAHASA dan seluruh penulis di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada GAPENA kerana telah member kepercayaan dan melantik saya sebagai ahli jawatankuasa kerja GAPENA. Ini adalah sejarah bagi penulis Sabah, Wilayah persekutuan Labuan dan Sarawak, kerana buat pertama kalinya, sejak GAPENA ditubuhkan 40 tahun yang lalu kita telah diberi kepercayaan untuk duduk dalam jawatankuasa kerja GAPENA.

Justeru saya memohon kerjasama daripada para penulis di tiga wilayah ini, agar sentiasa memberikan cadangan dan idea yang baik untuk meningkatkan mutu sastera kita di wilayah borneo dan malah di peringkat kebangsaan. Sila hantar e mail atau melalui facebook sebarang cadangan dan juga idea anda kepada saya, untuk dibawa ke setiap mesyuarat jawatankuasa kerja GAPENA. Marilah kita sama-sama membina jati diri dan membangunkan sastera kita di wilayah borneo ini, sesuai dengan gagasan kita untuk menjadikan rantau Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak sebagai Dataran Ilmu dan serta dataran sastera dan budaya yang terkemuka di rantau ini, malah di peringkat global.

Sekian

Jasni Matlani

Mesyuarat Jawtankuasa BAHASA

Semua jawatankuasa BAHASA dijemput hadir menghadiri mesyuarat BAHASA diadakan di DBP Cawangan Sabah pada 25 Julai 2010 bermula jam 9.00 pagi.
AGENDA
1. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
2. Membincangkan kegiatan BAHASA hujung tahun 2010
3. Hal-hal berbangkit

SURAT SIARAN YDP

Sukacita dimaklumkan kepada semua penulis di negeri Sabah, bahawa ayahanda Mabulmaddin Shaiddin telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini, sehubungan itu BAHASA mewujudkan tabung bagi membantu beliau, dan seterusnya mengalu-alukan kepada anda semua penulis negeri ini untuk menghulurkan derma ikhlas.
BAHASA juga mengalu-alukan anda semua memberi sumbangan ikhlas kepada saudara Jair Sulai yang baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.
Semua bantuan bolehlah disalurkan kepada BAHASA dan sebarang derma ikhlas boleh diberikan kepada Cik Ruhaini Matdarin, Timbalan Setiausaha BAHASA.