Share it

Sunday, May 22, 2011

bahasakinabalu.com

MAKLUMAN

Laman baharu BAHASA yang diusahakan oleh Puan Jun Irnanis kini telah beroperasi sepenuhnya, sila ke pautan http://bahasakinabalu.com

Terima kasih

Ruhaini M

Monday, May 16, 2011

Hala Tuju Sastera Sabah Kabur??

Kolum angin perubahan jasni matlani95


HALA TUJU SASTERA SABAH KABUR?


DENGAN rendah hati saya hendak mengatakan bahawa saya adalah seorang yang memandang positif terhadap semua perkara, termasuk mereka yang mengatakan sesuatu negatif terhadap saya. Tidak semua yang kita lakukan dapat dilihat, apatah lagi ditanggapi dengan baik, kerana sudah menjadi lumrah manusia, yang sentiasa ada satu bintik hitam di dalam dirinya, yang selalu terhasut agar mencari yang lemah, yang buruk, yang negatif dan bukan yang baik dan positifnya. Tidak ramai manusia yang melihat kebaikan berbanding kejahatan. Tidak ramai manusia yang mendapat pujian berbanding cercaan, tidak ramai manusia yang mahu melihat kejayaan orang lain berbanding kejatuhannya.
Jadi saya berpegang kepada nasihat kata-kata sahabat saya, yang menghantarkan pesanan ringkas, ada baiknya kita menulid atau bercakap ala kadar dan yang perlu sahaja, berbanding kita bercakap seperti langit hendak runtuh dan guruh berdegar-degar di langit, tetapi tampayan kita sebenarnya kosong tanpa setitis air. Saya berpegang kepada kata-kata nasihat dan falsafah itu, sebab itu saya hanya bercakap perkara yang perlu sahaja.

Sebagai contoh jika saya hendak bercakap mengenai karya sastera besar atau mega karya misalnya, yang boleh diangkat ke persada sastera kebangsaan dan dunia, maka saya bermula dengan diri sendiri, baik atau buruk saya mengusahakannya dahulu, sebelum memperkatakannya. Saya berusaha hendak menunjukkan kepada orang lain, atau hendak memberitahu orang lain bahawa jika kita hendak penulis lain menghasilkan mega karya, saya juga mesti melakukan apa yang saya katakan. Maknanya saya mesti mendidik diri saya menghasilkan karya besar dahulu baharumengajak orang lain mengikutinya.
Mungkin karya yang saya hasilkan seperti kumpulan cerpen “Laron” yang baharu saja diterbitkan DBP sebagai sesuatu yang tidak setanding nilainya dengan karya mereka yang menerima anugerah sastera negara, anugerah di peringkat Nusantara dan dunia, tetapi saya menunjukkan kepada mereka, bahawa saya melakukannya dan baharulah saya memberitahu orang lain, supaya melakukan hal yang sama atau lebih baik lagi daripada saya. Nabi Muhammad tidak mengajak umat Islam mengerjakan solat, sedangkan baginda hanya berdiri di luar pagar masjid. Tidak begitu! sebaliknya baginda berdiri di hadapan mimbar masjid, menunjukkan bahawa dia juga mendirikan solat, malah menjadi imam dan baharulah orang lain menjadi makmumnya.


Jika kita hendak mengatakan bahawa disipilin kritikan sebagai penting untuk mengangkat martabat sastera Sabah ke persada sastera kebangsaan, maka (tanpa melebih-lebihkan diri sendiri atau dijauhi sikap takbur) saya menulis ratusan esei dan makalah kritikan yang mengangkat karya penulis Sabah dan melalui pebagai teori dan disipilin supaya dapat diikuti dan dapat dicontohi para pengkritik Sabah yang lain.
Malah, saya juga telah menulis buku “Sastera Sabah dalam Kritikan” dan diterbitkan DBP, tetapi beberapa kerat penulis Sabah yang memiliki dan menangapinya? Begitu juga insy-Allah dalam tempoh yang terdekat sebuah buku kajian saya yang lengkap dengan indikator sejarah, metodologi, tinjuan literatur kajian, sumber rujukan, pendekatan dan teorinya, berjudul, “Perkembangan Puisi Islam di Sabah” yang melebihi 500 halaman bakal diterbitkan DBP dan bakal berada di pasaran demi untuk mengangkat Sastera Islam, Khususnya puisi berunsur Islam di Sabah, tetapi saya menunggu penulis dan aktivis sastera Sabah yang menangggapinya secara positif demi hala tuju sastera negeri Sabah yang tercinta ini?

Jadi sekali lagi saya hendak katakan biarlah kita bercakap sesuatu yang kita lakukan. Sama seperti Rasulullah mengajak umatnya mengerjakan solat lima waktu, tetapi baginda sendiri menunjukkan contoh teladan dengan mengerjakan solat lima waktu, tidak pernah meninggalkannya walau sekali dan waima dalam keadaan baginda sakit. Jika kita bercakap sesuatu yang kita tidak buat samalah seperti kata pepatah Melayu, ketam mengajar anaknya berjalan betul, tetapi dia sendiri berjalan tidak betul.

Dalam konteks gerakan sastera, saya telah berusaha tanpa mengenal penat lelah dan menunjukkan bahawa Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) yang saya terajui dengan sokongan beberapa sahabat agar terus menganjurkan kegiatan, walau pun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kendala dan kekangan terutama dari segi peruntukan, kerana hanya dengan adanya peruntukan maka kita dapat bergerak kerana semua perkara yang kita lakukan pada hari ini melibatkan sejumlah peruntukan kewangan bagi menjayakannya.
Sebab itu dalam keadaan tertentu saya mengeluh, supaya keluhan itu difahami untuk menyemarakkan hala tuju sastera Sabah, tetapi malangnya ada pihak yang melihat keluhan itu sebagai tidak berguna dan hanya beban di kepala mereka, walaupun saya tidak pernah meminta itu supaya masuk memberatkan kepala mereka dan menjadi bebanan. Tidak sekali-kali. Saya bertanggungjawab sepenuh terhadap keluhan saya.
Saya menangjurkan pelbagai sayembara, dan begitu juga DBP menganjurkan pelbagai sayembara hanya semata-mata bagi mencari karya yang terbaik dan supaya penulis yang serba daif itu mendapat sedikit imbuhan daripada kerja keras mereka, tetapi anda berkata dengan penuh iri hati, tidak perlulah sayembara untuk mengariskan hala tuju negeri Sabah, kerana kita kononnya menjebakkan penulis ke kancah dunia meteraialistik.

Bukan begitu. Lihatlah industri hiburan yang menawarkan hadiah jutaan ringgit untuk sesuatu jenis pertandingan nyanyian, tarian dan sebagainya yang mereka anjurkan dan cuba kita lihat kesannya. berpusu-pusu anak muda yang puluhan, malah ratusan ribu jumlahnya untuk menyertai pertandingan program berkenaan, kerana mereka tahu ia akan menjamin masa depan mereka, jika nasib dan bakat mereka adalah baik.
Saya sendiri membayangkan kita menawarkan hadiah menulis cerpen atau novel atau puisi ratusan malah jutaan ringgit jumlahnya sehingga anak muda kita berpusu-pusu dan berbaris panjang untuk menyertai program sayembara berkenaan. Jadi kenapa kita mesti membunuh dan usik sesuatu yang baik dan bertujuan untuk mengubah sedikit mobiliti sosial penulis kita dan akhirnya khalayak pula dapat membaca karya berkualiti bagi mengisi hala tuju sastera kita. Jangan beritahu saya, Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Hadiah Sastera Sabah yang ditunggu-tunggu penulis itu juga bukan bersifat sayembara? setiap sesuatu yang ada proses penghakimannya, maka saya meletakkannya sebagai sayembara.

Kita hendak melahirkan karya berstatus perdana yang menurut Tuan Haji Mastun Abas sebagai karya yang bukan penuh dengan warna warni cinta, tetapi kita menegurnya secara kasar dan tidak beradab, tanpa memikirkan dia adalah lebih tua daripada kita dan kita juga nanti akan menjadi seorang tua sepertinya, suatu hari nanti. Tetapi begitulah yang berlaku, takdir sastera kita tidak pernah kabur tetapi kita sendirilah yang meludahnya ke langit sehingga ianya menjadi kabur.
Justeru itu, sekali lagi saya teringatkan pesanan ringkas yang dikirimkan seorang sahabat, lebih kurang berbunyi begini, kita buat sahaja kerja dan jangan hiraukan orang lain yang hanya tahu hendak meruntuhkan gunung, tetapi bukan membina gunung. Yang hendak membina gunung itu, katanya lagi, sangat kecil jumlahnya, tetapi yang hendak meruntuhkan gunung itu adalah sangat besar jumlahnya, dan sebahagain besar daripada mereka itu adalah orang yang bijak pandai dan para ulama belaka.
Sahabat saya itu keemudian menasihatkan agar saya tidak terganggu dengan kritikan seperti itu dan menjaga kesihatan mental dengan baik. beliau meminta saya menjaga kesihatan dan itu mengingatkan saya kepada kunjungan saya ke sebuah klinik kerajaan di daerah Putatan beberapa bulanlalu. Saya masih ingat ketika membuat pemeriksaan kesihatan mengenai tekanan darah di klinik itu, peliknya semasa pemeriksaan itu, saya diberikan beberapa keping kertas yang mengandungi beberapa soalan berkaitan dengan sikap positif atau negatif saya terhadap banyak perkara.

Jika saya memandang negatif terhadap semua perkara, maka itu adalah indikator bahawa saya adalah seorang yang bermasalah dari segi mental, seterusnya bakal menyumbang kepada tekanan darah tinggi dan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit lain. Saya berfikir panjang mengenainya.
Jadi ia perlahan-lahan mendidik saya supaya sentiasa berhati-hati, sebab akhir-akhir ini terlalu ramai rakyat Malaysia yang masih muda, sihat dan gagah, tetapi malangnya, mereka mati secara mengejut kerana amalan yang tidak sihat, tekanan mental yang tidak tertanggungkan dalam kalangan mereka. Adakalanya mereka memilih jalan sukar untuk suatu perkara yang mudah sehingga mereka pecahkan kepala memikirkannya. Adakalanya mereka nekad sehingga mahu membunuh diri. Adakalanya mereka cuba memperlihatkan bahawa untuk menjadi lebih bijak, mereka mesti membuat hujah yang spesifik dan mesti mengikut kerangka akademik atau kompleksiti kehidupan, kerana kononnya itulah tuntutan zaman. Tetapi saya mengingatkan diri saya dan juga masyarakat keseluruhan bahawa zaman tidak pernah menuntut apa-apa perubahan daripada kita, tetapi kitalah yang terlalu banyak menuntut perubahan daripada zaman, sehingga akhirnya Tuhan memperlihatkan bahawa perubahan itu tidaklah bermakna apa-apa berbanding dengan kekuasaan-Nya.

Saya memberi analogi, tamadun bangsa Jepun yang hebat, kekuasaan tekonologinya yang tinggi, tahap pencapaian ilmunya yang sangat luar biasa, sehingga di balahan Timur ini, kita semua berkiblat kepada Jepun dari segi pencapaian ilmu dan ketamadunannya.
Kita belajar daripada Jepun cara rakyatnya berbincang dan berhujah tentang sesuatu sumber ilmu, kita mencontohi etika kerja mereka, kita merujuk cara mereka membuat kajian dan menghasilkan dapatan-dapatan tertentu. Kita selalu memandang tinggi terhadap hala tuju bangsa Jepun, termasuklah dalam bidang penerbitan buku dan kesusasteraan, sehingga mereka boleh menghasilkan penerima hadiah novel kesusasteraan dunia. Tetapi pencapaian itu hampir tidak bermakna apa-apa berbanding dengan kekuasaan Tuhan yang melumpuhkan Jepun dalam peristiwa tsunami hanya dalam beberapa jam yang meragut ratusan ribu nyawa rakyat negara berkenaan dan beberapa buah bandar besarnya pula menjadi seperti padang jarak padang tekukur.
Jadi kita semua hendaklah insaf bahawa, ada had untuk segala kehendak kita, dan kita hanyalah manusia kecil, yang mahu kelihatan besar, tetapi kita tidak pernah menjadi sebesar daripada sebutir pasir di hadapan-Nya.

Berbalik kepada isu memperkatakan hala tuju sastera Sabah, yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai sesuatu yang tidak wajar diperkatakan dan pihak DBP Cawangan Sabah sepatutnya membuat acara forum atau diskusi lain yang lebih berguna, tetapi saya hendak mengatakan bahawa mereka yang mengatakannya sebagai tidak berguna itulah yang pada akhir konklusinya mengakui bahawa kita sebenarnya tercari-cari hala tuju sastera Sabah.
Maka hanya jauhari sahaja yang berhak mengenal manikam. Sebab itu saya katakan, agar kita berlajar daripada sejarah, melihat ke belakang untuk perjalanan beberapa langkah ke hadapan. apa masalah yang dihadapi sebelum merangka hala tujunya. Saya telah berjuang sejak tahun 1980-an supaya kebajikan penulis dihargai, dan penulis mendapat sedikit imbuhan daripada titik peluh mereka.

Penulis atau aktivis sastera yang mendapat gaji daripada kerajaan sama ada mereka sebagai pensyarah, guru, pegawai kerajaan, atau wartwan yang menerima gaji daripada majikan mereka setiap bulan tentulah tidak merasakan keperitan penulis yang bergantung hidup sepenuhnya dengan kerjaya mereka sebagai penulis. Justeru, misi saya dahulu ialah memikirkan penghormatan dan hak penulis dalam sebuah negara yang merdeka. Jika anda menyusun fail, bersyarah atau mengajar, memeriksa kertas jawapan pelajar dan anda dibayar gaji untuk kerja itu, maka penulis juga mesti dibayar untuk kerja-kerja penulisan yang mereka lakukan.
Permintaan itu tidak terlalu berlebihan dan masih lagi selari dengan garis hala tuju kita dalam memartabatkan sastera Sabah, kerana saya berpendapat, apa gunanya kita mewujudkan sekolah seni di Universiti Malaysia Sabah, kalau sekolah itu tidak mampu melahirkan penulis yang boleh berdikari dan bergantung hidup dengan kerja seni dan penulisan mereka? Sebagai manusia, mereka juga perlu berkahwin dan memberi segala kemudahan dan menyuap makan minum anak isteri mereka demi untuk meneruskan kehidupan. Tapi jangan beritahu saya, kita wujudkan sekolah seni supaya kita melahirkan lebih ramai guru atau pensyarah yang mengajar subjek sastera di sekolah-sekolah dan makan gaji dengan kerajaan atau kita tubuhkan sekolah seni hanya semata-mata sekadar melahirkan sejumlah pekerja yang sesuai diserapkan dalam institusi atau jabatan kerajaan atau swasta yang berkaitan dengan kesenian, kebudayaan, kebahasaan dan kesusasteraan.

Tidak begitu! sebaliknya kita mesti mewujudkan sekolah seni si UMS bagi memenuhi keperluan dalam melahirkan penulis aktivis sastera di negeri Sabah dan Malaysia amnya dan menjadikan bidang penulisan sebagai sumber pendapatan mereka dalam meneruskan kehidupan. Jangan kata ini bersifat materialistik, hanya semata-mata kerana anda boleh hidup mewah dengan suapan gaji kerajaan, tetapi mahu melihat penulis yang bergantung hidup dengan kerja penulisan mati kebuluran tanpa nisan.
Justeru itu, sebenarnya kita sendiri yang mengaburkan hala tuju sastera kita, hanya semata-mata kerana kita hidup selesa berbanding orang lain. Tetapi ingatlah, hidup ini sangat mudah, sesekali kita berada di atas dan sesekali kita berada di bawah. Seperti janji Tuhan yang dipercayai berabad-abad lamanya.

Laman baharu BAHASA

Assalamualaikum dan salam silaturrahim,

Buat semua warga ahli jawatankuasa tertinggi BAHASA. Dengan rasa rendah diri selaku orang baru dalam BAHASA, saya ingin menjemput tn/pn berkunjung ke laman BAHASA fm kita http://mkajunai.net/BAHASA/ .

Menurut Tn Jasni, program besar BAHASA akan ada pada 27 - 29 Mei ini, dan menghendaki program tersebut untuk dikeudarakan melalui BAHASA fm agar seluruh pendengar tanahair yg tidak berkesempatan utk hadir dpt mendengarkan pengisian program tersebut.

Pastinya saya faham, kita semua sibuk dengan tanggungjawab harian yang memungkinkan untuk kita adakan pertemuan dlm masa terdekat ini sebelum menjelangnya program tersebut. Dengan itu, kebiasaannya insyaAllah, saya sentiasa berada di bahagian bilik sembang laman tersebut untuk membantu tn/pn tentang sebarang cara pengisian forum dan sebagainya.

Semoga dalam masa seminggu sebelum program tersebut , kita dapat 'publish'kan link laman tersebut kepada semua yang berkenaan dan yang berminat untuk mengikuti perjalanan program terutamanya perjalanan BAHASA Sabah yang tak pernah berehat dlm memperjuangkan sastera di Sabah mahupun tanahair.

Mohon izin untuk penerangan tn/pn mengenai laman http://mkajunai.net/BAHASA/..

Dalam FORUM BAHASAfm juga telah disediakan ruangan tinta YDP, perkenalan biodata penulis dan 'user', karya penulis, ruang cadangan, ruang promosi hasil karya. semoga dgn ini, peminat/ pembaca mudah utk mndapatkan/belian hasil karya penulis Sabah. Saya mohon cadangan utk penambahan ruangan forum yg perlu lagi utk forum ini.

Mengenai BILIK SEMBANG pula, perlu adanya admin 'chatroom' yg dpt menjwb secara terus permasalahan/ keperluan terutamanya penulis2 muda yg jauh dan mempunyai masalah dlm mendptkan info mahupun masalah karya mereka.

Mengenai RADIO ONLINE BAHASAFM pula, ianya dapat membantu utk semua ahli BAHASA, karyawan2, penulis2 muda, dan peminat2 sastera untuk mengikuti sebarang program dan mengetahui apa jua info2 drpd BAHASA. Melalui radio online juga pengkarya berpeluang utk keudarakan/ membacakan sendiri karya-kaya mereka, untuk peminat/pendengar.

InsyaAllah, dalam pertemuan akan datang kita dapat membuat ketetapan masa dan jadual untuk admin chatroom, admin forum, pemberi info atau dj BAHASAfm. Tentang bilik sembang dan radio, memandangkan kita pastinya sibuk dengan tugas, hanya perlu ketetapan masa selama dua jam dalam sehari untuk bertemu penulis/peminat di bilik sembang dan dua jam untuk dj BAHASA berkeudara menyampaikan sebarang info. Contohnya masa dari jam 8mlm hingga 10mlm (sesekali bolehlah peminat minta lagu utk penulis kesayangan :D ). Untuk makluman, lagu-lagu radio BAHASAfm sentiasa berkumandang. Bolehlah mencari inspirasi ketika menulis hehe.

Maaf..sedar tak sedar, penerangan hamba panjang berjelah.
Semoga BAHASAfm antara salah satu laluan untuk menggemerlapankan lagi sastera di Sabah, menggilap penulis muda, laluan utk dapatan karya di Sabah dan silaturrahim antara sesama penulis dan pembaca khasnya di Sabah dan seluruh tanahair.

p/s- ahad ni saya ada di kk bersama kak @salbiah jabrin.

salam kemaafan dan wassalam.

@jun irnanis
0135551264
http://irnanismama.blogspot.com/

Jadual Tentatif Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan 2

27 MEI 2011 (JUMAAT)

2.30 Petang Pendaftaran

7.00 malam Ketibaan Peserta
7.30 malam Ketibaan Dato’ Norliza Rofli
7.45 malam Ketibaan Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri N. 24 Membakut

Makan malam

Ucapan alu-aluan
Encik Jasni Matlani
YDP BAHASA

Ucapan perasmian / Pelancaran hadiah cerpen sedco-bahasa ke 3
Oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri N 24 Membakut

Pembentangan Kertas Kerja Utama

Kebudayaan Etnik Malaysia Dalam Konteks Pelestarian
Kebudayaan Kebangsaan

Oleh Dato’ Norliza Rofli
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Pengerusi Sesi pembentangan Kertas Kerja Utama
Puan Mariam Omar
(BAHASA)

HARI KEDUA
28 Mei 2011 (Sabtu)

7.30 pagi Sarapan pagi

8.00 pagi Pembentangan Kertas Kerja Sesi 1

Bahasa Sukuan Di Sabah Dalam Konteks Pengembangan Bahasa
Kebangsaan
Oleh Encik Zubaidi Abas
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Sastera Melayu: Isu, Cabaran dan Penyelesaian
Oleh Encik Saleeh Rahamad
Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA)

Pengerusi Sesi 1
Encik Nadin Haji Salleh

10.00 pagi Rehat/Minum

10.30 pagi Pembentangan kertas kerja sesi 2

Sastera Melayu di Sabah: Transformasi dan Pelestarian
Oleh Encik Amirudin ali Hanafiah
Ketua satu Persatuan penulis Johor (PPJ)

Warna tempatan dalam karya penulis Sabah
Oleh Encik Ramli Jusoh
Timbalan Yang Di Pertua BAHASA

Penulis Sabah dalam konteks perkembangan persuratan kebangsaan
Oleh Encik Amran Daud
DBP Kuala Lumpur

Pengerusi Sesi
Encik Nordin Zainal Abidin
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

12.30 Tgh Makan tengahari
Rehat / Solat

2.00 petang Diskusi Penulis Wanita Sabah

Tajuk Diskusi:
Penulis Wanita Sabah Dalam Konteks Sastera kebangsaan

Panel: Puan Angela Engkuan
Puan Dayangku Mastura Pg Ismail
Puan Ruhaini Matdarin
Puan Faridah Abdul Hamid
Puan Pena Alam

Pengerusi Diskusi
Puan Azmah Nordin

5.00 petang Rehat

8.00 Malam Acara Persembahan Kebudayaan dan kesenian
oleh Ahli BAHASA

Ucapan penanguhan
Oleh Encik Jasni Matlani

11.30 Malam BERSURAI

HARI KETIGA
29 Mei 2011 (AHAD)

8.00 Pagi Balik Ke rumah dan kampong halaman masing-masing

Jadual Tentatif Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan 2

27 MEI 2011 (JUMAAT)

2.30 Petang Pendaftaran

7.00 malam Ketibaan Peserta
7.30 malam Ketibaan Dato’ Norliza Rofli
7.45 malam Ketibaan Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri N. 24 Membakut

Makan malam

Ucapan alu-aluan
Encik Jasni Matlani
YDP BAHASA

Ucapan perasmian / Pelancaran hadiah cerpen sedco-bahasa ke 3
Oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri N 24 Membakut

Pembentangan Kertas Kerja Utama

Kebudayaan Etnik Malaysia Dalam Konteks Pelestarian
Kebudayaan Kebangsaan

Oleh Dato’ Norliza Rofli
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Pengerusi Sesi pembentangan Kertas Kerja Utama
Puan Mariam Omar
(BAHASA)

HARI KEDUA
28 Mei 2011 (Sabtu)

7.30 pagi Sarapan pagi

8.00 pagi Pembentangan Kertas Kerja Sesi 1

Bahasa Sukuan Di Sabah Dalam Konteks Pengembangan Bahasa
Kebangsaan
Oleh Encik Zubaidi Abas
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Sastera Melayu: Isu, Cabaran dan Penyelesaian
Oleh Encik Saleeh Rahamad
Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA)

Pengerusi Sesi 1
Encik Nadin Haji Salleh

10.00 pagi Rehat/Minum

10.30 pagi Pembentangan kertas kerja sesi 2

Sastera Melayu di Sabah: Transformasi dan Pelestarian
Oleh Encik Amirudin ali Hanafiah
Ketua satu Persatuan penulis Johor (PPJ)

Warna tempatan dalam karya penulis Sabah
Oleh Encik Ramli Jusoh
Timbalan Yang Di Pertua BAHASA

Penulis Sabah dalam konteks perkembangan persuratan kebangsaan
Oleh Encik Amran Daud
DBP Kuala Lumpur

Pengerusi Sesi
Encik Nordin Zainal Abidin
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

12.30 Tgh Makan tengahari
Rehat / Solat

2.00 petang Diskusi Penulis Wanita Sabah

Tajuk Diskusi:
Penulis Wanita Sabah Dalam Konteks Sastera kebangsaan

Panel: Puan Angela Engkuan
Puan Dayangku Mastura Pg Ismail
Puan Ruhaini Matdarin
Puan Faridah Abdul Hamid
Puan Pena Alam

Pengerusi Diskusi
Puan Azmah Nordin

5.00 petang Rehat

8.00 Malam Acara Persembahan Kebudayaan dan kesenian
oleh Ahli BAHASA

Ucapan penanguhan
Oleh Encik Jasni Matlani

11.30 Malam BERSURAI

HARI KETIGA
29 Mei 2011 (AHAD)

8.00 Pagi Balik Ke rumah dan kampong halaman masing-masing

Wednesday, May 4, 2011

Borang Hadiah Cerpen SEDCO-BAHASA

Hadiah Cerpen
SEDCO-BAHASA KE 3





Tema
“PENGLIBATAN BUMIPUTERA DALAM SEKTOR EKONOMI DAN PERNIAGAAN”

Anjuran
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO)
Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA)

Tarikh Tutup
30 Jun 2011

Syarat Penyertaan

1. Peraduan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun peserta hanya dibenarkan menghantar tidak lebih daripada 2 buah cerpen untuk menyertai peraduan ini.
2. Cerpen yang dihantar mestilah asli dan belum pernah dihantar ke mana-mana penerbitan
3. Panjang cerpen adalah antara 8 hingga 12 muka surat, ditaip langkau 2 baris, menggunakan saiz 12, tulisan “Times New Roman”.
4. Hadiah yang ditawarkan: Pertama: RM 1,000.00 Kedua: RM 700.00 Ketiga: RM 500.00
5 hadiah saguhati: RM 200.00 (setiap satu)


Tajuk Cerpen: 1. ………………………………………………………
2. ………………………………………………………

Nama:………………………………………………………………………………………………………………………….
Nombor Kad Pengenalan:…………………………………………………………………………………………………...
Nombor Telefon:……………………………………………………………………………………………………………...
Alamat:…………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………….


Tandatangan:………………………………. Tarikh:……………………………………………..


Hantar kepada Urusetia. jasni_matlani@hotmail.com atau
aini05girl@yahoo.com

Friday, April 29, 2011

SENARAI JAWATANKUASA TERTINGGI BAHASA SESI 2011/2012

Yang Di Pertua Jasni Bin Matlani (Menang tanpa bertanding)
Timbalan Yang Di Pertua Ramli Jusoh (Menang tanpa bertanding)
Setiausaha Satu Aliuddin Mohd. Salleh (Dilantik)
Setiausaha Dua Siti Rahmah G Ibrahim (Menang tanpa bertanding)
Bendahari Md. Salleh Bin Ali (Dilantik)
Penerangan Ruhaini Matdarin (Dilantik)


Ahli Jawtankuasa Dipilih Jair Sulai
Abdul Karim Gulam
Dayang Mastura Pg. Ismail
Faridah Abdul Hamid
Welnee Joykin
Maznah Sulaiman
Angela Engkuan
Saik Dalwis
Siti Zuraidah Mukaddam
Norhayati Tasip

Ahli Jawatankuasa dilantik Amini Gawis
Hayati Istiqamah Haji Jalidar
Hajah Rubiah Nordin
Junainah Imyabir
Juri Durabi