Sunday, January 31, 2010

Antologi 152

Sesiapa yang ingin menyumbang sajak. Dimaklumkan bahawa KALAM, PENA, GAPENA, KEMUDI, DBP, JKKN,ITNM menganjurkan HARI PEJUANG BAHASA 152’ pada 14-15 Feb 2010 mohon sumbangan sajak untuk ANTOLOGI 152 sebelum 10 feb 2010. Hantar sajak anda ke alamat emailkan: smzakir90@gmail.com

Friday, January 29, 2010

Mesyuarat bersama JKKN

AHLI BAHASA: Tuan puan dijemput menghadiri mesyuarat bersama dengan Pengarah JKKN Sabah Encik Sallehudin dan para pegawai beliau bagi membincangkan program seminar sehari Persuratan dan Kebudayaan 2010, pada 2 Februari jam 9 pagi bertempat didi pejabat JKKN bangunan Bank Simpanan Nasional Kota Kinabalu.

Wednesday, January 27, 2010

Penulis Sabah dipelawa sertai peraduan menulis novel Negeri Sabah Siri 1

KOTA KINABALU: Para penulis Sabah dipelawa menyertai sayembara menulis novel negeri Sabah Siri 1 yang bertemakan kepelbagaian etnik Sabah dalam konteks 1 Malaysia anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dengan kerjasama Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

Sayembara yang dilancarkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan Alam sekitar, Datuk Masidi Manjun, di Bilik Mesyuarat kementerian beliau pada pagi selasa itu terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbuka dan remaja.Bagi kategori terbuka, karya boleh ditulis oleh penulis yang berumur 18 tahun ke atas, sementara bagi kategori remaja karya hanya ditulis oleh golongan remaja yang berumur sekitar 18 hingga 25 tahun sahaja.

Bagi kategori terbuka karya novel mesti ditulis antara 40,000 hingga 60,000 patah perkataan atau 350 hingga 450 halaman kertas A4 jika ditatip langkau 2 baris sebelah muka surat sahaja. Sementara bagi kategori remaja ialah antara 20,000 hingga 40,000 patah perkataan.

Hadiah yang disediakan agak lumayan berupa wang tunai berjumlah RM 10,000.00 untuk hadiah pertama, RM 7,000.00 untuk hadiah kedua, RM 5,000.00 untuk hadiah ketiga. Dua lagi hadiah saguhati bernilai RM 1,000.00 turut disediakan kepada pemenang saguhati.

Bagi kategori remaja hadiah yang ditawarkan ialah ialah RM 3,000.00 untuk tempat pertama, RM 2,000.00 untuk tempat kedua dan RM 1,000 untuk tempat ketiga. Dua hadiah bernilai RM 500.00 turut disediakan bagi pemenang saguhati.
Hadiah yang ditawarkan itu adalah yang terbesar pernah ditawarkan dalam sejarah peraduan menulis novel di Sabah, sejak peraduan seumpaamanya mula diadakan pada tahun 1973.

Datuk Masidi Manjun berkata, tujuan penganjuran sayembara menulis novel Negeri Sabah itu ialah untuk melahirkan karya sastera bermutu dan mempunyai nilai sastera yang tinggi sesuai dengan asperasi serta gagasan 1 Malaysia, seterusnya membantu menyatupadukan rakyat pelbagai kaum negara ini melalui bidang persuratan.
Sayembara ini juga diharapkan dapat melahirkan lebih banyak kosa kata bahasa tempatan pelbagai etnik Sabah yang boleh diserapkkan ke dalam bahasa Melayu. Di mana sasaran perolehan kosa kata ini ialah antara 1-5 % daripada 5,843 kosa kata yang terdapat dalam kamus dewan sekarang.

Kosa kata ini juga menurutnya, diharapkan mencakupi entri, subentri, frasa entri dan entri daripada dalam pelbagai bidang, termasuk bidang sastera, budaya, lingustik, agama, politik, pertanian, pelayaran, muzik dan sebagainya.Turut hadir di majlis itu Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Wences Angang, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Datu Rosmadi Sulai, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Encik Wiliam Baya dan Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Encik Jasni Matlani.

Sementara itu Datuk Masidi turut menegaskan, penyertaan adalah terbuka kepada penulis yang berasal dari negeri Sabah atau warga Sabah yang menetap di luar negeri Sabah sahaja.Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar dua buah manuskrip novel dan setiap karya yang dihantar mestilah asli, bukan diciplak atau dipadankan daripada karya orang lain.

Peserta juga hendaklah menghantar karya dalam bentuk bercetak bersama dengan soft copy, CD/Disket atau pendrive dan karya yang dihantar kepada urus setia tidak akan dikembalikan. Karya yang dihantar mesti disertakan bersama-sama borang penyertaan yang boleh didapati daripada pihak penganjur iaitu Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, tingkat 5 Wisma Budaya, Jalan Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu atau boleh menghubungi Badan Bahasa dan Sastera Sabah di talian 016 8115593.

Datuk Masidi selanjutnya berkata, karya novel yang diterima dan memanangi hadiah dijangka akan diterbitkan dan akan dilancarkan sempena penyamapaian hadiah sayembara menulis novel Negeri Sabah Siri 1 yang dijangka disempurnakan pada bulan september depan.Tarikh tutup penyertaan sayembara ialah pada 30 Jun 2010 dan kepada penulis yang berminat, beliau menyeru agar jangan melepaskan peluang untuk menyertai sayembara menulis novel ini.

“Selain daripada memberi ruang untuk penulis negeri Sabah, mengasah bakat dalam bidang penulisan, sayembara ini juga diharapkan mampu memperkasa serta menyemarakkan lagi bidang budaya, bahasa dan sastera negeri ini. Ini selaras dengan hasrat pelbagai pihak di negeri ini untuk menjadikan negeri Sabah sebagai dataran sastera dan budaya yang penting di rantau ini” katanya.

Monday, January 18, 2010

Makluman: Perubahan Tarikh Pelancaran Karnival & Pelancaran Buku Ahli-Ahli BAHASA

Semua ahli BAHASA sila maklum majlis pelancaran Karnival Budaya, Bahasa dan Persuratan sempena sambutan 40 tahun (BAHASA) dan pelancaran buku penulis Sabah di ubah tarikhnya daripada 19-21 Mac 2010 kepada 9-11 April 2010.

kepada mereka yang buku mereka hendak diterbitkan seperti persetujuan mesyuarat BAHASA baru-baru ini, sila emailkan manuskrip anda kepada YDP BAHASA.

Sekian dan disertakan bersama ini atur cara tentatif beberapa program BAHASA untuk rujukan tuan puan.

ATURCARA TENTATIF PROGRAM BAHASA


9 APRIL 2010 (JUMAAT) PELANCARAN KARNIVAL BUDAYA, BAHASA DAN
PERSURATAN SEMPENA SAMBUTAN 40 TAHUN (BAHASA) dan PELANCARAN BUKU PENULIS SABAH
Bertempat di Kompleks belia Persekutuan Pasir Putih
Putatan.
(Juru acara majlis Encik Nurhasan/ Surayah)

8.00 pagi Ketibaan Urus setia

8.30 pagi Ketibaan Jemputan Khas

9.00 pagi Ketibaan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah
Datuk Seri Musa Haji Aman

Lagu Negaraku/Sabah Tanah Airku

Tayangan slide Perjuangan tokoh BAHASA

Deklamasi Rangkaian Puisi dalam Bahasa Melayu/Bahasa Bajau/Bahasa Kadazan diiringi lagu yang menggunakan alat Muzik Tradisional Sabah

9.30 pagi Ucapan alu-aluan Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun

10.00 pagi Ucapan Perasmian pelancaran karnival Budaya, Bahasa
dan Persuratan Sempena sambutan 40 Tahun BAHASA oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah
Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

Perasmian dan Pelancaran buku penulis Sabah

Penyampaian Anugerah tokoh BAHASA dan Cenderamata

11.00 pagi BERSURAI



9 APRIL 2010 (JUMAAT) MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG
PELANCARAN SAYEMBARA SEDCO CERPEN dan
PENYAMPAIAN ANUGERAH BAHASA.
Bertempat di Dewan utama Kompleks Belia Persekutuan Pasir Putih Putatan
(Juru acara majlis: Latifah Oneh/ Karim Gulam)

7.30 Malam Ketibaan Urus setia/Peserta

Ketibaan Datuk Yahya Lampong
Ketibaan YB Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif
Ketibaan Datuk Marcus Mojigoh
Ketibaan YB Datuk Masidi manjun
Ketibaan YB Datuk Haji Yahya Hussein


8.00 Malam Tayangan Slide Tokoh BAHASA
Ucapan Alu-aluan YB Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif
Ucapan Perasmian Malam Jasamu dan pelancaran
HADIAH CERPEN BAHASA-SEDCO oleh
Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussein

MAJLIS MAKAN MALAM

Persembahan Kebudayaan
Lagu-lagu Puisi

Dekon dan Mestamu berdasarkan Puisi
‘Siapakah Yang Kau cari’ karya A. Latiff Mohidin

Deklamasi Puisi Khas 40 tahun BAHASA

Penyampaian Anugerah BAHASA jasamu dikenang

10.30 malam BERSURAI


10 APRIL 2010 (SABTU) PERSIDANGAN KEBUDAYAAN DAN PERSURATAN KE 2
BERTEMPAT DI BILIK SEMINAR KOMPLEKS BELIA
PERSEKUTUAN PUTATAN.
(Juru Acara Majlis Puan Rubiah Nordin/Latifah Oneh)

8.30 Pagi Ucapan Alu-Aluan
Tan Sri Profesor Emeritus. Dato’ Ismail Hussein

Ucap Utama
Dato’ Haji A. Aziz Deraman
Kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia

Moderator
Tuan Haji Said Inayat

9.30 pagi Jamuan Ringan

10.00 Pagi Pembentangan Kertas Kerja Sesi 1

Encik Ramlie A.R
Keunikan masyarakat pelbagai kaum dalam karya penyair Sabah

Datuk Jamdin Boyung
Budaya dan Persuratan dalam konteks penyatuan bangsa

Tuan Haji Hamzah Hamdani
Penyair Sabah dan Cabaran Gagasan 1 Malaysia

Zefri Arif
Hala Tuju sastera Melayu di Pulau Borneo

Pengerusi Sesi:
Amiruddin Ali Hanapiah

12.00 T/hari Merarau

2.00 Petang Pembentangan Kertas Kerja Sesi 2 Encik Mohd. Daud Mohamad Kepelbagaian kaum dalam karya terpilih Sabah:
Kajian Studi Budaya


Prof Madya Hashim Ismail
Penulis Sabah: Sumbangannya dalam Sastera Malaysia

Encik Raymond Majumah
Hubungan Integrasi merentas kaum dalam sastera Sabah mutakhir

Encik Poul Nangang
Penyair Sarawak dan Sabah dalam konteks 1 Malaysia

Wakil Kalimantan (Nama akan ditetapkan kemudian)
Hubungan dua hala sastera dan budaya Kilmantan, Malaysia dan Negara Brunai Darussalam

Pengerusi Sesi
Encik Nadin Haji Salleh
Ketua Unit Sastera DBP Cawangan Sabah

5.00 Petang REHAT

Thursday, January 14, 2010

INFO BAHASA

Majlis Pelancaran dan sidang media Sayembara Menulis Novel Kerajaan Negeri Siri 1 anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun bertempat di tingkat Tujuh Wisma Tun Fuad, jam 2.30 petang pada 26 Januari 2010 depan. Penanung BAHASA, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif juga dijangka turut menghadirinya. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai sayembara itu dan mendapatkan borang penyertaan dialu-alukan hadir.

Wednesday, January 13, 2010

Mesyuarat Karnival Sambutan 40 tahun

Ahli BAHASA dijemput menghadiri mesyuarat Karnival Sambutan 40 tahun BAHASA bersama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, pada 15 Januari jam 3 petang bertempat di bilik mesyuarat tingkat 3, Wisma Budaya Kota Kinabalu

Sunday, January 10, 2010

Info Siaran YDP BAHASA dan kalendar BAHASA 2010

9 Januari 2010 - BAHASA menganjurkan mesyuarat Jawatankuasa khas membincangkan beberapa agenda untuk memperkukuhkan BAHASA dan sastera Sabah sepanjang tahun 2010.
Mesyuarat itu dihadiri hanya beberapa orang AJK Tertinggi BAHASA seperti berikut:

Jasni Matlani
Ramlie A. R
Hajah Rubiah Nordin
Tuan Haji Alipah Jambuan
Jair Sulai
Ruhaini Matdarin
Siti Rahmah G. Ibrahim
Japar Alam
Raymond Majumah
Dayangku Mastura Pangiran Ismail

Beberapa agenda yang dibincangkan dan diputuskan adalah seperti berikut:

1. Ucapan YDP BAHASA

YDP mengucapkan tahniah kepada tiga orang penulis Sabah dan ahli BAHASA yang menerima bintang darjah kebesaran ADK sempena Harijadi rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah Abdullah iaitu Saudara Japar Alam, Puan Azmah Nordin dan saya sendiri. Tahniah juga kepada ahli BAHASA, Dayangku Mastura Pg. Ismail yang menaang hadiah pertama dn sagu hati Peraduan Menulis Cerpen islam anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama islam Negeri Sabah.

2 Sayembara Menulis Novel Kerajaan Negeri Sabah Siri 1

Sayembara ini terbuka kepada warga negeri Sabah sahaja. Anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan BAHASA. Temanya kepelbagaian etnik Sabah dalam konteks 1 Malaysia. Kategori dewasa dan remaja. Borang boleh didapati daripada blog BAHASA dan urussetia. Pelancaran akan diadakan pada minggu ke 2 bulan Januari 2010 oleh Datuk Masidi Manjun. Tarikh tutup 30 Jun 2010. Hadiahnya adalah seperti berikut:

Kategori Dewasa

Pertama RM 10,000.00
Kedua RM 7,000.00
Ketiga RM 5,000.00
2 saguhati RM 1,000.00 (setiap satu)

Kategori Remaja

Pertama RM 3,000.00
Kedua RM 2,000.00
Ketiga RM 1,000.00
2 saguhati RM 500.00 (setiap satu)

Penyampian hadiah dan pelancaran buku novel para pemenang (jika tidak ada sebarang perubahan) akan disempurnakan pada 8 September 2010.

3 Sambutan 40 tahun BAHASA

BAHASA akan mengadakan sambutan 40 tahun BAHASA dan perasmiannya diadakan pada 19 Mac 2010 di Dewan Kompleks Belia Putatan. Hal berkaitan dengan dewan kompleks belia akan diuruskan oleh Siti Rahmah G. Ibrahim paa isnin (11 Jan 2009). Perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun. Pelancaran ini disekalikan dengan program pelancaran 8 buah buku terbitan baru ahli BAHASA yang diterbitkan BAHASA seperti berikut:

Ruhaini Matdarin Novel
Siti Rahmah G Ibrahim Kumpulan Cerpen
Raymond Majumah Kumpulan cerpen
Dayangku Mastura Kumpulan Drama
Jair Sulai Kumpulan cerpen kanak-kanak
Ramlie A.R Kumpulan esei kritikan
Japar Alam Kumpulan Puisi
Jasni Matlani Kumpulan Puisi
Rubiah Nordin Kumpulan esei/cerpen

Kesemua manuskrip buku dalam bentuk soft copy mesti diserahkan kepada YDP pada sebelum 31 Januari 2010.

BAHASA juga akan memberikan anugerah kepada tokoh BAHASA (3 orang). Seterusnya memberikan anugerah berbentuk kain persalinan dan plak kepada antara 15-30 orang pejuang BAHASA yang dikenali pasti. Siti Rahmah G. Ibrahim dipertanggungjawabkan menyenaraikan nama mereka.

Pameran perjuangan BAHASA selama 40 tahun juga akan dipamerkan. Begitu juga jualan buku akan diadakan sempena sambutan 40 tahun BAHASA itu. Hal ini akan diuruskan oleh Dayangku Mastura Pg. Ismail

19 Mac 2010 (JUMAAT) Malam

Majlis makan malam Jasamu dikenang bersama tokoh dan pejuang BAHASA pada tahun 1970-an dan 1980-an dan acara baca/Deklamkasi Puisi; majlis ini disekalikan dengan majlis Pelancaran HADIAH CERPEN/ PUISI SEDCO-BAHASA KE 2. Majlis dismepurnakan oleh YB Datuk haji Mohd Arifin Mohd Arif. Sementara penyair yang dicadangkan

Dr. Lim Swee Tin
Encik Amran Daud
Dulamid Rudin
En Fuad Bebit
Encik Nordin Zainal Abdiin
Jair Sulai
Poul Nangang
Abizai

Pengerusi Majlis

Encik Karim Gulam / Encik Jasni Yakob

i) Persembahan lagu puisi

2 Kumpulan Pemenang lagu Puisi Negeri Sabah 2009

ii) Persembahan Kesenian dan Kebudayaan;

Kumpulan JKKN, Negeri Sabah

4 Persidangan kebudayaan dan Persuratan Ke 2/ Mesyuarat Agung BAHASA

20 Mac 2010 (SABTU) Pagi

Persidangan Kebudayaan dan Persuratan Ke 2 bertemakan Perpaduan pelbagai etnik di Sabah ke arah gagasan 1 Malaysia anjuran bersama BAHASA dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah.

i) Pembentang yang dicadangkan ialah seperti berikut:

Dato’ A. Aziz Deraman

Moderator/pengerusi sisi
Tuan Haji Said Inayat

Prof Madya Hashim Ismail
Datuk Jamdin Buyong
Encik Mohd Daud Mohammad
Encik Raymond Majumah
Tuan Haji Hamzah Hamdani
Encik Ramlli Jusoh

Encik Nadin Haji Salleh

20 Mac 2010 (2.00 petang)

Mesyuarat Agung BAHASA dan post mortem sambutan 40 tahun BAHASA/malam jasamu dikenang/ Persidangan Kebudayaan dan persuratan ke 2.

Malam baca puisi/lagu puisi Santai

21 Mac 2010 (AHAD)

BERSURAI (Peserta balik ke kampung halaman masing-masing

5 Majlis Kesyukuran BAHASA

2 April 2010 (JUMAAT) Malam

Majlis Kesyukuran BAHASA akan diadakan di salah sebuah masjid di daerah PITAS Kudat. Tindakan dibuat oleh BAHASA cawangan Pitas dan BAHASA Cawangan Kota Marudu. Saudara Jair Sulai, Tuan Haji Alipah Jambuan, Saik Dalwis, Cikgu Ramlie A.R dan saudara Alung Jasmin diserahkan amanah menguruskannya.

6. Dialog Teluk/ bengkel pementapan Binsulok

Pertengahan April 2010 (tarikh ramalan)

Berkonvoi menghadiri Dialog teluk ke Miri. BAHASA akan menghantar rombongan yang besar untuk menghadiri pertemuan Dialog Teluk kali ini. Sehari sebelum bertolak ke Miri, semua peserta dan ahli BAHASA yang menyertai konvoi akan bermalam di Binsoluk Resort, Membakut. Disitu akan diadakan majlis Pementapan penulis dan acara santai pada sebelah malam sebelum bertolak ke Miri keesokannya. Tindakan akan dibuat oleh Badan BAHASA Cawangan Membakut.

7. Sambutan Kesenian Kanak-kanak Negeri Sabah

24 April 2010 (Sabtu)

Sambutan Kesenian Kanak-kanak Negeri Sabah

Program ini melibatkan beberapa sekolah rendah yang terpilih di sekitar Kota Kinabalu. Acara yang diadakan ialah pertandingan membaca sajak, pertandingan syair, pertandingan berpantun berkumpulan para pelajar sekolah rendah dan pertandingan bercerita. Hadiah wang tunai dan buku akan ditawarkan kepada para pemenang.

8. Karnival Puisi 1 Malaysia Kenduri budaya sekampung

April atau Mei 2010 (tarikh akan ditetapkan kemudian berdasarkan kelapangan menteri)

Karnival Puisi 1 Malaysia dicadangkan disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Majlis ini akan diadakan secara besar-besaran di Tenom. Pembentang kertas kerja yang dicadangkan:

S.M Zakir
Awang Azman Awang Pawi
Prof Dr. Lim Swee Tin
Jasni Matlani

Penyair Jemputan yang dicadangkan

• Abizai (Sarawak)
• Amiduddin Hanafiah (Johor)
• Rahimidin Zahari
• Marsli N.O
• Hasyuda Abadi
• Jasni yakob
• Latifah Oney Osman
• Poul Nangang (Sarawak)
• Jaya Ramba (Sarawak)
• Ramli A.R (Sabah)
• Datuk R.M Jasni (Sabah)
• Dulamid Rudin (Sabah)
• Sam sudin Osman
• Lim Yew Yak (Melaka)
• Tuan Haji Alipah Jambuan
• Jair Sulai
• Mahaya Mohd. Yasin (Negeri Sembilan)

(Penyair dari negeri lain dan beberapa penyair Sabah akan ditetapkan kemudian)

Persembahan khas lagu puisi/drama sebabak Badan BAHASA Cawangan Tenom dan BAHASA Cawangan keningau.

A. JADUAL ATUR CARA KARNIVAL (Tentatif) HARI PERTAMA

2.00 petang: Pendaftaran
6.00 petang Jamuan Makan untuk para jemputan
7.30 malam Pelancaran BACA PUISI SATU MALAYSIA

• Ucapan Ketua Pemuda UMNO Tenom Encik Jamawi Jaafar
• Ucapan Datuk Masidi Manjun
• Ucapan perasmian (cadangan) Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

• Persembahan berkonsepkan Satu Malaysia di Padang Pekan Tenom oleh:
• Pendeklamasi puisi dan Penyanyi Lagu Puisi Jemputan
• Kumpulan pelajar sekolah rendah /menengah Sabah
• Kumpulan penyair dan Lagu Puisi BAHASA Tenom
• Kumpulan Penyiar jemputan
• Kumpulan BAHASA Negeri Sabah

Para Penyair Jemputan yang dicadangkan

• Abizai (Sarawak)
• Amiduddin Hanafiah (Johor)
• Rahimidin Zahari
• Marsli N.O
• Hasyuda Abadi
• Jasni yakob
• Latifah Oney Osman
• Poul Nangang (Sarawak)
• Jaya Ramba (Sarawak)
• Ramli A.R (Sabah)
• Datuk R.M Jasni (Sabah)
• Dulamid Rudin (Sabah)
• Sam sudin Osman
• Lim Yew Yak (Melaka)
• Tuan Haji Alipah Jambuan
• Jair Sulai
• Mahaya Mohd. Yasin (Negeri Sembilan)

(Penyair daripada beberapa negeri lain dan beberapa penyair Sabah akan
ditetapkan kemudian)

* Penyampaian cendermata

11.00 malam Bersurai.

ACARA SEMINAR DAN SEMARAK KEBUDAYAAN (HARI KEDUA)
(Tempat – sebuah sekolah terpilih/Kampung Budaya Muzium Negeri Sabah)

8.30 Pagi Pembentangan 5 Kertas Kerja (Tempat akan ditetapkan kemudian)

• Jasni Matlani/Ramli Jusoh Badan BAHASA Sabah
• Dr. Lim Swee Tin Universiti PUTRA Malaysia
• S.M Zakir Setiausaha 1 PENA (Penulis Nasional)

12.00 Tengahari Penyampaian cenderamata/ Makan Tengahari
2.00 petang Acara Bebas (Lawatan Ke Taman Pertanian Tenom Lagud Seberang)

7.30 Malam Kenduri Puisi Sekampung (Sebuah kampung di Tenom,
ditetapkan kemudian)
Persembahan Dekon / lagu puisi khas Satu Malaysia dan acara kebudayaan

Diserikan Bacaan Puisi dan Lagu-lagu Puisi Bebas
Oleh peserta jemputan, ahli BAHASA dan juga penduduk kampung

Nota:
Persembahan ini juga dibuka kepada khalayak umum (masyarakat kampung)

HARI KETIGA

7.00 pagi Sarapan
8.30 pagi Bertolak ke Kota Kinabalu dan Pulang Ke Distenasi masing-masing

9. Bulan Puisi Peringkat Negeri Sabah / Penyampaian hadiah cerpen/puisi BAHASA-Datuk Masiidi Manjun

1 Jun 2010 (Selasa)

Acara Apresiasi Puisi di daerah Kota Belud. Melibatkan pelajar sekolah menengah atau sekolah rendah terpilih di Kota belud.

5 Jun 2010 (Sabtu)

Acara GEMA PUISI pantai Timur diadakan di daerah Tawau. Diurus oleh Hasan Saprin, Pengerusi BAHASA Cawangan Tawau.

12 Jun 2010 (Sabtu)

Pelancaran Bulan Puisi Negeri Sabah oleh Datuk Masidi Manjun di Dewan Masyarakat daerah Ranau. Disempurnakan oleh Datuk Masidi Manjun

Pertandingan baca puisi, pantun dan Syair para pelajar sekolah rendah yang terpilih daerah Ranau. Baca Puisi dan lagu puisi peringkat sekolah menengah yang terpilih di daerah Ranau.

Majlis ini disekalikan dengan acara Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Cerpen Hadiah Datuk Masidi-BAHASA cawangan Ranau.

Majlis ini anjuran BAHASA Pusat dan BAHASA Cawangan Ranau.

19 Jun 2010 (Sabtu)

Semarak Puisi Sandakan anjuran BAHASA Cawangan sandakan akan diuruskan oleh sante dan al-Fadzli.

26 Jun 2010 (Sabtu)

Acara Penutup Bulan Puisi Negeri Sabah diadakan di Maktab Perguruan Kent Tuaran, disempurnakan dengan kerjasama Badan BAHASA cawangan Tuaran. Perasmian penutupan disempurnakan oleh Menteri Perumahan Sabah, datuk Hajiji Mohd Nor.

10 Penutupan Penghakiman dan penyampaian hadiah sayembara menulis novel

30 Jun 2010 (Rabu)

Penutupan Sayembara menulis Novel Kerajaan Negeri Sab ah Siri 1

Sepanjang Julai 2010

Pengadilan/penghakiman novel

Sepanjang Ogos 2010

Penerbitan buku novel pemenang sayembara

8 September 2010

Penyampaian Hadiah Novel.

11 penghakiman dan Penyampian Hadiah Cerpen/Puisi SEDCO-BAHASA

31 Oktober 2010

Penutupan hadiah Cerpen/Puisi SEDCO-BAHASA

November 2010

Penyampian Hadiah Cerpen/Puisi SEDCO-BAHASA

Friday, January 8, 2010

Tip Survival Penulis

Berbagai cara penerbit dapat menipu penulis berkenaan kiraan royalti buku. Penipuan yang paling utama dan paling serius dilakukan oleh penerbit kepada penulis adalah dengan menipu jumlah cetakan sebenar buku penulis. Tujuannya adalah bagi menipu kiraan royalti.

(i) Tidak memberitahu maklumat sebenar tentang jumlah cetakan.

Sebagai contoh, penerbit memberitahu penulis bukunya dicetak 3 ribu naskhah padahal buku itu dicetak 5 ribu naskhah.

(ii) Tidak memberitahu berapa sebenarnya jumlah naskhah yang terjual.

Sebagai contoh, buku itu terjual 5 ribu naskah tetapi penulis diberitahu cuba 3 ribu naskhah sahaja terjual.

(iii) Tidak memberitahu penulis bahawa bukunya sudah diulangcetak.

Sebagai contoh, walaupun buku itu dicetak semula, tetapi pada imprint buku itu masih ditulis "cetakan pertama".

(iv) Memberitahu penulis manuskripnya ditolak, sebenarnya tidak.

Sebagai contoh, manuskrip yang kononnya ditolak itu kemudian diterbitkan dengan meletakkan nama orang lain, yang sebenarnya nama itu adalah nama palsu.

(v) Tidak melaporkan dengan tepat kiraan royalti penulis.

Sebagai contoh penulis diberitahu diskaun kepada agen adalah 50% sedangkan yang sebenarnya hanya 35%.

(vi) Potongan naskhah untuk promosi.

Sebagai contoh, penerbit memotong 50 naskhah untuk promosi, jadi penulis tidak akan menerima royalti daripada 50 naskhah itu. TETAPI sebenarnya jumlah yang dikeluarkan bagi tujuan promosi cuma 4 naskhah.

(vii) Memberitahu maklumat salah kepada penulis.

Sebagai contoh, penerbit memberitahu penulis konon bukunya tidak laku, padahal buku itu laku dan diulangcetak berkali-kali, tetapi mengekalkan "cetakan pertama 2000" setiap cetakan.

Banyak lagi cara-cara yang dapat digunakan oleh penerbit bagi menipu kiraan royalti penulis. Itulah sebabnya penulis perlu bertanya kepada penulis-penulis lain bagaimana royalti mereka dibayar oleh penerbit masing-masing sebelum membuat pilihan penerbit.



Sumber artikel dipetik dari http://universitipts.com/

Saturday, January 2, 2010

INFO SIARAN YDP

Dialog Teluk akan diadakan di Miri pada bulan April 2010.

Pemakalah daripada BAHASA adalah seperti berikut:

1 Encik Jasni Matlani
2 Encik Ramli Jusoh
3 Cik Ruhaini Matdarin

Kertas kerja kerja dari Sabah mohon membincangkan mengenai sastera Sarawak (Miri) khususnya. Tajuk adalah bebas. Sesuai dengan keputusan PUTERA sebagai pihak penganjur seperti berikut:

(a). makalah silang wilayah dengan Labuan mengambil bahan Limbang dan sebaliknya, juga boleh bebas secara umum yang memastikan hal sastera budaya diangkat selain karya penulisan.

(b). Penyertaan dari persatuan/wilayah bergantung kepada situasi, mungkin dalam 5 –
10 orang, selebihnya ditanggung oleh persatuan. Jumlah anggaran 100 orang peserta dari wilayah Teluk Brunei.

(c). Kos yang ditanggung pengelola hanyalah hotel, makan minum dan persidangan. Kos penerbangan dan tambang lain diurus sendiri oleh persatuan penulis.

(d). Pemakalah atau pembentang akan ditanggung tiket penerbangan atau kos tambang, hotel penginapan,dan honorarium.

(e) Kalau mampu membawa persembahan dari wilayah masing-masing untuk persembahan kesenian dan sastera yang akan diberikan ruang kepada semua perwakilan yang hadir.

(f). Kertas kerja/karya mestilah tiba pada 28 Februari 2010 kepada PUTERA untuk dikemaskan dan diproses penerbitan.

(g) Peminat yang datang secara bersendirian, hendaklah meminta kebenaran dan kelulusan daripada PUTERA secara bertulis terlebih dahulu.

Pihak pengajur juga memohon ahli BAHASA menyumbang karya dalam bentuk cerpen maha pendek dan puisi, yang mesti TIBA kepada pihak PUTERA pada 28 FEBRUARI 2010 sebagai tarikh luput/akhir. Kalau tidak selesai maka, karya atau makalah itu tidak dibukukan lalu dijadikan semacam kertas biasa sahaja. E mail kepada saudara :Poul Nangang.

BAHASA akan menghantar peserta yang ramai (berkonvoi ke Miri) dan persembahan BAHASA akan dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi BAHASA yang pertama 2010 nanti.