tag:blogger.com,1999:blog-53163702850318830892024-03-13T09:00:13.410+08:00Badan Bahasa Dan Sastera SabahBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.comBlogger135125tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-69107365116001613242011-05-22T13:55:00.002+08:002011-05-22T13:59:30.344+08:00bahasakinabalu.comMAKLUMAN

Laman baharu BAHASA yang diusahakan oleh Puan Jun Irnanis kini telah beroperasi sepenuhnya, sila ke pautan http://bahasakinabalu.com

Terima kasih

Ruhaini MBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-69437518443263966502011-05-16T09:07:00.002+08:002011-05-16T09:11:03.738+08:00Hala Tuju Sastera Sabah Kabur??Kolum angin perubahan jasni matlani95

HALA TUJU SASTERA SABAH KABUR?

DENGAN rendah hati saya hendak mengatakan bahawa saya adalah seorang yang memandang positif terhadap semua perkara, termasuk mereka yang mengatakan sesuatu negatif terhadap saya. Tidak semua yang kita lakukan dapat dilihat, apatah lagi ditanggapi dengan baik, kerana sudah menjadi lumrah manusia, yang sentiasa ada satu bintik hitam di dalam dirinya, yang selalu terhasut agar mencari yang lemah, yang buruk, yang negatif dan bukan yang baik dan positifnya. Tidak ramai manusia yang melihat kebaikan berbanding kejahatan. Tidak ramai manusia yang mendapat pujian berbanding cercaan, tidak ramai manusia yang mahu melihat kejayaan orang lain berbanding kejatuhannya.
Jadi saya berpegang kepada nasihat kata-kata sahabat saya, yang menghantarkan pesanan ringkas, ada baiknya kita menulid atau bercakap ala kadar dan yang perlu sahaja, berbanding kita bercakap seperti langit hendak runtuh dan guruh berdegar-degar di langit, tetapi tampayan kita sebenarnya kosong tanpa setitis air. Saya berpegang kepada kata-kata nasihat dan falsafah itu, sebab itu saya hanya bercakap perkara yang perlu sahaja.

Sebagai contoh jika saya hendak bercakap mengenai karya sastera besar atau mega karya misalnya, yang boleh diangkat ke persada sastera kebangsaan dan dunia, maka saya bermula dengan diri sendiri, baik atau buruk saya mengusahakannya dahulu, sebelum memperkatakannya. Saya berusaha hendak menunjukkan kepada orang lain, atau hendak memberitahu orang lain bahawa jika kita hendak penulis lain menghasilkan mega karya, saya juga mesti melakukan apa yang saya katakan. Maknanya saya mesti mendidik diri saya menghasilkan karya besar dahulu baharumengajak orang lain mengikutinya.
Mungkin karya yang saya hasilkan seperti kumpulan cerpen “Laron” yang baharu saja diterbitkan DBP sebagai sesuatu yang tidak setanding nilainya dengan karya mereka yang menerima anugerah sastera negara, anugerah di peringkat Nusantara dan dunia, tetapi saya menunjukkan kepada mereka, bahawa saya melakukannya dan baharulah saya memberitahu orang lain, supaya melakukan hal yang sama atau lebih baik lagi daripada saya. Nabi Muhammad tidak mengajak umat Islam mengerjakan solat, sedangkan baginda hanya berdiri di luar pagar masjid. Tidak begitu! sebaliknya baginda berdiri di hadapan mimbar masjid, menunjukkan bahawa dia juga mendirikan solat, malah menjadi imam dan baharulah orang lain menjadi makmumnya.

Jika kita hendak mengatakan bahawa disipilin kritikan sebagai penting untuk mengangkat martabat sastera Sabah ke persada sastera kebangsaan, maka (tanpa melebih-lebihkan diri sendiri atau dijauhi sikap takbur) saya menulis ratusan esei dan makalah kritikan yang mengangkat karya penulis Sabah dan melalui pebagai teori dan disipilin supaya dapat diikuti dan dapat dicontohi para pengkritik Sabah yang lain.
Malah, saya juga telah menulis buku “Sastera Sabah dalam Kritikan” dan diterbitkan DBP, tetapi beberapa kerat penulis Sabah yang memiliki dan menangapinya? Begitu juga insy-Allah dalam tempoh yang terdekat sebuah buku kajian saya yang lengkap dengan indikator sejarah, metodologi, tinjuan literatur kajian, sumber rujukan, pendekatan dan teorinya, berjudul, “Perkembangan Puisi Islam di Sabah” yang melebihi 500 halaman bakal diterbitkan DBP dan bakal berada di pasaran demi untuk mengangkat Sastera Islam, Khususnya puisi berunsur Islam di Sabah, tetapi saya menunggu penulis dan aktivis sastera Sabah yang menangggapinya secara positif demi hala tuju sastera negeri Sabah yang tercinta ini?

Jadi sekali lagi saya hendak katakan biarlah kita bercakap sesuatu yang kita lakukan. Sama seperti Rasulullah mengajak umatnya mengerjakan solat lima waktu, tetapi baginda sendiri menunjukkan contoh teladan dengan mengerjakan solat lima waktu, tidak pernah meninggalkannya walau sekali dan waima dalam keadaan baginda sakit. Jika kita bercakap sesuatu yang kita tidak buat samalah seperti kata pepatah Melayu, ketam mengajar anaknya berjalan betul, tetapi dia sendiri berjalan tidak betul.

Dalam konteks gerakan sastera, saya telah berusaha tanpa mengenal penat lelah dan menunjukkan bahawa Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) yang saya terajui dengan sokongan beberapa sahabat agar terus menganjurkan kegiatan, walau pun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kendala dan kekangan terutama dari segi peruntukan, kerana hanya dengan adanya peruntukan maka kita dapat bergerak kerana semua perkara yang kita lakukan pada hari ini melibatkan sejumlah peruntukan kewangan bagi menjayakannya.
Sebab itu dalam keadaan tertentu saya mengeluh, supaya keluhan itu difahami untuk menyemarakkan hala tuju sastera Sabah, tetapi malangnya ada pihak yang melihat keluhan itu sebagai tidak berguna dan hanya beban di kepala mereka, walaupun saya tidak pernah meminta itu supaya masuk memberatkan kepala mereka dan menjadi bebanan. Tidak sekali-kali. Saya bertanggungjawab sepenuh terhadap keluhan saya.
Saya menangjurkan pelbagai sayembara, dan begitu juga DBP menganjurkan pelbagai sayembara hanya semata-mata bagi mencari karya yang terbaik dan supaya penulis yang serba daif itu mendapat sedikit imbuhan daripada kerja keras mereka, tetapi anda berkata dengan penuh iri hati, tidak perlulah sayembara untuk mengariskan hala tuju negeri Sabah, kerana kita kononnya menjebakkan penulis ke kancah dunia meteraialistik.

Bukan begitu. Lihatlah industri hiburan yang menawarkan hadiah jutaan ringgit untuk sesuatu jenis pertandingan nyanyian, tarian dan sebagainya yang mereka anjurkan dan cuba kita lihat kesannya. berpusu-pusu anak muda yang puluhan, malah ratusan ribu jumlahnya untuk menyertai pertandingan program berkenaan, kerana mereka tahu ia akan menjamin masa depan mereka, jika nasib dan bakat mereka adalah baik.
Saya sendiri membayangkan kita menawarkan hadiah menulis cerpen atau novel atau puisi ratusan malah jutaan ringgit jumlahnya sehingga anak muda kita berpusu-pusu dan berbaris panjang untuk menyertai program sayembara berkenaan. Jadi kenapa kita mesti membunuh dan usik sesuatu yang baik dan bertujuan untuk mengubah sedikit mobiliti sosial penulis kita dan akhirnya khalayak pula dapat membaca karya berkualiti bagi mengisi hala tuju sastera kita. Jangan beritahu saya, Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Hadiah Sastera Sabah yang ditunggu-tunggu penulis itu juga bukan bersifat sayembara? setiap sesuatu yang ada proses penghakimannya, maka saya meletakkannya sebagai sayembara.

Kita hendak melahirkan karya berstatus perdana yang menurut Tuan Haji Mastun Abas sebagai karya yang bukan penuh dengan warna warni cinta, tetapi kita menegurnya secara kasar dan tidak beradab, tanpa memikirkan dia adalah lebih tua daripada kita dan kita juga nanti akan menjadi seorang tua sepertinya, suatu hari nanti. Tetapi begitulah yang berlaku, takdir sastera kita tidak pernah kabur tetapi kita sendirilah yang meludahnya ke langit sehingga ianya menjadi kabur.
Justeru itu, sekali lagi saya teringatkan pesanan ringkas yang dikirimkan seorang sahabat, lebih kurang berbunyi begini, kita buat sahaja kerja dan jangan hiraukan orang lain yang hanya tahu hendak meruntuhkan gunung, tetapi bukan membina gunung. Yang hendak membina gunung itu, katanya lagi, sangat kecil jumlahnya, tetapi yang hendak meruntuhkan gunung itu adalah sangat besar jumlahnya, dan sebahagain besar daripada mereka itu adalah orang yang bijak pandai dan para ulama belaka.
Sahabat saya itu keemudian menasihatkan agar saya tidak terganggu dengan kritikan seperti itu dan menjaga kesihatan mental dengan baik. beliau meminta saya menjaga kesihatan dan itu mengingatkan saya kepada kunjungan saya ke sebuah klinik kerajaan di daerah Putatan beberapa bulanlalu. Saya masih ingat ketika membuat pemeriksaan kesihatan mengenai tekanan darah di klinik itu, peliknya semasa pemeriksaan itu, saya diberikan beberapa keping kertas yang mengandungi beberapa soalan berkaitan dengan sikap positif atau negatif saya terhadap banyak perkara.

Jika saya memandang negatif terhadap semua perkara, maka itu adalah indikator bahawa saya adalah seorang yang bermasalah dari segi mental, seterusnya bakal menyumbang kepada tekanan darah tinggi dan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit lain. Saya berfikir panjang mengenainya.
Jadi ia perlahan-lahan mendidik saya supaya sentiasa berhati-hati, sebab akhir-akhir ini terlalu ramai rakyat Malaysia yang masih muda, sihat dan gagah, tetapi malangnya, mereka mati secara mengejut kerana amalan yang tidak sihat, tekanan mental yang tidak tertanggungkan dalam kalangan mereka. Adakalanya mereka memilih jalan sukar untuk suatu perkara yang mudah sehingga mereka pecahkan kepala memikirkannya. Adakalanya mereka nekad sehingga mahu membunuh diri. Adakalanya mereka cuba memperlihatkan bahawa untuk menjadi lebih bijak, mereka mesti membuat hujah yang spesifik dan mesti mengikut kerangka akademik atau kompleksiti kehidupan, kerana kononnya itulah tuntutan zaman. Tetapi saya mengingatkan diri saya dan juga masyarakat keseluruhan bahawa zaman tidak pernah menuntut apa-apa perubahan daripada kita, tetapi kitalah yang terlalu banyak menuntut perubahan daripada zaman, sehingga akhirnya Tuhan memperlihatkan bahawa perubahan itu tidaklah bermakna apa-apa berbanding dengan kekuasaan-Nya.

Saya memberi analogi, tamadun bangsa Jepun yang hebat, kekuasaan tekonologinya yang tinggi, tahap pencapaian ilmunya yang sangat luar biasa, sehingga di balahan Timur ini, kita semua berkiblat kepada Jepun dari segi pencapaian ilmu dan ketamadunannya.
Kita belajar daripada Jepun cara rakyatnya berbincang dan berhujah tentang sesuatu sumber ilmu, kita mencontohi etika kerja mereka, kita merujuk cara mereka membuat kajian dan menghasilkan dapatan-dapatan tertentu. Kita selalu memandang tinggi terhadap hala tuju bangsa Jepun, termasuklah dalam bidang penerbitan buku dan kesusasteraan, sehingga mereka boleh menghasilkan penerima hadiah novel kesusasteraan dunia. Tetapi pencapaian itu hampir tidak bermakna apa-apa berbanding dengan kekuasaan Tuhan yang melumpuhkan Jepun dalam peristiwa tsunami hanya dalam beberapa jam yang meragut ratusan ribu nyawa rakyat negara berkenaan dan beberapa buah bandar besarnya pula menjadi seperti padang jarak padang tekukur.
Jadi kita semua hendaklah insaf bahawa, ada had untuk segala kehendak kita, dan kita hanyalah manusia kecil, yang mahu kelihatan besar, tetapi kita tidak pernah menjadi sebesar daripada sebutir pasir di hadapan-Nya.

Berbalik kepada isu memperkatakan hala tuju sastera Sabah, yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai sesuatu yang tidak wajar diperkatakan dan pihak DBP Cawangan Sabah sepatutnya membuat acara forum atau diskusi lain yang lebih berguna, tetapi saya hendak mengatakan bahawa mereka yang mengatakannya sebagai tidak berguna itulah yang pada akhir konklusinya mengakui bahawa kita sebenarnya tercari-cari hala tuju sastera Sabah.
Maka hanya jauhari sahaja yang berhak mengenal manikam. Sebab itu saya katakan, agar kita berlajar daripada sejarah, melihat ke belakang untuk perjalanan beberapa langkah ke hadapan. apa masalah yang dihadapi sebelum merangka hala tujunya. Saya telah berjuang sejak tahun 1980-an supaya kebajikan penulis dihargai, dan penulis mendapat sedikit imbuhan daripada titik peluh mereka.

Penulis atau aktivis sastera yang mendapat gaji daripada kerajaan sama ada mereka sebagai pensyarah, guru, pegawai kerajaan, atau wartwan yang menerima gaji daripada majikan mereka setiap bulan tentulah tidak merasakan keperitan penulis yang bergantung hidup sepenuhnya dengan kerjaya mereka sebagai penulis. Justeru, misi saya dahulu ialah memikirkan penghormatan dan hak penulis dalam sebuah negara yang merdeka. Jika anda menyusun fail, bersyarah atau mengajar, memeriksa kertas jawapan pelajar dan anda dibayar gaji untuk kerja itu, maka penulis juga mesti dibayar untuk kerja-kerja penulisan yang mereka lakukan.
Permintaan itu tidak terlalu berlebihan dan masih lagi selari dengan garis hala tuju kita dalam memartabatkan sastera Sabah, kerana saya berpendapat, apa gunanya kita mewujudkan sekolah seni di Universiti Malaysia Sabah, kalau sekolah itu tidak mampu melahirkan penulis yang boleh berdikari dan bergantung hidup dengan kerja seni dan penulisan mereka? Sebagai manusia, mereka juga perlu berkahwin dan memberi segala kemudahan dan menyuap makan minum anak isteri mereka demi untuk meneruskan kehidupan. Tapi jangan beritahu saya, kita wujudkan sekolah seni supaya kita melahirkan lebih ramai guru atau pensyarah yang mengajar subjek sastera di sekolah-sekolah dan makan gaji dengan kerajaan atau kita tubuhkan sekolah seni hanya semata-mata sekadar melahirkan sejumlah pekerja yang sesuai diserapkan dalam institusi atau jabatan kerajaan atau swasta yang berkaitan dengan kesenian, kebudayaan, kebahasaan dan kesusasteraan.

Tidak begitu! sebaliknya kita mesti mewujudkan sekolah seni si UMS bagi memenuhi keperluan dalam melahirkan penulis aktivis sastera di negeri Sabah dan Malaysia amnya dan menjadikan bidang penulisan sebagai sumber pendapatan mereka dalam meneruskan kehidupan. Jangan kata ini bersifat materialistik, hanya semata-mata kerana anda boleh hidup mewah dengan suapan gaji kerajaan, tetapi mahu melihat penulis yang bergantung hidup dengan kerja penulisan mati kebuluran tanpa nisan.
Justeru itu, sebenarnya kita sendiri yang mengaburkan hala tuju sastera kita, hanya semata-mata kerana kita hidup selesa berbanding orang lain. Tetapi ingatlah, hidup ini sangat mudah, sesekali kita berada di atas dan sesekali kita berada di bawah. Seperti janji Tuhan yang dipercayai berabad-abad lamanya.Badan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-47712723155562562252011-05-16T09:06:00.000+08:002011-05-16T09:07:47.296+08:00Laman baharu BAHASAAssalamualaikum dan salam silaturrahim,

Buat semua warga ahli jawatankuasa tertinggi BAHASA. Dengan rasa rendah diri selaku orang baru dalam BAHASA, saya ingin menjemput tn/pn berkunjung ke laman BAHASA fm kita http://mkajunai.net/BAHASA/ .

Menurut Tn Jasni, program besar BAHASA akan ada pada 27 - 29 Mei ini, dan menghendaki program tersebut untuk dikeudarakan melalui BAHASA fm agar seluruh pendengar tanahair yg tidak berkesempatan utk hadir dpt mendengarkan pengisian program tersebut.

Pastinya saya faham, kita semua sibuk dengan tanggungjawab harian yang memungkinkan untuk kita adakan pertemuan dlm masa terdekat ini sebelum menjelangnya program tersebut. Dengan itu, kebiasaannya insyaAllah, saya sentiasa berada di bahagian bilik sembang laman tersebut untuk membantu tn/pn tentang sebarang cara pengisian forum dan sebagainya.

Semoga dalam masa seminggu sebelum program tersebut , kita dapat 'publish'kan link laman tersebut kepada semua yang berkenaan dan yang berminat untuk mengikuti perjalanan program terutamanya perjalanan BAHASA Sabah yang tak pernah berehat dlm memperjuangkan sastera di Sabah mahupun tanahair.

Mohon izin untuk penerangan tn/pn mengenai laman http://mkajunai.net/BAHASA/..

Dalam FORUM BAHASAfm juga telah disediakan ruangan tinta YDP, perkenalan biodata penulis dan 'user', karya penulis, ruang cadangan, ruang promosi hasil karya. semoga dgn ini, peminat/ pembaca mudah utk mndapatkan/belian hasil karya penulis Sabah. Saya mohon cadangan utk penambahan ruangan forum yg perlu lagi utk forum ini.

Mengenai BILIK SEMBANG pula, perlu adanya admin 'chatroom' yg dpt menjwb secara terus permasalahan/ keperluan terutamanya penulis2 muda yg jauh dan mempunyai masalah dlm mendptkan info mahupun masalah karya mereka.

Mengenai RADIO ONLINE BAHASAFM pula, ianya dapat membantu utk semua ahli BAHASA, karyawan2, penulis2 muda, dan peminat2 sastera untuk mengikuti sebarang program dan mengetahui apa jua info2 drpd BAHASA. Melalui radio online juga pengkarya berpeluang utk keudarakan/ membacakan sendiri karya-kaya mereka, untuk peminat/pendengar.

InsyaAllah, dalam pertemuan akan datang kita dapat membuat ketetapan masa dan jadual untuk admin chatroom, admin forum, pemberi info atau dj BAHASAfm. Tentang bilik sembang dan radio, memandangkan kita pastinya sibuk dengan tugas, hanya perlu ketetapan masa selama dua jam dalam sehari untuk bertemu penulis/peminat di bilik sembang dan dua jam untuk dj BAHASA berkeudara menyampaikan sebarang info. Contohnya masa dari jam 8mlm hingga 10mlm (sesekali bolehlah peminat minta lagu utk penulis kesayangan :D ). Untuk makluman, lagu-lagu radio BAHASAfm sentiasa berkumandang. Bolehlah mencari inspirasi ketika menulis hehe.

Maaf..sedar tak sedar, penerangan hamba panjang berjelah.
Semoga BAHASAfm antara salah satu laluan untuk menggemerlapankan lagi sastera di Sabah, menggilap penulis muda, laluan utk dapatan karya di Sabah dan silaturrahim antara sesama penulis dan pembaca khasnya di Sabah dan seluruh tanahair.

p/s- ahad ni saya ada di kk bersama kak @salbiah jabrin.

salam kemaafan dan wassalam.

@jun irnanis
0135551264
http://irnanismama.blogspot.com/Badan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-49924892270029992222011-05-16T09:05:00.001+08:002011-05-16T09:06:28.326+08:00Jadual Tentatif Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan 227 MEI 2011 (JUMAAT)

2.30 Petang Pendaftaran

7.00 malam Ketibaan Peserta
7.30 malam Ketibaan Dato’ Norliza Rofli
7.45 malam Ketibaan Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri N. 24 Membakut

Makan malam

Ucapan alu-aluan
Encik Jasni Matlani
YDP BAHASA

Ucapan perasmian / Pelancaran hadiah cerpen sedco-bahasa ke 3
Oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri N 24 Membakut

Pembentangan Kertas Kerja Utama

Kebudayaan Etnik Malaysia Dalam Konteks Pelestarian
Kebudayaan Kebangsaan

Oleh Dato’ Norliza Rofli
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Pengerusi Sesi pembentangan Kertas Kerja Utama
Puan Mariam Omar
(BAHASA)

HARI KEDUA
28 Mei 2011 (Sabtu)

7.30 pagi Sarapan pagi

8.00 pagi Pembentangan Kertas Kerja Sesi 1

Bahasa Sukuan Di Sabah Dalam Konteks Pengembangan Bahasa
Kebangsaan
Oleh Encik Zubaidi Abas
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Sastera Melayu: Isu, Cabaran dan Penyelesaian
Oleh Encik Saleeh Rahamad
Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA)

Pengerusi Sesi 1
Encik Nadin Haji Salleh

10.00 pagi Rehat/Minum

10.30 pagi Pembentangan kertas kerja sesi 2

Sastera Melayu di Sabah: Transformasi dan Pelestarian
Oleh Encik Amirudin ali Hanafiah
Ketua satu Persatuan penulis Johor (PPJ)

Warna tempatan dalam karya penulis Sabah
Oleh Encik Ramli Jusoh
Timbalan Yang Di Pertua BAHASA

Penulis Sabah dalam konteks perkembangan persuratan kebangsaan
Oleh Encik Amran Daud
DBP Kuala Lumpur

Pengerusi Sesi
Encik Nordin Zainal Abidin
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

12.30 Tgh Makan tengahari
Rehat / Solat

2.00 petang Diskusi Penulis Wanita Sabah

Tajuk Diskusi:
Penulis Wanita Sabah Dalam Konteks Sastera kebangsaan

Panel: Puan Angela Engkuan
Puan Dayangku Mastura Pg Ismail
Puan Ruhaini Matdarin
Puan Faridah Abdul Hamid
Puan Pena Alam

Pengerusi Diskusi
Puan Azmah Nordin

5.00 petang Rehat

8.00 Malam Acara Persembahan Kebudayaan dan kesenian
oleh Ahli BAHASA

Ucapan penanguhan
Oleh Encik Jasni Matlani

11.30 Malam BERSURAI

HARI KETIGA
29 Mei 2011 (AHAD)

8.00 Pagi Balik Ke rumah dan kampong halaman masing-masingBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-28048741457790017912011-05-16T09:05:00.000+08:002011-05-16T09:06:27.629+08:00Jadual Tentatif Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan 227 MEI 2011 (JUMAAT)

2.30 Petang Pendaftaran

7.00 malam Ketibaan Peserta
7.30 malam Ketibaan Dato’ Norliza Rofli
7.45 malam Ketibaan Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri N. 24 Membakut

Makan malam

Ucapan alu-aluan
Encik Jasni Matlani
YDP BAHASA

Ucapan perasmian / Pelancaran hadiah cerpen sedco-bahasa ke 3
Oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri N 24 Membakut

Pembentangan Kertas Kerja Utama

Kebudayaan Etnik Malaysia Dalam Konteks Pelestarian
Kebudayaan Kebangsaan

Oleh Dato’ Norliza Rofli
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Pengerusi Sesi pembentangan Kertas Kerja Utama
Puan Mariam Omar
(BAHASA)

HARI KEDUA
28 Mei 2011 (Sabtu)

7.30 pagi Sarapan pagi

8.00 pagi Pembentangan Kertas Kerja Sesi 1

Bahasa Sukuan Di Sabah Dalam Konteks Pengembangan Bahasa
Kebangsaan
Oleh Encik Zubaidi Abas
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Sastera Melayu: Isu, Cabaran dan Penyelesaian
Oleh Encik Saleeh Rahamad
Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA)

Pengerusi Sesi 1
Encik Nadin Haji Salleh

10.00 pagi Rehat/Minum

10.30 pagi Pembentangan kertas kerja sesi 2

Sastera Melayu di Sabah: Transformasi dan Pelestarian
Oleh Encik Amirudin ali Hanafiah
Ketua satu Persatuan penulis Johor (PPJ)

Warna tempatan dalam karya penulis Sabah
Oleh Encik Ramli Jusoh
Timbalan Yang Di Pertua BAHASA

Penulis Sabah dalam konteks perkembangan persuratan kebangsaan
Oleh Encik Amran Daud
DBP Kuala Lumpur

Pengerusi Sesi
Encik Nordin Zainal Abidin
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

12.30 Tgh Makan tengahari
Rehat / Solat

2.00 petang Diskusi Penulis Wanita Sabah

Tajuk Diskusi:
Penulis Wanita Sabah Dalam Konteks Sastera kebangsaan

Panel: Puan Angela Engkuan
Puan Dayangku Mastura Pg Ismail
Puan Ruhaini Matdarin
Puan Faridah Abdul Hamid
Puan Pena Alam

Pengerusi Diskusi
Puan Azmah Nordin

5.00 petang Rehat

8.00 Malam Acara Persembahan Kebudayaan dan kesenian
oleh Ahli BAHASA

Ucapan penanguhan
Oleh Encik Jasni Matlani

11.30 Malam BERSURAI

HARI KETIGA
29 Mei 2011 (AHAD)

8.00 Pagi Balik Ke rumah dan kampong halaman masing-masingBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-26722445411303823612011-05-04T09:33:00.004+08:002011-05-04T10:43:41.688+08:00Borang Hadiah Cerpen SEDCO-BAHASAHadiah Cerpen
SEDCO-BAHASA KE 3

Tema
“PENGLIBATAN BUMIPUTERA DALAM SEKTOR EKONOMI DAN PERNIAGAAN”

Anjuran
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO)
Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA)

Tarikh Tutup
30 Jun 2011

Syarat Penyertaan

1. Peraduan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagaimanapun peserta hanya dibenarkan menghantar tidak lebih daripada 2 buah cerpen untuk menyertai peraduan ini.
2. Cerpen yang dihantar mestilah asli dan belum pernah dihantar ke mana-mana penerbitan
3. Panjang cerpen adalah antara 8 hingga 12 muka surat, ditaip langkau 2 baris, menggunakan saiz 12, tulisan “Times New Roman”.
4. Hadiah yang ditawarkan: Pertama: RM 1,000.00 Kedua: RM 700.00 Ketiga: RM 500.00
5 hadiah saguhati: RM 200.00 (setiap satu)

Tajuk Cerpen: 1. ………………………………………………………
2. ………………………………………………………

Nama:………………………………………………………………………………………………………………………….
Nombor Kad Pengenalan:…………………………………………………………………………………………………...
Nombor Telefon:……………………………………………………………………………………………………………...
Alamat:…………………………………………………………………………………………………………………………

Tandatangan:………………………………. Tarikh:……………………………………………..

Hantar kepada Urusetia. jasni_matlani@hotmail.com atau
aini05girl@yahoo.comBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-18985443830746612652011-04-29T08:41:00.001+08:002011-04-29T08:41:58.921+08:00SENARAI JAWATANKUASA TERTINGGI BAHASA SESI 2011/2012Yang Di Pertua Jasni Bin Matlani (Menang tanpa bertanding)
Timbalan Yang Di Pertua Ramli Jusoh (Menang tanpa bertanding)
Setiausaha Satu Aliuddin Mohd. Salleh (Dilantik)
Setiausaha Dua Siti Rahmah G Ibrahim (Menang tanpa bertanding)
Bendahari Md. Salleh Bin Ali (Dilantik)
Penerangan Ruhaini Matdarin (Dilantik)

Ahli Jawtankuasa Dipilih Jair Sulai
Abdul Karim Gulam
Dayang Mastura Pg. Ismail
Faridah Abdul Hamid
Welnee Joykin
Maznah Sulaiman
Angela Engkuan
Saik Dalwis
Siti Zuraidah Mukaddam
Norhayati Tasip

Ahli Jawatankuasa dilantik Amini Gawis
Hayati Istiqamah Haji Jalidar
Hajah Rubiah Nordin
Junainah Imyabir
Juri DurabiBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-12627615000698379952011-04-23T10:11:00.002+08:002011-04-23T10:15:03.310+08:00PERJALANAN PANJANG MERENTAS CABARANSAYA masih ingat seorang sahabat, namanya Nandra Hitong memberitahu beberapa tahun lalu tentang tiga buah pertubuhan yang ditubuhkan di Sabah pada tahun 1960-an dan juga 1970-an yang masih aktif hingga ke hari ini. Tiga buah pertubuhan beliau senaraikan itu ialah USNO, pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan juga Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA). “Pertubuhan lain yang seusia dengannya sudah berkubur” katanya.

Ketiga-tiga pertubuhan itu, jelas beliau, membawa siginifikan tersendiri terhadap perjuangan Melayu/Bumiputera di Sabah. USNO membawa perjuangan politik Melayu/Bumiputera, USIA membawa perjuangan dakwah Islamiah dalam kalangan Melayu/Bumiputera, sementara BAHASA menyerlahkan perjuangan hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan budaya Melayu/Bumiputera di negeri Sabah.
Walau bagaimana pun USNO akhirnya kecundang digantikan UMNO. Kini hanya tinggal USIA dan BAHASA sahaja yang meneruskan perjuangannya di tengah-tengah pencaroba zaman dan arus kehidupan yang makin mencabar pada ketika sebahagian besar pertubuhan yang seusia dengannya lenyap selama-lamanaya. USIA meneruskan agenda dakwah islamiahnya, sementara BAHASA dengan agenda kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan yang dipeloporinya sejak tahun 1970-an .lagi

Pemimpin kedua-dua buah pertubuhan itu iaitu USIA dan BAHASA sudah silih berganti, tetapi kedua-duanya terus bertahan, malah tidak tergugat dengan sebarang pertukaran yang berlaku terhadap barisan kepimpinannya. Bak kata pepatah Melayu “Patah tumbuh, hilang berganti” namun kedua-dua pertubuhan itu terus berada di atas laluannya, meredah ranjau sepanjang perjalanan merentas cabaran. Kedua-dua pertubuhan itu kini sudah melewati 40 tahun usianya, tetapi izinkanlah saya memperkatakan tentang BAHASA sahaja dalam tulisan kali ini, kerana kebetulan pada minggu lalu BAHASA baharu sahaja menyempurnakan mesyuarat agungnya di Kota kinabalu.

Secara peribadi saya mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan BAHASA yang masih memberi kepercayaan terhadap saya memimpin persatuan berkenaan bagi penggal ke empat dan tentulah ia merupakan suatu amanat dan tanggungjawab besar kepada saya, terutama dalam melestarikan bidang bahasa, sastera dan budaya di negeri Sabah, agar dapat diletakkan di tempat sewajarnya dalam konteks perkembangan bahasa, sastera dan budaya kebangsaan, malah di peringkat serantau.

Saya turut mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kenalan dan sahabat yang menghantar ucap tahniah kepada Barisan kepimpinan BAHASA yang baharu bagi tempoh dua tahun akan datang. Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam kepimpinan BAHASA kali ini, jawatan Timbalan Yang Di Pertua BAHASA masih dipegang oleh tokoh penulis veteran yang terkenal di Sabah dan juga di peringkat kebangsaan, Cikgu Ramli Jusoh, jawatan Setiausaha Satu masih dipegang Aliuddin Mohd Salleh, jawatan bendahari masih dipegang Saudara Salleh Mohd Ali, kecuali jawatan Setiausaha Dua, yang dahulunya dipegang penulis wanita prolifik, Ruhaini Matdarin, kini dipegang Siti rahmah G. Ibrahim. Bagaimana pun Ruhaini Matdarin kemudiannya mengambil alih jawatan ketua penerangan BAHASA daripada penyandang terdahulu, Dulamid Rudin.

Sepuluh orang yang terpilih membarisi jawatankuasa BAHASA ialah Jair Sulai, Abdul Karim Gulam, Dayang Mastura Pg. Ismail, Faridah Abdul Hamid, Welnee Joykin, Maznah Sulaiman, Angela Engkuan, Saik Dalwis, Siti Zuraidah Mukaddam dan Norhayati Tasip. Sementara, mereka yang dilantik pula ialah Amini Gawis, Hayati Istiqamah Haji Jalidar, Hajah Rubiah Nordin, Junainah Imyabir dan Aishah Aliszaman.

Badan BAHASA sebenarnya mula ditubuhkan pada 19 Mac 1970. Dicatatkan dalam sejarah, persatuan ini ditubuhkan setelah dua buah persatuan yang aktif pada tahun 1960-an iaitu Persatuan Penulis-Penulis Sabah (PERPESA) yang ketika itu diterajui Hajah Noraini Haji Salleh, M.A. Nast atau Haji Mohd. Ahyar Nasution, Amil Jaya, M.A. Rahman, Awang Abdul Hamid, Osman Abdul Rahman atau Kembara Muda dan beberapa orang lagi, bergabung dengan Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) yang dipelopori Kisnawati atau Mohd. Tahir Abdul Hamid, K. Bali, S. Mala, Datuk Murshidi Nambi, Murni S atau Shahirul Lakibul, Datuk R.M Jasni dan akhirnya tertubuhlah BAHASA. Tetapi M.A. Rahman kemudian dipecat daripada BAHASA apabila beliau bertanding sebagai calon United Sabah Action Party (USAP) pada tahun 1971.
Di peringkat awal penubuhannya BAHASA yang diasaskan dan diketuai oleh Datuk Dzulkifli Haji Abdul Hamid dan setiausaha Agungnya yang pertama, Datuk Jamdin Buyong, menjadi satu-satunya gerakan bahasa dan sastera yang ulung di negeri Sabah. Dalam sebuah kertas kerja yang ditulis Allahyarham Datuk Ismail Abas dan Allahyarham Datuk Haji Shuhaibun Yusof berjudul “Seratus Tahun Kegiatan BAHASA di Sabah” dibentangkan sempena Seminar 100 Tahun Pergerakan Bahasa-Sastera Melayu di Malaysia, yang diadakan di Johor Bahru pada 28-29 Januari 1989, kedua-dua tokoh penulis Sabah itu mengatakan, gerakan bahasa dan sastera di Sabah sudah mula wujud pada zaman sebelum merdeka dan pada zaman awal merdeka dalam skala yang kecil melalui persatuan bahasa dan persuratan kecil-kecilan di peringkat daerah. Hanya apabila BAHASA ditubuhkan pada 19 Mac 1970, maka gerakan kebahasaan dan persuratan dapat dilaksanakan secara terancang dan rapi di negeri Sabah.

Dalam masa yang singkat sahaja BAHASA menubuhkan cawangannya di seluruh negeri Sabah. Tiga bulan selepas penubuhannya BAHASA sudah mempunyai 23 buah cawangan dan mempunyai ribuan ahli di seluruh negeri Sabah. Empat buah cawangan lagi ditubuhkan kemudian. Penganalisis berpendapat, itu adalah satu perkembangan yang di luar dugaan.

Pada bulan ogos 1970 apabila gerakan berkenaan menerbitkan majalah BAHASA sempena Seminar Bahasa dan Sastera anjuran BAHASA pada 4-6 Ogos 1970 di Kota Kinabalu, hanya selepas empat bulan penubuhannya, rencana pengarang majalah itu menyatakan, Badan Bahasa Sabah merupakan sebuah badan terbesar seumpamanya dalam sejarah kemajuan bahasa dan sastera di Sabah. Ia mempunyai ribuan ahli dan peminat bahasa dan sastera, mempunyai 23 buah cawangannya di seluruh negeri Sabah.
Menurut Datuk Ismail Abas dan Datuk Haji Shuhiabun Yusof lagi, apabila BAHASA ditubuhkan, dalam masa yang singkat sahaja cawangan BAHASA diwujudkan di merata tempat, di kota dan desa. Ahlinya kian hari kian bertambah sehingga melebihi sepuluh ribu orang. Pemimpin di peringkat kampung, peringkat daerah dan malah ahli politik setempat dan ketua masyarakat turut menyertai BAHASA. Kegiatan kebahasaan dan persuratan seperti peraduan menulis esei, peraduan bahas dan pidato, sayembara menulis cerpen, puisi dan novel diadakan di merata daerah, sehingga kegiatan bahasa dan sastera menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat terutamanya golongan guru, pelajar dan masyarakat umum.
Kata mereka lagi, tokoh yang menggerakkan BAHASA sehingga menjadi sebuah pertubuhan yang cukup berpengaruh ialah Yang Di Pertua BAHASA yang pertama iaitu Datuk Dzulkifli Abdul Hamid dan setiausaha agungnya, Datuk Jamdin Buyong. Mereka dibantu oleh ahli jawatankuasanya seperti Mohd. Tahir Abdul Hamid, Mohd. Ahyar Nasution, Noraini Haji Salleh dan beberapa orang lagi.

Pada tahun 1986 teraju BAHASA diambil alih pula oleh Datuk Ismail Abas atau nama penanya Amil Jaya, setelah melalui zaman gelap lebih sedekad lamanya. Bagaimana pun semasa pemilihan pucuk pimpinan BAHASA pada tahun 1994, Hajah Sairah Haji Antin (Allahyarhamah) pula mengambil alih teraju kepimpinan daripada Datuk Ismail Abas.
Pada tahun 2003 sekali lagi Datuk Ismail Abas mengambil alih kepimpinan BAHASA daripada Hajah Sairah Haji Antin dalam satu perhimpunan yang dianggap sebahagian besar ahli-ahlinya sebagai usaha menyelamatkan BAHASA dan meletakkan semula badan atau pertubuhan itu di atas landasan asalnya. Tetapi usaha itu ternyata gagal, kerana kudrat Datuk Ismail Abas ketika itu tidak lagi mengizinkan beliau bergiat aktif dalam gerakan bahasa dan sastera di Sabah. Akhirnya pada tahun 2005 diadakan mesyuarat agung BAHASA di sudut penulis DBP Cawangan Sabah, dan saya secara rasminya mengambil alih teraju kepimpinan BAHASA daripada Datuk Ismail Abas.
Di peringkat awal kepimpinan dalam BAHASA, saya lebih banyak melakukan kerja-kerja pemulihan BAHASA, menyusun semula pentadbran, meraih semula kepercayaan masyarakat terhadap BAHASA dan mengukuhkan hubungan antara penulis, sama ada generasi penulis mapan mahupun penulis muda. Misi pertama saya ialah untuk menjadikan BAHASA sebuah pertubuhan yang terbuka kepada penulis di negeri Sabah, tidak kira mereka golongan muda atau veteran. Saya tidak mahu melihat BAHASA menjadi pertubuhan yang hanya dianggotai oleh penulis elite atau mereka yang dianggap tokoh dalam dunia sastera di negeri Sabah.

Sebaliknya saya membawa ramai penulis muda menyertai BAHASA. Apabila saya melihat ada kelibat penulis muda yang berpotensi dalam dunia sastera, saya mendorong mereka menyertai BAHASA, kerana selain daripada belajar mengasah bakat kepimpinan dan mengatur strategi, membina rangkaian bagi menyerlahkan keterampilan dalam bidang sastera dan penulisan, saya dengan penuh yakin memberitahu golongan penulis muda, bahawa mereka tidak rugi menyertai pertubuhan BAHASA.
Jika mereka benar-benar hendak menjadi penulis, pejuang bahasa, sastera dan budaya, maka inilah wadah dan institusinya, di mana mereka bertemu dengan ramai orang yang bakal membuka ruang dan peluang bagi mereka menapak lebih jauh ke hadapan dalam bidang penulisan. Sebahagian besar daripada orang yang mereka temui itu adalah tokoh-tokoh besar dalam bidang penulisan, yang mungkin menghasilkan puluhan buku dan mendapat pengiktirafan sama ada di peringkat negeri, nasional mahupun serantau.

Mereka mungkin tidak dapat melihat hasil atau impak menyertai BAHASA itu secara serta merta atau katakanlah, dapat meraih manfaatnya selepas sebulan dua menyertai pertubuhan Badan BAHASA. Tidak seperti itu. mereka tidak boleh memikirkan untuk menyertai BAHASA dan kemudian mendapat gaji pada hujung bulan pertama penyertaannya. Mereka tidak boleh membayangkan menyertai BAHASA seperti mereka memulakan kerjaya sebagai kakitangan sesebuah organisasi (swasta atau kerajaan) dengan mereka mendapat gaji pada setiap hujung bulan. Tidak begitu!

Tetapi ingatlah, sesiapa juga yang menyertai mana-mana organisasi seperti BAHASA, saya hampir pasti mengatakan bahawa ia sesungguhnya berkaitan dengan aliran masa. Penyertaan dan komitmen mereka yang berterusan sahaja yang menjadi penanda aras kepada pencapaian mereka pada masa depan. Justeru, sejajar dengan komitmen melestarikan bahasa, sastera dan budaya di negeri Sabah, BAHASA akan terus melaksanakan pelbagai program selepas berakhirnya mesyuarat agung BAHASA dalam usia yang sudah melepasi 40 tahun itu. Tidak lama lagi BAHASA yang kini hanya mempunyai 17 cawangan di seluruh negeri Sabah, akan menganjurkan program Persidangan Persuratan dan Kebudayaan peringkat Kebangsaan yang ke 2 di Kota Kinabalu dan bakal disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Begitu juga program sayembara menulis cerpen Hadiah SEDCO-BAHASA yang sudah memasuki tahun ke 3 penganjurannya, akan terus diadakan pada tahun ini. Mudah-mudahan usaha yang dilaksanakan BAHASA dan pihak SEDCO itu berterusan pada masa akan datang, kerana selain daripada berusaha melahirkan lebih banyak karya cerpen berkualiti yang bertemakan penyertaan kaum Bumiputera dalam sektor ekonomi dan perniagaan, ia juga diharapkan menjadi pentas dalam melahirkan lebih ramai penulis muda berkaliber di negeri Sabah dan di peringkat kebangsaan amnya.

Semoga BAHASA akan terus maju dan melangkah ke hadapan merentas cabaran. Seseungguhnya perjalanan BAHASA masih jauh tetapi saya percaya kepada kata-kata bahawa bahasa, sastera dan budaya itu adalah teras penting sesuatu bangsa. Hilang ketiga-tiganya maka hilanglah identiti sesuatu bangsa itu. Saya turut berdoa, agar BAHASA akan terus memasuki gerbang baharu dan seluruh Barisan kepimpinan BAHASA yang baharu mengukuhkan iltizam dan dengan penuh komitmen menyemarakan bahasa, sastera dan budaya, generasi demi generasi di bumi tercinta ini.

JMBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-37361554268403558132011-03-30T05:59:00.000+08:002011-03-30T06:00:19.409+08:00PROGRAM BAHASAUntuk makluman seluruh ahli BAHASA kita akan melaksanakan 3 program besar dalam tempoh terdekat ini.

1. Mesyuarat Agung BAHASA 2011 dijangka diadakan di kompleks Bangunan Tabung Haji Sembulan Kota Kinabalu pada 16 April 2011 (Sabtu). Bermula jam 7.30 Malam. Semua pengerusi cawangan BAHASA sila maklum.

2. Bahasa sedang menganjurkan PERADUAN MENULIS CERPEN SEDCO-BAHASA 2011 bermula Mac sehingga penghujung Jun 2011. Terbuka kepada penulis Malaysia. Setiap peserta boleh menghantar 2 buah cerpen seorang. Temanya “Penglibatan Bumiputera dalam bidang ekonomi”. Cerpen boleh dihantar melalui email ke alamat jasni_matlani@hotmail.com atau aini05girl@yahoo.com

3. BAHASA akan menganjurkan Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan ke 2 bertempat di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu. Majlis perasmiannya dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 26 Mei 2011, jam 3.00 petang, bertempat di Dewan Semarak Wisma Dang Bandang Kota Kinabalu. Sementara penutupannya dijangka disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Kertas kerja yang dibentangkan antara lain seperti berkut:

Pembentang Kertas Kerja Utama

Kebudayaan Etnik Malaysia Dalam Konteks Pelestarian
Kebudayaan Kebangsaan
Oleh Dato’ Norliza Rofli
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Pembentang kertas kerja biasa

Bahasa Sukuan Di Sabah Dalam Konteks Pengembangan Bahasa
Kebangsaan
Oleh Encik Zubaidi Abas
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Isu Kebudayaan Etnik di Sabah: Masalah dan Penyelesaian
Oleh Dr. Sansalo Dayo
Penysarah Universiti Malaysia Sabah

Sastera Melayu: Isu, Cabaran dan Penyelesaian
Oleh Encik Saleeh Rahamad
Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA)

Pelestarian Sastera Melayu di Sabah: Isu dan Penyelesaian
Oleh Dr. Ramzah Dambul
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial

Sastera Melayu di Sabah: Transformasi dan Pelestarian
Oleh Encik S.M Zakir
Setiausaha Agung PENA

Warna tempatan dalam karya penulis Sabah
Oleh Encik Ramli Jusoh
Timbalan Yang Di Pertua BAHASA

Melestarikan Sastera Melayu dalam Konteks Gagasan 1 Malaysia
Oleh Encik Amiruddin Ali Hanafiah
Presiden Persatuan Penulis Johor

4. BAHASA juga mewar-warkan program DIALOG BORNEO KALIMANTAN akan diadakan pada penghujung April di Samarinda Kalimantan. Sesiapa yang berminat sila maklumkan kepada YDP BAHASA secepat mungkin. Perbelanjaan perjalanan dibiayai sendiri, melalui jalan darat ke Tawau dan seterusnya melalui laut dari Tawau ke Balik Papan dan seterusnya ke Samarinda.

5. BAHASA akan menghantar rombongan ke pertemuan Penyair Nusantara di Palembang pada 16-21 Julai 2011. Sesiapa yang berminat sila maklumkan kepada YDP BAHASA secepat mungkin. Perbelanjaan perjalanan dibiayai sendiri, melalui udara dan tambangnya setakat ini sekitar RM600 seorang.

6. BAHASA juga insyallah akan membantu DBP Cawangan sabah melaksanakan program Perkampungan sasterawan yang dijangka diadakan di kota Marudu pada pertengahan Jun 2011. Ahli BAHASA sila maklum.

7. BAHASA turut menghantar perwakilan menghadiri mesyuarat agung GAPENA Ke 40 di Kuala Lumpur pada 25-28 Mac 2011 yang lalu.

Semoga BAHASA akan terus maju jaya dan ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah akan terus meningkatkan kualiti penulisan dan penyertaan dalam sebarang aktiviti sastera di negeri ini dan malah di peringkat kebangsaan.

Salam Hormat

Jasni MatlaniBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-86914159660112489212011-03-30T05:58:00.000+08:002011-03-30T05:59:19.832+08:00NOTIS MESYUARAT AGUNG (BAHASA) SESI 2011/2012BADAN BAHASA DAN SASTERA SABAH (BAHASA)
Tingkat 2 Lot A208 Wisma MUIS, Peti Surat 13132
88835 KOTA KINABALU
Tel: 016 8115593

Ruj kami: BAHASA 70/11 (15)
Tarikh: 28 Mac 2011

Sdr. Setiausaha
Cawangan-Cawangan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA)
Negeri Sabah

Saudara,

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG (BAHASA) SESI 2011/2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) sesi 2011/2012 akan diadakan pada 16 April 2011 (Sabtu), jam 8.00 Malam, bertempat di Dewan Seminar, Bangunan Tabung Haji Kota Kinabalu.

Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti berikut:

1. Ucapan yang Di Pertua BAHASA
2. Membincangkan Minit Mesyuarat Agung BAHASA 2010
3. Membincangkan Penyata Tahunan berakhir 31 Disember 2010
4. Pembubaran AJK BAHASA Sesi 2009/2010 dan Perlantikan Pengerusi Sementara
5. Perlantikan AJK BAHASA Sesi 2011/2012
6. Ucapan Penanguhan

Dengan ini BAHASA Cawangan Saudara adalah dijemput menghantar perwakilan untuk menjayakan mesyuarat agung sesi 2011/2012. Pengerusi BAHASA Cawangan saudara adalah secara automatic sebagai perwakilan.

Di samping itu BAHASA cawangan saudara diundang untuk mengemukakan sebarang usul bertulis bagi dibincangkan dalam mesyuarat agung tahunan serta laporan tahunan untuk dicetak dalam buku laporan tahunan. Usul dan laporan tahunan hendaklah sampai kepada saya melalui email jasni_matlani@hotmail.com sebelum 10 April 2011

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Salam Hormat

(ALIUDDIN MOHD. SALLEH)
Setiausaha Satu BAHASA

s.k 1. Yang Di Pertua BAHASA
2. Pengerusi Cawangan-Cawangan BAHASABadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-18694729770214198452011-03-17T14:14:00.001+08:002011-03-17T14:15:57.287+08:00MaklumanPEMBELIAN BUKU GEMA MEMBELAH GEMA 16
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku puisi Hari Puisi Nasional ke 18 GEMA MEMBELAH GEMA 16 . Boleh membelinya melalui on line dan pembayaran boleh dibuat ke akaun BAHASA, Bank Islam akaun number 1001 601 001 0720.
Buku GEMA MEMBELAH GEMA akan dihantar melalui pos kemudian. Harga buku RM 20.00 senaskah (termasuk kos penghantaran)
PENYERTAAN HADIAH SEDCO BAHASA KE 3
Peraduan Menulis cerpen SEDCO-BAHASA ke 3 sedang berlangsung sekarang. (Terbuka kepada penulis seluruh MALAYSIA). Sesiapa yang berminat menyertai sila hantar karya cerpen (Tidak lebih daripada 2 buah) sama ada melalui surat ke Alamat seperti berikut:
Peraduan Menulis Cerpen SEDCO-BAHASA ke 3
Peti surat 13132
88835 Kota Kinabalu, Sabah.

Atau emailkan cerpen anda ke alamat berikut:
jasni_matlani@hotmail.com
aini05girl@yahoo.com

Panjang cerpen antara 8-10 Halaman
Tema cerpen: penyertaan Melayu/Bumiputera dalam sector ekonomi (bidang perniagaan)
Tarikh Tutup 30 Julai 2011Badan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-59690585697750882852011-03-10T19:58:00.005+08:002011-03-10T20:17:58.823+08:00HADIAH CERPEN SEDCO BAHASA 3HADIAH CERPEN SEDCO BAHASA kini telah memasuki tahun ke 3 penganjurannya. Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan telah pun dibuka secara rasminya. Pertandingan kali ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia di mana saja anda berada.

Syarat-syarat.

1). Penulis digalakkan menulis tentang penyertaan bumiputra/melayu di dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

2). Setiap penulis dibenarkan menghantar tidak lebih daripada dua buah cerpen, ditaip kemas, font 12 times roman, lapan hingga sepuluh muka surat.

3). Hantar cerpen anda kepada bahasa_sabah@hotmail.com pada atau sebelum 30 Jun 2011.

Hadiah.

Johan RM 1000
Tempat kedua RM 700
Tempat ketiga RM 500

10 hadiah saguhati RM 300

+ borang penyertaan rasmi akan dimuat turun di laman FB BAHASA dalam tempoh masa terdekat+Badan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-5310626083316879952011-02-08T15:17:00.001+08:002011-02-08T15:19:33.343+08:00CATATAN KHAS HARI PUISI NASIONAL KE 18HARI PUISI NASIONAL KE 18 DI BINSULOK MEMBAKUT
PUISI MENJANA GAGASAN 1 MALAYSIA

Oleh JASNI MATLANI

BINSULOK sebuah perkampungan nelayan pinggir laut yang terletak di daerah kecil Membakut bakal menjadi tumpuan para penyair dari seluruh negara, termasuk dari negara jiran Indonesia dan negara Brunei Darussalam apabila Hari Puisi Nasional ke 18 akan diadakan di Binsulok Resort pada 25-27 Februari depan, bersempena sambutan 40 Tahun GAPENA.
Pemilihan Binsulok sebagai tempat penganjuran pertemuan penyair yang dianggap prestij di Malaysia itu mempunyai siginifikan tersendiri, bukan sahaja kerana perkampungan berkenaan mempunyai keindahan alam semulajadi, tetapi juga kerana masyarakat nelayannya yang unik, yang sudah pasti menggugah sesentiviti penyair.
Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, pemilihan Binsulok sebagai tapak penganjuran Hari Puisi Nasional ke 18 memang bersesuaian kerana ia terletak di pinggir laut dan mampu menggugah intuisi penyair untuk menghasilkan karya yang berkualiti.
“Saya mengalu-alukan Hari Puisi Nasional diadakan di Binsulok Resort Membakut dan mahu melihat pertemuan penyair terbesar Malaysia ini, menjadi pentas kepada para penyair untuk menilai semula peranan mereka di tengah-tengah alam dan masyarakat”katanya.
Beliau juga berkeyakinan Hari Puisi Nasional yang bertemakan “Puisi menjana gagasan 1 Malaysia” itu bakal mencipta sejarahnya tersendiri dan mengharapkan seluruh rakyat Sabah, terutama masyarakat daerah Membakut mengalu-alukan kehadiran para penyair ternama Malaysia, malah penyair dari negara jiran Indonesia dan negara Brunei Darussalam yang dijangka turut hadir menyerikan lagi pertemuan penyair bertaraf kebangsaan itu.
Hari Puisi Nasional ke 18 ini dianjurkan oleh GAPENA, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Dewan Bahasa dan Pustaka Cawanagan Sabah, Pejabat Daerah Kecil Membakut, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sabah, dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Jabatan Penjara Sabah , Institut Terjemahan Negara Malaysia, Akhbar Utusan Borneo sebagai media rasmi pertemuan dan juga beberapa badan NGO seperti PENA, Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan beberapa kerabat GAPENA yang lain.
Menghimbau kembali sejarahnya, Hari Puisi Nasional yang pertama telah diadakan di kota bersejarah Melaka pada tahun 1971. Pada tahun berikutnya pertemuan itu diadakan di Kuala Lumpur. Sementara pada tahun 1974, ia diadakan di bandar Diraja Kelang.
Melaka sekali lagi menjadi tuan rumah pada tahun 1975, dan pada tahun 1976 Hari Puisi Nasional diadakan pula di Kota Bharu Kelantan. Ini diikuti Kuantan menjadi tuan rumah pada tahun 1978.
Pada tahun 1979 Sabah buat pertama kalinya menjadi tuan rumah, apabila Hari Puisi Nasional itu diadakan di Kota Kinabalu. Pada tahun 1981 Kota Bharu kembali menjadi tuan rumah sebelum Kuching-Semantan dipilih menjadi medan pertemuan pada tahun 1984.
Apabila BAHASA dihidupkan semula pada pertengahan tahun 1980-an, Sabah sekali lagi menjadi tuan rumah Hari Puisi Nasional pada tahun 1987. Selepas itu Terangganu menjadi tuan rumah pada tahun 1988. Pulau Pinang pada tahun 1991 dan Johor Bahru pada tahun 1995.
Negeri Sembilan pula menjadi tuan rumah pada tahun 1999, Pulau Langkawi pada tahun 2000. Ini diikuti Shah Alam pada tahun 2004, Melaka tahun 2007 dan Sabah sekali lagi menjadi tuan rumah buat kali ke 3 pada tahun 2011 ini.
Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Puisi Nasional ke 18 ini diadakan, bermula dengan acara perasmian dijangka akan berlangsung pada malam 25 Februari 2011 yang bakal disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Pada malam itu juga bakal diadakan majlis penyampian Anugerah Penyair GAPENA kepada salah seorang tokoh penyair Sabah yang mencipta nama di Malaysia dan pernah menerima beberapa hadiah prestij di peringkat kebangsaan pada awal tahun 1970-an, dan masih aktif berkarya sehingga kini.
Sementara pada esoknya, turut diadakan ialah majlis pembentangan kertas kerja utama yang bakal disampaikan oleh bekas Ketua Pengarah DBP, Dato’ A. Aziz Deraman. Para pembentang kertas kerja lain antaranya ialah Bekas pengarah DBP Cawangan Sabah, Tuan Haji Hamzah Hamdani, Jawatankuasa kerja GAPENA, Encik Borhan Matzain, Presiden PENA, Encik Mohammad Saleeh Rahamad, Presiden PEKASA, Encik Jaafar Hamdan, Presiden PUTRA, Encik Zainal Abidin Haji Suhaili dan juga Encik Amran Daud dari DBP Kuala Lumpur.
Seorang pembentang kertas kerja dari Sabah yang dijangka membentangkan kertas kerja ialah penulis dan kritikawan yang tidak asing lagi di Sabah, Encik Raymond Majumah bagi mewakili Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan seterusnya penulis negeri Sabah.
Turut diadakan sempena Hari Puisi Nasional ini ialah sesi lawatan ke suatu tempat yang bakal ditetapkan pihak penganjur kemudian. Sementara acara deklamasi dan juga lagu-lagu puisi yang melibatkan tuan rumah Sabah, wakil dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam dijangka berkumandang dalam beberapa majlis deklamasi puisi sepanjang Hari Puisi Nasional itu, termasuk acara Kenduri puisi yang dijangka akan diadakan di sebuah kampung di daerah Membakut.
Suatu majlis forum juga turut dijangka diadakan bagi membincangkan isu peranan penyair dalam konteks gagasan 1 Malaysia, dengan para penalnya terdiri daripada Pengerusi Persatuan Penulis Johor (PPJ) Encik Amiruddin Hanafiah, Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTRA) Encik Poul Nangang, Timbalan Yang Di Pertua BAHASA, Encik Ramli Jusoh, Wakil DBP Cawanagan Sabah, Encik Zainal Abidin Nordin, Setiausaha agung PENA, Encik S.M Zakir dan Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Encik Sukor Haji Usin @ Hayuda Abadi.
Forum berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Unit Sastera DBP Cawangan Sabah, Encik Nadin Haji Salleh.
Sementara itu Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA,) Encik Jasni Matlani berkata, majlis penutupan hari Puisi nasional ke 18 itu dijangka akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif.
Seterusnya, satu resolusi dijangka dibentangkan sebelum berakhirnya pertemuan penyair berkenaan dan resolusi itu bakal diserahkan kepada pihak tertentu bagi memastikan beberapa isu berkaitan penyair, Hari Puisi Nasional dan isu sastera serta masyarakat dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih luas dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan mengenainya.
Kepada seseiapa yang berminat menyertai Hari Puisi Nasional boleh menghubungi ketua Penyelaras Urus Setia Hari Puisi Nasional ke 18, Puan Siti Rahmah G. Ibrahim, di talian nombor 012 8938148. Yuran penyertaan RM 25.00 dikenakan kepada setiap mereka yang berminat menyertainya dan penyertaan hanya dihadkan kepada 120 orang sahaja.
“Sehingga kini sudah ramai peserta yang mendaftar lebih awal. Malah ada peserta yang memaklumkan bahawa mereka akan datang sehari lebah awal, terutama para peserta yang datang dari Indonesia dan juga Semenanjung Malaysia. Kita sudah pun membuka pendaftaran penyertaan sejak seminggu lalu melalui internet ” katanya.
Dalam pada itu, para penyair di seluruh negara juga dipelawa menghantar sekurang-kurangnya sebuah puisi untuk diterbitkan dalam antologi Puisi Gema Membelah Gema ke 16 yang diterbitkan oleh DBP Cawangan Sabah dan juga BAHASA sempena Hari Puisi Nasional ke 18 itu.
Karya-karya puisi boleh dihantar melalui email ke alamat jasni_matlani@hotmail.com atau kepada Timbalan Setiausaha BAHASA, Cik Ruhaini Matdarin di alamat email aini05girl@yahoo.com sebelum 15 februari depan.Badan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-79308661130857987722011-02-08T10:10:00.000+08:002011-02-08T10:11:50.224+08:00Mesyuarat HPNMakluman kepada semua ahli jawatankuasa BAHASA dan urusetia Hari Puisi Nasional ke 18, satu Mesyuarat khas (BAHASA sahaja) akan diadakan pada 10 Feb 2011 (Khamis) bermula jam 7.00 malam di bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan, Sembulan Kota Kinabalu. bagi membincangkan secara terperinci segala hal yang berkaitan dengan persiapan pelaksanaan Hari Puisi Nasional ke 18. Kehadiran anda sangat dialu-alukan, terima kasih.Badan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-73268745853110040342011-02-08T06:40:00.000+08:002011-02-08T06:41:51.704+08:00Catatan YDPSAYA memohon maaf kerana lam tidak menulis untuk ruangan catatan YDP di blog BAHASA ini. Sebenarnya saya berada di Manila sejak pertengahan Januari lalu, kemudian hanya balik sehari dua di Sabah pada 25 Januari sebelum terbang semula ke Melbourneo dan Sydney Australia kerana urusan keluarga.

Sebenarnya ketika berada di hotel Great Southern Sydney Australia, saya ada menghantar catatan YDP kepada Timbalan Setiausaha kita untuk dimasukkan dalam blog BAHASA, tetapi malangnya tidak boleh dibuka di sini. Jadi setelah balik ke tanah air semalam, dalam perjalanan kapal terbang yang mengambil masa hampir 12 jam dari Sydney hingga ke Sabah, berehat seketika baharulah hari ini saya dapat membuat catatan ini.

Semasa dirantauan, saya risau tentang Hari Puisi Nasional anjuran BAHASA dan beberapa badan dan agensi lain yang semakin mendekat. Saya ada menghubungi melalui telefon Ketua penyelaras dan urusetia Hari Puisi Nasional kita, Puan Siti Rahmah G. Ibrahaim dan Timbalan setiausaha BAHASA, Cik Ruhaini Matdarin bertanyakan mengenai perkembangan yang berlaku di tanah air, terutama sekali berkaitan Hari Nasional anjuran kita yang hanya beberapa minggu lagi. Saya sentiasa berfikir bahawa masih banyak persiapan belum dibuat sebelum kita berkumpul di Binsulok Resort pada 25-27 Februari 2011 ini.

Walaupun saya mengamanahkan puan Siti Rahmah untuk menjadi ketua urus setia bagi menyelanggara, mengatur jemputan dan sebagainya untuk HPN ke 18 itu, tetapi saya juga masih risau, dan mengharapkan bantuan rakan-rakan lain dalam BAHASA bagi membantu beliau di sepanjang ketiadaan saya.

Saya hanya sampai di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada subuh 6 Februari dan pagi tadi menyambung tugas seperti biasa dengan membuat kunjungan kepada Timbalan Pengarah JKKN Sabah, bersama-sama Cikgu Ramli berbincang tentang apa yang JKKN boleh sumbangkan bagi membantu kita menjayakan HPN18 itu. Kami juga pergi ke pejabat Datuk Masidi Manjun, tetapi hanya bertemu setiausaha perhubungan beliau, Encik Micheal bagi menyampaikan surat undangan kita untuk Yang Berhormat Datuk Masidi merasmikan HPN ke 18 itu.
Seperti yang saya jelaskan, HPN ke 18 kali ini akan diadakan di Binsulok Resort Membakut. Saya juga telah memohon agar DBP Cawangan Sabah menjadi penyelanggara bersama. Seterusnya memhon bantuan rakan-rakan penulis daripada BAHASA atau IPS agar turut menjayakan dan memberi kerjasama menganjurkan program sempena HPN ke 18 itu.

Jadual acara tentatif tidak rasmi yang telah diatur adalah seperti berikut:

25 Feb 2011

Nota: Kepada peserta yang memerlukan pengangkutan dari lapangan terbang ke perkarangan pejabat Persekutuan di mana bas menunggu semua peserta sebelum bertolak ke Binulok Membakut, hendaklah memberitahu urusetia jadual penerbangan mereka lebih untuk tindakan lanjut.

2.00 petang Bas peserta bertolak dari Perkarangan Pejabat Belia dan sukan persekutuan
Sembulan Kota Kinabalu ke Binsulok Resort Membakut

4.00 petang Pendaftaran

Minum petang

7.00 malam Ketibaan undangan khas

7.30 malam Ketibaan Datuk Masidi Manjun

7.45 malam Ucapan Alu-aluan Encik Jasni Matlani
YDP BAHASA

7.50 malam Ucapan Sambutan Y.B. Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut

8.00 malam Ucapan Perasmian Hari Puisi Nasional ke 18
Datuk Masidi Manjun

Penyampaian Tokoh Penyair GAPENA
Sempena sambutan HPN Ke 18

Penyampaian cenderamata

Majlis Makan Malam dan Persembahan kebudayaan
Persembahan khas BAHASA Cawangan Membakut

Deklamasi puisi khas BAHASA
Deklamasi puisi khas PENA
Deklamasi puisi Khas WAKIL SARAWAK
Deklamasi Puisi Khas Wakil Indonesia/Negara Brunei DS
Deklamasi puisi Khas Datuk Jamdin Boyung

BERSURAI

26 Februari 2011 (Sabtu)

7.00 pagi Sarapan pagi

Pembetangan kertas kerja utama
Dato. A. Aziz Deraman

Pengerusi
Encik Nadin Haji Salleh

10.00 pagi Rehat dan jamuan teh

10.30 Pagi Pembentangan kertas kerja

Tuan Haji Hamzah Hamdani
Encik Saleeh Rahamad
Encik Raymond Majumah

Pengerusi
Encik Japar Ungki

Encik Amran Daud
Encik Borhan Matzain
Encik Jaafar Hamdan
Encik Abizai

Pengerusi
Encik Aliuddin Mohd. Salleh

1.00 t/hari Makan tengahari. Solat zohor

2.00 petang Lawatan
(Ditetapkan pihak penganjur)

7.00 malam Kenduri Puisi sekampung
Dicadangkan diadakan di kampung Pimping Membakut
dengan tetamu khasnya ialah YB Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif

Ucapan Ulu-aluan Cikgu Ramli Jusoh
Timbalan YDP BAHASA

Ucapan Pengarah DBP Sabah
En. Zubaidi Abas

Ucapan Datuk Arifin Mohd Arif.

Persembahan kebudayaan
Acara Baca Puisi santai peserta HPN ke 18
Persembahan Lagu Puisi

27 Februari 2011

7.00 pagi Sarapan

Forum puisi

Panel Forum
Encik Nordin Zainal Abidin
Encik Hasyuda Abadi
Encik Amiruddin Hanafiah
Encik Poul Nangang
Encik S. M Zakir

Pengerusi Forum
Ramli Jusoh

Rehat jamuan teh

Pembentangan Resolusi

Majlis penutupan bermula

Ucapan YDP
Encik Jasni Matlani

Ucapan Tan Sri Ismail Hussein
Ucapan Pengarah DBP Sabah
Encik Zubaidi Abas

Ucapan perasmian penutupan
Datuk Mohd Arifin Mohd Arif

Makan tengahari

2.00 ptg Balik ke Kota Kinabalu dan tempat masing-masing

Tema HPN ke 18 ialah “Puisi menjana gagasan 1 Malaysia'.

Sebagai maklumat tambahan sebuah buku antologi puisi iaitu antologi puisi Gema Membelah Gema ke 18 akan diterbitkan sempena HPN18. Justeru itu sila hantar puisi kepada saya atau cik Ruhaini Matdarin melalui email. Di alamat email seperti yang tertera di blog BAHASA ini. Puisi mesti dihantar sebelum 10 Februari untuk tujuan penerbitannya.

Sementara itu kepada pemakalah yang telah dimaklumkan sila hantar makalah masing-masing sebelum 15 Feb 2011 untuk tujuan diuperbanyakkan.

Sesi jualan buku akan diadakan sempena HPN ke 18. jadi kepada sesiapa yang ada buku untuk dijual adalah digalakkan untuk membawa dan menjual buku masing-masing.

Yuran penyertaan yang dikenakan ialah RM 25 seorang dan penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa yang mendaftar awal kerana jumlah peserta hanya dihadkan kepada 150 orang sahaja. Setakat ini kita telah mendapat penyertaan dari semenanjung Malaysia, Sarawak, Negara Brunei DS dan juga Indonesia.

Segala bayaran tempat tinggal, makan minum sepanjang HPN18, bas dari Kota Kinabalu ke Binsulok Membakut akan disediakan pihak penganjur. Hanya tiket penerbangan sahaja yang ditanggung para peserta sendiri.

Kepada ahli BAHASA seluruh negeri Sabah mohon melibatkan diri dalam HPN ke 18 ini, sama ada sebagai urusetia atau sebagai peserta. Sebarang pertanyaan sila hubung siti rahmah G. Ibrahim, ketua urus setia HPN ke 18.

Terima kasih yang amat sangat daripada saya yang masih berada jauh di bumi Australia.Badan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-54165818543083098152011-01-22T11:27:00.003+08:002011-01-22T11:35:23.181+08:00Tips Ringkas MenulisMENULIS = BERMAIN LEGO

Hakikat menulis adalah seperti bermain Lego

Tahukah Anda?
Lego, dalam Yunani klasik λέγώ, bermaksud: mengumpulkan, menyusun, merangkai kata dalam pernyataan.
Logos, λόγος, maksudnya: kata, wacana.

Menulis adalah mengumpulkan dan menyusun (seperti dalam Lego), untuk membentuk kata dan wacana (seperti dalam Logos).

Kenyataan di sekitar kita "berserakan". Menulis adalah menyusun kembali "kenyataan-kenyataan" itu ke dalam susunan yang linear (lurus).

Kita boleh menyusun dengan pelbagai pola.

SELAMAT MENULISBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-78282459647093562892011-01-09T10:23:00.000+08:002011-01-09T10:24:46.612+08:00Catatan YDPMINGGU pertama tahun baharu, kita sibuk dengan persiapan Hari Puisi nasional Ke 18.
1). Tiga hari lalu, saya bersama-sama Timbalan YDP dan juga Encik Karim Gulam (AJK BAHASA) membuat kunjungan hormat kepada pengarah DBP Sabah, Encik Zubaidi Abas di pejabatnya. Kami membincangkan persiapan HPN Ke 18. Pada dasarnya DBP bersetuju menjadi penganjur bersama, satu mesyuarat akan diadakan dalam tempoh terdekat dan pihak DBP akan memanggil mesyuarat berkenaan. Saya juga akan terbang ke Kuala Lumpur pada 14 januari 2011, menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja GAPENA dan seterusnya akan membincangkan mengenai acara HPN Ke 18 itu.

2). Setakat ini HPN Ke 18 dicadangkan akan diadakan di Binsulok Resort, setelah beberapa cawangan BAHASA berhalangan menjadi tuan rumah untuk menganjurkannya.
Ahli BAHASA dan semua penyair Malaysia dipelawa menghantar puisi untuk diterbitkan dalam antologi puisi sempena HPN Ke 18 itu. Semua puisi boleh dihantar ke alamat email Jasni Matlani, Ramli Jusoh dan Ruhaini Matdarin seperti yang tertera dalam blog BAHASA ini mulai daripada sekarang.

Seperti yang dibincangkan dalammesyuarat jawatankuasa BAHASA yang diadakan di hotel Beverlly baru-baru ini, saya memohon semua penulis (Ahli BAHASA) yang diputuskan untuk menghantar manuskrip Kumpulan cerpen masing-masing bagi penilaian dan penerbitan DBP sila pastikan menghantar manuskrip sebelum 20 Februari 2011.
1. Mad Sakiran Sulaiman (Sudah menghantar menuskrip)
2. Juri Durabi
3. Ruhaini Matdarin
4. Dayangku Mastura Pg. Ismail
5. Katherina Tati
6. Martinah Obod
7. Faridah Abdul Hamid
8. Pena Alam
9. Siti Rahmah G. Ibrahim
10. Hajah Rubiah Nordin
11. Welnie Joykin
12. Noraini Osman

Manuskrip masing-masing mesti mengandungi sekurang-kurangnya 25 hingga 30 buah cerpen.

JMBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-66670172657971238052011-01-05T10:14:00.000+08:002011-01-05T10:15:26.917+08:00PENGUMUMAN KHAS 1SEMUA cawangan BAHASA diseluruh negeri Sabah mohon menganjurkan mesyuarat agung BAHASA bermula 20 januari 2011 hingga 20 Februari 2011. Berikutan Mesyuarat Agung BAHASA Pusat dijangka akan diadakan sama ada pada Penghujung bulan Februari atau bulan Mac 2011.

Setiap cawangan hendaklah memilih barisan jawatankuasa seperti berikut:

Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong setiausaha
Bendahari pegawai penerangan
Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa.

Dokumen berikut mestilah dihantar kepada BAHASA pusat selewat-lewatnya pada 25 Februari 2011.

1. Senarai AJK 2011/2012
2. Minit Mesyuarat Cawangan 2011
3. Senarai nama perwakilan ke mesyuarat agung BAHASA
4. Senarai nama seluruh ahli BAHASA Cawangan ( Nama dan nombor Kad Pengenaln sahaja)
5. Laporan kegiatan BAHASA sepanjang tahun 2010.

Sebarang kemusykilan sila hubungi Yang Di Pertua BAHASA (Jasni Matlani) dan Timbalan Yang Di Pertua BAHASA (Ramli Jusoh). SETIAUSAHA 1 (Aliuddin Mohd Salleh), SETIAUSAHA 2 ( Cik Ruhaini Matderin), AJK Khas Mesyuarat Agung (Siti Rahmah G. Ibrahim)

PENGUMUMAN KHAS 2

Sila maklum HARI PUISI NASINOAL YANG KE 18 dicadangkan akan diadakan lebih awal iaitu pada 25 Februari 2011 hingga 27 Februari 2011 (Jumaat-Ahad). Semua Jawatankuasa tertinggi BAHASA mohon memberI kerjasama penuh dan bantuan bagi menjayakan program besar BAHASA, GAPENA, yang disokong penuh DBP pada tahun ini.

BAHASA akan membuat kunjungan kepada DBP CAWANGAN SABAH dalam tempoh terdekat mengenai program besar ini. Dan satu mesyuarat khas akan diadakan mengenainya dalam tempoh yang terdekat. Semua AJK BAHASA Sila maklum.

Tema Yang dicadangkan “PUISI MENJANA GAGASAN 1 MALAYSIA”

Tempat akan diputuskan berdasarkan peruntukan, tajaan dan dana yang diterima daripada pelbagai pihak .

Penerima anugerah penyair GAPENA akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Tertinggi GAPENA. InsyaAllah saya akan membawa perkara ini ke mesyuarat jawatankuasa kerja GAPENA pada 14 Januari 2011.

Satu kertas kerja dasar akan disiapkan mengenainya.

Sebuah antologi puisi akan diterbitkan dan BAHASA akan menjadi penyusun dan BAHASA juga memohon DBP Sabah untuk mencetak secara dalaman.

SEMUA AHLI BAHASA DI SELURUH NEGERI SABAH. SILA MAKLUM DAN SILA AMBIL PERHATIAN

Terima kasih.

JASNI MATLANI
YDP BAHASABadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-16246929478555560492011-01-03T13:12:00.001+08:002011-01-03T13:19:26.655+08:00CATATAN YDPSaya mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah. Mudah-mudahan tahun 2011 ini membawa banyak perubahan kepada diri kita dan juga keterlibatan kita dalam bidang penulisan. Saya berharap kita sudah pun mengariskan azam yang kuat dan bakal ditunaikan pada tahun 2011 ini.

Bagi BAHASA seperti yang dibincangkan pada mesyuarat lalu, walaupun tidak dibincangkan secara terperinci, tetapi insyallah kita akan menggalas tanggungjawab untuk menganjurkan hari Puisi Nasional pada tahun ini. Kita juga bakal menganjurkan Persidangan Persuratan dan kebudayaan kebangsaan ke 2. Kita juga berhasrat menganjurkan program Kenduri Sastera dan semarak puisi di keningau, seterusnya melaksanakan beberapa program bicara kreatif, selain daripada peneruskan program sayembara penulisan cerpen dan insyallah sayembara novel 2 jika mendapat sokongan penuh lembaga kebudayaan.

Selain itu acara santai dan bengkel penulisan juga akan diadakan dari semasa ke semasa khususnya kepada penulis baharu. Kemudian kita bercadang menganjurkan pertemuan untuk penulis muda dan beberapa acara lainnya.
Selain itu kita juga akan menggalakkan beberapa penulis kita dalam BAHASA, terutama mereka yang sudah kukuh supaya menghantar manuskrip karya sama ada puisi, cerpen atau novel untuk dinilai dan diterbitkan DBP.

Terasa terlalu banyak yang hendak dilakukan dalam segala keterbatasan, tetapi mudah-mudahan semua ini akan menjadi realiti. Lebih-lebih lagi tidak mudah rasanya kita mendapat dana bagi menganjurkan segala majlis berkenaan, tetapi mudah-mudahan ada yang akan tampil membantu kita menjayakan segala program yang dirancang itu.
Saya juga ada berbincang dengan beberapa teman-teman jika sekiranya kita mampu mengadakan majlis makan malam bagi mencari dana untuk membantu kita menggerakkan BAHASA. Tetapi semua ini masih dalam perancangan dan bakal dilaksanakan pada tahun baharu ini.

Tahun 2010 kita telah tinggalkan dengan seribu kenangan, yang tidak mungkin dilupakan. Kita telah merayakan sambutan 40 tahun BAHASA, dan menerbitkan buku-buku ahli kita dalam jumlah penerbitan yang terhad. Kita telah menganjurkan program sayembara menulis cerpen SEDCO-BAHASA yang ke 2 di mana majlis penyampaiannya pada 30 november 2010 yang lalu.

Kita juga menganjurkan program Sayembara Menulis Novel Kerajaan Negeri Sabah siri 1 bersama-sama dengan pihak Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan majlis penyampaiannya diadakan dengan penuh gilang gemilang disempurnakan oleh Datuk Masidi Manjun pada 10 Disember 2010 yang lalu.

Kita juga Berjaya menghantar hampir 20 orang ahli BAHASA dan juga penulis negeri ini menghadiri acara Dialog Teluk di Miri Sarawak pada 17-19 Disember 2010. Begitu juga tahun 2010 mencatat kegemilangan ahli BAHASA kita apabila sebahagian besar penerima Hadiah Sastera Sabah tahun penilaian 2009/2010 adalah ahli BAHASA .
Antaranya Mohd Zain AH, (BAHASA Pitas), Ammi Manja (BAHASA Beaufort), Mabulmaddin Shaiddin (BAHASA Kota Marudu), Ailin Nor (BAHASA Kota Kinabalu), (Siti Rahmah G. Ibrahaim (BAHASA Kota Kinabalu), Ruhaini Matdarin (BAHASA Kota Kinabalu), Juri Durabi (BAHASA Kota Kinabalu), Abdul Karim Gullam (BAHASA Tenom) dan Ismail Salleh (BAHASA Sandakan).

Saya ucapkan tahniah kepada mereka semua, semoga ahli BAHASA akan terus aktif mewarnai persada sastera tanah air pada tahun baharu 2011 ini. Walaupun kita terkilan kerana tiada penulis Sabah yang menerima hadiah sastera perdana Malaysia, tetapi setidak-tidaknya kegemilangan kita di peringkat negeri akan terus menjadi penawar dan pembakar semangat kita semua untuk terus berkarya.
Saya juga ucapkan tahniah kepada kumpulan BAHASA Membakut dibawah pimpinan Hajah Surayah Ibrahim dan Noorhassan Pg Ismail yang semakin popular sebagai kumpulan pendeklamasi dan lagu-lagu puisi yang memukau. Semoga persembahan mereka akan terus mantap dan bervarisasi pada tahun 2011 ini.

Saya juga mengharapkan cawangan BAHASA yang lain terus kreatif dan inovatif menggerakkan BAHASA di cawangan masing-masing. Jika tidak mampu menganjurkan program yang besar, buatlah program sastera atau bengkel penulisan kecil-kecilan di cawangan atau daerah masing-masing, dan tumpuan kita mesti berikan kepada golongan muda yang akan menjadi pelapis para penulis mapan hari ini dan seterusnya pelapis dalam konteks kepimpinan BAHASA.

Tahun 2011 ini isya-Allah akan kita harungi dengan tenang dan sabar. Kita akan bakal mengadakan mesyuarat agung yang dijangka pada bulan Mac atau April tahun ini dan saya harap semua cawangan Saya juga mengharapkan agar semua cawangan dapat menghantar senarai ahli masing-masing untuk tujuan mengemaskinikan keahlian di peringkat pusat dan bagi membolehkan saya memastikan jumlah ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah sekarang (Hanya hantar nama dan nombor kad pengenalan ahli sahaja). Semua dokumen itu sila hantar kepada BAHASA pusat SELEWAT-LEWATNYA pada 28 Februari 2011.

BAHASA kini mempunyai 17 cawangan yang aktif di seluruh negeri Sabah. Insyallah kita juga akan mengadakan kempen keahlian dalam kalangan peminat sastera dan penulis muda khususnya, dan kita mensasarkan kita mempunyai keahlian sekurang-kurangnya 3,000 orang ahli dalam tempoh dua tahun terakhir ini.
Sekali lagi saya mngucapkan tahun baharu dan marilah kita semua sama-sama mengimarahkan sastera dan menggerakkan BAHASA agar terus cemerlang di tengah-tengah segala ujian dan cabaran pada tahun 2011 ini.

Terima kasih

JMBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-71185603417801103352010-12-25T22:37:00.002+08:002010-12-26T10:29:28.283+08:00CATATAN YDPESOK 26 Disember 2010, akan diadakan mesyuarat Jawatankuasa BAHASA di hotel Beverly Hotel Kota Kinabalu, jam 12.00 tengahari. Semua jawatankuasa BAHASA dijemput hadir. Antara agenda yang akan dibincangkan ialah seperti berikut:

1. Mengesahkan mesyuarat lalu
2. Membincangkan Pendaftaran Persatuan
3. Membincangkan Mesyuarat Agung BAHASA 2011
4. Membincangkan Kalendar BAHASA 2011
5. Membincangkan Kegiatan Penerbitan ahli BAHASA 2010
6. Membincangkan Sayembara Menulis Cerpen SEDCO-BAHASA 2011
7. Membincangkan Hari Puisi Nasional 2011
8. Membincangkan Hubungan kerjasama BAHASA-PENA
9. Membincangkan Aktiviti Penulis Muda/Pertemuan Penulis Muda
10. Hal Hal Lain Berbangkit
11. Penanguhan mesyuarat
Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada ahli BAHASA yang beragama Kristian. Seterusnya Selamat Tahun baru 2011 dengan harapan tahun baharu 2011 akan membawa keberkatan dan masa depan yang lebih cerah kepada kita semua. Mudah-mudahan juga bidang sastera kita akan terus menyerlah dan kita akan memberi sumbangan dan impak yang lebih berkesan dalam konteks sastera kebangsaan.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada ahli BAHASA yang akan menerima hadiah sastera Sabah yang majlis penyampaiannya akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah. Majlis itu dijangka akan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah DBP Datuk Tarmuzi dan beberapa kenamaan lain.

Saya difahamkan BAHASA disediakan 3 buah meja dalam majlis penyampaian yang diadakan di Dewan Besar DBP Cawangan Sabah itu. Jadi datanglah beramai-ramai, memenuhi meja yang disediakan dan meraikan teman-teman kita ahli BAHASA yang berjaya meraih hadiah sastera sabah tahun penilaian 2008/2009 ini.
Sahabat kita daripada Badan BAHASA Cawangan Membakut juga dijangka akan menyerikan lagi majlis berkenaan dengan persembahan mereka yang hebat dan pernah menggegarkan pentas penyampaian Hadiah Novel Kerajaan Negeri Sabah beberapa minggu lalu.

JMBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-84776490836915408102010-12-21T09:20:00.004+08:002010-12-21T10:09:26.585+08:00MesyuaratSATU MESYUARAT PENUTUP AKHIR TAHUN AKAN DIADAKAN PADA 26 DISEMBER 2010, JAM 2 PETANG BERTEMPAT DI BILIK LEMBAGA PENGELOLA DBP.

PERHATIAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI, PENGERUSI CAWANGAN DAN AHLI BAHASA LAIN AGAR DAPAT MELUANGKAN MASA UNTUK MENGHADIRI MESYUARAT INI

ANTARA AGENDA MESYUARAT:

1) MEMBINCANGKAN PENERBITAN KARYA AHLI
2 KALENDAR AKTIVITI 2011

KERJASAMA DARI ANDA SEMUA AMATLAH DIHARGAIBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-31520592910408452272010-12-11T10:50:00.002+08:002010-12-11T10:55:56.391+08:00ILTIZAM MENYEMARAKKAN KECEMERLANGAN SASTERASAYA mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun, kerana mengilhamkan idea penganjuran sayembara Menulis Novel Kerajaan Negeri Sabah Siri 1 dan seterusnya sudi hadir menyempurnakan perasmian majlis itu, malah bersetuju pula memberikan sejumlah dana yang agak besar untuk merealisasikan pelaksanaan program berkenaan pada tahun ini dan insyallah pada tahun hadapan.

Idea dan ketelusan beliau dalam menyemarakkan sastera itu sesungguhnya merupakan iltizam yang sangat kuat dalam melestari dan meningkatkan kecemerlangan sastera yang pada tanggapan kita semua, merupakan satu bidang seni yang paling tua dan paling naluriah, yang dalam empayar besarnya tertakluk nilai-nilai kognitif, genius kolektif dan risalah peradaban bangsa yang besar.
Sastera itu sesungguhnya merupakan satu pengucapan bangsa yang tumbuh daripada bahasa dan keperluan untuk menyampaikan maknanya kepada masyarakat dan kecemerlangan sesuatu bangsa. Sastera itu sejarah, undang-undang, adat istiadat, kearifan lokal, lukisan jati diri dan kehidupan yang cantik dalam taman bahasa yang tercantik. Tidak mungkin kita mengenal diri, pencapaian dan kecangihan tamadun bangsa, jika sekiranya kita mengabaikan wadah yang mengandungi sebahagian besar diri dan jiwa bangsa itu.

Saya juga tidak lupa menyampaikan kalungan tahniah dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) yang diterajui Datuk Rosmadi Datu Sulai, dan seluruh kakitangan di bawah LKNS yang bertungkus lumus menjayakan program berkenaan. Yang setelah berakhirnya majlis itu sempat membisikkan kepada saya bahawa selepas ini kita sesungguhnya mempunyai agenda, tanggungjawab dan tugas yang lebih besar lagi, dalam menyemarakkan dan mengangkat martabat sastera ke suatu tahap yang lebih tinggi dan cemerlang lagi di negeri kita ini.

Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli BAHASA di negeri Sabah sama ada jauh dan dekat, yang terlibat secara langsung atau tidak dalam majlis sayembara novel berkenaan, kerana memberi kekuatan kepada saya untuk mengemudi pertubuhan bahasa dan sastera yang terbesar di negeri Sabah ini. Sehingga kita mampu melibatkan diri dalam penganjuran program sastera yang besar dan menggerakkan aktiviti penulisan, seterusnya dapat mengangkat martabat bahasa dan sastera , serta penulisan di negeri kita ini ke suatu tahap yang tinggi dan bermaruah.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang sayembara menulis novel anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan juga Badan bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) yang diadakan dalam satu majlis penuh gilang gemilang di Hotel Pasific Sutera pada malam jumaat lalu. Inilah pertama kali kita menganjurkan sebuah sayembara menulis novel yang menawarkan hadiah yang terbesar dan merupakan kemuncak kegiatan sastera yang diadakan di negeri Sabah pada tahun ini.

Walaupun tidak ada penerima hadiah pertama bernilai RM 10,000.00, sayembara itu tetap terlihat sebagai berprestij apabila Ruhani Matdarin, penulis muda yang mula mencipta nama di peringkat negeri dan kebangsaan, berjaya mendapat tempat kedua dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 7,000.00 melalui novelnya yang berjudul ‘Nesan’. Sementara Siti Rahmah G. Ibrahim berjaya mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000.00 melalui novelnya yang berjudul ‘Muntio’. Bagi pihak penganjur sayembara berkenaan saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka.

Seterusnya tidak lupa diucapkan tahniah kepada lima pemenang yang berjaya meraih hadiah saguhati yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,000.00 tiap seorang, iaitu Dr. Chacho Haji Bulah melalui novelnya yang berjudul ‘Kolam’, Emin Madi melalui novelnya yang berjudul ‘Nakad’, Norani Booh Abdullah melalui novelnya ‘Menambalang’, Dayangku Mastura Pg. Ismail melalui novelnya, ‘Merdekakan Cinta’ dan Badariah Arbin, melalui novelnya ‘Titian Muhibah’
Kepada mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Anggaplah kegagalan anda itu sebagai kemenangan yang tertangguh. Ingatlah bahawa penulis yang baik itu, adalah penulis yang sentiasa reda dengan pencapaiannya, dan sama sekali tidak berputus asa untuk memperbaiki kualiti karyanya dari semasa ke semasa.

Saya ditanya oleh seorang wartawan yang mahu mendapatkan kepastian berhubung dengan ketiadaan pemenang dan ketiadaan karya yang layak memenangi hadiah pertama. Begaitu juga saya ditanya mengenai ketiadaan penulis remaja yang menyertai program sayembara itu, walaupun pihak urus setia menyediakan hadiah untuk kategori novel remaja yang mesti disertai golongan remaja dalam lingkungan umur antara 15 hingga 25 tahun.
Tetapi, saya menjawab secara spontan bahawa banyak kreteria penilaian yang diambilkira dalam penilian novel yang menyertai sayembara itu, terutamanya dari segi teknik, bahasa, gaya persembahan, tema dan struktur. Jika diperhalusi lagi dari segi kekuatan tema misalnya, ia mesti merangkum persoalan kehidupan masyarakat pelbagai kaum yang rencam di negeri Sabah, yang pastinya menawarkan pengalaman estetik kepada pembaca. Begitu juga dari segi kekuatan ilmu bantunya, yang mesti diolah melalui jalur penceritaan yang sekaligus memerikan segi galur emosinya, unsur tegangan, konflik dan sebagainya, yang bukan sahaja mendatar, malah turut menyerlahkan segi kekuatan pemikiran, falsafah, logig dan sebagainya.

Penilaian juga turut mengambil kira kekuatan bahasa novel-novel berkenaan, keindahan pengolahan bahasa, segi kreatuvitinya, unsur imaginatif dan keberkesanannya, panel turut melihat kekuatan sturktur dan teknik persembahannya. Malah turut diperhatikan perkembangan watak, plot, latar yang digabungjalinkan dalam hasil kreatif yang halus corak penulisannya, seterunya disampaikan dalam teknik persemabahan menarik dan memiliki unsur garda depan dari segi tekniknya dan segi pengolahan yang mendorong pembaca mengikutinya hingga ke penghujung cerita. Novel yang dihasilkan boleh bersifat konvensional, tetapi unsur tikaiannya atau jalinan ceritanya mestilah diasaskan kepada hukum sebab dan akibat yang munasabah, relevan dan mampu memancing minat pembaca untuk mereka membaca hingga di penghujung cerita.

Sebuah karya novel yang baik, pada tanggapan saya tidak terkecuali daripada dasar penilaian berkenaan. Walaupun saya secara spontan memberi jawapan kepada wartawan berkenaan, secara ringkas tentang hal-hal yang berkaitan dengan tema, teknik, bahasa dan sturktur penulisan, tetapi secara rinciannya faktor penilaian yang dinyatakan di atas sebenarnya saling berhubungan dan saling lengkap melengkapi dalam memberi tambah nilai terhadap sesebuah novel yang dihasilkan. Malah kesemua faktor itu sesungguhnya turut memainkan peranan penting dalam mengangkat martabat serta keunggulan sesebuah novel, dan biasanya hanya penulis novel yang mahir serta berketrampilan sahaja yang mampu mengolah novel sedemikian rupa, sehingga karyanya itu dapat dipertanggungjawabkan kualitinya, seterusnya mewakili kekayaan pemikiran dan ketinggian akal budi bangsanya.

Daripada keseluruhan novel yang dinilai, terdapat beberapa kecenderungan penulis yang sangat dominan dalam pengkaryaan sama ada dari segi persoalan dan juga temanya. Hal yang berkaitan dengan persoalan masyarakat memang sering menjadi tumpuan penulis dalam pengkaryaan, kerana penulis juga adalah warga masyarakatnya. Justeru, isu-isu masyarakat sama ada berkaitan politik, ekonomi, agama dan budaya turut menyerlah dalam karya mereka, merangkumi ruang lingkup kehidupan manusia seterusnya menyerlahkan nilai-nilai kognitif, pemikiran, membantu usaha pembinaan sahsiah dan pengalaman estetik khalayaknya.

Tidak dinafikan terdapat beberapa novelis, yang mengangkat persoalan yang ringan berkaitan dengan kehidupan yang simplistik atau bergerak sehala, tetapi cerita sedemikiannya biasanya berakhir dengan kehambaran, kurang nilai sasteranya, tidak ada siratan falsafah, dan tidak ada gagasan besar untuk kemaslahatan peradaban bangsanya. Begitu juga dari segi struktur, jalur penceritaan, bahasa dan teknik persembahannya mestilah mempunyai kesatuan yang kukuh dan siginifikan, malah mesti wujud dalam satu keharmonian, jalur penceritaan yang terserlah keberkesanannya, asli, mengungkapkan daya kreativiti, imaginatif, atau secara luwes dan fasih menyerlahkan nilai-nilai keseimbangan dari segi strukturnya, teknik dan berupaya membawa kepelbagaian taakulan pembaca, bervisi dan bersifat garda depan, sehingga memikat minat pembacaan dari segi pengolahannya, dan juga secara konkritnya turut menyerlahkan aspirasi nasional, dinamika sosial dan isu kemanusiaan sejagat.

Jadi setelah penilaian dilakukan panel mendapati bahawa tidak ada sebuah karya yang layak diberikan hadiah pertama, tetapi insyallah pada tahun hadapan, bakal ada karya yang sesuai dengan kehendak penilaian, yang boleh meraih hadiah pertama, jika penulis prihatin dengan dasar penilaian kreatif berkenaan. Sementara itu berhubung dengan ketiadaan penulis remaja yang menyertai sayembara kategori remaja yang disediakan pihak penganjur, seperti yang dinyakan oleh Datuk Masidi Manjun sendiri, sedeikit sebanyak ia berkaitan dengan faktor masa, jangka masa penulisan yang sangat singkat, dan dilaksanakan pada ketika pelajar sedang sibuk mentelaah pelajaran dan kerja sekolah masing-masing. Tetapi saya berpendapat barangkali ia juga berkaitan kekurangan promosi di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi di seluruh negeri Sabah.

Tetapi pada tahun hadapan, insyallah saya mencadangkan agar dilibatkan beberapa orang pegawai tinggi daripada jabatan pelajaran sabah, yang bertanggungjawab dalam memastikan golongan remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi turut menyertai sayembara berkenaan. Saya juga mencadangkan supaya selain sayembara menulis novel, kita juga mesti mengadakan peraduan menulis cerpen dan puisi, kepada golongan remaja ini, supaya sambutan daripada golongan ini lebih terserlah.

Dalam pada itu, saya juga bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, agar pada tahun hadapan semua peraduan atau sayembara penulisan kreatif dan non kreatif yang diadakan di negeri ini, disatukan majlis penyampaian hadiahnya , dalam satu acara yang gilang gemilang, di mana semua penulis boleh berhimpun secara besar-besaran dan segala anugerah diberikan kepada mereka, termasuk anugerah tokoh sasterawan, budaywaan dan aktivis sastera yang memperlihatkan komiten yang tinggi dalam bidang penulisan dan pengurusan sastera. Majlis itu bolehlah diadakan pada hujung tahun dan dihadiri oleh pelbagai lapisan penulis dan masyarakat di seluruh negeri ini.

Jasni MatlaniBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-34267079720581409472010-12-09T19:24:00.000+08:002010-12-09T19:25:55.924+08:00penyampaian Hadiah Sayembara menulis novel Negeri Sabah Siri 1Majlis penyampaian Hadiah Sayembara menulis novel Negeri Sabah Siri 1 anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) akan diadakan pada 10 Disember 2010, bertempat di Ballroom 2 & 3, Level 2 HOTEL PACIFIC SUTERA, Kota Kinabalu. Bermula jam 7.30 malam. Para aktivitis sastera yang berada di sekitar Kota Kinabalu, jemputlah hadir bagi memeriahkan majlis, masuk percuma.

Harap maklum.Badan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-61556526652557809822010-12-09T11:40:00.000+08:002010-12-09T11:42:41.198+08:00CABARAN MEMPERKASAKAN GOLONGAN BELIA DAN PENULIS MUDASAYA tertarik dengan ungkapan Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd Arif semasa berucap dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang baharu berakhir pada jumaat lalu yang antara lain menyebutkan. “Tanda-tanda kegagalan sebuah bangsa itu apabila bangsa berkenaan gagal membina orang mudanya dan tanda-tanda kekalahan sebuah bangsa ialah apabila pemimpinnya kalah dalam membentuk orang mudanya”.

Ucapannya yang bertemakan orang muda dan kemakmuran negara itu turut menegaskan bahawa terdapat dua kekuatan golongan muda yang perlu diberikan perhatian iaitu kekuatan membangun dan juga kekuatan untuk meruntuhkan. Tetapi tentulah semua pihak berkehendak agar belia dapat menyumbang ke arah pembangunan dan bukannya meruntuhkan.
Justeru itu golongan belia mesti diperkasakan dan digilap potensinya, dibentuk akidahnya, disemai ketinggian nilai akhlak, keperibadian yang mulia, dibina kemantapan ilmu serta semangat juang dalam membina masa depan diri, keluarga dan bangsanya. jika ini dapat dilakukan denga baik dan cemerlang sudah pasti negara mampu menjana kemajuan dan kemakmurannya.

Bagaimana pun jika golongan belia atau ‘orang muda’ ini dibiarkan tanpa diberikan perhatian yang sewajarnya, sudah tentu ia akan memudaratkan masa depan sesuatu bangsa, malah tidak, mustahil pula akan memandu negara ke arah kehancuran.
Sebab itu seorang novelis China yang terkenal Ba Jin mengatakan, belia adalah harapan manusia. Ba Jin tidak mengharapkan untuk orang tua mencapai apa-apa, sebaliknya beliau meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada orang muda. Suatu ketika apabila beliau berceramah kepada sekumpulan anak muda dalam sebuah majlis di Tokyo pada musim bunga yang disirami cahaya matahari yang lembut, Ba Jin memberi tahu kumpulan anak muda itu bahawa apa yang paling menyeronokkannya ialah apabila beliau melihat perkembangan spiritual anak muda. “Belia adalah harapan manusia” katanya dengan penuh semangat, yang kemudiannya disambut dengan tepukan bergemuruh sehingga keluar dari dewan perhimpunan.

Sebenarnya Ba Jin mengenali kata-kata keramat itu buat pertama kalinya daripada Bartolomeo Vanzetti, seorang lelaki yang tidak bersalah, tetapi keputusan bersalah dijatuhkan ke atasnya dalam perbicaraan pembunuhan yang bermotifkan politik di Amerika Syarikat yang menggemparkan seluruh dunia pada tahun 1920-an. Sungguhpun banyak rayuan dilaungkan di seluruh dunia yang meminta supaya dia dibebaskan, tetapi hukuman mati akhirnya dilaksanakan juga.

Sebagai seorang pelajar di Paris ketika itu Ba Jin berutus-utus surat dengan Vanzetti dan bersimpati terhadap nasib yang menimpa dirinya. Pada ketika itu juga, beliau memberitahu dunia supaya generasi akan datang tidak melakukan kesilapan yang sama. Walau apa pun alasannya, beliau meminta agar generasi akan datang tidak melakukan kerja bodoh dan jahil yang sama dan tidak bertamadun itu berulang kali.
Kata Daisaku Ikeda dalam sebuah bukunya yang berjudul “Pertemuan Yang Indah”, dalam sejarahnya Ba Jin, beliau pernah dilayan dengan begitu mengaibkan di negaranya. Beliau diseksa dengan penuh kepahitan dan dilayan dengan kejam. Beliau dicerca sebagai seorang reaksioner dan dilabel sebagai “Ketua Mafia dunia penulisan”. Rumahnya digeladah oleh Pengawal Merah dan isterinya dipukul dan dibelasah dengan kejam. Disabitkan kesalahan sebagai ‘Haiwan dan Syaitan”. Musuh kelas pertama yang dibenci di China. Ba Jin diletak dalam penjara, terasing dan diseksa sepanjang masa. Beliau dihina, dicerca dan dikutuk di hadapan perhimpunan umum yang besar, dipaksa membuat pengakuan kepada jenayah yang beliau tidak pernah lakukan.
Penanya di rampas. walaupun bagi seorang penulis yang tulen pena adalah sebahagian daripada nyawanya, tetapi ia telah diragut dengan kejam daripada kehidupannya. Sebagai tambahan, isterinya, satu-satunya tempat beliau bergantung hidup juga diseksa dengan kejam. Apabila isterinya jatuh sakit, dia dilarang daripada menerima sebarang rawatan atas dasar dia adalah isteri kepada seorang ‘rumpai beracun’ yang sangat berbahaya iaitu Ba Jin. Akhirnya dia dimasukkan juga ke hospital, tetapi itu sudah terlambat, dan dia meninggal dunia tiga minggu kemudian.
Sesungguhnya pihak berkuasa merampas segala-galanya daripada Ba Jin- isterinya yang terinta, pekerjaannya. Malah mereka cuba merampas dan merosakkan darjatnya sebagai seorang manusia. Namun apabila keadaannya menjadi semakin buruk, beliau masih mampu melaungkan, “sebagai orang muda, saya akan tunjukkan bagaimana saya akan terus hidup. Ada sesuatu yang tidak boleh diambil atau dirampas kekejaman dan keganasan daripada orang muda iaitu api yang membara di jiwa manusia, api yang akan terus menyala dengan lebih terang dan lebih berani apabila pihak berkuasa cuba memadamkannya”

Jadi jangan sekali-kali ada di antara kita yang cuba bermain-main dengan emosi, perasaan dan kebijaksanaan orang muda. Ini termasuklah golongan penulis. Saya masih ingat pada zaman remaja saya dahulu, saya adalah antara segelintir penulis muda yang pada anggapan sesetengah orang tua ketika itu sebagai penulis yang ‘Panas baran’ dan lebih menyedihkan lagi ada di antara mereka yang menganggap saya sebagai monyet yang menggigit tangan manusia yang menyuapkan pisang kepadanya. Saya masih ingat kata-kata itu sehingga sekarang, dan saya tidak tahu, bagaimana dunia ini dipenuhi oleh manusia yang mengatakan diri mereka sebagai berpengalaman, banyak makan garam daripada orang muda, tetapi sebenarnya membunuh bakat dan kebolehan orang muda dalam banyak cara.

itu saya masih ingat, saya memperjuangkan nasib penulis di negeri Sabah yang tidak mendapat perhatian pelbagai pihak, apatah lagi pihak kerajaan dan agensinya yang berlambak di sana sini. Jauh sekali daripada memberikan dana kepada gerakan penulis muda ketika itu, mereka juga seolah-olah menganggap golongan muda ini sebagai lalang yang perlu dicantas kerana hanya merosakkan kehidupan mereka. Mereka tidak mahu mendengar suara anak muda yang berbeza daripada suara mereka yang kononnya sudah establish ketika itu.

Mereka juga memperlekehkan penulis muda dalam banyak cara, termasuk menutup pintu peluang kepada mereka untuk maju dalam bidang penulisan, tidak memberi dana untuk melaksanakan kegiatan dengan pelbagai alasan yang sama sekali tidak munasabah. Mereka menindas dan menidakkan kebolehan penulis muda. Mereka melumpuhkan semangat mereka sama ada dari segi penebitan karya, apatah lagi dari segi pengiktirafan ketika itu.

Tetapi mujurlah bagi saya, dunia penulisan pada ketika itu saya anggap sebagai sesuatu yang saya mesti lakukan secara serius di dalam kehidupan saya, walau apa pun halangannya. Saya bertekad di dalam diri saya, ke mana pun saya terlontar dalam kehidupan ini, saya mesti tidak melupakan anugerah yang diberikan Tuhan kepada saya ini iaitu ‘kebolehan menulis’. Menulis bagi saya adalah perkara serius dalam mana seseorang itu harus mengetahui bahawa setiap kata, atau setiap ayat yang ditulis itu adalah anugerah Tuhan yang menjadi sebagai tandatangan zamannya.

Tuhan telah menentukan takdir ini untuk saya. Sebab itu saya terus menulis, pada ketika ramai di antara sahabat saya yang lain terpaksa mengaku kalah dan meninggalkan bidang penulisan, kerana layanan pelbagai pihak yang tidak memberi keuntungan kepada golongan muda ketika itu. Saya masih berdiri dengan teguh. Menyalakan obor, walaupun ada pihak yang dengan angkuhnya cuba memadamkan obor berkenaan.

Sekarang saya melihat terdapat kesedaran pemimpin dan kerajaan dalam menilai kembali peranan dan sumbangan orang muda (khususnya penulis muda) kepada bangsa dan negara selama ini, termasuk memberikan peruntukan yang besar kepada golongan muda dalam agihan belanjawan negara. Tetapi apakah agihan peruntukan belanjawan ini sampai kepada sasarannya? Kadang-kadang kita dengan mudah mengumumkan sesuatu untuk kepentingan tertentu, tetapi pada masa yang sama kita membina tembok birokrasi yang sangat tinggi untuk menghalang daripada dana itu sampai ke sasarannya.
Inilah cara yang kita amalkan sejak dahulu lagi dan menjadi sebahagaian daripada budaya kita dalam melayan orang muda. Kita tidak memberikan penghormatan dan kemuliaan yang sewajarnya terhadap orang muda, termasuk golongan penulis, tetapi saya mengharapkan cerita seperti itu akan berakhir dengan begitu cepat. Kerana kita semua mengharapkan sesuatu dilakukan untuk orang muda. Justeru itu saya berharap agar kerajaan melihat juga, seterusnya menilai kembali sumbangan penulis muda di negara ini dan di negeri Sabah khasnya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar generasi muda supaya tidak membiarkan diri mereka terikat dengan kumpulan-kumpulan yang berkepentingan tersendiri dan jangan ada di antara pemimpin muda negara ini yang membiarkan diri mereka dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Tetapi, eloklah kita mendekati golongan muda ini dan memahami keperluan mereka sebelum kita mendapati mereka sudah berpatah arang dengan kita dan dengan kerajaan, sehingga tindakan sedemikian memusnahkan kerajaan dan negara.

Pemimpin muda boleh dilentur, tetapi apakah cara yang kita gunakan untuk melentur mereka. Kita boleh menggerakkan tenaga mereka ke arah mencadangkan jalan-jalan penyelesaian isu-isu yang relevan yang boleh menjana negara ke arah Malaysia maju. Tetapi pada masa yang sama juga kita mesti menyediakan dana untuk mereka bergerak dan membina hala tuju mereka dan seterusnya hala tuju bangsa dan negara.
Dana ini mesti diberikan tanpa halangan birokrasi yang sangat kompleks, tetapi biasanya kita terlalu berprasangka kepada orang muda dari segi pengunaan dan pengurusan dana, sedangkan pada masa yang sama kita menagih sokongan mereka, kita menagih kecemerlangan mereka. Jadi adalah tidak adil kita menuntut kecemerlangan belia dalam bidang penulisan misalnya, tetapi kita kedekut untuk membiayai program mereka.

Kerajaan mengumumkan peruntukan 1 bilion untuk pembangunan belia sekali pun, tetapi jika sumbangan itu tidak sampai di peringkat akar umbi dan tidak menepati sasarannya. Maka ia adalah pengumuman yang tidak berguna.
Seringkali juga kita mendengar pemimpin muda dituntut agar bertindak dengan cara yang progresif dan bercirikan sikap yang betul di mana mereka meluahkan potensi yang setimpal untuk kemajuan ekonomi, sosial, politik, agama, pelajaran dan sebagainya serta mempergunakan tenaga dan hasrat murni mereka dalam membina bangsa dan negara. Mereka dituntut agar memberikan sumbangan yang positif dan menjadi teras kepada pembangunan negara, kerana golongan muda ini kononnya adalah orang penting yang bertindak sebagai pemikir, penaksir, moderator dan egen dalam mencapai standard modal insan yang berfikiran positif selari dengan kemajuan dunia. Tetapi eloklah kita menilai kembali, segala apa yang kita berikan kepada golongan belia dan penulis muda khasnya, untuk memajukan dirinya dan seterusnya dalam memperksakan bangsa dan negara.

Jasni MatlaniBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5316370285031883089.post-48018479760230912932010-12-08T06:28:00.000+08:002010-12-08T06:29:16.033+08:00Dialog Teluk MiriPara sahabat khasnya yang mewakili pertubuhan sastera yang akan menghadiri acara DIALOG TELUK di Miri pada 17-19 Disember. Mohon hantar perkara-perkara berikut untuk makluman panitia yang serba kekurangan mengurus dan mengatur acara ini.
1. Senarai nama peserta, lelaki dan perempuan dan jumlah dari setiap pertubuhan yang ada dan juga nama ketua deligasi masing-masing.
2. Kalau menggunakan penerbangan, sila maklumkan tarikh tiba, waktu, dan no penerbangan supaya dapat diatur pengangkutan yang kami mampu buat.
3. Nyatakan nama pemakalah, tajuk makalah, dan emelkan kepada saya(pnbisaya@yahoo.com) atau salinan kepada beberapa kerabat PUTERA yang dianggap penting. Panjang makalah dalam 20 -25 halaman seperti mana yang dinyatakan dalam jemputan pemakalah. Ini bagi pertubuhan yang dijemput untuk menyediakan makalah.
4. Hal-hal asas ada di dalam brosur yang dikirimkan kepada pihak tuan sebelum ini.
5. Setiap pertubuhan menyediakan sebuah persembahan untuk diselitkan dalam acara yang akan dikendalikan oleh Urus Setia sama ada 17 atau 18 Disember malam. Persembahan tiada honorarium kepada yang berkenaan, hanya sumbangan bersama menjayakan acara ini.
Catatan ringkas yang diterima bagi penyertaan.
a. PENA -akan menghantar 5 orang wakil.
b. ASTERAWANI - 30 orang peserta, akan menginap di tempat lain.
c. WARISMU(Mukah) - 4 orang peserta.
d. PERWILA Labuan - 5 orang peserta.
e. PEKASA Kuching - 5 orang. peserta.
f. APL Limbang - BELUM ada maklumat.
g. BAHASA Sabah - 30 orang peserta.
h. IPS Sabah - BELUM ada maklumat.
i. GAPENA - belum ada maklumat.
j. Perwakilan yang ditaja oleh jabatan seperti DBP Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur atau agensi lain mohon mengurus perjalanan, penginapan ke sini secara persendirian. Namun pengangkutan dari lapangan terbang ke penginapan akan PUTERA usahakan.
*** PUTERA sendiri menyediakan sekitar 25 orang ahli dan Urus Setia menguruskan acara ini. Kita mengganggarkan sekitar 100 orang peserta akan menyertai acara ini. Keutamaan adalah peryertaan melalui pertubuhan sastera wilayah masing-masing. Pendaftaran bermula pada 17 Disember jam 0200 petang-06.00 petang di Hotel Telang Usan, Jalan Airport, Miri, Sarawak.

Sekian, mohon semua yang berkenaan bagi mengetuai deligasi masing-masing mengurus penyertaan ahli tuan puan ke acara ini supaya pendaftaran berjalan lancar. Hubungi saya Poul Nanggang, Pengarah Pertemuan di emel ini atau talian telefon 013- 843 5426 sekiranya memerlukan bantuan atau apa-apa yang amat diperlukan.

Salam sasteraBadan Bahasa dan Sastera Sabahhttp://www.blogger.com/profile/09212958939958730435noreply@blogger.com0