Wednesday, January 27, 2010

Penulis Sabah dipelawa sertai peraduan menulis novel Negeri Sabah Siri 1

KOTA KINABALU: Para penulis Sabah dipelawa menyertai sayembara menulis novel negeri Sabah Siri 1 yang bertemakan kepelbagaian etnik Sabah dalam konteks 1 Malaysia anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dengan kerjasama Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

Sayembara yang dilancarkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan Alam sekitar, Datuk Masidi Manjun, di Bilik Mesyuarat kementerian beliau pada pagi selasa itu terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbuka dan remaja.Bagi kategori terbuka, karya boleh ditulis oleh penulis yang berumur 18 tahun ke atas, sementara bagi kategori remaja karya hanya ditulis oleh golongan remaja yang berumur sekitar 18 hingga 25 tahun sahaja.

Bagi kategori terbuka karya novel mesti ditulis antara 40,000 hingga 60,000 patah perkataan atau 350 hingga 450 halaman kertas A4 jika ditatip langkau 2 baris sebelah muka surat sahaja. Sementara bagi kategori remaja ialah antara 20,000 hingga 40,000 patah perkataan.

Hadiah yang disediakan agak lumayan berupa wang tunai berjumlah RM 10,000.00 untuk hadiah pertama, RM 7,000.00 untuk hadiah kedua, RM 5,000.00 untuk hadiah ketiga. Dua lagi hadiah saguhati bernilai RM 1,000.00 turut disediakan kepada pemenang saguhati.

Bagi kategori remaja hadiah yang ditawarkan ialah ialah RM 3,000.00 untuk tempat pertama, RM 2,000.00 untuk tempat kedua dan RM 1,000 untuk tempat ketiga. Dua hadiah bernilai RM 500.00 turut disediakan bagi pemenang saguhati.
Hadiah yang ditawarkan itu adalah yang terbesar pernah ditawarkan dalam sejarah peraduan menulis novel di Sabah, sejak peraduan seumpaamanya mula diadakan pada tahun 1973.

Datuk Masidi Manjun berkata, tujuan penganjuran sayembara menulis novel Negeri Sabah itu ialah untuk melahirkan karya sastera bermutu dan mempunyai nilai sastera yang tinggi sesuai dengan asperasi serta gagasan 1 Malaysia, seterusnya membantu menyatupadukan rakyat pelbagai kaum negara ini melalui bidang persuratan.
Sayembara ini juga diharapkan dapat melahirkan lebih banyak kosa kata bahasa tempatan pelbagai etnik Sabah yang boleh diserapkkan ke dalam bahasa Melayu. Di mana sasaran perolehan kosa kata ini ialah antara 1-5 % daripada 5,843 kosa kata yang terdapat dalam kamus dewan sekarang.

Kosa kata ini juga menurutnya, diharapkan mencakupi entri, subentri, frasa entri dan entri daripada dalam pelbagai bidang, termasuk bidang sastera, budaya, lingustik, agama, politik, pertanian, pelayaran, muzik dan sebagainya.Turut hadir di majlis itu Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Wences Angang, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Datu Rosmadi Sulai, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Encik Wiliam Baya dan Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Encik Jasni Matlani.

Sementara itu Datuk Masidi turut menegaskan, penyertaan adalah terbuka kepada penulis yang berasal dari negeri Sabah atau warga Sabah yang menetap di luar negeri Sabah sahaja.Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar dua buah manuskrip novel dan setiap karya yang dihantar mestilah asli, bukan diciplak atau dipadankan daripada karya orang lain.

Peserta juga hendaklah menghantar karya dalam bentuk bercetak bersama dengan soft copy, CD/Disket atau pendrive dan karya yang dihantar kepada urus setia tidak akan dikembalikan. Karya yang dihantar mesti disertakan bersama-sama borang penyertaan yang boleh didapati daripada pihak penganjur iaitu Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, tingkat 5 Wisma Budaya, Jalan Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu atau boleh menghubungi Badan Bahasa dan Sastera Sabah di talian 016 8115593.

Datuk Masidi selanjutnya berkata, karya novel yang diterima dan memanangi hadiah dijangka akan diterbitkan dan akan dilancarkan sempena penyamapaian hadiah sayembara menulis novel Negeri Sabah Siri 1 yang dijangka disempurnakan pada bulan september depan.Tarikh tutup penyertaan sayembara ialah pada 30 Jun 2010 dan kepada penulis yang berminat, beliau menyeru agar jangan melepaskan peluang untuk menyertai sayembara menulis novel ini.

“Selain daripada memberi ruang untuk penulis negeri Sabah, mengasah bakat dalam bidang penulisan, sayembara ini juga diharapkan mampu memperkasa serta menyemarakkan lagi bidang budaya, bahasa dan sastera negeri ini. Ini selaras dengan hasrat pelbagai pihak di negeri ini untuk menjadikan negeri Sabah sebagai dataran sastera dan budaya yang penting di rantau ini” katanya.

17 comments:

Anonymous said...

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=5097682365162311747&postID=1112988341131965911

Tahniah sebab ada penganjuran Sayembara Menulis Novel Negeri Sabah Siri 1 seperti ini. Malangnya, pemenang sayembara ini akan SANGAT RUGI disebabkan syarat ke-9 dalam sayembara. Syarat yang dimaksudkan ialah seperti berikut: (9) ... Hak cipta karya dipegang oleh penganjur. Pihak penganjur juga berhak menyunting dan membuat pindaan yang perlu ke atas karya itu.
Sebagai peminat bahan bacaan sastera dan faham dengan kesengsaraan para penulis menulis, saya berasa hairan kerana ada syarat yang merugikan penulis seperti ini. Apakah para tokoh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah kurang peka atau langsung tidak memahami kebajikan penulis? Lebih malang sebab sayembara ini adalah anjuran bersama Badan Bahasa Sabah (BAHASA)! Ke mana Visi BAHASA yang kononnya untuk (2). Mengemukakan gagasan kepada kerajaan negeri Sabah agar menubuhkan sebuah Lembaga Bahasa dan Sastera Sabah (LBSS) untuk melindungi golongan penulis, sasterawan dan budayawan, seterusnya mengimarahkan lagi perkembangan bahasa dan sastera Melayu di Sabah? Apa sudah jadi dengan kualiti kepimpinan Tuan Jasni Matlani? Ke mana gah suara Hj. Ismaily Bongsu? Mana suara IPS? (Tuan Hasyuda Abadi, tolong komen sedikit....) Sebagai nakhoda BAHASA, Tuan lupa Visi bahtera yang sedang Tuan kemudikan! Tuan terlupa dalam ghairah Tuan, Tuan mengkhianati dasar perjuangan BAHASA dan membelakangi kebajikan para penulis keseluruhannya! Mari warga penulis segarkan minda dan mentaliti kita dengan kesedaran tentang peri pentingnya hak cipta (KLIK DI SINI(Saya berasa malu sebagai ahli BAHASA!) Bukankah 'molek' seandainya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah ikhlas dalam pertandingan ini dan bukan mengambil sikap 'broker sastera' yang mengambil untung atas jerih perih penulis.
Mohon dapat disemak syarat ini. Golongan penulis bukan orang kaya (kalaupun peserta Sayembara bertuah dapat memenangi Hadiah Utama). Selagi tarikh tutup penghantaran karya belum berakhir, mohon agar pindaan dibuat terhadap syarat ke-9 yang merugikan penulis dan sama sekali bertentangan dengan salah satu teras tegar perjuangan BAHASA sendiri(kononnya)! Terima kasih kerana menghina secara terhormat jerih perih para sasterawan. -Guru Kesusasteraan Melayu Tak Cukup Tangan

Anonymous said...

Benar tu kawan.... Bahasa bukan lagi untuk membantu penulis tetapi memeras penulis!

Anonymous said...

RM 10 ribu untuk membeli hak cipta. Memang menghina para karyawan secara keseluruhannya.

Anonymous said...

Salam Tuan/Puan Anon,

Jika tuan/puan menyertai sayembara ini (yakin menang tempat pertama) bagi saya syarat ke 9 itu 'remeh temeh' sebab kita masih boleh membuat tuntutan untuk mendapatkan HAK CIPTA daripada LKNS dan BAHASA bukan??? tulis surat minta hak itu sampai dapat, apa yang susah kalau hendak sangat HAK CIPTA tersebut? dalam keadaan ini, win-win situation, fikir saya yang masih kerdil, tapi jika syarat ini menjadi gangguan kepada penulis untuk berkarya, saya fikir penulis belum cukup bijak.

Anonymous said...

Aslmkm,
Hakcipta bukan remeh temeh punya hal la...apa pun tq kpd Anon dan Ruhaini sbb beri komen...

Badan Bahasa dan Sastera Sabah said...

Terima kasih atas perhatian daripada tuan/puan,

Sayembara menulis novel BAHASA dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan dan Kesenian Sabah ini merupakan usaha julung-julung kalinya diadakan oleh persatuan yang bukan bermotif KEUNTUNGAN, dan bagi mendapatkan usahasama dengan badan kerajaan seperti ini bukan perkara mudah. Hasrat BAHASA hanya ingin merancakkan lagi bidang penulisan kreatif di negeri ini.

Sebelum pelancaran sayembara ini, pelbagai perkara berbangkit telah dibincangkan bersama ahli jawatankuasa LKNS, termasuklah hal berkaitan HAK CIPTA dan hak penulis yang bakal menang sayembara ini. Kami memandang serius perkara ini dan ia bukan hal REMEH TEMEH. Namun sebagai PROJEK pengenalan antara persatuan penulis dan badan kerajaan, kami ingin melihat sejauhmana sambutan dan pencapaian, atau hasil daripada sayembara ini kelak tapi itu tidak bermaksud syarat-syarat yang termaktub dalam sayembara ini MANDATORI, penulis yang MENANG kelak masih boleh menuntut hak cipta, mengikut budi bicara penganjur.

Teruslah berkarya dan menyokong aktiviti BAHASA pada masa akan datang.

Wassalam.

Anonymous said...

Aslmkm,
Tq atas jawapan... Jika ikhlas bukan bermotifkan keuntungan @ broker sastera terselubung, mengapa tidak rombak syarat itu dengan sekarang sebelum ada pemenang? Apakah BAHASA ingin melihat 'siapa' dulu si pemenang? Kalau 'orang kita' syarat itu bukan mandatori dan kalau bukan 'orang kita' syarat itu kekal? Kita yang biasa dengan hak penulis tahu, yang sah itu hanya hitam putih ja... Duhai Tuan yang jauhari, jangan berselindung di sebalik alasan dan madah indah kononnya ini 'PROJEK pengenalan' dan '... kami ingin melihat sejauh mana sambutan dan pencapaian'.... Benar, Tuan, hakcipta bukan remeh temeh. BAHASA adalah payung periuk nasi penulis, mengapa tidak tegas dan tekal memperjuangkan hak cipta penulis?

Salam sastera....

Anonymous said...

Wah, sokong tu Bos. Apabila berada di atas, ada orang sastera yg lupa siapa yang angkat dirinya ke atas. Kedudukan bukan keistimewaan tetapi satu tanggungjawab. Inda merah telingamu?

Siti Nurhaliza said...

Jerat Percintaan

Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diriku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan

Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya

MAMBANG TANAH said...

LAYAN LAGU DANGDUT ... LUPA TAJUK

Kala kupandang kerlip bintang nun jauh disana
Saat kudenger melodi cinta yang menggema
Terasa kembali gelora jiwa mudaku
Karna tersentuh alunan lagu semerdu kopi dangdut

Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
karna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut

Irama kopi dangdut yang ceria
Menyengat hati menjadi gairah
membuat aku lupa akan cintaku yang telah lalu

Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
Karna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut

Dag dig dug detak jantungku
Ser ser ser bunyi darahku

Na na na
Mengapa kamu datang lagi menggodaku
Dulu hatiku membeku
Bagaikan segumpal salju

Ku tak mau peduli
biar hitam biar putih
Melangkah berhati hati
Asal jangan nyebur ke kali

Anonymous said...

Hehehe.... tak sabar mo tunggu Mesyuarat Agung Bahasa akan datang... slmt tinggal Jasni Matlani... jasamu dikenang...

Anonymous said...

Tembirang bana ko... Mana ayam sabungku yg ko pinjam 20 tahun dulu?

Anonymous said...

Aslmkm,
Kamurang memang inda tau malu... Aruah Ismail pun kamurang tidak peduli tahun2 terakhir beliau.... Inikah sikap kacang lupakan kulit? Persatuan sastera sekarang tidak lebih daripada kenderaan mendapatkan title 'datukship' daripada para pengemudinya.
Ah, kami tau ba tu...

Tan Sri Lantik Diri Sendiri said...

pengecut ba kamu ni, ndak bagi tau nama sebenar mengomen, kahkahkahkah

aku pun mau datukship tu ... klau bule .. TUN terus

Anonymous said...

Kalau tuan pargi manuba,
Manuba ikan tanggiri;
Kalau tuan mancari nama,
Cari saja nama sandiri.

Mulut kunyam-kunyam,
Maratah tahai masakapi;
BAHASA makin suram,
Misi mangisi parut Jasni Matlani.

Anonymous said...

Ruhaini... siap sudah novelmu?

Anonymous said...

Aslmkm,
Cadangan untuk BAHASA
Mengapa tidak setiap cawangan BAHASA di setiap daerah menganjurkan sayembara cerpen @ puisi? Kemudian, pada akhir tahun, pertandingkan pula setiap pemenang utama itu? Ini hanya meneladani penilaian novel (misalnya ada novel yang menang di peringkat negeri, dan menang lagi di peringkat kebangsaan)... Pada hemat aku yang daif ini, ini akan:
a. Menggalakkan penulis Sabah berkarya sehabis baik
b. Menyemarakkan kegiatan bersastera di setiap daerah
c. Menambah kualiti takwim Kesusasteraan Melayu di
Sabah
d. Hehe... kalau menang, ada juga duit membeli
toner atau dakwat printer... kertas lagi...
Terima kasih daun keladi