Thursday, April 30, 2009

Pertandingan Menulis Cerpen dan Puisi

Makluman untuk semua ahli BAHASA, pertandingan menulis cerpen dan puisi anjuran BAHASA Pusat sedang berlangsung, pertandingan menulis cerpen ini terbuka hanya kepada ahli-ahli BAHASA sahaja, dan setiap ahli hanya dibenarkan menghantar dua buah cerpen. Tema adalah bebas selagi tidak menyentuh isu-isu sensitiviti agama dan perkauman. Bagi puisi pula, setiap ahli dibenarkan menghantar tidak kurang daripada lima buah puisi untuk satu penyertaan.
Tarikh tutup 15 Jun. Pengumuman pemenang akan dimakluman sebelum Julai dan Penyampaian hadiah akan disampaikan pada hari pelancaran Hari Puisi Nasional, Julai.

Sila hantar cerpen dan puisi anda kepada sama ada secara terus kepada YDP atau Setiausaha, atau emailkan ke; bahasa_sabah@hotmail.com

Hadiah ditawarkan:
1) Cerpen - RM 400 (10 pemenang)
2) Puisi - RM 300 (10 pemenang)

Perhatian: Sepuluh buah cerpen terbaik dan lima puluh buah puisi terbaik yang dipilih akan diantologikan dan diterbitkan.

Wednesday, April 29, 2009

Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2009 (Part II)

Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2009 merupakan salah satu acara sokongan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang diraihkan setiap tahun iaitu pada 17 Ogos sehingga 16 September. Sayembara Deklamasi Puisi dan Syair pada kali ini antara lainnya juga bertujuan untuk mencapai matlamat kerajaan bagi memperkukuhkan serta meneguhkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia menerusi penyertaan dan penglibatan masyarakat dalam bidang seni pengucapan puisi. Malah sayembara ini bertujuan untuk memperkasakan semangat patriotism dan cintakan negara dikalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum serta lapisan umur.

Pelaksanaan Peringkat Saringan: (Dilaksanakan oleh BAHASA)

25 April (Sabtu): Kota Kinabalu

9 Mei 2009 (Sabtu): Tawau

16 Mei 2009 (Sabtu): Sandakan

23 Mei 2009 (Sabtu): Kudat

28 April 2009 (Sabtu): Tenom

6 Jun 2009 (Sabtu): Beaufort

Peringkat akhir: 4 Julai 2009
Institut Perguruan Kent Tuaran


Penganjur Peringkat Negeri Sabah: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah.
Tema: Malaysiaku Gemilang "Perpaduan Dalam Pengucapan Puisi"
Sasaran Peserta/syarat-syarat pertandingan:

15 tahun ke atas(sajak terbuka)
15-50 tahun (syair)

Hadiah menanti:

Kategori Sajak
Johan RM 800
Naib Johan RM 600
Ketiga RM 300

Kategori Syair

Johan RM 500
Naib Johan RM 400
Ketiga RM 300

(Borang penyertaan untuk sajak dan syair boleh diperolehi melalui Setiausaha I BAHASA, Ailin (0148559095)

Tuesday, April 28, 2009

Buku terbitan dan edaran Iris Publishing

Kumpulan Cerpen YDP BAHASA Jasni Matlani; Negeri Malam dan kumpulan cerpen Setiausaha BAHASA: Kota Impian.

Untuk mendapatkan naskah anda sila hubungi YDP 0168115593 atau hubungi Setiausaha di talian 0148559095 atau email BAHASA; bahasa_sabah@hotmail.com

Monday, April 27, 2009

Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2009

BAHASA Kota Kinabalu telah berjaya mendapatkan dua orang wakil dari zon Kota Kinabalu melalui pertandingan pemilihan peringkat saringan pertama yang telah diadakan di Dewan Theatre Ahmad Nifsu, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah pada 26 April 2009.


















Photo: kategori deklamasi puisi (pemenangnya di tengah: Asmah Juning)
















Photo: peserta syair (pemenangnya di tengah: Nor Aisyah Maidin)


(U/P: Bagi ahli-ahli Bahasa Tenom, pertandingan peringkat saringan akan diadakan pada 28 April, sila berhubung dengan YDP Jasni Matlani dan Setiausaha Ailin Nor untuk mendapatkan maklumat lanjut.