Sunday, May 31, 2009

BAHASA Tuaran menjadi cawangan ke 18

Pada 30 Mei 2009, bertempat di Dalit Transit Tuaran, YDP BAHASA; Jasni Matlani bersama TYDP; Cikgu Ramlee Jusoh; Setiausaha Agung; Aliuddin Mohd Salleh dan Timbalan Setiausaha; Ruhaini Matdarin telah dijemput oleh Badan Penyelaras BAHASA Tuaran untuk pelancaran Ahli Jawatankuasa BAHASA cawangan Tuaran, sekali gus menggerak semula BAHASA Tuaran.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama setengah jam , terdapat beberapa perkara utama yang dibangkitkan, antaranya; BAHASA Tuaran cuba merekrut ahli-ahli baru di kalangan anak-anak muda, Pengerusinya Tuan Haji Ghulabdin Enjih berkata, anak-anak muda penting untuk menghidupkan semula BAHASA Tuaran, kerana itu mereka telah menubuhkan satu kumpulan budaya, yang melatih anak-anak muda diperingkat sekolah rendah dan menengah, juga belia untuk mengisi aktiviti BAHASA akan datang.

Berikut senarai ahli jawatankuasa BAHASA Tuaran yang telah dilantik dan dipersetujui diperingkat pusat.

PENGERUSI : Haji Ghulabdin Enjih
TIMBALAN PENGERUSI : Awang Puasa Jambul
SETIAUSAHA : Sofian Haji Johari
BENDAHARI : Dayang Narieza Awang Puasa
PENERANGAN : Sabli Nasi

AHLI JAWATANKUASA.
1) Ramlan Mohd Ali
2) Haji Adis Enjih
3) Johari Haji Indan
4) Nasip Kahar
5) Mohd Sabi Ahmad
6) Ghulam Fairus Noordin
7)Ahmad Sharif
8) Cahaya Haji Adis
9) Nazri

Friday, May 29, 2009

Pertemuan dengan Lim Swee Tin

Ahli BAHASA dijemput hadir ke majlis pertemuan dengan Dr. Lim Swee Tin bertempat di sudut penulis DBP, jam 10 pagi pad 3 Jun 2009

Sunday, May 17, 2009

Deklamasi Puisi

Deklamasi Puisi dan syair kebangsaan peringkat pantai utara.

Tempat: SMK Pekan Dua, Kota Belud
Masa: 8-30 pagi
Tarikh: 24 Mei 2009

Saturday, May 16, 2009

Jemputan ke majlis Bicara Eksekutif

Ahli Bahasa dijemput hadir ke Majlis Bicara Eksekutif 'Seni dan Budaya mengikut Perspektif Islam' anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sabah.

Tarikh: 20 Mei
Masa: 9-30 pagi
Tempat: Bilik Seminar Melaka, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah, Jalan UMS.

Wednesday, May 13, 2009

Kempen Menabung RM 50 Sebulan

Bahasa Pusat menganjurkan kempen menabung RM 50 sebulan (perhatian: kepada ahli yang berminat) bermula Jun 2009 sehingga jumlah tabungan genap RM 650 untuk membolehkan setiap ahli yang menyertai kempen ini mengikuti lawatan ke beberapa buah kota di Indonesia seperti Jakarta, Bandung, Surabaya dan Bogor. Kos ini termasuk tiket penerbangan dua hala, tempat penginapan dan makan minum selama beberapa hari (akan ditetapkan dalam mesyuarat). Kepada ahli yang berminat boleh mendaftar nama pada mesyuarat yang akan diadakan sebelum penghujung Mei ini.

Perhimpunan Penulis Muda Malaysia 2009

Perhimpunan Penulis Muda PENA Malaysia 2009 akan diadakan pada 22- 24 Mei 2009 bertempat di Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka.

TEMA: Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran.

Tiket penerbangan ditanggung sendiri oleh peserta, pengangkutan dari KLIA ke Melaka disediakan oleh penganjur begitu juga tempat penginapan, makan dan minum sepanjang majlis berlangsung.

Sesiapa yang berminat sila hubungi
Saifullizan Yahaya (03-21482480 - saif@dbp.gov.my), Wan Zaida Hj. Wan Yussof (013-6915266 – nuhamelissa@yahoo.com), atau Muhammad Lufti Ishak (013-2650876).

Monday, May 4, 2009

Mengalu-alukan kehadiran pertama Perdana Menteri ke Sabah

Sempena kunjungan Perdana Menteri, BAHASA akan mengambil bahagian dalam membentang sepanduk mengalu-alukan kehadiran pertama Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu, perhimpunan akan diadakan di padang merdeka kota kinabalu, 05 Mei jam 8.30 pagi. Ahli-ahli BAHASA digalakkan hadir.