Saturday, November 20, 2010

CATATAN YDP

CATATAN 1

PERTAMA sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli BAHASA, terutama kepada Cikgu Ramli dan semua ahli jawatankuasa tertnggi BAHASA yang tidak dapat saya sebut nama mereka satu persatu kerana terlalu ramai jumlahnya. Terima kasih juga saya panjangkan aktivis, penulis, termasuk beberapa pemimpin kita di peringkat negeri yang menghantar mesej ucapan selamat harijadi kepada saya beberapa hari lalu, terutama Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Salleh Tun Said, Datuk Sapawi Ahmad dan juga saudara Jamawi Jaafar. Ingatan anda semua memperkuatkan lagi azam saya untuk memajukan bidang bahsa dan sastera di negeri ini.
Pada dua bulan terakhir sebelum kita melangkah ke tahun baru ini nampaknya BAHASA sibuk dengan beberapa program yang besar, yang saya dengan rendah hati memohon segala kerjasama daripada ahli BAHASA di mana juga mereka berada agar membantu saya dan beberapa jawatankuasa tertinggi BAHASA untuk menjayakan dan seterusnya mengimarahkan majlis berkenaan.

Pertama sekali, kita (BAHASA) akan menganjurkan program MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CERPEN SEDCO –BAHASA 2010 pada 30 November 2010,(Selasa) bertempat di Hotel Hyatt Kota Kinabalu, yang dijangka disempurnakan oleh YB. Datuk Arifin Arif, majlis berkenaan bermula jam 7.00 malam. Saya menjemput semua pemenang hadir. Begitu juga para penulis, ahli BAHASA dimana juga mereka berada dan aktivis sastera sangat dialu-alukan hadir pada majlis itu.Saya memohon AJK BAHASA menghubungi rakan-rakan BAHASA dan penulis untuk menghadiri majlis itu.

Kedua, kita (BAHASA) akan menganjurkan program terbesar tahun ini iaitu majlis makan malam dan penyampaian hadiah sayembara menulis novel kerajaan negeri Sabah siri 1 2010. Anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan BAHASA. Majlis ini akan diadakan pada 10 Disember 2010 (Jumaat) bertempat di hotel Promenade Kota Kinabalu. Bermula jam 7.00 Malam. Saya juga menjemput semua pemenang hadir. Jika ada pemenang dari jauh, misalnya Sandakan akan disediakan tiket dan penginapan hotel untuk semalam) pemenang dari Keningau juga akan disediakan hotel (Penginapan). Tetapi pengumuman senarai penuh para pemenang hanya akan diketahui pada malam berkenaan, atas permintaan pihak Lembaga Kebudayaan.

Begitu juga para penulis, ahli BAHASA di mana juga mereka berada dan aktivis sastera sangat dialu-alukan hadir pada majlis bersejarah kepada penulis Sabah itu. Saya memohon AJK BAHASA menghubungi rakan-rakan BAHASA dan penulis untuk menghadiri majlis itu. Saya juga ucapkan tahniah kepada penulis Sabah yang Berjaya, yang sejarah dan gambar mereka, insyallah akan ditayangkan di layar putih sempena majlis gilang gemilang berkenaan. Saya gembira kerana inilah usaha dan segala jerih perih kita dalam BAHASA untuk menganjurkan program seperti ini, demi kebaikan dan memberi umbuhan yang tidak kecil kepada penulis Sabah yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk maju dalam bidang penulisan. Insy-Allah saya akan ingat ini dalam lipatan sejarah saya semasa bersama-sama tuan puan(Ahli BAHASA) dalam memimpin Badan Bahasa dan Sastera Sabah ini.

Marilah kita beramai-ramai penuhkan dewan hotel promenade pada malam yang gilang gemilang itu bagi merayakan kejayaan para penulis kita dan kejayaan sastera kita di Sabah. Kita akan buktikan kepada masyarakat dan para pemimpin kita bahawa program sastera berupaya menarik khalayak yang besar, yang selalu mereka tagih selama ini daripada kita. Marilah kita pastikan bersama-sama program ini akan mendapat sambutan yang hangat dan mendapat perhaitan yang besar daripada masyarakat.

Majlis makan malam dan penyampaian hadiah novel ini dijangka disempurnakan Datuk Masidi manjun, menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Negeri Sabah dan turut diserikan dengan persembahan lagu-lagu rakyat, etnik Sabah, yang sebahagiannya diisi oleh aktivis BAHASA kita dari beberapa cawangan di negeri Sabah. Insyallah kita juga akan melancarkan 7 buah buku novel yang Berjaya mendapat hadiah berkenaan.
Selepas selesai majlis ini, BAHASA akan menghantar rombongan penulis yang dijangka paling ramai untuk majlis Dialog Teluk yang dijangka akan diadakan di Miri Sarawak pada 17-19 Disember 2010. Rombongan kita akan dating ke Miri melalui udara dan juga melalui darat, di mana rombongan BAHASA juga akan berkonvoi melalui Negara Brunei Darussalam. Setakat ini lebih 20 orang ahli BAHASA sudah pun mengesahkan penyertaan. Penyertaan masih lagi terbuka.
Terima kasih.

CATATAN 2

Untuk makluman ahli BAHASA dan juga para penulis di Sabah, saya akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 23 Nov 2010 untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja GAPENA KE 111 tahun 2010/12 dan saya hanya akan kembali ke Sabah pada 24 Nov 2010. Pelbagai isu dan agenda akan dibincangkan antaranya ialah:
I hal yang berkaitan dengan kewangan GAPENA
II Hal yang berkaitan rumah GAPENA dan Gapeniaga Sdn Bhd
Iii hal yang berkaitan dengan peralihan kepimpinan GAPENA
IV Laporan acara sambutan 40 tahun GAPENA, peringkat GAPENA, peringkat Badan kerabat dan Kewangan
V hal berkaitan perkampungan penulis 1 Malaysia
Vi Hal berkaitan penerbitan buku
Vii Hal berkaitan sayembara penulisan cerpen puisi sempena sambutan 40 tahun GAPENA
VIII Kongres bahasa dan persuratan Melayu ke V111
Ix Seminar Dunia Melayu Sunda Bandung
X Pertemuan Budaya Melayu serumpun di Medan
Xi Persidangan antarabangsa warisan Melayu di Thailand.
Xii Pertemuan sasterawan Nusantara (PSN) ke XVI di Singapura.

Kepada ahli BAHASA, penulis Sabah, kerabat GAPENA di Sarawak (Khususnya PEKASA dan PUTRA dan Wilayah Persekutuan Labuan, (PERWILA) jika ada isu yang hendak disampaikan silalah berhubung dan emailkan kepada saya untuk dipanjangkan di peringkat jawatankuasa GAPENA.


JASNI MATLANI

No comments: