Monday, November 1, 2010

CATATAN YDP

HANYA dua bulan lagi kita berada dalam tahun 2010. Bagi Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), tempoh yang singkat ini padat dengan beberapa acara yang mohon penglibatan seramai mungkin ahli BAHASA di seluruh Sabah dan antara acara itu adalah disenaraikan seperti berikut:

7 November 2010 (AHAD) Majlis penyampaian hadiah penulisan cerpen
Dan pelancaran buku antologi cerpen“Emas Htam”
Oleh Y.B Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif
Bertempat di Hotel Hyatt Kota Kinabalu.

NOTA:
(Bagaimana pun tarikh majlis penyampaian ini masih belum dapat disahkan, kerana ia berdasarkan kepada kelapangan masa YB Datuk Haji Mohd Arifin dan juga berdasarkan kepada sejauh mana tempoh masa yang terpaksa diambil untuk menghantar antologi cerpen “Emas Hitam” dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Kerana antologi ini akan dilancarkan pada majlis penyampaian hadiah berkenaan)

13 November 2010 (Sabtu) Rombongan BAHASA akan bertolak ke Pitas untuk acara Ziarah Sastera, Bicara kara dan Kenduri Sastera di daerah Pitas, Sabah. Sempena majlis ini dijangka akan dilancarkan buku “ perjalanan yang satu” karya Saudara Juri Durabi oleh Datuk Bolkiah.

NOTA:
Jawatankuasa tertinggi BAHASA dan ahli BAHASA yang berkelapangan dipohon agar dapat menyertai program ini. Peserta bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 7.00 pagi. (Berkumpul di tempat letak kereta Asia City berhadapan Restoran Sempelang)

Pertengahan Nov 2010 Majlis pengumuman keputusan sayembara menulis novel kerajaan Negeri Sabah Siri 1 anjuran LEMBAGA KEBUDAYAAN NEGERI SABAH-BAHASA dijangka akan dilaksanakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah.

3 Disember 2010 Majlis pennyampaian Hadiah sayembara menulis novel kerajaan Negeri Sabah Siri 1 anjuran LEMBAGA KEBUDAYAAN NEGERI SABAH-BAHASA dijangka akan diadakan dihotel Promenade Kota Kinabalu


NOTA:
Para pemenang dikehendaki hadir dan semua JAWATANKUASA TERTINGGI BAHASA dan ahli BAHASA dikehendaki hadir. Sesiapa yang membawa keluarga dan sahabat handai dikehendaki memaklumkan
Kepada Urusetia BAHASA, di pejabat BAHASA, Tingkat 2 Lot A 208(iii) Bangunan Wisma MUIS Kota Kinabalu (Masa Pejabat).

16-19 disember 2010 Dialog Teluk Miri
Sesiapa yang menyertai ‘Dialog Teluk’ ini. Sila berhubung dengan jawatankuasa tertinggi BAHASA. YDP, Jasni Matlani dan Timbalan Setiausaha Agung BAHASA, Ruhaini Matdarin

NOTA:
Para peserta dikehendaki membiayai tambang perjalanan sendiri dalam kadar tambang antara RM 150.00 - RM 200.00 (Sama ada melalui jalan darat atau Udara)

Senarai pemilik kereta yang menyertai konvoi Perjalanan Darat yang melalui Limbang dan Negara Brunei Darussalam setakat ini

1. Encik Jasni Matlani (BAHASA Pusat)
2. Encik Ramli Jusoh (BAHASA Kota Marudu)
3. Encik Juri Durabi (BAHASA Kota Kinabalu)
4. Encik Karim Gulam (BAHASA Tenom)
5. Encik Marlaya Baluk (BAHASA Pitas)
6. Puan Norlie Masri (BAHASA Pitas)

Saya masih menunggu senarai penyertaan daripada BAHASA Cawangan Sandakan dan Beberapa Cawangan Lain.


JASNI MATLANI

1 comment:

Anonymous said...

Salam...
Mari kita 'ngayau'...