There was an error in this gadget

Tuesday, November 16, 2010

Buletin Sastera: Majlis Bicara Kreatif, Kenduri Sastera dan Pelancaran Buku

Pada 13 November 2010, hari Sabtu dan bertempat di Kg Bawang Pitas, Badan Bahasa dan Sastera Sabah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah telah berjaya melaksanakan program ziarah sastera yang julung-julung kalinya diadakan di rumah seorang ahli BAHASA cawangan Pitas, di rumah saudara Marlaya.

Majlis Bicara Kreatif telah diadakan di Dewan Masyarakat Kg Bawang pada sebelah siang, Yang Dipertua Jasni Matlani serta Saudara Juri Durabi telah berkongsi pengalaman menulis mereka di hadapan empat puluh orang hadirin, yang terdiri daripada guru, pelajar sekolah dan masyarakat kampung yang berminat bagi mendalami sastera dan budaya.

Pada sebelah malam, Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah telah menyempurnakan pelancaran empat buah buku penulis Sabah, Kumpulan Cerpen Laron karya Jasni Matlani, novel Nurbalkis karya Ruhaini Matdarin, kumpulan cerpen Perjalanan ke Negeri Satu karya Juri Durabi dan Tulisan Bayu karya Raymond Majumah. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Encik Zubaidi Abas.

TAMBAHAN: Majlis sastera yangg pertama kali diadakan di kampung daif itu akhirnya mendapat perhatian Datuk Bolkiah Haji Ismail apabila beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM 30 ribu untuk pembinaan astaka, malah Yang Berhormat turut mengumumkan projek menarik taraf jalan tanah kuning dengan kos RM 18 juta di bawah RM ke 10.


RUHAINI MATDARIN

No comments: