There was an error in this gadget

Sunday, November 7, 2010

CATATAN YDP

HARI ini sepatutnya BAHASA sibuk dengan majlis penyampaian hadiah cerpen SEDCO-BAHASA tetapi terpaksa ditangguhkan. Mohon ribuan kemaafan di atas penangguhan berkenaan. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa orang sahabat yang sebahagian besarnya seangkatan dengan saya yang menghantar SMS berkaitan dengan blog BAHASA yang sentiasa memberikan informasi baharu berkaitan sastera kita. Ada yang menghantar SMS menyatakan persetujuan mereka untuk menyertai Dialog Teluk di Miri. Insyallah saya akan masukkan nama mereka dalam senarai.

Malah presiden PENA, Encik Salleh Rahamad juga semalam menghubungi saya, agar dapat diadakan pertemuan di antara BAHASA dan PENA yang beliau terajui semasa Dialog Teluk nanti, kerana PENA juga dijangka menghantar peserta yang ramai sempena dialog itu dan saya telah pun menyatakan persetujuannya dan insyallah, saya akan memperhalusi lagi rancangan pertemuan itu. Menurut Encik Salleh, kita akan membincangkan perlbagai program melibatkan PENA dan BAHASA dan mungkin juga dengan pertemuan dengan persatuan lain seperti PPJ, PUTRA dan sebagainya.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dari Semenanjung dan Sarawak yang prihatin terhadap penyiaran cerpen saya yang berjudul BIMBO dalam Berita harian (Sabtu) lalu, cerpen berkenaan sangat bersahaja dan berdasarkan kisah benar, tetapi diuslami ilmu bantu tentang penanaman tomato. Barangkali elok juga ahli BAHASA membacanya dan kita berkongsi pengalaman bagaimana ilmu bantu boleh diterapkan dalam sesebuah cerpen, dengan bahasa yang tidak terlalu tinggi, tetapi bersulam falsafah di sana sini, supaya kita dapat memperbaiki mutu penulisan cerpen kita di negeri ini.

Saya juga mencadangkan penulis cerpen kita yang sudah mapan terus menghantar karya mereka dalam bentuk buku untuk dinilai pihak DBP dan seterusnya diterbitkan, kerana dalam beberapa tahun terakhir ini, sangat kecil jumlah buku kumpulan cerpen penulis Sabah yang diterbitkan DBP berbanding penulis Sarawak. Kita mungkin lebih terkehadapan dari segi pembangunan fizikal, tetapi nampaknya kita terkebelakang dalam bidang sastera dan budaya. Jadi inilah tanggungjawab besar yang perlu digalas para penulis di negeri ini, terutama ahli BAHASA. Kita mesti membuktikan kita boleh…

JASNI MATLANI

3 comments:

Mr Acil Masterpiece said...

Macamana mau join BAHASA?

BAHASA said...

Tuan Acil Masterpiece,

Sila muat turun borang keahlian melalui blog ini, isi dan hantar kepada ke alamat perhubungan yang tertera.

BAHASA said...

Tuan Acil Masterpiece,

Sila muat turun borang keahlian melalui blog ini, isi dan hantar kepada ke alamat perhubungan yang tertera.