Friday, June 5, 2009

Majlis Bicara Puisi Satu Malaysia

Oleh Ruhaini Matdarin
Bertempat di sudut penulis Dewan Bahasa Cawangan Sabah, satu pertemuan antara penulis-penulis Sabah dengan Dr.Lim Swee Tin berlangsung pada 4 Jun 2009, majlis selama dua jam itu dimulai oleh ucapan alu-aluan Yang Di Pertua BAHASA, Encik Jasni Matlani. Dalam ucapannya, Jasni Matlani menyatakan pertemuan seumpama ini akan membuka hubungan antara penulis untuk berkongsi pandangan untuk melihat lebih jauh peranan mereka dalam sistem sosial masyarakat dan menjadikan gagasan Satu Malaysia lebih relevan. Selain itu beliau juga menekankan hasrat BAHASA yang ingin menjadikan bulan Jun sebagai bulan puisi di Sabah. Dan diakhir ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka kerana sentiasa memberikan sokongan dalam program BAHASA serta membantu penulis di negeri ini memperjuangkan bahasa, budaya dan sastera secara berterusan.


Dalam majlis yang sama, pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Encik Zubaidi Abas menyarankan agar puisi-puisi tradisional ditonjolkan dalam majlis besar seperti pesta Kaamatan kerana ia akan membantu mengekalkan kepelbagaian budaya dalam setiap etnik di negeri ini. Dan beliau juga berkata Sabah adalah contoh perpaduan terbaik di negara ini dan penulis boleh merealisasikan konsep Satu Malaysia menerusi perpaduan yang terdapat di negeri ini.




Sementara Dr. Lim Swee Tin menekankan tiga perkara utama yang menjadi teras untuk menjadikan konsep Satu Malaysia lebih relevan dalam bidang sastera, teras pertama; Konteks Malaysia sebagai negara berbilang bangsa, teras kedua; pengisian karya-karya mutakhir dan teras ketiga; keupayaan menggerakkan peranan penulis dalam penghasilan karya-karya yang berwajah tempatan tapi bersifat universal.

Dr. Lim Swee Tin berkata, gagasan Satu Malaysia bukanlah satu perkara baru, ia adalah lanjutan perjuangan almarhum Tun Abdul Razak, perdana menteri Malaysia kedua, yang menekankan konsep bersatu padu, teguh dan kukuh.

2 comments:

ella93 said...

kita bukan sahaja harus menyokong perjuangan bahasa yang dilakukan oleh pejuang seni tanah air,malah,kita juga harus terlibat sama.

ella93 said...

BAHASA JIWA BANGSA..