There was an error in this gadget

Sunday, May 31, 2009

BAHASA Tuaran menjadi cawangan ke 18

Pada 30 Mei 2009, bertempat di Dalit Transit Tuaran, YDP BAHASA; Jasni Matlani bersama TYDP; Cikgu Ramlee Jusoh; Setiausaha Agung; Aliuddin Mohd Salleh dan Timbalan Setiausaha; Ruhaini Matdarin telah dijemput oleh Badan Penyelaras BAHASA Tuaran untuk pelancaran Ahli Jawatankuasa BAHASA cawangan Tuaran, sekali gus menggerak semula BAHASA Tuaran.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama setengah jam , terdapat beberapa perkara utama yang dibangkitkan, antaranya; BAHASA Tuaran cuba merekrut ahli-ahli baru di kalangan anak-anak muda, Pengerusinya Tuan Haji Ghulabdin Enjih berkata, anak-anak muda penting untuk menghidupkan semula BAHASA Tuaran, kerana itu mereka telah menubuhkan satu kumpulan budaya, yang melatih anak-anak muda diperingkat sekolah rendah dan menengah, juga belia untuk mengisi aktiviti BAHASA akan datang.

Berikut senarai ahli jawatankuasa BAHASA Tuaran yang telah dilantik dan dipersetujui diperingkat pusat.

PENGERUSI : Haji Ghulabdin Enjih
TIMBALAN PENGERUSI : Awang Puasa Jambul
SETIAUSAHA : Sofian Haji Johari
BENDAHARI : Dayang Narieza Awang Puasa
PENERANGAN : Sabli Nasi

AHLI JAWATANKUASA.
1) Ramlan Mohd Ali
2) Haji Adis Enjih
3) Johari Haji Indan
4) Nasip Kahar
5) Mohd Sabi Ahmad
6) Ghulam Fairus Noordin
7)Ahmad Sharif
8) Cahaya Haji Adis
9) Nazri

1 comment:

Noora said...

Tahniah atas pelancaran tersebut.Saya percaya dengan kepimpinan pengerusinya yang saya kenal sebagai orang kuat bahasa dan sastera didukung oleh ajk yang saya kenal sebagai aktivis berinovasi. Moga dapat menyerlahkan lagi bakat-bakat dari Tuaran.