There was an error in this gadget

Tuesday, September 21, 2010

CATATAN YDP

SAYA bersama beberapa orang jawatankuasa yang sempat dihubungi bercadang melaksanakan beberapa program bahasa dan sastera di penghujung tahun ini. Insy-Allah melibatkan sebanyak mungkin cawangan BAHASA di seluruh negeri Sabah. Program ziarah bahasa dan sastera insy-Allah akan direalisasikan dan mudah-mudahan disertai dan mendapat sambutan ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah. Barangkali ini adalah salah satu caranya saya dan beberapa jawatankuasa tertinggi BAHASA dapat bersamaahli BAHASA di peringkat akar umbi. Ziarah ini jika diizinkan akan bermula di daerah Tenom, bersama BAHASA Cawangan tenom.
Tetapi barangkali semua ini akan disekalikan dengan program sambutan 40 tahun GAPENA yang bermula 2 oktober 2010 ini, kebetulan juga bebefrapa program GAPENA di peringkat kebangsaan insy-Allah akan dilaksanakan di Sabah.
Saya dan Timbalan YDP, Cikgu Ramli AR, akan bertolak ke Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penuh GAPENA pada 30 September 2010 hingga 04 Oktober 2010. Di sana nanti selain daripada menghadiri mesyuarat jawatankuasa Kerja GAPENA, kemudian mesyuarat Jawatankuasa Penuh GAPENA, kami juga akan menghadiri majlis perasmian 40 Tahun GAPENA dan sayembara deklamasi puisi kebangsaan di rumah GAPENA dan turut menghadiri beberapa program lain.
Sekembali kami dari Kuala Lumpur, insy-Allah saya dan bersama beberapa rakan dalam jawatankuasa tertinggi BAHASA akan membuat persiapan majlis penyampaian hadiah SEDCO-BAHASA, pada satu tarikh baru yang akan ditetapkan kelak. Majlis penyampaian pada 5 oktober seperti yang dicadangkan sebelumnya ditangguhkan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Insy-Allah kerja-kerja penerbitan buku kumpulan cerpen SEDCO BAHASA ke 2 juga akan diusahakan secepat mungkin.

Jasni Matlani

No comments: