Sunday, January 10, 2010

Info Siaran YDP BAHASA dan kalendar BAHASA 2010

9 Januari 2010 - BAHASA menganjurkan mesyuarat Jawatankuasa khas membincangkan beberapa agenda untuk memperkukuhkan BAHASA dan sastera Sabah sepanjang tahun 2010.
Mesyuarat itu dihadiri hanya beberapa orang AJK Tertinggi BAHASA seperti berikut:

Jasni Matlani
Ramlie A. R
Hajah Rubiah Nordin
Tuan Haji Alipah Jambuan
Jair Sulai
Ruhaini Matdarin
Siti Rahmah G. Ibrahim
Japar Alam
Raymond Majumah
Dayangku Mastura Pangiran Ismail

Beberapa agenda yang dibincangkan dan diputuskan adalah seperti berikut:

1. Ucapan YDP BAHASA

YDP mengucapkan tahniah kepada tiga orang penulis Sabah dan ahli BAHASA yang menerima bintang darjah kebesaran ADK sempena Harijadi rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah Abdullah iaitu Saudara Japar Alam, Puan Azmah Nordin dan saya sendiri. Tahniah juga kepada ahli BAHASA, Dayangku Mastura Pg. Ismail yang menaang hadiah pertama dn sagu hati Peraduan Menulis Cerpen islam anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama islam Negeri Sabah.

2 Sayembara Menulis Novel Kerajaan Negeri Sabah Siri 1

Sayembara ini terbuka kepada warga negeri Sabah sahaja. Anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan BAHASA. Temanya kepelbagaian etnik Sabah dalam konteks 1 Malaysia. Kategori dewasa dan remaja. Borang boleh didapati daripada blog BAHASA dan urussetia. Pelancaran akan diadakan pada minggu ke 2 bulan Januari 2010 oleh Datuk Masidi Manjun. Tarikh tutup 30 Jun 2010. Hadiahnya adalah seperti berikut:

Kategori Dewasa

Pertama RM 10,000.00
Kedua RM 7,000.00
Ketiga RM 5,000.00
2 saguhati RM 1,000.00 (setiap satu)

Kategori Remaja

Pertama RM 3,000.00
Kedua RM 2,000.00
Ketiga RM 1,000.00
2 saguhati RM 500.00 (setiap satu)

Penyampian hadiah dan pelancaran buku novel para pemenang (jika tidak ada sebarang perubahan) akan disempurnakan pada 8 September 2010.

3 Sambutan 40 tahun BAHASA

BAHASA akan mengadakan sambutan 40 tahun BAHASA dan perasmiannya diadakan pada 19 Mac 2010 di Dewan Kompleks Belia Putatan. Hal berkaitan dengan dewan kompleks belia akan diuruskan oleh Siti Rahmah G. Ibrahim paa isnin (11 Jan 2009). Perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun. Pelancaran ini disekalikan dengan program pelancaran 8 buah buku terbitan baru ahli BAHASA yang diterbitkan BAHASA seperti berikut:

Ruhaini Matdarin Novel
Siti Rahmah G Ibrahim Kumpulan Cerpen
Raymond Majumah Kumpulan cerpen
Dayangku Mastura Kumpulan Drama
Jair Sulai Kumpulan cerpen kanak-kanak
Ramlie A.R Kumpulan esei kritikan
Japar Alam Kumpulan Puisi
Jasni Matlani Kumpulan Puisi
Rubiah Nordin Kumpulan esei/cerpen

Kesemua manuskrip buku dalam bentuk soft copy mesti diserahkan kepada YDP pada sebelum 31 Januari 2010.

BAHASA juga akan memberikan anugerah kepada tokoh BAHASA (3 orang). Seterusnya memberikan anugerah berbentuk kain persalinan dan plak kepada antara 15-30 orang pejuang BAHASA yang dikenali pasti. Siti Rahmah G. Ibrahim dipertanggungjawabkan menyenaraikan nama mereka.

Pameran perjuangan BAHASA selama 40 tahun juga akan dipamerkan. Begitu juga jualan buku akan diadakan sempena sambutan 40 tahun BAHASA itu. Hal ini akan diuruskan oleh Dayangku Mastura Pg. Ismail

19 Mac 2010 (JUMAAT) Malam

Majlis makan malam Jasamu dikenang bersama tokoh dan pejuang BAHASA pada tahun 1970-an dan 1980-an dan acara baca/Deklamkasi Puisi; majlis ini disekalikan dengan majlis Pelancaran HADIAH CERPEN/ PUISI SEDCO-BAHASA KE 2. Majlis dismepurnakan oleh YB Datuk haji Mohd Arifin Mohd Arif. Sementara penyair yang dicadangkan

Dr. Lim Swee Tin
Encik Amran Daud
Dulamid Rudin
En Fuad Bebit
Encik Nordin Zainal Abdiin
Jair Sulai
Poul Nangang
Abizai

Pengerusi Majlis

Encik Karim Gulam / Encik Jasni Yakob

i) Persembahan lagu puisi

2 Kumpulan Pemenang lagu Puisi Negeri Sabah 2009

ii) Persembahan Kesenian dan Kebudayaan;

Kumpulan JKKN, Negeri Sabah

4 Persidangan kebudayaan dan Persuratan Ke 2/ Mesyuarat Agung BAHASA

20 Mac 2010 (SABTU) Pagi

Persidangan Kebudayaan dan Persuratan Ke 2 bertemakan Perpaduan pelbagai etnik di Sabah ke arah gagasan 1 Malaysia anjuran bersama BAHASA dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah.

i) Pembentang yang dicadangkan ialah seperti berikut:

Dato’ A. Aziz Deraman

Moderator/pengerusi sisi
Tuan Haji Said Inayat

Prof Madya Hashim Ismail
Datuk Jamdin Buyong
Encik Mohd Daud Mohammad
Encik Raymond Majumah
Tuan Haji Hamzah Hamdani
Encik Ramlli Jusoh

Encik Nadin Haji Salleh

20 Mac 2010 (2.00 petang)

Mesyuarat Agung BAHASA dan post mortem sambutan 40 tahun BAHASA/malam jasamu dikenang/ Persidangan Kebudayaan dan persuratan ke 2.

Malam baca puisi/lagu puisi Santai

21 Mac 2010 (AHAD)

BERSURAI (Peserta balik ke kampung halaman masing-masing

5 Majlis Kesyukuran BAHASA

2 April 2010 (JUMAAT) Malam

Majlis Kesyukuran BAHASA akan diadakan di salah sebuah masjid di daerah PITAS Kudat. Tindakan dibuat oleh BAHASA cawangan Pitas dan BAHASA Cawangan Kota Marudu. Saudara Jair Sulai, Tuan Haji Alipah Jambuan, Saik Dalwis, Cikgu Ramlie A.R dan saudara Alung Jasmin diserahkan amanah menguruskannya.

6. Dialog Teluk/ bengkel pementapan Binsulok

Pertengahan April 2010 (tarikh ramalan)

Berkonvoi menghadiri Dialog teluk ke Miri. BAHASA akan menghantar rombongan yang besar untuk menghadiri pertemuan Dialog Teluk kali ini. Sehari sebelum bertolak ke Miri, semua peserta dan ahli BAHASA yang menyertai konvoi akan bermalam di Binsoluk Resort, Membakut. Disitu akan diadakan majlis Pementapan penulis dan acara santai pada sebelah malam sebelum bertolak ke Miri keesokannya. Tindakan akan dibuat oleh Badan BAHASA Cawangan Membakut.

7. Sambutan Kesenian Kanak-kanak Negeri Sabah

24 April 2010 (Sabtu)

Sambutan Kesenian Kanak-kanak Negeri Sabah

Program ini melibatkan beberapa sekolah rendah yang terpilih di sekitar Kota Kinabalu. Acara yang diadakan ialah pertandingan membaca sajak, pertandingan syair, pertandingan berpantun berkumpulan para pelajar sekolah rendah dan pertandingan bercerita. Hadiah wang tunai dan buku akan ditawarkan kepada para pemenang.

8. Karnival Puisi 1 Malaysia Kenduri budaya sekampung

April atau Mei 2010 (tarikh akan ditetapkan kemudian berdasarkan kelapangan menteri)

Karnival Puisi 1 Malaysia dicadangkan disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Majlis ini akan diadakan secara besar-besaran di Tenom. Pembentang kertas kerja yang dicadangkan:

S.M Zakir
Awang Azman Awang Pawi
Prof Dr. Lim Swee Tin
Jasni Matlani

Penyair Jemputan yang dicadangkan

• Abizai (Sarawak)
• Amiduddin Hanafiah (Johor)
• Rahimidin Zahari
• Marsli N.O
• Hasyuda Abadi
• Jasni yakob
• Latifah Oney Osman
• Poul Nangang (Sarawak)
• Jaya Ramba (Sarawak)
• Ramli A.R (Sabah)
• Datuk R.M Jasni (Sabah)
• Dulamid Rudin (Sabah)
• Sam sudin Osman
• Lim Yew Yak (Melaka)
• Tuan Haji Alipah Jambuan
• Jair Sulai
• Mahaya Mohd. Yasin (Negeri Sembilan)

(Penyair dari negeri lain dan beberapa penyair Sabah akan ditetapkan kemudian)

Persembahan khas lagu puisi/drama sebabak Badan BAHASA Cawangan Tenom dan BAHASA Cawangan keningau.

A. JADUAL ATUR CARA KARNIVAL (Tentatif) HARI PERTAMA

2.00 petang: Pendaftaran
6.00 petang Jamuan Makan untuk para jemputan
7.30 malam Pelancaran BACA PUISI SATU MALAYSIA

• Ucapan Ketua Pemuda UMNO Tenom Encik Jamawi Jaafar
• Ucapan Datuk Masidi Manjun
• Ucapan perasmian (cadangan) Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

• Persembahan berkonsepkan Satu Malaysia di Padang Pekan Tenom oleh:
• Pendeklamasi puisi dan Penyanyi Lagu Puisi Jemputan
• Kumpulan pelajar sekolah rendah /menengah Sabah
• Kumpulan penyair dan Lagu Puisi BAHASA Tenom
• Kumpulan Penyiar jemputan
• Kumpulan BAHASA Negeri Sabah

Para Penyair Jemputan yang dicadangkan

• Abizai (Sarawak)
• Amiduddin Hanafiah (Johor)
• Rahimidin Zahari
• Marsli N.O
• Hasyuda Abadi
• Jasni yakob
• Latifah Oney Osman
• Poul Nangang (Sarawak)
• Jaya Ramba (Sarawak)
• Ramli A.R (Sabah)
• Datuk R.M Jasni (Sabah)
• Dulamid Rudin (Sabah)
• Sam sudin Osman
• Lim Yew Yak (Melaka)
• Tuan Haji Alipah Jambuan
• Jair Sulai
• Mahaya Mohd. Yasin (Negeri Sembilan)

(Penyair daripada beberapa negeri lain dan beberapa penyair Sabah akan
ditetapkan kemudian)

* Penyampaian cendermata

11.00 malam Bersurai.

ACARA SEMINAR DAN SEMARAK KEBUDAYAAN (HARI KEDUA)
(Tempat – sebuah sekolah terpilih/Kampung Budaya Muzium Negeri Sabah)

8.30 Pagi Pembentangan 5 Kertas Kerja (Tempat akan ditetapkan kemudian)

• Jasni Matlani/Ramli Jusoh Badan BAHASA Sabah
• Dr. Lim Swee Tin Universiti PUTRA Malaysia
• S.M Zakir Setiausaha 1 PENA (Penulis Nasional)

12.00 Tengahari Penyampaian cenderamata/ Makan Tengahari
2.00 petang Acara Bebas (Lawatan Ke Taman Pertanian Tenom Lagud Seberang)

7.30 Malam Kenduri Puisi Sekampung (Sebuah kampung di Tenom,
ditetapkan kemudian)
Persembahan Dekon / lagu puisi khas Satu Malaysia dan acara kebudayaan

Diserikan Bacaan Puisi dan Lagu-lagu Puisi Bebas
Oleh peserta jemputan, ahli BAHASA dan juga penduduk kampung

Nota:
Persembahan ini juga dibuka kepada khalayak umum (masyarakat kampung)

HARI KETIGA

7.00 pagi Sarapan
8.30 pagi Bertolak ke Kota Kinabalu dan Pulang Ke Distenasi masing-masing

9. Bulan Puisi Peringkat Negeri Sabah / Penyampaian hadiah cerpen/puisi BAHASA-Datuk Masiidi Manjun

1 Jun 2010 (Selasa)

Acara Apresiasi Puisi di daerah Kota Belud. Melibatkan pelajar sekolah menengah atau sekolah rendah terpilih di Kota belud.

5 Jun 2010 (Sabtu)

Acara GEMA PUISI pantai Timur diadakan di daerah Tawau. Diurus oleh Hasan Saprin, Pengerusi BAHASA Cawangan Tawau.

12 Jun 2010 (Sabtu)

Pelancaran Bulan Puisi Negeri Sabah oleh Datuk Masidi Manjun di Dewan Masyarakat daerah Ranau. Disempurnakan oleh Datuk Masidi Manjun

Pertandingan baca puisi, pantun dan Syair para pelajar sekolah rendah yang terpilih daerah Ranau. Baca Puisi dan lagu puisi peringkat sekolah menengah yang terpilih di daerah Ranau.

Majlis ini disekalikan dengan acara Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Cerpen Hadiah Datuk Masidi-BAHASA cawangan Ranau.

Majlis ini anjuran BAHASA Pusat dan BAHASA Cawangan Ranau.

19 Jun 2010 (Sabtu)

Semarak Puisi Sandakan anjuran BAHASA Cawangan sandakan akan diuruskan oleh sante dan al-Fadzli.

26 Jun 2010 (Sabtu)

Acara Penutup Bulan Puisi Negeri Sabah diadakan di Maktab Perguruan Kent Tuaran, disempurnakan dengan kerjasama Badan BAHASA cawangan Tuaran. Perasmian penutupan disempurnakan oleh Menteri Perumahan Sabah, datuk Hajiji Mohd Nor.

10 Penutupan Penghakiman dan penyampaian hadiah sayembara menulis novel

30 Jun 2010 (Rabu)

Penutupan Sayembara menulis Novel Kerajaan Negeri Sab ah Siri 1

Sepanjang Julai 2010

Pengadilan/penghakiman novel

Sepanjang Ogos 2010

Penerbitan buku novel pemenang sayembara

8 September 2010

Penyampaian Hadiah Novel.

11 penghakiman dan Penyampian Hadiah Cerpen/Puisi SEDCO-BAHASA

31 Oktober 2010

Penutupan hadiah Cerpen/Puisi SEDCO-BAHASA

November 2010

Penyampian Hadiah Cerpen/Puisi SEDCO-BAHASA

2 comments:

Hasyuda Abadi said...

Tahniah atas susun aktiviti 2010 yang mantap. IPS akan memberikan komitmen dan sokongan, insyaAllah.

Ketua Satu
IPS

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam bang Jasni,

Saya boleh jadi peserta kah? Ingin nak ke Sabah tengok dan jenguk sastera berkembang maju di Sabah yang ternyata kecil bentuk mukabuminya dari Sarawak tapi punya kekuatan penyair terbilang rupanya....