Thursday, January 14, 2010

INFO BAHASA

Majlis Pelancaran dan sidang media Sayembara Menulis Novel Kerajaan Negeri Siri 1 anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun bertempat di tingkat Tujuh Wisma Tun Fuad, jam 2.30 petang pada 26 Januari 2010 depan. Penanung BAHASA, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif juga dijangka turut menghadirinya. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai sayembara itu dan mendapatkan borang penyertaan dialu-alukan hadir.

No comments: