Saturday, January 2, 2010

INFO SIARAN YDP

Dialog Teluk akan diadakan di Miri pada bulan April 2010.

Pemakalah daripada BAHASA adalah seperti berikut:

1 Encik Jasni Matlani
2 Encik Ramli Jusoh
3 Cik Ruhaini Matdarin

Kertas kerja kerja dari Sabah mohon membincangkan mengenai sastera Sarawak (Miri) khususnya. Tajuk adalah bebas. Sesuai dengan keputusan PUTERA sebagai pihak penganjur seperti berikut:

(a). makalah silang wilayah dengan Labuan mengambil bahan Limbang dan sebaliknya, juga boleh bebas secara umum yang memastikan hal sastera budaya diangkat selain karya penulisan.

(b). Penyertaan dari persatuan/wilayah bergantung kepada situasi, mungkin dalam 5 –
10 orang, selebihnya ditanggung oleh persatuan. Jumlah anggaran 100 orang peserta dari wilayah Teluk Brunei.

(c). Kos yang ditanggung pengelola hanyalah hotel, makan minum dan persidangan. Kos penerbangan dan tambang lain diurus sendiri oleh persatuan penulis.

(d). Pemakalah atau pembentang akan ditanggung tiket penerbangan atau kos tambang, hotel penginapan,dan honorarium.

(e) Kalau mampu membawa persembahan dari wilayah masing-masing untuk persembahan kesenian dan sastera yang akan diberikan ruang kepada semua perwakilan yang hadir.

(f). Kertas kerja/karya mestilah tiba pada 28 Februari 2010 kepada PUTERA untuk dikemaskan dan diproses penerbitan.

(g) Peminat yang datang secara bersendirian, hendaklah meminta kebenaran dan kelulusan daripada PUTERA secara bertulis terlebih dahulu.

Pihak pengajur juga memohon ahli BAHASA menyumbang karya dalam bentuk cerpen maha pendek dan puisi, yang mesti TIBA kepada pihak PUTERA pada 28 FEBRUARI 2010 sebagai tarikh luput/akhir. Kalau tidak selesai maka, karya atau makalah itu tidak dibukukan lalu dijadikan semacam kertas biasa sahaja. E mail kepada saudara :Poul Nangang.

BAHASA akan menghantar peserta yang ramai (berkonvoi ke Miri) dan persembahan BAHASA akan dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi BAHASA yang pertama 2010 nanti.

No comments: