There was an error in this gadget

Tuesday, October 26, 2010

Bahasa Melayu

Saya dapat menimba sesuatu yang amat berharga dari kolum 'Angin Perubahan' Jasni Matlani (Utusan Borneo, 24 okt. 2010) yang rasa saya perlu kita teliti bersama. Apa yang diungkit Jasni ini sebenarnya merupakan lanjutan dari usul yang dicadangkan En Jamawi Jaafar ( Biro Kesenian dan Kebudayaan, Pemuda UMNO Malaysia) supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bahasa Kebangsaan bagi memperkasakan penggunaan bahasa Melayu di negara tercinta kita ini.

"Malangnya," kata Jasni, " walaupun bahasa Melayu adalah akar sejarah yang panjang, bahasa yang berpengaruh, dengan penuturnya adalah yang ke empat paling ramai di dunia, tetapi tidak menunjukkan penghormatan terhadap bahasa itu selayaknya; sehingga di negara kita sendiri perkembangan bahasa Melayu seperti dipersendakan dalam banyak cara, sama ada kerana sikap kita dalam mendewa-dewakan bahasa Inggeris atau kerana ada usaha pelbagai pihak yang hendak menonjolkan bahasa ibunda mereka lebih kuat daripada kehendak Perlembagaan negara sendiri."

Sehubungan itu juga ( kebetulan?), Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika berucap dalam Majlis Penutupan Program 1 Malaysia Sejuta Puisi di Perpustakaan Negara Malaysia,semalam (Ahad), berkata, "Justeru dalam konteks negara kita Malaysia, harus kita akui tiada bahasa lain yang mampu menyatupadukan kita selain daripada bahasa Melayu."

Tambah beliau lagi, "Tidak mustahil zaman kegemilangan bahasa Melayu ketika digunakan secara meluas dalam bidang pentadbiran, diplomatik, ekonomi, kesenian, sosial dan budaya sejak beratus tahun dahulu berulang kebali walaupun di zaman globalisasi ini."

MARI KITA RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA...

RAMLI JUSOH

1 comment:

TigerRoY said...

Bagi pihak BAHASA Cawangan Tenom, Kami mengalu-alukan dan menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Bahasa Kebangsaan yang dicadangkan oleh saudara Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda UMNO Tenom merangkap Exco Kebudayaan Pemuda UMNO Malaysia.Malah kami berdiri teguh di belakang BAHASA Sabah demi merealisasikan perkara ini. Bahasa adalah alat penyatuan dan dalam konteks Malaysia seharusnya Bahasa Melayu menjadi pemangkin utama terhadap proses penyatuan ini demi memartabatkan bahasa kebangsaan yang telah pun termaktub kemas dan kejap dalam Perlembagaan Malaysia.

Hasmin Azroy Abdullah,
Pen S/U BAHASA,
Cawangan Tenom.