There was an error in this gadget

Thursday, July 29, 2010

Siaran YDP

Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa dan ahli BAHASA yang hadir pada mesyuarat serata perjumpaan BAHASA bagi membicangkan agenda kegiatan BAHASA menjelang hujung tahun 2010 ini. Setalah BAHASA berjaya menganjurkan beberapa kegiatan dan penerbitan buku daripada awal tahun hingga ke pertengahan tahun, BAHASA akan terus mengorak langkah ke hadapan pada penghujung tahun 2010 ini.
BAHASA antaranya akan menganjurkan beberapa kegiatan seperti berikut:

1. BAHASA akan mengadaklan program “Ziarah BAHASA” pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada bulan Oktober 2010. Ziarah ini bermula di daerah Tenom, dengan acara baca puisi, lagu puisi, sketsa dan drama pendek (10 minit) diadakan di daerah Tenom. Kemudian keesokannya rombogan ziarah akan memulakan acara ziarah ke seluruh cawangan BAHASA di negeri Sabah. Persembahan yang sama insyAllah akan diadakan di setiap daerah yang dikunjungi. Justeru saya memohon setiap cawangan n(17 cawangan) akan siap menyambut kehadiran rombongan ziarah ini dan setiap cawangan kemudian akan membangtu dalam mengadakan satu majlis santai seperti yang dinyatakan tadi, sama ada pada sebelah siang atau malam, jika rombongan itu terpaksa bermalam di tempat berkenaan. Program ziarah turun padang ini insayallah akan menyemarakkan lagi kegiatan sastera di seluruh negeri dan bakal mengeratkan lagi hubungan antara kerabat kita dalam BAHASA. Setiap ahli BAHASA digalakkan menyertai ziarah ini dan menyediakan perlatan atau keperluan yang bersesuaian serta membawa khemah masing-masing, kerana rombongan dijangka bermalam di mana-mana sahaja. Segala perincian perjalanan ziarah ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

2. Sayembara menulis cerpen SEDCO-BAHASA akan ditutup pada 31 Ogos 2010. Sesiapa yang berminat menyertai peluang masih terbuka dan boring boleh di dapati daripada blog BAHASA. Sementara majlis penyampaian hadaih dijangka akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada bulan oktober 2010. Bersempena majlis penyampaian ini akan diadakan majlis seminar sehari bersama GAPENA yang dicadangkan diadakan di Dewan tingkat 3 bangunan SEDCO. Kota Kinabalu dan BAHASA dijangka akan menjemput beberapa pemakalah untuk menyampaikan kertas kerja khususnya daripada GAPENA dan BAHASA sendiri. Majlis penyampaian hadiah cerpen pula akan diadakan pada sebelah malam dan jika tidak berhalangan akan diadakan di hotel Hyatt Kota Kinabalu. Tetapi sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

3. Pada bulan Ramadan ini BAHASA insyAllah akan melancarkan dan memperkatakan dua buku karya penulis Sabah di Kompleks Tabung Haji Kota KInabalu, yang disekalikan dengan acara berbuka puasa SEDCO. Perician tarkih dan majlis akan dimaklumkan kemudian dan semua ahli-ahli BAHASA dan penulis di negeri ini digalakkan hadir.

4. BAHASA mungkin akan mengadaksan konvoi ke Miri Sarawak dan juga menyertai pertemuan Pertemuan Melayu Antarabangsa di Bandung pada bulan November dan perinciannya akan dimaklumkan kelak.

Mudah-mudahan BAHASA akan terus bersemarak dan menjadi tonggak perjuangan BAHASA dan SASTERA yang unggul di negeri Sabah ini dan malah di peringkat Kebangsaan dan serantau.


Jasni Matlani

No comments: