Wednesday, April 28, 2010

Catatan YDP BAHASA 28 April 2010

Apa khabar semua? Pada malam ahad saya bersama Timbalan YDP, Cikgu Ramli menghadiri majlis pelancaran antologi puisi SULAMAN yang diterbitkan Badan BAHASA cawangan Tuaran. Majlis itu diadakan diRestoran Transit terletak di jalan baharu Sulaman-KK dan disempurnakan perasmiannya oleh Pembantu Menteri belia dan Sukan, Datuk Jahid Jahim.

Sebagai YDP BAHASA, saya gembira dengan inisiatif yang dibuat saudara Gulabdin Enjih dan rakan-rakannya itu. Meskipun santai tetapi ia sangat bermakna dan saya ucapkan tahniah. Ia mungkin menjadi perintis kepada pelbagai program lain anjuran BAHASA Tuaran. Saya dan ahli di peringkat Pusat memang mengalu-alukan program yang dianjurkan oleh ahli-ahli di peringkat cawangan. Tak payah berbelanja besar, kita sebenarnya boleh anjur majlis bagi mengimarahkan sastera kita. Saya dan beberapa AJK pusat insyallah akan hadir jika dimaklumkan tentang program BAHASA di peringkat cawangan.

Setakat ini beberpa buah cawangan BAHASA memang aktif dan saya harapkan makin banyak lagi cawangan BAHASA menggerakkan cawangan masing-masing, kerana inilah matlamat penubuhan kita untuk bersama-sama masyarakat mengimarahkan bahasa dan sastera.
Bagi mengikuti perkembangan BAHASA, saudara juga boleh melayari lama sosial http://www.facebook.com/bahasa sabah dan menghantar cadangan masing-masing dalam ruangan berkenaan. Terima kasih kepada Ruhaini Matdarin kerana menyediakan ruangan interaksi maya berkenaan. Gunakanlah untuk memperkukuhkan hubungan kita antara ahli BAHASA dan juga masyarakat luar. Kita mesti sentiasa berada di tengah-tengah masyarakat jika mahu menjadi satu gerakan yang kuat.

Untuk makluman ahli BAHASA juga kini BAHASA sedang membuat persiapan untuk penganjuran beberapa majlis sebelum acara penutupan karnival sambutan 40 tahun BAHASA pada 12 Jun 2010 di Ranau Sabah. Tetapi insyallah, kita mula bergerak pada awal bulan Mei. Secara peribadi saya memilih untuk berehat seketika selepas penat lelah kita menganjurkan majlis perasmian karnival 40 tahun BAHASA yang diadakan di kompleks belia dan sukan persekutuan Putatan itu.Tetapi saya berpuas hati kerana impak majlis itu sangat besar kepada sastera Sabah sama ada di peringkat negeri mahu pun kebangsaan. Setidak-tidaknya suara aktivis sastera kini di dengar dan mudah-mudahan ia bukan didengar sahaja, tetapi ada tindakan susulan untuk memberikan penambahbaikannya.

Salam
Jasni Matlani

1 comment:

Anonymous said...

kalau ada program dan aktviti berkaitan sastera dan budaya boleh emel kepada megautusan@gmail.com untuk disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia