Wednesday, April 29, 2009

Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2009 (Part II)

Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka 2009 merupakan salah satu acara sokongan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang diraihkan setiap tahun iaitu pada 17 Ogos sehingga 16 September. Sayembara Deklamasi Puisi dan Syair pada kali ini antara lainnya juga bertujuan untuk mencapai matlamat kerajaan bagi memperkukuhkan serta meneguhkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia menerusi penyertaan dan penglibatan masyarakat dalam bidang seni pengucapan puisi. Malah sayembara ini bertujuan untuk memperkasakan semangat patriotism dan cintakan negara dikalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum serta lapisan umur.

Pelaksanaan Peringkat Saringan: (Dilaksanakan oleh BAHASA)

25 April (Sabtu): Kota Kinabalu

9 Mei 2009 (Sabtu): Tawau

16 Mei 2009 (Sabtu): Sandakan

23 Mei 2009 (Sabtu): Kudat

28 April 2009 (Sabtu): Tenom

6 Jun 2009 (Sabtu): Beaufort

Peringkat akhir: 4 Julai 2009
Institut Perguruan Kent Tuaran


Penganjur Peringkat Negeri Sabah: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah.
Tema: Malaysiaku Gemilang "Perpaduan Dalam Pengucapan Puisi"
Sasaran Peserta/syarat-syarat pertandingan:

15 tahun ke atas(sajak terbuka)
15-50 tahun (syair)

Hadiah menanti:

Kategori Sajak
Johan RM 800
Naib Johan RM 600
Ketiga RM 300

Kategori Syair

Johan RM 500
Naib Johan RM 400
Ketiga RM 300

(Borang penyertaan untuk sajak dan syair boleh diperolehi melalui Setiausaha I BAHASA, Ailin (0148559095)

No comments: