Thursday, April 30, 2009

Pertandingan Menulis Cerpen dan Puisi

Makluman untuk semua ahli BAHASA, pertandingan menulis cerpen dan puisi anjuran BAHASA Pusat sedang berlangsung, pertandingan menulis cerpen ini terbuka hanya kepada ahli-ahli BAHASA sahaja, dan setiap ahli hanya dibenarkan menghantar dua buah cerpen. Tema adalah bebas selagi tidak menyentuh isu-isu sensitiviti agama dan perkauman. Bagi puisi pula, setiap ahli dibenarkan menghantar tidak kurang daripada lima buah puisi untuk satu penyertaan.
Tarikh tutup 15 Jun. Pengumuman pemenang akan dimakluman sebelum Julai dan Penyampaian hadiah akan disampaikan pada hari pelancaran Hari Puisi Nasional, Julai.

Sila hantar cerpen dan puisi anda kepada sama ada secara terus kepada YDP atau Setiausaha, atau emailkan ke; bahasa_sabah@hotmail.com

Hadiah ditawarkan:
1) Cerpen - RM 400 (10 pemenang)
2) Puisi - RM 300 (10 pemenang)

Perhatian: Sepuluh buah cerpen terbaik dan lima puluh buah puisi terbaik yang dipilih akan diantologikan dan diterbitkan.

No comments: