There was an error in this gadget

Tuesday, February 8, 2011

Catatan YDP

SAYA memohon maaf kerana lam tidak menulis untuk ruangan catatan YDP di blog BAHASA ini. Sebenarnya saya berada di Manila sejak pertengahan Januari lalu, kemudian hanya balik sehari dua di Sabah pada 25 Januari sebelum terbang semula ke Melbourneo dan Sydney Australia kerana urusan keluarga.

Sebenarnya ketika berada di hotel Great Southern Sydney Australia, saya ada menghantar catatan YDP kepada Timbalan Setiausaha kita untuk dimasukkan dalam blog BAHASA, tetapi malangnya tidak boleh dibuka di sini. Jadi setelah balik ke tanah air semalam, dalam perjalanan kapal terbang yang mengambil masa hampir 12 jam dari Sydney hingga ke Sabah, berehat seketika baharulah hari ini saya dapat membuat catatan ini.

Semasa dirantauan, saya risau tentang Hari Puisi Nasional anjuran BAHASA dan beberapa badan dan agensi lain yang semakin mendekat. Saya ada menghubungi melalui telefon Ketua penyelaras dan urusetia Hari Puisi Nasional kita, Puan Siti Rahmah G. Ibrahaim dan Timbalan setiausaha BAHASA, Cik Ruhaini Matdarin bertanyakan mengenai perkembangan yang berlaku di tanah air, terutama sekali berkaitan Hari Nasional anjuran kita yang hanya beberapa minggu lagi. Saya sentiasa berfikir bahawa masih banyak persiapan belum dibuat sebelum kita berkumpul di Binsulok Resort pada 25-27 Februari 2011 ini.

Walaupun saya mengamanahkan puan Siti Rahmah untuk menjadi ketua urus setia bagi menyelanggara, mengatur jemputan dan sebagainya untuk HPN ke 18 itu, tetapi saya juga masih risau, dan mengharapkan bantuan rakan-rakan lain dalam BAHASA bagi membantu beliau di sepanjang ketiadaan saya.

Saya hanya sampai di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada subuh 6 Februari dan pagi tadi menyambung tugas seperti biasa dengan membuat kunjungan kepada Timbalan Pengarah JKKN Sabah, bersama-sama Cikgu Ramli berbincang tentang apa yang JKKN boleh sumbangkan bagi membantu kita menjayakan HPN18 itu. Kami juga pergi ke pejabat Datuk Masidi Manjun, tetapi hanya bertemu setiausaha perhubungan beliau, Encik Micheal bagi menyampaikan surat undangan kita untuk Yang Berhormat Datuk Masidi merasmikan HPN ke 18 itu.
Seperti yang saya jelaskan, HPN ke 18 kali ini akan diadakan di Binsulok Resort Membakut. Saya juga telah memohon agar DBP Cawangan Sabah menjadi penyelanggara bersama. Seterusnya memhon bantuan rakan-rakan penulis daripada BAHASA atau IPS agar turut menjayakan dan memberi kerjasama menganjurkan program sempena HPN ke 18 itu.

Jadual acara tentatif tidak rasmi yang telah diatur adalah seperti berikut:

25 Feb 2011

Nota: Kepada peserta yang memerlukan pengangkutan dari lapangan terbang ke perkarangan pejabat Persekutuan di mana bas menunggu semua peserta sebelum bertolak ke Binulok Membakut, hendaklah memberitahu urusetia jadual penerbangan mereka lebih untuk tindakan lanjut.


2.00 petang Bas peserta bertolak dari Perkarangan Pejabat Belia dan sukan persekutuan
Sembulan Kota Kinabalu ke Binsulok Resort Membakut

4.00 petang Pendaftaran

Minum petang

7.00 malam Ketibaan undangan khas

7.30 malam Ketibaan Datuk Masidi Manjun

7.45 malam Ucapan Alu-aluan Encik Jasni Matlani
YDP BAHASA

7.50 malam Ucapan Sambutan Y.B. Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut

8.00 malam Ucapan Perasmian Hari Puisi Nasional ke 18
Datuk Masidi Manjun

Penyampaian Tokoh Penyair GAPENA
Sempena sambutan HPN Ke 18

Penyampaian cenderamata

Majlis Makan Malam dan Persembahan kebudayaan
Persembahan khas BAHASA Cawangan Membakut

Deklamasi puisi khas BAHASA
Deklamasi puisi khas PENA
Deklamasi puisi Khas WAKIL SARAWAK
Deklamasi Puisi Khas Wakil Indonesia/Negara Brunei DS
Deklamasi puisi Khas Datuk Jamdin Boyung


BERSURAI


26 Februari 2011 (Sabtu)

7.00 pagi Sarapan pagi

Pembetangan kertas kerja utama
Dato. A. Aziz Deraman

Pengerusi
Encik Nadin Haji Salleh

10.00 pagi Rehat dan jamuan teh

10.30 Pagi Pembentangan kertas kerja

Tuan Haji Hamzah Hamdani
Encik Saleeh Rahamad
Encik Raymond Majumah

Pengerusi
Encik Japar Ungki

Encik Amran Daud
Encik Borhan Matzain
Encik Jaafar Hamdan
Encik Abizai

Pengerusi
Encik Aliuddin Mohd. Salleh

1.00 t/hari Makan tengahari. Solat zohor

2.00 petang Lawatan
(Ditetapkan pihak penganjur)

7.00 malam Kenduri Puisi sekampung
Dicadangkan diadakan di kampung Pimping Membakut
dengan tetamu khasnya ialah YB Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif

Ucapan Ulu-aluan Cikgu Ramli Jusoh
Timbalan YDP BAHASA

Ucapan Pengarah DBP Sabah
En. Zubaidi Abas

Ucapan Datuk Arifin Mohd Arif.

Persembahan kebudayaan
Acara Baca Puisi santai peserta HPN ke 18
Persembahan Lagu Puisi


27 Februari 2011

7.00 pagi Sarapan

Forum puisi

Panel Forum
Encik Nordin Zainal Abidin
Encik Hasyuda Abadi
Encik Amiruddin Hanafiah
Encik Poul Nangang
Encik S. M Zakir

Pengerusi Forum
Ramli Jusoh

Rehat jamuan teh

Pembentangan Resolusi

Majlis penutupan bermula

Ucapan YDP
Encik Jasni Matlani

Ucapan Tan Sri Ismail Hussein
Ucapan Pengarah DBP Sabah
Encik Zubaidi Abas

Ucapan perasmian penutupan
Datuk Mohd Arifin Mohd Arif

Makan tengahari

2.00 ptg Balik ke Kota Kinabalu dan tempat masing-masing


Tema HPN ke 18 ialah “Puisi menjana gagasan 1 Malaysia'.

Sebagai maklumat tambahan sebuah buku antologi puisi iaitu antologi puisi Gema Membelah Gema ke 18 akan diterbitkan sempena HPN18. Justeru itu sila hantar puisi kepada saya atau cik Ruhaini Matdarin melalui email. Di alamat email seperti yang tertera di blog BAHASA ini. Puisi mesti dihantar sebelum 10 Februari untuk tujuan penerbitannya.

Sementara itu kepada pemakalah yang telah dimaklumkan sila hantar makalah masing-masing sebelum 15 Feb 2011 untuk tujuan diuperbanyakkan.

Sesi jualan buku akan diadakan sempena HPN ke 18. jadi kepada sesiapa yang ada buku untuk dijual adalah digalakkan untuk membawa dan menjual buku masing-masing.

Yuran penyertaan yang dikenakan ialah RM 25 seorang dan penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa yang mendaftar awal kerana jumlah peserta hanya dihadkan kepada 150 orang sahaja. Setakat ini kita telah mendapat penyertaan dari semenanjung Malaysia, Sarawak, Negara Brunei DS dan juga Indonesia.

Segala bayaran tempat tinggal, makan minum sepanjang HPN18, bas dari Kota Kinabalu ke Binsulok Membakut akan disediakan pihak penganjur. Hanya tiket penerbangan sahaja yang ditanggung para peserta sendiri.

Kepada ahli BAHASA seluruh negeri Sabah mohon melibatkan diri dalam HPN ke 18 ini, sama ada sebagai urusetia atau sebagai peserta. Sebarang pertanyaan sila hubung siti rahmah G. Ibrahim, ketua urus setia HPN ke 18.

Terima kasih yang amat sangat daripada saya yang masih berada jauh di bumi Australia.

No comments: