There was an error in this gadget

Thursday, June 17, 2010

MAKLUMAN YDP (BAHASA) SABAH 17 JUN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa sayembara menulis novel Kerajaan Negeri Sabah siri 1 anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Badan Bahasa dan Sastera Sabah yang dilancarkan pada Januari lalu akan ditutup pada 30 Jun 2010.
Sehubungan itu sesiapa yang menyertai sayembara berkenaan sila menghantar novel berkenaan secepat mungkin kepada Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah dan boleh dihubungi melalui talian h/p 016 8115593.
Setakat ini pihak pengajur tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh sayembara berkenaan dan para novelis yang berhasrat menyertai sayembara berkenaan agar mengambil tindakan yang sewajarnya.
Saya mengucapkan tahniah kepada beberapa penulis Sabah yang sudah pun menghantar manuskrip novel mereka kepada Badan Bahasa dan Sastera Sabah untuk tujuan penilaian sayembara berkenaan.

Jasni Matlani

No comments: