HARI PUISI NASIONAL KE 18 DI BINSULOK MEMBAKUT
PUISI MENJANA GAGASAN 1 MALAYSIA
Oleh JASNI MATLANI
BINSULOK sebuah perkampungan nelayan pinggir laut yang terletak di daerah kecil Membakut bakal menjadi tumpuan para penyair dari seluruh negara, termasuk dari negara jiran Indonesia dan negara Brunei Darussalam apabila Hari Puisi Nasional ke 18 akan diadakan di Binsulok Resort pada 25-27 Februari depan, bersempena sambutan 40 Tahun GAPENA.
Pemilihan Binsulok sebagai tempat penganjuran pertemuan penyair yang dianggap prestij di Malaysia itu mempunyai siginifikan tersendiri, bukan sahaja kerana perkampungan berkenaan mempunyai keindahan alam semulajadi, tetapi juga kerana masyarakat nelayannya yang unik, yang sudah pasti menggugah sesentiviti penyair.
Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, pemilihan Binsulok sebagai tapak penganjuran Hari Puisi Nasional ke 18 memang bersesuaian kerana ia terletak di pinggir laut dan mampu menggugah intuisi penyair untuk menghasilkan karya yang berkualiti.
“Saya mengalu-alukan Hari Puisi Nasional diadakan di Binsulok Resort Membakut dan mahu melihat pertemuan penyair terbesar Malaysia ini, menjadi pentas kepada para penyair untuk menilai semula peranan mereka di tengah-tengah alam dan masyarakat”katanya.
Beliau juga berkeyakinan Hari Puisi Nasional yang bertemakan “Puisi menjana gagasan 1 Malaysia” itu bakal mencipta sejarahnya tersendiri dan mengharapkan seluruh rakyat Sabah, terutama masyarakat daerah Membakut mengalu-alukan kehadiran para penyair ternama Malaysia, malah penyair dari negara jiran Indonesia dan negara Brunei Darussalam yang dijangka turut hadir menyerikan lagi pertemuan penyair bertaraf kebangsaan itu.
Hari Puisi Nasional ke 18 ini dianjurkan oleh GAPENA, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Dewan Bahasa dan Pustaka Cawanagan Sabah, Pejabat Daerah Kecil Membakut, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sabah, dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Jabatan Penjara Sabah , Institut Terjemahan Negara Malaysia, Akhbar Utusan Borneo sebagai media rasmi pertemuan dan juga beberapa badan NGO seperti PENA, Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan beberapa kerabat GAPENA yang lain.
Menghimbau kembali sejarahnya, Hari Puisi Nasional yang pertama telah diadakan di kota bersejarah Melaka pada tahun 1971. Pada tahun berikutnya pertemuan itu diadakan di Kuala Lumpur. Sementara pada tahun 1974, ia diadakan di bandar Diraja Kelang.
Melaka sekali lagi menjadi tuan rumah pada tahun 1975, dan pada tahun 1976 Hari Puisi Nasional diadakan pula di Kota Bharu Kelantan. Ini diikuti Kuantan menjadi tuan rumah pada tahun 1978.
Pada tahun 1979 Sabah buat pertama kalinya menjadi tuan rumah, apabila Hari Puisi Nasional itu diadakan di Kota Kinabalu. Pada tahun 1981 Kota Bharu kembali menjadi tuan rumah sebelum Kuching-Semantan dipilih menjadi medan pertemuan pada tahun 1984.
Apabila BAHASA dihidupkan semula pada pertengahan tahun 1980-an, Sabah sekali lagi menjadi tuan rumah Hari Puisi Nasional pada tahun 1987. Selepas itu Terangganu menjadi tuan rumah pada tahun 1988. Pulau Pinang pada tahun 1991 dan Johor Bahru pada tahun 1995.
Negeri Sembilan pula menjadi tuan rumah pada tahun 1999, Pulau Langkawi pada tahun 2000. Ini diikuti Shah Alam pada tahun 2004, Melaka tahun 2007 dan Sabah sekali lagi menjadi tuan rumah buat kali ke 3 pada tahun 2011 ini.
Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Puisi Nasional ke 18 ini diadakan, bermula dengan acara perasmian dijangka akan berlangsung pada malam 25 Februari 2011 yang bakal disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Pada malam itu juga bakal diadakan majlis penyampian Anugerah Penyair GAPENA kepada salah seorang tokoh penyair Sabah yang mencipta nama di Malaysia dan pernah menerima beberapa hadiah prestij di peringkat kebangsaan pada awal tahun 1970-an, dan masih aktif berkarya sehingga kini.
Sementara pada esoknya, turut diadakan ialah majlis pembentangan kertas kerja utama yang bakal disampaikan oleh bekas Ketua Pengarah DBP, Dato’ A. Aziz Deraman. Para pembentang kertas kerja lain antaranya ialah Bekas pengarah DBP Cawangan Sabah, Tuan Haji Hamzah Hamdani, Jawatankuasa kerja GAPENA, Encik Borhan Matzain, Presiden PENA, Encik Mohammad Saleeh Rahamad, Presiden PEKASA, Encik Jaafar Hamdan, Presiden PUTRA, Encik Zainal Abidin Haji Suhaili dan juga Encik Amran Daud dari DBP Kuala Lumpur.
Seorang pembentang kertas kerja dari Sabah yang dijangka membentangkan kertas kerja ialah penulis dan kritikawan yang tidak asing lagi di Sabah, Encik Raymond Majumah bagi mewakili Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan seterusnya penulis negeri Sabah.
Turut diadakan sempena Hari Puisi Nasional ini ialah sesi lawatan ke suatu tempat yang bakal ditetapkan pihak penganjur kemudian. Sementara acara deklamasi dan juga lagu-lagu puisi yang melibatkan tuan rumah Sabah, wakil dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam dijangka berkumandang dalam beberapa majlis deklamasi puisi sepanjang Hari Puisi Nasional itu, termasuk acara Kenduri puisi yang dijangka akan diadakan di sebuah kampung di daerah Membakut.
Suatu majlis forum juga turut dijangka diadakan bagi membincangkan isu peranan penyair dalam konteks gagasan 1 Malaysia, dengan para penalnya terdiri daripada Pengerusi Persatuan Penulis Johor (PPJ) Encik Amiruddin Hanafiah, Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTRA) Encik Poul Nangang, Timbalan Yang Di Pertua BAHASA, Encik Ramli Jusoh, Wakil DBP Cawanagan Sabah, Encik Zainal Abidin Nordin, Setiausaha agung PENA, Encik S.M Zakir dan Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Encik Sukor Haji Usin @ Hayuda Abadi.
Forum berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Unit Sastera DBP Cawangan Sabah, Encik Nadin Haji Salleh.
Sementara itu Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA,) Encik Jasni Matlani berkata, majlis penutupan hari Puisi nasional ke 18 itu dijangka akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif.
Seterusnya, satu resolusi dijangka dibentangkan sebelum berakhirnya pertemuan penyair berkenaan dan resolusi itu bakal diserahkan kepada pihak tertentu bagi memastikan beberapa isu berkaitan penyair, Hari Puisi Nasional dan isu sastera serta masyarakat dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih luas dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan mengenainya.
Kepada seseiapa yang berminat menyertai Hari Puisi Nasional boleh menghubungi ketua Penyelaras Urus Setia Hari Puisi Nasional ke 18, Puan Siti Rahmah G. Ibrahim, di talian nombor 012 8938148. Yuran penyertaan RM 25.00 dikenakan kepada setiap mereka yang berminat menyertainya dan penyertaan hanya dihadkan kepada 120 orang sahaja.
“Sehingga kini sudah ramai peserta yang mendaftar lebih awal. Malah ada peserta yang memaklumkan bahawa mereka akan datang sehari lebah awal, terutama para peserta yang datang dari Indonesia dan juga Semenanjung Malaysia. Kita sudah pun membuka pendaftaran penyertaan sejak seminggu lalu melalui internet ” katanya.
Dalam pada itu, para penyair di seluruh negara juga dipelawa menghantar sekurang-kurangnya sebuah puisi untuk diterbitkan dalam antologi Puisi Gema Membelah Gema ke 16 yang diterbitkan oleh DBP Cawangan Sabah dan juga BAHASA sempena Hari Puisi Nasional ke 18 itu.
Karya-karya puisi boleh dihantar melalui email ke alamat jasni_matlani@hotmail.com atau kepada Timbalan Setiausaha BAHASA, Cik Ruhaini Matdarin di alamat email aini05girl@yahoo.com sebelum 15 februari depan.
Tuesday, February 8, 2011
Mesyuarat HPN
Makluman kepada semua ahli jawatankuasa BAHASA dan urusetia Hari Puisi Nasional ke 18, satu Mesyuarat khas (BAHASA sahaja) akan diadakan pada 10 Feb 2011 (Khamis) bermula jam 7.00 malam di bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan, Sembulan Kota Kinabalu. bagi membincangkan secara terperinci segala hal yang berkaitan dengan persiapan pelaksanaan Hari Puisi Nasional ke 18. Kehadiran anda sangat dialu-alukan, terima kasih.
Catatan YDP
SAYA memohon maaf kerana lam tidak menulis untuk ruangan catatan YDP di blog BAHASA ini. Sebenarnya saya berada di Manila sejak pertengahan Januari lalu, kemudian hanya balik sehari dua di Sabah pada 25 Januari sebelum terbang semula ke Melbourneo dan Sydney Australia kerana urusan keluarga.
Sebenarnya ketika berada di hotel Great Southern Sydney Australia, saya ada menghantar catatan YDP kepada Timbalan Setiausaha kita untuk dimasukkan dalam blog BAHASA, tetapi malangnya tidak boleh dibuka di sini. Jadi setelah balik ke tanah air semalam, dalam perjalanan kapal terbang yang mengambil masa hampir 12 jam dari Sydney hingga ke Sabah, berehat seketika baharulah hari ini saya dapat membuat catatan ini.
Semasa dirantauan, saya risau tentang Hari Puisi Nasional anjuran BAHASA dan beberapa badan dan agensi lain yang semakin mendekat. Saya ada menghubungi melalui telefon Ketua penyelaras dan urusetia Hari Puisi Nasional kita, Puan Siti Rahmah G. Ibrahaim dan Timbalan setiausaha BAHASA, Cik Ruhaini Matdarin bertanyakan mengenai perkembangan yang berlaku di tanah air, terutama sekali berkaitan Hari Nasional anjuran kita yang hanya beberapa minggu lagi. Saya sentiasa berfikir bahawa masih banyak persiapan belum dibuat sebelum kita berkumpul di Binsulok Resort pada 25-27 Februari 2011 ini.
Walaupun saya mengamanahkan puan Siti Rahmah untuk menjadi ketua urus setia bagi menyelanggara, mengatur jemputan dan sebagainya untuk HPN ke 18 itu, tetapi saya juga masih risau, dan mengharapkan bantuan rakan-rakan lain dalam BAHASA bagi membantu beliau di sepanjang ketiadaan saya.
Saya hanya sampai di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada subuh 6 Februari dan pagi tadi menyambung tugas seperti biasa dengan membuat kunjungan kepada Timbalan Pengarah JKKN Sabah, bersama-sama Cikgu Ramli berbincang tentang apa yang JKKN boleh sumbangkan bagi membantu kita menjayakan HPN18 itu. Kami juga pergi ke pejabat Datuk Masidi Manjun, tetapi hanya bertemu setiausaha perhubungan beliau, Encik Micheal bagi menyampaikan surat undangan kita untuk Yang Berhormat Datuk Masidi merasmikan HPN ke 18 itu.
Seperti yang saya jelaskan, HPN ke 18 kali ini akan diadakan di Binsulok Resort Membakut. Saya juga telah memohon agar DBP Cawangan Sabah menjadi penyelanggara bersama. Seterusnya memhon bantuan rakan-rakan penulis daripada BAHASA atau IPS agar turut menjayakan dan memberi kerjasama menganjurkan program sempena HPN ke 18 itu.
Jadual acara tentatif tidak rasmi yang telah diatur adalah seperti berikut:
25 Feb 2011
Nota: Kepada peserta yang memerlukan pengangkutan dari lapangan terbang ke perkarangan pejabat Persekutuan di mana bas menunggu semua peserta sebelum bertolak ke Binulok Membakut, hendaklah memberitahu urusetia jadual penerbangan mereka lebih untuk tindakan lanjut.
2.00 petang Bas peserta bertolak dari Perkarangan Pejabat Belia dan sukan persekutuan
Sembulan Kota Kinabalu ke Binsulok Resort Membakut
4.00 petang Pendaftaran
Minum petang
7.00 malam Ketibaan undangan khas
7.30 malam Ketibaan Datuk Masidi Manjun
7.45 malam Ucapan Alu-aluan Encik Jasni Matlani
YDP BAHASA
7.50 malam Ucapan Sambutan Y.B. Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut
8.00 malam Ucapan Perasmian Hari Puisi Nasional ke 18
Datuk Masidi Manjun
Penyampaian Tokoh Penyair GAPENA
Sempena sambutan HPN Ke 18
Penyampaian cenderamata
Majlis Makan Malam dan Persembahan kebudayaan
Persembahan khas BAHASA Cawangan Membakut
Deklamasi puisi khas BAHASA
Deklamasi puisi khas PENA
Deklamasi puisi Khas WAKIL SARAWAK
Deklamasi Puisi Khas Wakil Indonesia/Negara Brunei DS
Deklamasi puisi Khas Datuk Jamdin Boyung
BERSURAI
26 Februari 2011 (Sabtu)
7.00 pagi Sarapan pagi
Pembetangan kertas kerja utama
Dato. A. Aziz Deraman
Pengerusi
Encik Nadin Haji Salleh
10.00 pagi Rehat dan jamuan teh
10.30 Pagi Pembentangan kertas kerja
Tuan Haji Hamzah Hamdani
Encik Saleeh Rahamad
Encik Raymond Majumah
Pengerusi
Encik Japar Ungki
Encik Amran Daud
Encik Borhan Matzain
Encik Jaafar Hamdan
Encik Abizai
Pengerusi
Encik Aliuddin Mohd. Salleh
1.00 t/hari Makan tengahari. Solat zohor
2.00 petang Lawatan
(Ditetapkan pihak penganjur)
7.00 malam Kenduri Puisi sekampung
Dicadangkan diadakan di kampung Pimping Membakut
dengan tetamu khasnya ialah YB Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif
Ucapan Ulu-aluan Cikgu Ramli Jusoh
Timbalan YDP BAHASA
Ucapan Pengarah DBP Sabah
En. Zubaidi Abas
Ucapan Datuk Arifin Mohd Arif.
Persembahan kebudayaan
Acara Baca Puisi santai peserta HPN ke 18
Persembahan Lagu Puisi
27 Februari 2011
7.00 pagi Sarapan
Forum puisi
Panel Forum
Encik Nordin Zainal Abidin
Encik Hasyuda Abadi
Encik Amiruddin Hanafiah
Encik Poul Nangang
Encik S. M Zakir
Pengerusi Forum
Ramli Jusoh
Rehat jamuan teh
Pembentangan Resolusi
Majlis penutupan bermula
Ucapan YDP
Encik Jasni Matlani
Ucapan Tan Sri Ismail Hussein
Ucapan Pengarah DBP Sabah
Encik Zubaidi Abas
Ucapan perasmian penutupan
Datuk Mohd Arifin Mohd Arif
Makan tengahari
2.00 ptg Balik ke Kota Kinabalu dan tempat masing-masing
Tema HPN ke 18 ialah “Puisi menjana gagasan 1 Malaysia'.
Sebagai maklumat tambahan sebuah buku antologi puisi iaitu antologi puisi Gema Membelah Gema ke 18 akan diterbitkan sempena HPN18. Justeru itu sila hantar puisi kepada saya atau cik Ruhaini Matdarin melalui email. Di alamat email seperti yang tertera di blog BAHASA ini. Puisi mesti dihantar sebelum 10 Februari untuk tujuan penerbitannya.
Sementara itu kepada pemakalah yang telah dimaklumkan sila hantar makalah masing-masing sebelum 15 Feb 2011 untuk tujuan diuperbanyakkan.
Sesi jualan buku akan diadakan sempena HPN ke 18. jadi kepada sesiapa yang ada buku untuk dijual adalah digalakkan untuk membawa dan menjual buku masing-masing.
Yuran penyertaan yang dikenakan ialah RM 25 seorang dan penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa yang mendaftar awal kerana jumlah peserta hanya dihadkan kepada 150 orang sahaja. Setakat ini kita telah mendapat penyertaan dari semenanjung Malaysia, Sarawak, Negara Brunei DS dan juga Indonesia.
Segala bayaran tempat tinggal, makan minum sepanjang HPN18, bas dari Kota Kinabalu ke Binsulok Membakut akan disediakan pihak penganjur. Hanya tiket penerbangan sahaja yang ditanggung para peserta sendiri.
Kepada ahli BAHASA seluruh negeri Sabah mohon melibatkan diri dalam HPN ke 18 ini, sama ada sebagai urusetia atau sebagai peserta. Sebarang pertanyaan sila hubung siti rahmah G. Ibrahim, ketua urus setia HPN ke 18.
Terima kasih yang amat sangat daripada saya yang masih berada jauh di bumi Australia.

Saturday, January 22, 2011
Tips Ringkas Menulis
MENULIS = BERMAIN LEGO

Hakikat menulis adalah seperti bermain Lego
Tahukah Anda?
Lego, dalam Yunani klasik λέγώ, bermaksud: mengumpulkan, menyusun, merangkai kata dalam pernyataan.
Logos, λόγος, maksudnya: kata, wacana.
Menulis adalah mengumpulkan dan menyusun (seperti dalam Lego), untuk membentuk kata dan wacana (seperti dalam Logos).
Kenyataan di sekitar kita "berserakan". Menulis adalah menyusun kembali "kenyataan-kenyataan" itu ke dalam susunan yang linear (lurus).
Kita boleh menyusun dengan pelbagai pola.
SELAMAT MENULIS

Sunday, January 9, 2011
Catatan YDP
MINGGU pertama tahun baharu, kita sibuk dengan persiapan Hari Puisi nasional Ke 18.
1). Tiga hari lalu, saya bersama-sama Timbalan YDP dan juga Encik Karim Gulam (AJK BAHASA) membuat kunjungan hormat kepada pengarah DBP Sabah, Encik Zubaidi Abas di pejabatnya. Kami membincangkan persiapan HPN Ke 18. Pada dasarnya DBP bersetuju menjadi penganjur bersama, satu mesyuarat akan diadakan dalam tempoh terdekat dan pihak DBP akan memanggil mesyuarat berkenaan. Saya juga akan terbang ke Kuala Lumpur pada 14 januari 2011, menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja GAPENA dan seterusnya akan membincangkan mengenai acara HPN Ke 18 itu.
2). Setakat ini HPN Ke 18 dicadangkan akan diadakan di Binsulok Resort, setelah beberapa cawangan BAHASA berhalangan menjadi tuan rumah untuk menganjurkannya.
Ahli BAHASA dan semua penyair Malaysia dipelawa menghantar puisi untuk diterbitkan dalam antologi puisi sempena HPN Ke 18 itu. Semua puisi boleh dihantar ke alamat email Jasni Matlani, Ramli Jusoh dan Ruhaini Matdarin seperti yang tertera dalam blog BAHASA ini mulai daripada sekarang.
Seperti yang dibincangkan dalammesyuarat jawatankuasa BAHASA yang diadakan di hotel Beverlly baru-baru ini, saya memohon semua penulis (Ahli BAHASA) yang diputuskan untuk menghantar manuskrip Kumpulan cerpen masing-masing bagi penilaian dan penerbitan DBP sila pastikan menghantar manuskrip sebelum 20 Februari 2011.
1. Mad Sakiran Sulaiman (Sudah menghantar menuskrip)
2. Juri Durabi
3. Ruhaini Matdarin
4. Dayangku Mastura Pg. Ismail
5. Katherina Tati
6. Martinah Obod
7. Faridah Abdul Hamid
8. Pena Alam
9. Siti Rahmah G. Ibrahim
10. Hajah Rubiah Nordin
11. Welnie Joykin
12. Noraini Osman
Manuskrip masing-masing mesti mengandungi sekurang-kurangnya 25 hingga 30 buah cerpen.
JM

Wednesday, January 5, 2011
PENGUMUMAN KHAS 1
SEMUA cawangan BAHASA diseluruh negeri Sabah mohon menganjurkan mesyuarat agung BAHASA bermula 20 januari 2011 hingga 20 Februari 2011. Berikutan Mesyuarat Agung BAHASA Pusat dijangka akan diadakan sama ada pada Penghujung bulan Februari atau bulan Mac 2011.
Setiap cawangan hendaklah memilih barisan jawatankuasa seperti berikut:
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong setiausaha
Bendahari pegawai penerangan
Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa.
Dokumen berikut mestilah dihantar kepada BAHASA pusat selewat-lewatnya pada 25 Februari 2011.
1. Senarai AJK 2011/2012
2. Minit Mesyuarat Cawangan 2011
3. Senarai nama perwakilan ke mesyuarat agung BAHASA
4. Senarai nama seluruh ahli BAHASA Cawangan ( Nama dan nombor Kad Pengenaln sahaja)
5. Laporan kegiatan BAHASA sepanjang tahun 2010.
Sebarang kemusykilan sila hubungi Yang Di Pertua BAHASA (Jasni Matlani) dan Timbalan Yang Di Pertua BAHASA (Ramli Jusoh). SETIAUSAHA 1 (Aliuddin Mohd Salleh), SETIAUSAHA 2 ( Cik Ruhaini Matderin), AJK Khas Mesyuarat Agung (Siti Rahmah G. Ibrahim)
PENGUMUMAN KHAS 2
Sila maklum HARI PUISI NASINOAL YANG KE 18 dicadangkan akan diadakan lebih awal iaitu pada 25 Februari 2011 hingga 27 Februari 2011 (Jumaat-Ahad). Semua Jawatankuasa tertinggi BAHASA mohon memberI kerjasama penuh dan bantuan bagi menjayakan program besar BAHASA, GAPENA, yang disokong penuh DBP pada tahun ini.
BAHASA akan membuat kunjungan kepada DBP CAWANGAN SABAH dalam tempoh terdekat mengenai program besar ini. Dan satu mesyuarat khas akan diadakan mengenainya dalam tempoh yang terdekat. Semua AJK BAHASA Sila maklum.
Tema Yang dicadangkan “PUISI MENJANA GAGASAN 1 MALAYSIA”
Tempat akan diputuskan berdasarkan peruntukan, tajaan dan dana yang diterima daripada pelbagai pihak .
Penerima anugerah penyair GAPENA akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Tertinggi GAPENA. InsyaAllah saya akan membawa perkara ini ke mesyuarat jawatankuasa kerja GAPENA pada 14 Januari 2011.
Satu kertas kerja dasar akan disiapkan mengenainya.
Sebuah antologi puisi akan diterbitkan dan BAHASA akan menjadi penyusun dan BAHASA juga memohon DBP Sabah untuk mencetak secara dalaman.
SEMUA AHLI BAHASA DI SELURUH NEGERI SABAH. SILA MAKLUM DAN SILA AMBIL PERHATIAN
Terima kasih.
JASNI MATLANI

Monday, January 3, 2011
CATATAN YDP
Saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah. Mudah-mudahan tahun 2011 ini membawa banyak perubahan kepada diri kita dan juga keterlibatan kita dalam bidang penulisan. Saya berharap kita sudah pun mengariskan azam yang kuat dan bakal ditunaikan pada tahun 2011 ini.
Bagi BAHASA seperti yang dibincangkan pada mesyuarat lalu, walaupun tidak dibincangkan secara terperinci, tetapi insyallah kita akan menggalas tanggungjawab untuk menganjurkan hari Puisi Nasional pada tahun ini. Kita juga bakal menganjurkan Persidangan Persuratan dan kebudayaan kebangsaan ke 2. Kita juga berhasrat menganjurkan program Kenduri Sastera dan semarak puisi di keningau, seterusnya melaksanakan beberapa program bicara kreatif, selain daripada peneruskan program sayembara penulisan cerpen dan insyallah sayembara novel 2 jika mendapat sokongan penuh lembaga kebudayaan.
Selain itu acara santai dan bengkel penulisan juga akan diadakan dari semasa ke semasa khususnya kepada penulis baharu. Kemudian kita bercadang menganjurkan pertemuan untuk penulis muda dan beberapa acara lainnya.
Selain itu kita juga akan menggalakkan beberapa penulis kita dalam BAHASA, terutama mereka yang sudah kukuh supaya menghantar manuskrip karya sama ada puisi, cerpen atau novel untuk dinilai dan diterbitkan DBP.
Terasa terlalu banyak yang hendak dilakukan dalam segala keterbatasan, tetapi mudah-mudahan semua ini akan menjadi realiti. Lebih-lebih lagi tidak mudah rasanya kita mendapat dana bagi menganjurkan segala majlis berkenaan, tetapi mudah-mudahan ada yang akan tampil membantu kita menjayakan segala program yang dirancang itu.
Saya juga ada berbincang dengan beberapa teman-teman jika sekiranya kita mampu mengadakan majlis makan malam bagi mencari dana untuk membantu kita menggerakkan BAHASA. Tetapi semua ini masih dalam perancangan dan bakal dilaksanakan pada tahun baharu ini.
Tahun 2010 kita telah tinggalkan dengan seribu kenangan, yang tidak mungkin dilupakan. Kita telah merayakan sambutan 40 tahun BAHASA, dan menerbitkan buku-buku ahli kita dalam jumlah penerbitan yang terhad. Kita telah menganjurkan program sayembara menulis cerpen SEDCO-BAHASA yang ke 2 di mana majlis penyampaiannya pada 30 november 2010 yang lalu.
Kita juga menganjurkan program Sayembara Menulis Novel Kerajaan Negeri Sabah siri 1 bersama-sama dengan pihak Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan majlis penyampaiannya diadakan dengan penuh gilang gemilang disempurnakan oleh Datuk Masidi Manjun pada 10 Disember 2010 yang lalu.
Kita juga Berjaya menghantar hampir 20 orang ahli BAHASA dan juga penulis negeri ini menghadiri acara Dialog Teluk di Miri Sarawak pada 17-19 Disember 2010. Begitu juga tahun 2010 mencatat kegemilangan ahli BAHASA kita apabila sebahagian besar penerima Hadiah Sastera Sabah tahun penilaian 2009/2010 adalah ahli BAHASA .
Antaranya Mohd Zain AH, (BAHASA Pitas), Ammi Manja (BAHASA Beaufort), Mabulmaddin Shaiddin (BAHASA Kota Marudu), Ailin Nor (BAHASA Kota Kinabalu), (Siti Rahmah G. Ibrahaim (BAHASA Kota Kinabalu), Ruhaini Matdarin (BAHASA Kota Kinabalu), Juri Durabi (BAHASA Kota Kinabalu), Abdul Karim Gullam (BAHASA Tenom) dan Ismail Salleh (BAHASA Sandakan).
Saya ucapkan tahniah kepada mereka semua, semoga ahli BAHASA akan terus aktif mewarnai persada sastera tanah air pada tahun baharu 2011 ini. Walaupun kita terkilan kerana tiada penulis Sabah yang menerima hadiah sastera perdana Malaysia, tetapi setidak-tidaknya kegemilangan kita di peringkat negeri akan terus menjadi penawar dan pembakar semangat kita semua untuk terus berkarya.
Saya juga ucapkan tahniah kepada kumpulan BAHASA Membakut dibawah pimpinan Hajah Surayah Ibrahim dan Noorhassan Pg Ismail yang semakin popular sebagai kumpulan pendeklamasi dan lagu-lagu puisi yang memukau. Semoga persembahan mereka akan terus mantap dan bervarisasi pada tahun 2011 ini.
Saya juga mengharapkan cawangan BAHASA yang lain terus kreatif dan inovatif menggerakkan BAHASA di cawangan masing-masing. Jika tidak mampu menganjurkan program yang besar, buatlah program sastera atau bengkel penulisan kecil-kecilan di cawangan atau daerah masing-masing, dan tumpuan kita mesti berikan kepada golongan muda yang akan menjadi pelapis para penulis mapan hari ini dan seterusnya pelapis dalam konteks kepimpinan BAHASA.
Tahun 2011 ini isya-Allah akan kita harungi dengan tenang dan sabar. Kita akan bakal mengadakan mesyuarat agung yang dijangka pada bulan Mac atau April tahun ini dan saya harap semua cawangan Saya juga mengharapkan agar semua cawangan dapat menghantar senarai ahli masing-masing untuk tujuan mengemaskinikan keahlian di peringkat pusat dan bagi membolehkan saya memastikan jumlah ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah sekarang (Hanya hantar nama dan nombor kad pengenalan ahli sahaja). Semua dokumen itu sila hantar kepada BAHASA pusat SELEWAT-LEWATNYA pada 28 Februari 2011.
BAHASA kini mempunyai 17 cawangan yang aktif di seluruh negeri Sabah. Insyallah kita juga akan mengadakan kempen keahlian dalam kalangan peminat sastera dan penulis muda khususnya, dan kita mensasarkan kita mempunyai keahlian sekurang-kurangnya 3,000 orang ahli dalam tempoh dua tahun terakhir ini.
Sekali lagi saya mngucapkan tahun baharu dan marilah kita semua sama-sama mengimarahkan sastera dan menggerakkan BAHASA agar terus cemerlang di tengah-tengah segala ujian dan cabaran pada tahun 2011 ini.
Terima kasih

Subscribe to:
Posts (Atom)