1)MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH NOVEL NEGERI SABAH SIIRI 1 ANJURAN LEMBAGA KEBUDAYAAN SABAH DAN BAHASA
SALAM ukhuwah untuk semua. Pagi tadi, saya menghadiri mesyuarat berkaitan penyampaian hadiah sayembara menulis novel siri 1 Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan BAHASA di bilik mesyuarat agensi kerajaan berkenaan di Kota Kinabalu.
Mesyuarat itu telah memutuskan bahawa pengumuman pemenang hadiah sayembara penulisan novel siri 1 akan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun pada pertengahan bulan November 2010, sementara majlis penyampaian hadiah pula akan diadakan di Hotel Promenade kota Kinabalu pada 3 Disember 2010.
Buku yang memenangi hadaiah utama sayembara ini insyallah akan diterbitkan oleh Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan jika tidak ada aral melintang akan dilancarkan pada majlis penyampaian hadiah itu.
Insyallah pengurus besar lembaga kebudayaan juga membayangkan bahawa sayembara ini akan terus diadakan pada tahun depan, jadi kepada para penulis di negeri Sabah, jika tidak dapat menyertai sayembara yang pertama, teruslah berkarya untuk menyertai sayembara ini pada tahun depan.
Timbalan YDP, Cikgu Ramli Jusoh juga turut hadir di mesyuarat itu bersama pegawai dari kementerian Pelancongan, kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah dan juga pegawai-pegawai lembaga kebudayaan Sabah.
2)MAJLIS PENYAMPIAN HADIAH CERPEN SEDCO-BAHASA
Majlis penyampaian Hadiah penulisan cerpen SEDCO-BAHASA ke 2 yang sepatutnya diadakan pada awal oktober telah dijadualkan semula iaitu pada 28 okotber 2010. Majlis berkenaan insyallah akan diadakan di hotel Hyatt Kota Kinabalu dan disempurnakan oleh Pengerusi SEDCO, YB Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif.
Senarai pemenang telah pun dimaklumkan sebelum ini tetapi diharapkan semua pemenang dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis berkenaan. Majlis itu juga terbuka kepada orang awam dan juga seluruh penulis di negeri Sabah. Insyallah jemputan untuk menghadiri majlis berkenaan akan diedarkan dalam masa terdekat.
Buku karya para pemenang juga kini dalam proses penerbitan. Judul buku antologi cerpen para pemenang itu ialah “Emas Hitam” dan dijangka akan dijual di pasaran pada harga RM 16.00 senaskah. Buku ini akan dilancarkan sempena majlis penyampaian hadiah berkenaan. Sekali lagi tahniah kepada para pemenang.
Insyallah hadiah cerpen SEDCO-BAHASA ke 3 akan menyusul pada tahun 2011 nanti dan semua penulis cerpen di Sabah diharapkan bersiap sedia menyertai peraduan menulis cerpen SEDCO-BAHASA ke 3 itu nanti.
3) SAYEMBARA MENULIS CERPEN /PUISI SEMPENA SAMBUTAN 40 TAHUN GAPENA.
Kepada para penulis di negeri Sabah, khasnya hali BAHASA dipelawa menyertai sayembara menulis cerpen yang dinyatakan di atas dan semua karya mesti bertemakan perjuangan selama 40 tahun GAPENA.
Setiap karya dihantar kepada badan kerabat akan dinilai terlebih dahulu dan hanya 5 buah karya yang terbaik akan dihantar kepada jawatankuasa induk peraduan GAPENA.
Mesyuarat induk GAPENA pada 2 Oktober 2010 lalu, telah memutuskan tarikh tutup penyertaiaan ialah pada penghujung bulan mei 2011.
Hadiah yang ditawarkan ialah RM 3,000.00 (Hadiah pertama), RM 2,000.00 (hadiah kedua) dan RM 1,000.00 (hadiah ketiga) dan 20 hadiah saguhati bernilai RM 200.00 setiap satu.
Semua karya boleh dihantar ke alamat Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Peti surat 13132, poskod 88835 Kota Kinabalu atau email kepada YDP BAHASA, Timbalan YDP BAHASA atau Setiausaha 2 BAHASA di alamat yang tertera dalam blog BAHASA ini, ATAU boleh dihantar tangan ke pejabat BAHASA di tingkat 2 Bagunan Wisma MUIS, Sembulan Kota Kinabalu.
Para penyair juga boleh menghantar puisi dan bleh menghantar melalui proses yang sama seperti peraduan menulis cerpen tadi.
Hadiah menulis puisi ialah RM 1,000.00 (hadiah pertama), RM 700.00 (Kedua) RM 500.00 (ketiga), dan 20 hadiah saguhati bernilai RM 150.00 setiap satu.
Brouser peraduan akan diedarkan oleh GAPENA kepada badan kerabat dalam tempoh yang terdekat.
4)MAJLIS ZIARAH SASTERA BAHASA sempena sambutan 40 Tahun GAPENA
KEPADA semua ahli BAHASA dipelawa menyertai majlis Ziarah sastera BAHASA sempena sambutan 40 tahun GAPENA di Tenom, Beaufort dan Membakut pada 16 dan 17 Oktober 2010.
Para peserta ziarah diminta berkumpul di Sembulan Kota Kinabalu, di hadapan restoran Roahyu sembulan pada 16 Okt 2010, jam 8.30 pagi. Dijangka sampai di Tenom pada 12-00 tengahari. Setelah check inn di hotel, semua dikehendaki menyertai majlis Wacana Ilmu di salah sebuah sekolah di Tenom. Pada sebelah malam peserta akan menghadiri majlis baca puisi santai di perkarangan restoran Asia Rasa Tenom . pada 17 oktober 2010 rombongan bertolak ke Beaufort dan bersama-sama Datuk Haji Lajim di majlis pelancaran buku di Kebatu Beaufort, selepas itu rombongan bertolak ke Membakut. TK
No comments:
Post a Comment