Wednesday, March 30, 2011

PROGRAM BAHASA

Untuk makluman seluruh ahli BAHASA kita akan melaksanakan 3 program besar dalam tempoh terdekat ini.

1. Mesyuarat Agung BAHASA 2011 dijangka diadakan di kompleks Bangunan Tabung Haji Sembulan Kota Kinabalu pada 16 April 2011 (Sabtu). Bermula jam 7.30 Malam. Semua pengerusi cawangan BAHASA sila maklum.

2. Bahasa sedang menganjurkan PERADUAN MENULIS CERPEN SEDCO-BAHASA 2011 bermula Mac sehingga penghujung Jun 2011. Terbuka kepada penulis Malaysia. Setiap peserta boleh menghantar 2 buah cerpen seorang. Temanya “Penglibatan Bumiputera dalam bidang ekonomi”. Cerpen boleh dihantar melalui email ke alamat jasni_matlani@hotmail.com atau aini05girl@yahoo.com

3. BAHASA akan menganjurkan Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan ke 2 bertempat di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu. Majlis perasmiannya dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 26 Mei 2011, jam 3.00 petang, bertempat di Dewan Semarak Wisma Dang Bandang Kota Kinabalu. Sementara penutupannya dijangka disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Kertas kerja yang dibentangkan antara lain seperti berkut:

Pembentang Kertas Kerja Utama

Kebudayaan Etnik Malaysia Dalam Konteks Pelestarian
Kebudayaan Kebangsaan
Oleh Dato’ Norliza Rofli
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Pembentang kertas kerja biasa

Bahasa Sukuan Di Sabah Dalam Konteks Pengembangan Bahasa
Kebangsaan
Oleh Encik Zubaidi Abas
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Isu Kebudayaan Etnik di Sabah: Masalah dan Penyelesaian
Oleh Dr. Sansalo Dayo
Penysarah Universiti Malaysia Sabah

Sastera Melayu: Isu, Cabaran dan Penyelesaian
Oleh Encik Saleeh Rahamad
Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA)

Pelestarian Sastera Melayu di Sabah: Isu dan Penyelesaian
Oleh Dr. Ramzah Dambul
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial


Sastera Melayu di Sabah: Transformasi dan Pelestarian
Oleh Encik S.M Zakir
Setiausaha Agung PENA

Warna tempatan dalam karya penulis Sabah
Oleh Encik Ramli Jusoh
Timbalan Yang Di Pertua BAHASA

Melestarikan Sastera Melayu dalam Konteks Gagasan 1 Malaysia
Oleh Encik Amiruddin Ali Hanafiah
Presiden Persatuan Penulis Johor


4. BAHASA juga mewar-warkan program DIALOG BORNEO KALIMANTAN akan diadakan pada penghujung April di Samarinda Kalimantan. Sesiapa yang berminat sila maklumkan kepada YDP BAHASA secepat mungkin. Perbelanjaan perjalanan dibiayai sendiri, melalui jalan darat ke Tawau dan seterusnya melalui laut dari Tawau ke Balik Papan dan seterusnya ke Samarinda.

5. BAHASA akan menghantar rombongan ke pertemuan Penyair Nusantara di Palembang pada 16-21 Julai 2011. Sesiapa yang berminat sila maklumkan kepada YDP BAHASA secepat mungkin. Perbelanjaan perjalanan dibiayai sendiri, melalui udara dan tambangnya setakat ini sekitar RM600 seorang.

6. BAHASA juga insyallah akan membantu DBP Cawangan sabah melaksanakan program Perkampungan sasterawan yang dijangka diadakan di kota Marudu pada pertengahan Jun 2011. Ahli BAHASA sila maklum.

7. BAHASA turut menghantar perwakilan menghadiri mesyuarat agung GAPENA Ke 40 di Kuala Lumpur pada 25-28 Mac 2011 yang lalu.

Semoga BAHASA akan terus maju jaya dan ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah akan terus meningkatkan kualiti penulisan dan penyertaan dalam sebarang aktiviti sastera di negeri ini dan malah di peringkat kebangsaan.

Salam Hormat

Jasni Matlani

NOTIS MESYUARAT AGUNG (BAHASA) SESI 2011/2012

BADAN BAHASA DAN SASTERA SABAH (BAHASA)
Tingkat 2 Lot A208 Wisma MUIS, Peti Surat 13132
88835 KOTA KINABALU
Tel: 016 8115593
_____________________________________________________________________________

Ruj kami: BAHASA 70/11 (15)
Tarikh: 28 Mac 2011

Sdr. Setiausaha
Cawangan-Cawangan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA)
Negeri Sabah

Saudara,

Per: NOTIS MESYUARAT AGUNG (BAHASA) SESI 2011/2012


Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) sesi 2011/2012 akan diadakan pada 16 April 2011 (Sabtu), jam 8.00 Malam, bertempat di Dewan Seminar, Bangunan Tabung Haji Kota Kinabalu.

Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti berikut:

1. Ucapan yang Di Pertua BAHASA
2. Membincangkan Minit Mesyuarat Agung BAHASA 2010
3. Membincangkan Penyata Tahunan berakhir 31 Disember 2010
4. Pembubaran AJK BAHASA Sesi 2009/2010 dan Perlantikan Pengerusi Sementara
5. Perlantikan AJK BAHASA Sesi 2011/2012
6. Ucapan Penanguhan

Dengan ini BAHASA Cawangan Saudara adalah dijemput menghantar perwakilan untuk menjayakan mesyuarat agung sesi 2011/2012. Pengerusi BAHASA Cawangan saudara adalah secara automatic sebagai perwakilan.

Di samping itu BAHASA cawangan saudara diundang untuk mengemukakan sebarang usul bertulis bagi dibincangkan dalam mesyuarat agung tahunan serta laporan tahunan untuk dicetak dalam buku laporan tahunan. Usul dan laporan tahunan hendaklah sampai kepada saya melalui email jasni_matlani@hotmail.com sebelum 10 April 2011

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Salam Hormat


(ALIUDDIN MOHD. SALLEH)
Setiausaha Satu BAHASA

s.k 1. Yang Di Pertua BAHASA
2. Pengerusi Cawangan-Cawangan BAHASA

Thursday, March 17, 2011

Makluman

PEMBELIAN BUKU GEMA MEMBELAH GEMA 16
Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku puisi Hari Puisi Nasional ke 18 GEMA MEMBELAH GEMA 16 . Boleh membelinya melalui on line dan pembayaran boleh dibuat ke akaun BAHASA, Bank Islam akaun number 1001 601 001 0720.
Buku GEMA MEMBELAH GEMA akan dihantar melalui pos kemudian. Harga buku RM 20.00 senaskah (termasuk kos penghantaran)
PENYERTAAN HADIAH SEDCO BAHASA KE 3
Peraduan Menulis cerpen SEDCO-BAHASA ke 3 sedang berlangsung sekarang. (Terbuka kepada penulis seluruh MALAYSIA). Sesiapa yang berminat menyertai sila hantar karya cerpen (Tidak lebih daripada 2 buah) sama ada melalui surat ke Alamat seperti berikut:
Peraduan Menulis Cerpen SEDCO-BAHASA ke 3
Peti surat 13132
88835 Kota Kinabalu, Sabah.

Atau emailkan cerpen anda ke alamat berikut:
jasni_matlani@hotmail.com
aini05girl@yahoo.com

Panjang cerpen antara 8-10 Halaman
Tema cerpen: penyertaan Melayu/Bumiputera dalam sector ekonomi (bidang perniagaan)
Tarikh Tutup 30 Julai 2011

Thursday, March 10, 2011

HADIAH CERPEN SEDCO BAHASA 3

HADIAH CERPEN SEDCO BAHASA kini telah memasuki tahun ke 3 penganjurannya. Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan telah pun dibuka secara rasminya. Pertandingan kali ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia di mana saja anda berada.

Syarat-syarat.

1). Penulis digalakkan menulis tentang penyertaan bumiputra/melayu di dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

2). Setiap penulis dibenarkan menghantar tidak lebih daripada dua buah cerpen, ditaip kemas, font 12 times roman, lapan hingga sepuluh muka surat.

3). Hantar cerpen anda kepada bahasa_sabah@hotmail.com pada atau sebelum 30 Jun 2011.

Hadiah.

Johan RM 1000
Tempat kedua RM 700
Tempat ketiga RM 500

10 hadiah saguhati RM 300

+ borang penyertaan rasmi akan dimuat turun di laman FB BAHASA dalam tempoh masa terdekat+

Tuesday, February 8, 2011

CATATAN KHAS HARI PUISI NASIONAL KE 18

HARI PUISI NASIONAL KE 18 DI BINSULOK MEMBAKUT
PUISI MENJANA GAGASAN 1 MALAYSIA

Oleh JASNI MATLANI

BINSULOK sebuah perkampungan nelayan pinggir laut yang terletak di daerah kecil Membakut bakal menjadi tumpuan para penyair dari seluruh negara, termasuk dari negara jiran Indonesia dan negara Brunei Darussalam apabila Hari Puisi Nasional ke 18 akan diadakan di Binsulok Resort pada 25-27 Februari depan, bersempena sambutan 40 Tahun GAPENA.
Pemilihan Binsulok sebagai tempat penganjuran pertemuan penyair yang dianggap prestij di Malaysia itu mempunyai siginifikan tersendiri, bukan sahaja kerana perkampungan berkenaan mempunyai keindahan alam semulajadi, tetapi juga kerana masyarakat nelayannya yang unik, yang sudah pasti menggugah sesentiviti penyair.
Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, pemilihan Binsulok sebagai tapak penganjuran Hari Puisi Nasional ke 18 memang bersesuaian kerana ia terletak di pinggir laut dan mampu menggugah intuisi penyair untuk menghasilkan karya yang berkualiti.
“Saya mengalu-alukan Hari Puisi Nasional diadakan di Binsulok Resort Membakut dan mahu melihat pertemuan penyair terbesar Malaysia ini, menjadi pentas kepada para penyair untuk menilai semula peranan mereka di tengah-tengah alam dan masyarakat”katanya.
Beliau juga berkeyakinan Hari Puisi Nasional yang bertemakan “Puisi menjana gagasan 1 Malaysia” itu bakal mencipta sejarahnya tersendiri dan mengharapkan seluruh rakyat Sabah, terutama masyarakat daerah Membakut mengalu-alukan kehadiran para penyair ternama Malaysia, malah penyair dari negara jiran Indonesia dan negara Brunei Darussalam yang dijangka turut hadir menyerikan lagi pertemuan penyair bertaraf kebangsaan itu.
Hari Puisi Nasional ke 18 ini dianjurkan oleh GAPENA, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Dewan Bahasa dan Pustaka Cawanagan Sabah, Pejabat Daerah Kecil Membakut, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sabah, dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Jabatan Penjara Sabah , Institut Terjemahan Negara Malaysia, Akhbar Utusan Borneo sebagai media rasmi pertemuan dan juga beberapa badan NGO seperti PENA, Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan beberapa kerabat GAPENA yang lain.
Menghimbau kembali sejarahnya, Hari Puisi Nasional yang pertama telah diadakan di kota bersejarah Melaka pada tahun 1971. Pada tahun berikutnya pertemuan itu diadakan di Kuala Lumpur. Sementara pada tahun 1974, ia diadakan di bandar Diraja Kelang.
Melaka sekali lagi menjadi tuan rumah pada tahun 1975, dan pada tahun 1976 Hari Puisi Nasional diadakan pula di Kota Bharu Kelantan. Ini diikuti Kuantan menjadi tuan rumah pada tahun 1978.
Pada tahun 1979 Sabah buat pertama kalinya menjadi tuan rumah, apabila Hari Puisi Nasional itu diadakan di Kota Kinabalu. Pada tahun 1981 Kota Bharu kembali menjadi tuan rumah sebelum Kuching-Semantan dipilih menjadi medan pertemuan pada tahun 1984.
Apabila BAHASA dihidupkan semula pada pertengahan tahun 1980-an, Sabah sekali lagi menjadi tuan rumah Hari Puisi Nasional pada tahun 1987. Selepas itu Terangganu menjadi tuan rumah pada tahun 1988. Pulau Pinang pada tahun 1991 dan Johor Bahru pada tahun 1995.
Negeri Sembilan pula menjadi tuan rumah pada tahun 1999, Pulau Langkawi pada tahun 2000. Ini diikuti Shah Alam pada tahun 2004, Melaka tahun 2007 dan Sabah sekali lagi menjadi tuan rumah buat kali ke 3 pada tahun 2011 ini.
Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Puisi Nasional ke 18 ini diadakan, bermula dengan acara perasmian dijangka akan berlangsung pada malam 25 Februari 2011 yang bakal disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Pada malam itu juga bakal diadakan majlis penyampian Anugerah Penyair GAPENA kepada salah seorang tokoh penyair Sabah yang mencipta nama di Malaysia dan pernah menerima beberapa hadiah prestij di peringkat kebangsaan pada awal tahun 1970-an, dan masih aktif berkarya sehingga kini.
Sementara pada esoknya, turut diadakan ialah majlis pembentangan kertas kerja utama yang bakal disampaikan oleh bekas Ketua Pengarah DBP, Dato’ A. Aziz Deraman. Para pembentang kertas kerja lain antaranya ialah Bekas pengarah DBP Cawangan Sabah, Tuan Haji Hamzah Hamdani, Jawatankuasa kerja GAPENA, Encik Borhan Matzain, Presiden PENA, Encik Mohammad Saleeh Rahamad, Presiden PEKASA, Encik Jaafar Hamdan, Presiden PUTRA, Encik Zainal Abidin Haji Suhaili dan juga Encik Amran Daud dari DBP Kuala Lumpur.
Seorang pembentang kertas kerja dari Sabah yang dijangka membentangkan kertas kerja ialah penulis dan kritikawan yang tidak asing lagi di Sabah, Encik Raymond Majumah bagi mewakili Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan seterusnya penulis negeri Sabah.
Turut diadakan sempena Hari Puisi Nasional ini ialah sesi lawatan ke suatu tempat yang bakal ditetapkan pihak penganjur kemudian. Sementara acara deklamasi dan juga lagu-lagu puisi yang melibatkan tuan rumah Sabah, wakil dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam dijangka berkumandang dalam beberapa majlis deklamasi puisi sepanjang Hari Puisi Nasional itu, termasuk acara Kenduri puisi yang dijangka akan diadakan di sebuah kampung di daerah Membakut.
Suatu majlis forum juga turut dijangka diadakan bagi membincangkan isu peranan penyair dalam konteks gagasan 1 Malaysia, dengan para penalnya terdiri daripada Pengerusi Persatuan Penulis Johor (PPJ) Encik Amiruddin Hanafiah, Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTRA) Encik Poul Nangang, Timbalan Yang Di Pertua BAHASA, Encik Ramli Jusoh, Wakil DBP Cawanagan Sabah, Encik Zainal Abidin Nordin, Setiausaha agung PENA, Encik S.M Zakir dan Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Encik Sukor Haji Usin @ Hayuda Abadi.
Forum berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Unit Sastera DBP Cawangan Sabah, Encik Nadin Haji Salleh.
Sementara itu Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA,) Encik Jasni Matlani berkata, majlis penutupan hari Puisi nasional ke 18 itu dijangka akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif.
Seterusnya, satu resolusi dijangka dibentangkan sebelum berakhirnya pertemuan penyair berkenaan dan resolusi itu bakal diserahkan kepada pihak tertentu bagi memastikan beberapa isu berkaitan penyair, Hari Puisi Nasional dan isu sastera serta masyarakat dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih luas dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan mengenainya.
Kepada seseiapa yang berminat menyertai Hari Puisi Nasional boleh menghubungi ketua Penyelaras Urus Setia Hari Puisi Nasional ke 18, Puan Siti Rahmah G. Ibrahim, di talian nombor 012 8938148. Yuran penyertaan RM 25.00 dikenakan kepada setiap mereka yang berminat menyertainya dan penyertaan hanya dihadkan kepada 120 orang sahaja.
“Sehingga kini sudah ramai peserta yang mendaftar lebih awal. Malah ada peserta yang memaklumkan bahawa mereka akan datang sehari lebah awal, terutama para peserta yang datang dari Indonesia dan juga Semenanjung Malaysia. Kita sudah pun membuka pendaftaran penyertaan sejak seminggu lalu melalui internet ” katanya.
Dalam pada itu, para penyair di seluruh negara juga dipelawa menghantar sekurang-kurangnya sebuah puisi untuk diterbitkan dalam antologi Puisi Gema Membelah Gema ke 16 yang diterbitkan oleh DBP Cawangan Sabah dan juga BAHASA sempena Hari Puisi Nasional ke 18 itu.
Karya-karya puisi boleh dihantar melalui email ke alamat jasni_matlani@hotmail.com atau kepada Timbalan Setiausaha BAHASA, Cik Ruhaini Matdarin di alamat email aini05girl@yahoo.com sebelum 15 februari depan.

Mesyuarat HPN

Makluman kepada semua ahli jawatankuasa BAHASA dan urusetia Hari Puisi Nasional ke 18, satu Mesyuarat khas (BAHASA sahaja) akan diadakan pada 10 Feb 2011 (Khamis) bermula jam 7.00 malam di bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan, Sembulan Kota Kinabalu. bagi membincangkan secara terperinci segala hal yang berkaitan dengan persiapan pelaksanaan Hari Puisi Nasional ke 18. Kehadiran anda sangat dialu-alukan, terima kasih.

Catatan YDP

SAYA memohon maaf kerana lam tidak menulis untuk ruangan catatan YDP di blog BAHASA ini. Sebenarnya saya berada di Manila sejak pertengahan Januari lalu, kemudian hanya balik sehari dua di Sabah pada 25 Januari sebelum terbang semula ke Melbourneo dan Sydney Australia kerana urusan keluarga.

Sebenarnya ketika berada di hotel Great Southern Sydney Australia, saya ada menghantar catatan YDP kepada Timbalan Setiausaha kita untuk dimasukkan dalam blog BAHASA, tetapi malangnya tidak boleh dibuka di sini. Jadi setelah balik ke tanah air semalam, dalam perjalanan kapal terbang yang mengambil masa hampir 12 jam dari Sydney hingga ke Sabah, berehat seketika baharulah hari ini saya dapat membuat catatan ini.

Semasa dirantauan, saya risau tentang Hari Puisi Nasional anjuran BAHASA dan beberapa badan dan agensi lain yang semakin mendekat. Saya ada menghubungi melalui telefon Ketua penyelaras dan urusetia Hari Puisi Nasional kita, Puan Siti Rahmah G. Ibrahaim dan Timbalan setiausaha BAHASA, Cik Ruhaini Matdarin bertanyakan mengenai perkembangan yang berlaku di tanah air, terutama sekali berkaitan Hari Nasional anjuran kita yang hanya beberapa minggu lagi. Saya sentiasa berfikir bahawa masih banyak persiapan belum dibuat sebelum kita berkumpul di Binsulok Resort pada 25-27 Februari 2011 ini.

Walaupun saya mengamanahkan puan Siti Rahmah untuk menjadi ketua urus setia bagi menyelanggara, mengatur jemputan dan sebagainya untuk HPN ke 18 itu, tetapi saya juga masih risau, dan mengharapkan bantuan rakan-rakan lain dalam BAHASA bagi membantu beliau di sepanjang ketiadaan saya.

Saya hanya sampai di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada subuh 6 Februari dan pagi tadi menyambung tugas seperti biasa dengan membuat kunjungan kepada Timbalan Pengarah JKKN Sabah, bersama-sama Cikgu Ramli berbincang tentang apa yang JKKN boleh sumbangkan bagi membantu kita menjayakan HPN18 itu. Kami juga pergi ke pejabat Datuk Masidi Manjun, tetapi hanya bertemu setiausaha perhubungan beliau, Encik Micheal bagi menyampaikan surat undangan kita untuk Yang Berhormat Datuk Masidi merasmikan HPN ke 18 itu.
Seperti yang saya jelaskan, HPN ke 18 kali ini akan diadakan di Binsulok Resort Membakut. Saya juga telah memohon agar DBP Cawangan Sabah menjadi penyelanggara bersama. Seterusnya memhon bantuan rakan-rakan penulis daripada BAHASA atau IPS agar turut menjayakan dan memberi kerjasama menganjurkan program sempena HPN ke 18 itu.

Jadual acara tentatif tidak rasmi yang telah diatur adalah seperti berikut:

25 Feb 2011

Nota: Kepada peserta yang memerlukan pengangkutan dari lapangan terbang ke perkarangan pejabat Persekutuan di mana bas menunggu semua peserta sebelum bertolak ke Binulok Membakut, hendaklah memberitahu urusetia jadual penerbangan mereka lebih untuk tindakan lanjut.


2.00 petang Bas peserta bertolak dari Perkarangan Pejabat Belia dan sukan persekutuan
Sembulan Kota Kinabalu ke Binsulok Resort Membakut

4.00 petang Pendaftaran

Minum petang

7.00 malam Ketibaan undangan khas

7.30 malam Ketibaan Datuk Masidi Manjun

7.45 malam Ucapan Alu-aluan Encik Jasni Matlani
YDP BAHASA

7.50 malam Ucapan Sambutan Y.B. Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut

8.00 malam Ucapan Perasmian Hari Puisi Nasional ke 18
Datuk Masidi Manjun

Penyampaian Tokoh Penyair GAPENA
Sempena sambutan HPN Ke 18

Penyampaian cenderamata

Majlis Makan Malam dan Persembahan kebudayaan
Persembahan khas BAHASA Cawangan Membakut

Deklamasi puisi khas BAHASA
Deklamasi puisi khas PENA
Deklamasi puisi Khas WAKIL SARAWAK
Deklamasi Puisi Khas Wakil Indonesia/Negara Brunei DS
Deklamasi puisi Khas Datuk Jamdin Boyung


BERSURAI


26 Februari 2011 (Sabtu)

7.00 pagi Sarapan pagi

Pembetangan kertas kerja utama
Dato. A. Aziz Deraman

Pengerusi
Encik Nadin Haji Salleh

10.00 pagi Rehat dan jamuan teh

10.30 Pagi Pembentangan kertas kerja

Tuan Haji Hamzah Hamdani
Encik Saleeh Rahamad
Encik Raymond Majumah

Pengerusi
Encik Japar Ungki

Encik Amran Daud
Encik Borhan Matzain
Encik Jaafar Hamdan
Encik Abizai

Pengerusi
Encik Aliuddin Mohd. Salleh

1.00 t/hari Makan tengahari. Solat zohor

2.00 petang Lawatan
(Ditetapkan pihak penganjur)

7.00 malam Kenduri Puisi sekampung
Dicadangkan diadakan di kampung Pimping Membakut
dengan tetamu khasnya ialah YB Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif

Ucapan Ulu-aluan Cikgu Ramli Jusoh
Timbalan YDP BAHASA

Ucapan Pengarah DBP Sabah
En. Zubaidi Abas

Ucapan Datuk Arifin Mohd Arif.

Persembahan kebudayaan
Acara Baca Puisi santai peserta HPN ke 18
Persembahan Lagu Puisi


27 Februari 2011

7.00 pagi Sarapan

Forum puisi

Panel Forum
Encik Nordin Zainal Abidin
Encik Hasyuda Abadi
Encik Amiruddin Hanafiah
Encik Poul Nangang
Encik S. M Zakir

Pengerusi Forum
Ramli Jusoh

Rehat jamuan teh

Pembentangan Resolusi

Majlis penutupan bermula

Ucapan YDP
Encik Jasni Matlani

Ucapan Tan Sri Ismail Hussein
Ucapan Pengarah DBP Sabah
Encik Zubaidi Abas

Ucapan perasmian penutupan
Datuk Mohd Arifin Mohd Arif

Makan tengahari

2.00 ptg Balik ke Kota Kinabalu dan tempat masing-masing


Tema HPN ke 18 ialah “Puisi menjana gagasan 1 Malaysia'.

Sebagai maklumat tambahan sebuah buku antologi puisi iaitu antologi puisi Gema Membelah Gema ke 18 akan diterbitkan sempena HPN18. Justeru itu sila hantar puisi kepada saya atau cik Ruhaini Matdarin melalui email. Di alamat email seperti yang tertera di blog BAHASA ini. Puisi mesti dihantar sebelum 10 Februari untuk tujuan penerbitannya.

Sementara itu kepada pemakalah yang telah dimaklumkan sila hantar makalah masing-masing sebelum 15 Feb 2011 untuk tujuan diuperbanyakkan.

Sesi jualan buku akan diadakan sempena HPN ke 18. jadi kepada sesiapa yang ada buku untuk dijual adalah digalakkan untuk membawa dan menjual buku masing-masing.

Yuran penyertaan yang dikenakan ialah RM 25 seorang dan penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa yang mendaftar awal kerana jumlah peserta hanya dihadkan kepada 150 orang sahaja. Setakat ini kita telah mendapat penyertaan dari semenanjung Malaysia, Sarawak, Negara Brunei DS dan juga Indonesia.

Segala bayaran tempat tinggal, makan minum sepanjang HPN18, bas dari Kota Kinabalu ke Binsulok Membakut akan disediakan pihak penganjur. Hanya tiket penerbangan sahaja yang ditanggung para peserta sendiri.

Kepada ahli BAHASA seluruh negeri Sabah mohon melibatkan diri dalam HPN ke 18 ini, sama ada sebagai urusetia atau sebagai peserta. Sebarang pertanyaan sila hubung siti rahmah G. Ibrahim, ketua urus setia HPN ke 18.

Terima kasih yang amat sangat daripada saya yang masih berada jauh di bumi Australia.