Sunday, November 28, 2010

CATATAN YDP

Tinggal dua hari sahaja lagi para pemenang peraduan menulis cerpen SEDCO-BAHASA II akan menerima hadiah masing-masing. Bagi pihak BAHASA saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang dengan sedikit nasihat, teruslah berkarya, tanpa ada batas sempadan waktunya. Isny-Allah tahun hadapan jika tiada ada aral melintang, peraduan seumpamanya akan diteruskan. Cita-cita Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif untuk menjadikan sayembara penulisan ini sebagai sesuatu yang gah atau 'grand' di negeri Sabah ini, nampaknya mula memperlihatkan hasil. Tahniah dan terima kasih kepada YB dan juga seluruh ahli BAHASA di negeri Sabah. Mudah-mudahan tahun hadapan kita akan mendapat dana yang lebih besar lagi bagi menganjurkan sayembara ini.

Saya juga ingin menyentuh sekali lagi usaha YB Datuk Arifin yang mahu agar BAHASA menggerakkan biro penulis muda dalam badan ini. Insy-Allah jika ada dana peruntukan yang disalurkan kepada BAHASA, saya bercadang BAHASA akan menganjurkan pertemuan penulis muda Malaysia di Sabah pada tahun hadapan. Program ini adalah salah satu program utama BAHASA di Sabah pada tahun depan, selain daripada program Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan ke 2.

BAHASA juga insya-Allah akan bekerjasama dengan DBP Cawangan sabah yang bercadang hendak menganjurkan Perkampungan Sasterawan Sabah, seperti yang diumumkan pengarah DBP Cawangan Sabah di Pitas baru-baru ini.

Akhir sekali saya juga mengucapkan tahniah kepada pemenang Sayembara menulis novel kerajaan negeri Sabah siri 1 anjuran Lembaga Kebudyaan Negeri Sabah dan BAHASA, dimana majlis penyampaiannya akan disempurnakan di hotel Promenade Kota Kinabalu pada 10 Disember 2010. Kita juga akan bertolak ke Miri untuk menghadiri dialog Teluk pada 16 November dan kembali ke Sabah pada 19 Nov 2010. Selepas itu, insya-Allah DBP Cawangan Sabah pula akan menganjurkan majlis penyampaian hadiah Sastera Sabah. Tahniah sekali lagi kepada para pemenang.

JM

Saturday, November 27, 2010

Buletin Sastera

PANGGILAN TERAKHIR, KEPADA PARA PEMENANG HADIAH CERPEN SEDCO BAHASA II, PENULIS, PENGGIAT SASTERA DAN PENGGEMAR SASTERA YANG BERADA DI SEKITAR KOTA KINABALU, SUKACITA ANDA DIPANGGIL BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 30 NOVEMBER 2010, JAM 7 MALAM DI HOTEL HYAAT KOTA KINABALU.

1) Kelab Membaca Sinar Pintar PD Kg.Pimping dalam perancangan mengadakan program "READ TO ME MAMA", Golongan sasar ibu bapa dan bakal ibu. Pendidikan anak-anak bermula sejak dalam kandungan lagi, program bertujuan bagi menanam minat membaca pada usia seawal zaman bayi lagi. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. Nantikan info dari masa ke semasa....
(Dicuplik dari Status FB Pengerusi BAHASA Membakut, Puan Hajah Surayah Haji Ibrahim, pada 24 November 2010, 10.03 am)

3). Badan Bahasa dan Sastera Sabah mengalu-alukan penyertaan adik-adik, terutama pelajar universiti yang berminat menjadi ahli BAHASA, tidak kira sama ada anda seorang penulis ( atau pendeklamator) baru hendak menulis atau sudah menulis tapi berhenti seketika, borang keahlian boleh dimuat turun melalui blog ini.

RM

Saturday, November 20, 2010

CATATAN YDP

CATATAN 1

PERTAMA sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli BAHASA, terutama kepada Cikgu Ramli dan semua ahli jawatankuasa tertnggi BAHASA yang tidak dapat saya sebut nama mereka satu persatu kerana terlalu ramai jumlahnya. Terima kasih juga saya panjangkan aktivis, penulis, termasuk beberapa pemimpin kita di peringkat negeri yang menghantar mesej ucapan selamat harijadi kepada saya beberapa hari lalu, terutama Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Salleh Tun Said, Datuk Sapawi Ahmad dan juga saudara Jamawi Jaafar. Ingatan anda semua memperkuatkan lagi azam saya untuk memajukan bidang bahsa dan sastera di negeri ini.
Pada dua bulan terakhir sebelum kita melangkah ke tahun baru ini nampaknya BAHASA sibuk dengan beberapa program yang besar, yang saya dengan rendah hati memohon segala kerjasama daripada ahli BAHASA di mana juga mereka berada agar membantu saya dan beberapa jawatankuasa tertinggi BAHASA untuk menjayakan dan seterusnya mengimarahkan majlis berkenaan.

Pertama sekali, kita (BAHASA) akan menganjurkan program MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CERPEN SEDCO –BAHASA 2010 pada 30 November 2010,(Selasa) bertempat di Hotel Hyatt Kota Kinabalu, yang dijangka disempurnakan oleh YB. Datuk Arifin Arif, majlis berkenaan bermula jam 7.00 malam. Saya menjemput semua pemenang hadir. Begitu juga para penulis, ahli BAHASA dimana juga mereka berada dan aktivis sastera sangat dialu-alukan hadir pada majlis itu.Saya memohon AJK BAHASA menghubungi rakan-rakan BAHASA dan penulis untuk menghadiri majlis itu.

Kedua, kita (BAHASA) akan menganjurkan program terbesar tahun ini iaitu majlis makan malam dan penyampaian hadiah sayembara menulis novel kerajaan negeri Sabah siri 1 2010. Anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan BAHASA. Majlis ini akan diadakan pada 10 Disember 2010 (Jumaat) bertempat di hotel Promenade Kota Kinabalu. Bermula jam 7.00 Malam. Saya juga menjemput semua pemenang hadir. Jika ada pemenang dari jauh, misalnya Sandakan akan disediakan tiket dan penginapan hotel untuk semalam) pemenang dari Keningau juga akan disediakan hotel (Penginapan). Tetapi pengumuman senarai penuh para pemenang hanya akan diketahui pada malam berkenaan, atas permintaan pihak Lembaga Kebudayaan.

Begitu juga para penulis, ahli BAHASA di mana juga mereka berada dan aktivis sastera sangat dialu-alukan hadir pada majlis bersejarah kepada penulis Sabah itu. Saya memohon AJK BAHASA menghubungi rakan-rakan BAHASA dan penulis untuk menghadiri majlis itu. Saya juga ucapkan tahniah kepada penulis Sabah yang Berjaya, yang sejarah dan gambar mereka, insyallah akan ditayangkan di layar putih sempena majlis gilang gemilang berkenaan. Saya gembira kerana inilah usaha dan segala jerih perih kita dalam BAHASA untuk menganjurkan program seperti ini, demi kebaikan dan memberi umbuhan yang tidak kecil kepada penulis Sabah yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk maju dalam bidang penulisan. Insy-Allah saya akan ingat ini dalam lipatan sejarah saya semasa bersama-sama tuan puan(Ahli BAHASA) dalam memimpin Badan Bahasa dan Sastera Sabah ini.

Marilah kita beramai-ramai penuhkan dewan hotel promenade pada malam yang gilang gemilang itu bagi merayakan kejayaan para penulis kita dan kejayaan sastera kita di Sabah. Kita akan buktikan kepada masyarakat dan para pemimpin kita bahawa program sastera berupaya menarik khalayak yang besar, yang selalu mereka tagih selama ini daripada kita. Marilah kita pastikan bersama-sama program ini akan mendapat sambutan yang hangat dan mendapat perhaitan yang besar daripada masyarakat.

Majlis makan malam dan penyampaian hadiah novel ini dijangka disempurnakan Datuk Masidi manjun, menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Negeri Sabah dan turut diserikan dengan persembahan lagu-lagu rakyat, etnik Sabah, yang sebahagiannya diisi oleh aktivis BAHASA kita dari beberapa cawangan di negeri Sabah. Insyallah kita juga akan melancarkan 7 buah buku novel yang Berjaya mendapat hadiah berkenaan.
Selepas selesai majlis ini, BAHASA akan menghantar rombongan penulis yang dijangka paling ramai untuk majlis Dialog Teluk yang dijangka akan diadakan di Miri Sarawak pada 17-19 Disember 2010. Rombongan kita akan dating ke Miri melalui udara dan juga melalui darat, di mana rombongan BAHASA juga akan berkonvoi melalui Negara Brunei Darussalam. Setakat ini lebih 20 orang ahli BAHASA sudah pun mengesahkan penyertaan. Penyertaan masih lagi terbuka.
Terima kasih.

CATATAN 2

Untuk makluman ahli BAHASA dan juga para penulis di Sabah, saya akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 23 Nov 2010 untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja GAPENA KE 111 tahun 2010/12 dan saya hanya akan kembali ke Sabah pada 24 Nov 2010. Pelbagai isu dan agenda akan dibincangkan antaranya ialah:
I hal yang berkaitan dengan kewangan GAPENA
II Hal yang berkaitan rumah GAPENA dan Gapeniaga Sdn Bhd
Iii hal yang berkaitan dengan peralihan kepimpinan GAPENA
IV Laporan acara sambutan 40 tahun GAPENA, peringkat GAPENA, peringkat Badan kerabat dan Kewangan
V hal berkaitan perkampungan penulis 1 Malaysia
Vi Hal berkaitan penerbitan buku
Vii Hal berkaitan sayembara penulisan cerpen puisi sempena sambutan 40 tahun GAPENA
VIII Kongres bahasa dan persuratan Melayu ke V111
Ix Seminar Dunia Melayu Sunda Bandung
X Pertemuan Budaya Melayu serumpun di Medan
Xi Persidangan antarabangsa warisan Melayu di Thailand.
Xii Pertemuan sasterawan Nusantara (PSN) ke XVI di Singapura.

Kepada ahli BAHASA, penulis Sabah, kerabat GAPENA di Sarawak (Khususnya PEKASA dan PUTRA dan Wilayah Persekutuan Labuan, (PERWILA) jika ada isu yang hendak disampaikan silalah berhubung dan emailkan kepada saya untuk dipanjangkan di peringkat jawatankuasa GAPENA.


JASNI MATLANI

Tuesday, November 16, 2010

Buletin Sastera: Majlis Bicara Kreatif, Kenduri Sastera dan Pelancaran Buku

Pada 13 November 2010, hari Sabtu dan bertempat di Kg Bawang Pitas, Badan Bahasa dan Sastera Sabah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah telah berjaya melaksanakan program ziarah sastera yang julung-julung kalinya diadakan di rumah seorang ahli BAHASA cawangan Pitas, di rumah saudara Marlaya.

Majlis Bicara Kreatif telah diadakan di Dewan Masyarakat Kg Bawang pada sebelah siang, Yang Dipertua Jasni Matlani serta Saudara Juri Durabi telah berkongsi pengalaman menulis mereka di hadapan empat puluh orang hadirin, yang terdiri daripada guru, pelajar sekolah dan masyarakat kampung yang berminat bagi mendalami sastera dan budaya.

Pada sebelah malam, Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah telah menyempurnakan pelancaran empat buah buku penulis Sabah, Kumpulan Cerpen Laron karya Jasni Matlani, novel Nurbalkis karya Ruhaini Matdarin, kumpulan cerpen Perjalanan ke Negeri Satu karya Juri Durabi dan Tulisan Bayu karya Raymond Majumah. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Encik Zubaidi Abas.

TAMBAHAN: Majlis sastera yangg pertama kali diadakan di kampung daif itu akhirnya mendapat perhatian Datuk Bolkiah Haji Ismail apabila beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM 30 ribu untuk pembinaan astaka, malah Yang Berhormat turut mengumumkan projek menarik taraf jalan tanah kuning dengan kos RM 18 juta di bawah RM ke 10.


RUHAINI MATDARIN

Monday, November 15, 2010

Majlis Bicara Kreatif, Kenduri Sastera & Pelancaran Buku

PHOTO-PHOTO SEKITAR MAJLIS BICARA KREATIF, KENDURI SASTERA DAN MAJLIS PELANCARAN ANJURAN BADAN BAHASA DAN SASTERA SABAH DENGAN KERJASAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH


EMPAT BUAH BUKU PENULIS SABAH, BUKU CERPEN LARON KARYA JASNI MATLANI, NOVEL NURBALKIS KARYA RUHAINI MATDARIN, BUKU CERPEN PERJALANAN KE NEGERI SATU KARYA JURI DURABI DAN BUKU TIUPAN BAYU KARYA RAYMOND MAJUMAH.

TEMPAT: KAMPUNG BAWANG, PITAS - DI RUMAH SAUDARA MARLAYA & DEWAM MASYARAKAT KAMPUNG BAWANG, PITAS

TARIKH & MASA: 13 NOVEMBER 2010, 2.30 - 4.30 PM MAJLIS BICARA KREATIF/ 8 - 11 PM KENDURI DAN PELANCARAN BUKU

DIRASMIKAN OLEH TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR SABAH, DATUK BOLKIAH HAJI ISMAIL






















































Tuesday, November 9, 2010

MAJLIS BICARA KREATIF DAN PELANCARAN KARYA

SUDAH BERADA DI PASARAN, BOLEH DIBELI TERUS MELALUI PEJABAT BADAN
BAHASA DAN SASTERA SABAH, TINGKAT 2, WISMA MUIS, KOTA KINABALU.

ATAU

BELIAN SECARA ONLINE DENGAN CARA MEMASUKKAN WANG KE DALAM AKAUN BAHASA 10016010010720, KEMUDIAN MENGHUBUNGI PENGURUS DENGAN MEMBERI MAKLUMAT DIRI, BUKU YANG HENDAK DIBELI, JUGA MEMBERIKAN ALAMAT BUKU ITU AKAN DIHANTAR KE NOMBOR TELEFON 0168115593

KUMPULAN CERPEN LARON, JASNI MATLANI
HARGA DIPASARAN RM 20, BELI MELALUI BAHASA DENGAN HARGA RM 16



KUMPULAN CERPEN EMAS HITAM, ANTOLOGI CERPEN PEMENANG HADIAH CERPEN SEDCO BAHASA II
HARGA DI PASARAN 16.50, HARGA SELEPAS DISKAUN, RM 14



KUMPULAN CERPEN JURI DURABI: PERJALANAN KE NEGERI SATU
HARGA DI PASARAN RM 25, HARGA SELEPAS DISKAUN RM 20



NOVEL NURBALKIS, RUHAINI MATDARIN
HARGA DI PASARAN RM 20, BELI MELALUI BAHASA DENGAN HARGA 16


NOTA TAMBAHAN: TIGA BUAH BUKU KUMPULAN CERPEN DAN NOVEL INI AKAN DIPERKATAKAN OLEH PENULISNYA SENDIRI PADA MAJLIS BICARA KREATIF YANG AKAN DIADAKAN PADA 13 NOVEMBER NANTI, PADA JAM 10.30 PAGI, BERTEMPAT DI BALAI RAYA KG. BAWANG, PITAS.

DAN PELANCARAN BUKU KUMPULAN CERPEN SERTA NOVEL TERSEBUT AKAN DILAKSANAKAN OLEH DATUK BOLKIAH HAJI ISMAIL,BERTEMPAT DI KG BAWANG, PITAS, JAM 7.30 MALAM, PADA HARI YANG SAMA JUGA, 13 NOVEMBER.

Sunday, November 7, 2010

CATATAN YDP

HARI ini sepatutnya BAHASA sibuk dengan majlis penyampaian hadiah cerpen SEDCO-BAHASA tetapi terpaksa ditangguhkan. Mohon ribuan kemaafan di atas penangguhan berkenaan. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa orang sahabat yang sebahagian besarnya seangkatan dengan saya yang menghantar SMS berkaitan dengan blog BAHASA yang sentiasa memberikan informasi baharu berkaitan sastera kita. Ada yang menghantar SMS menyatakan persetujuan mereka untuk menyertai Dialog Teluk di Miri. Insyallah saya akan masukkan nama mereka dalam senarai.

Malah presiden PENA, Encik Salleh Rahamad juga semalam menghubungi saya, agar dapat diadakan pertemuan di antara BAHASA dan PENA yang beliau terajui semasa Dialog Teluk nanti, kerana PENA juga dijangka menghantar peserta yang ramai sempena dialog itu dan saya telah pun menyatakan persetujuannya dan insyallah, saya akan memperhalusi lagi rancangan pertemuan itu. Menurut Encik Salleh, kita akan membincangkan perlbagai program melibatkan PENA dan BAHASA dan mungkin juga dengan pertemuan dengan persatuan lain seperti PPJ, PUTRA dan sebagainya.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dari Semenanjung dan Sarawak yang prihatin terhadap penyiaran cerpen saya yang berjudul BIMBO dalam Berita harian (Sabtu) lalu, cerpen berkenaan sangat bersahaja dan berdasarkan kisah benar, tetapi diuslami ilmu bantu tentang penanaman tomato. Barangkali elok juga ahli BAHASA membacanya dan kita berkongsi pengalaman bagaimana ilmu bantu boleh diterapkan dalam sesebuah cerpen, dengan bahasa yang tidak terlalu tinggi, tetapi bersulam falsafah di sana sini, supaya kita dapat memperbaiki mutu penulisan cerpen kita di negeri ini.

Saya juga mencadangkan penulis cerpen kita yang sudah mapan terus menghantar karya mereka dalam bentuk buku untuk dinilai pihak DBP dan seterusnya diterbitkan, kerana dalam beberapa tahun terakhir ini, sangat kecil jumlah buku kumpulan cerpen penulis Sabah yang diterbitkan DBP berbanding penulis Sarawak. Kita mungkin lebih terkehadapan dari segi pembangunan fizikal, tetapi nampaknya kita terkebelakang dalam bidang sastera dan budaya. Jadi inilah tanggungjawab besar yang perlu digalas para penulis di negeri ini, terutama ahli BAHASA. Kita mesti membuktikan kita boleh…

JASNI MATLANI