Untuk makluman seluruh ahli BAHASA kita akan melaksanakan 3 program besar dalam tempoh terdekat ini.
1. Mesyuarat Agung BAHASA 2011 dijangka diadakan di kompleks Bangunan Tabung Haji Sembulan Kota Kinabalu pada 16 April 2011 (Sabtu). Bermula jam 7.30 Malam. Semua pengerusi cawangan BAHASA sila maklum.
2. Bahasa sedang menganjurkan PERADUAN MENULIS CERPEN SEDCO-BAHASA 2011 bermula Mac sehingga penghujung Jun 2011. Terbuka kepada penulis Malaysia. Setiap peserta boleh menghantar 2 buah cerpen seorang. Temanya “Penglibatan Bumiputera dalam bidang ekonomi”. Cerpen boleh dihantar melalui email ke alamat jasni_matlani@hotmail.com atau aini05girl@yahoo.com
3. BAHASA akan menganjurkan Persidangan Persuratan dan Kebudayaan Kebangsaan ke 2 bertempat di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu. Majlis perasmiannya dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 26 Mei 2011, jam 3.00 petang, bertempat di Dewan Semarak Wisma Dang Bandang Kota Kinabalu. Sementara penutupannya dijangka disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.
Kertas kerja yang dibentangkan antara lain seperti berkut:
Pembentang Kertas Kerja Utama
Kebudayaan Etnik Malaysia Dalam Konteks Pelestarian
Kebudayaan Kebangsaan
Oleh Dato’ Norliza Rofli
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Pembentang kertas kerja biasa
Bahasa Sukuan Di Sabah Dalam Konteks Pengembangan Bahasa
Kebangsaan
Oleh Encik Zubaidi Abas
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah
Isu Kebudayaan Etnik di Sabah: Masalah dan Penyelesaian
Oleh Dr. Sansalo Dayo
Penysarah Universiti Malaysia Sabah
Sastera Melayu: Isu, Cabaran dan Penyelesaian
Oleh Encik Saleeh Rahamad
Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA)
Pelestarian Sastera Melayu di Sabah: Isu dan Penyelesaian
Oleh Dr. Ramzah Dambul
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial
Sastera Melayu di Sabah: Transformasi dan Pelestarian
Oleh Encik S.M Zakir
Setiausaha Agung PENA
Warna tempatan dalam karya penulis Sabah
Oleh Encik Ramli Jusoh
Timbalan Yang Di Pertua BAHASA
Melestarikan Sastera Melayu dalam Konteks Gagasan 1 Malaysia
Oleh Encik Amiruddin Ali Hanafiah
Presiden Persatuan Penulis Johor
4. BAHASA juga mewar-warkan program DIALOG BORNEO KALIMANTAN akan diadakan pada penghujung April di Samarinda Kalimantan. Sesiapa yang berminat sila maklumkan kepada YDP BAHASA secepat mungkin. Perbelanjaan perjalanan dibiayai sendiri, melalui jalan darat ke Tawau dan seterusnya melalui laut dari Tawau ke Balik Papan dan seterusnya ke Samarinda.
5. BAHASA akan menghantar rombongan ke pertemuan Penyair Nusantara di Palembang pada 16-21 Julai 2011. Sesiapa yang berminat sila maklumkan kepada YDP BAHASA secepat mungkin. Perbelanjaan perjalanan dibiayai sendiri, melalui udara dan tambangnya setakat ini sekitar RM600 seorang.
6. BAHASA juga insyallah akan membantu DBP Cawangan sabah melaksanakan program Perkampungan sasterawan yang dijangka diadakan di kota Marudu pada pertengahan Jun 2011. Ahli BAHASA sila maklum.
7. BAHASA turut menghantar perwakilan menghadiri mesyuarat agung GAPENA Ke 40 di Kuala Lumpur pada 25-28 Mac 2011 yang lalu.
Semoga BAHASA akan terus maju jaya dan ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah akan terus meningkatkan kualiti penulisan dan penyertaan dalam sebarang aktiviti sastera di negeri ini dan malah di peringkat kebangsaan.
Salam Hormat
Jasni Matlani
3 comments:
hai, maaf.. sy ingin btny di sini.. xda ka pertandingan mnulis puisi? terima kasih :)
Tuan/puan
akan dimaklumkan kelak berkenaan pertandingan menulis puisi anjuran BAHASA
Setiausaha
Salam,
sy nak tanya. Dimana nak dapatkan borang pnyertaan rasmi utk pertandingan menulis cerpen tu?
Post a Comment