Thursday, June 17, 2010

Surat Jemputan dan atur cara PPN 4

Kepada, Badan Bahasa dan Sastera Sabah

Assalamu alaikum,

PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA KE-4

Dengan penuh hormat, sukacita dimaklumkan kepada Tuan-Tuan / Puan-Puan bahawa ASTERAWANI akan menganjurkan Pertemuan Penyair Nusantara Ke-4 pada 16 – 18 Julai 2010 bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
2. Sehubungan dengan itu, saya dengan penuh hormat dan sukacita mengundang Tuan-Tuan / Puan-Puan untuk menyertai majlis di atas. Sayugia juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur hanya akan menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan domestik kepada peserta luar negara.
3. Pihak penganjur juga bercadang akan menerbitkan dan melancarkan antologi sajak pada pertemuan berkenaan. Oleh yang demikian, sukacita dimaklumkan kepada para peserta agar dapat menghantar tiga buah sajak, sekeping foto, dan biodata bagi tujuan tersebut kepada pihak penganjur tidak lewat daripada 10 Jun 2010. Sayugia juga dinyatakan agar para peserta dapat mengirimkan jadual penerbangan bagi memastikan sajak peserta berkenaan dapat diterbitkan dalam antologi puisi Gema Nusantara.
4. Bersama ini disertakan atur cara tentatif pertemuan tersebut sebagai rujukan pihak Tuan-Tuan / Puan-Puan.
5. Di atas kesudian Tuan-Tuan / Puan-Puan menyertai pertemuan berkenaan, saya terlebih dahulu mengucapkan berbanyak–banyak terima kasih.
Wassalam.


Dengan Hormat,

……………………
(Zefri Ariff)
Pengarah Program
Pertemuan Penyair Nusantara ke-4

Tel: +673-8749500
Faks: +673-2337033




ATUR ACARA TENTATIF
PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA 4

JUMAAT, 16 JULAI 2010

Pagi – petang: Kehadiran dan urusan penginapan bagi peserta luar negara dan sesi pendaftaran
7.00 malam: Acara Pembukaan Rasmi PPN4
• Bacaan surah Al-Fatihah, Tahlil dan Doa Selamat
• Ucapan Pengerusi PPN4
• Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat
• Pelancaran Antologi Sajak Gema Nusantara
• Ucaptama
• Makan Malam
• Persembahan Penyair Nusantara
• Pertukaran Momentu

SABTU, 17 JULAI 2010

8.00 – 9.45 pagi: Gema 1: Penyair Pembina Masyarakat
• Pemakalah Brunei Darussalam
• Pemakalah Filipina
• Pemakalah Indonesia
• Pemakalah Kemboja
• Pemakalah Malaysia
• Pemakalah Singapura
• Pemakalah Thailand
9.45 – 10.15 pagi: Minum pagi
10.15 pagi – 12.00 tgh: Gema 2: Kepenyairan: Akreditasi dan Kredibiliti
• Penyair Brunei Darussalam
• Penyair Filipina
• Penyair Indonesia
• Penyair Kemboja
• Penyair Malaysia
• Penyair Singapura
• Penyair Thailand
12.00 tgh – 2.30 ptg: Makan tengah hari / Solat Jumaat - Zuhur / Rehat
2.30 – 4.00 ptg: Forum Penyair Nusantara: “Rangsangan Lonjakan Industri Kreatif Menerusi Dunia Perpuisian”
• Panel Brunei Darussalam
• Panel Indonesia
• Panel Malaysia
• Panel Singapura
• Panel Filipina / Kemboja / Thailand
4.00 – 5.00 ptg: Gema 3: Kepenyairan Media Baru
• Akademia / Pengamal Media dari Brunei Darussalam
• Akademia / Pengamal Media dari Indonesia
• Akademia / Pengamal Media dari Malaysia
• Akademia / Pengamal Media dari Singapura
5.00 ptg – 7.00 mlm: Minum Petang / Solat Asar / Rehat
7.00 – 8.00 mlm: Makan malam
8.00 – 11.00 mlm: Festival Penyair Nusantara (Bersempena dengan sambutan Perayaan Ulangtahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-64 Tahun)

AHAD, 18 JULAI 2010

8.00 – 10.00 pagi: Lawatan ke Kg. Ayer
10.00 pagi – 12.00 tgh: Baca Puisi di Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kg. Ayer
12.00 tgh – 2.00 ptg: Makan tengah hari / solat
2.00 – 3.00 ptg: Bicara Penyair (sumbang saran setiap ketua perwakilan negara)
3.00 – 3.45 ptg: Sidang pleno
4.00 ptg: Acara Penutupan Rasmi PPN4
• Pembentangan Resolusi
• Ucapan Pengarah Program
• Penyerahan Simbolik kepada Tuan Rumah PPN5
• Ucapan Penutupan Rasmi oleh Tetamu Kehormat
• Pertukaran Cenderamata
• Doa Selamat
• Acara Bergambar Ramai
• Jamuan
Malam: Acara bebas

ISNIN, 19 JULAI 2010

Kepulangan peserta luar negara.

No comments: