Terima kasih kepada semua jawatan kuasa BAHASA seluruh negeri Sabah kerana telah membantu menjayakan sambutan karnival sambutan 40 tahun BAHASA. Walaupun berlangsung cara sederhana tetapi sangat berkesan, bebas dan terbuka.
Mudah-mudahan perjuangan sastera kita akan terus bersemarak dan kita akan lebih gah lagi dalam jangka masa 40 tahun mendatang.Saya juga dengan rendah hati memohon maaf jika terdapat segala kekurangan sepanjang melaksanakan program berkenaan.
Terima kasih tidak terhingga juga dipanjangkan kepada YB Datuk Lajim Haji Ukin kerana sudi hadir merasmikan bicara eksekutif dan perasmian penutupan persidangan sempena karnival sambutan 40 tahun BAHASA dan seterusnya menyumbang dana RM 10,000 untuk membeli buku ahli BAHASA.
Terima kasih seterusnya kepada Datuk Radin Malih yang sudi mewakili Ketua Menteri merasmikan karnival sambutan 40 tahun BAHASA. Seterusnya kepada YB Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang sudi menjengah kami setiap ada kesempatan selama tiga hari pelaksanaan program berkenaan.
Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atasi peti
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi dibawa mati
JASNI MATLANI
4 comments:
Salam...
Tahniah saya ucapkan kepada BAHASA Sabah...
salam abg Jasni Matlani..maaf kerana tidak dpat menghadirkan diri ke majlis tu..insyaallah selpas ini akan aktif semula selepas balik adri Honeymoon..salam untuk semua kwan2 BAHASA yag sentiasa saya rindui..
Perjuangan memartabatkan sastera di Sabah ini perlu didokong bersama, tidak kpd satu dua bahu sahaja. Marilah bertanggung jawab kepada diri sendiri.
Salam perkenalan kepada sifu dan otai-otai Bahasa seluruh Sabah serta mereka yang rajin menghasilkan karya (harap saya pun ada kekuatan 'turbo' mcm senior-senior ni, amin)
Terima kasih atas sokongan sahabat sekalian, semoga sihat sejahtera selalu hendaknya. Terima kasih atas sokongan, marilah kita bersama memartabatkan perjuangan sastera di negeri ini agar 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' bukan sahaja dalam kalangan rakan penulis kita di Semenanjung, bahkan di peringkat antarabangsa. Mudah-mudahan.
Wassalam.
Post a Comment