Wednesday, September 29, 2010

Catatan YDP 29 September 2010

Assalamualaikum. Kita bertemu kembali. Ada beberapa perkara yang hendak saya maklumkan tentang program BAHASA pada bulan oktober dan November 2010 ini. Pertama kali saya hendak memaklumkan bahawa saya akan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa penuh GAPENA bersama Cikgu Ramli Jusoh, Timbalan yang Di Pertua BAHASA, pada 30 September 2010 sehingga 5 Oktober 2010. Sepanjang berada di Kuala Lumpur, kami akan menghadiri beberapa program seperti berikut:

1 Forum: jati Diri anjuran Berita Harian dan GAPENA
2 Jamuan mesra Berita harian dan GAPENA
3 Perbincangan kegiatan Perayaan 40 GAPENA
4 majlis pelancaran Perayaan 40 tahun GAPENA dan sambutan
Bulan Bahasa Kebangsaan dan Sayembara Deklamasi Puisi kemerdekaan 2010
Peringkat akhir dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka,
YB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam
5 Perbincangan Meja Bulat Muafakat pertubuhan
6 Mesyuarat jawatankuasa Penuh GAPENA

Agenda: 1. Membentangkan dan mengesahkan
minit mesyurat jawatankuasa penuh ke 1V pada 3 Julai 2010
2. Perkara berbangkit
3. penubuhan Biro GAPENA
4. Kerjasama dengan media
5. perayaan GAPENA ke 40 Tahun
6. lain-lain hal.

Sementara itu program Wacana Ilmu/Malam Semarak Sastera dan Ziarah Sastera BAHASA Peringkat 1, telah dijadualkan semula seperti berikut:
JADUAL TENTATIF WACANA ILMU / MALAM SEMARAK SASTERA & ZIARAH SASTERA (BAHASA) PERINGKAT 1

16 OKOTOBER 2010 – SABTU (Petang)

12.00 Tengahari Ketibaan/Pendaftaran
Check in hotel bagi peserta dari luar Tenom

02.00 petang Ucapan alu-aluan penganjur
Encik Jasni Matlani

Ucapan Pengarah DBP Caw. Sabah
Encik Zubaidi Abas

Ucapan Perasmian Majlis Wacana Ilmu
Tan Sri Prof. Dato Ismail Hussein

Sesi 1 Wacana Ilmu wakil GAPENA
Cadangan: Tuan Haji Hamzah Hamdani (Peringkat cadangan)
Encik Salleh Rahmad (Peringkat cadangan)

Sesi 2 Wacana Ilmu wakil BAHASA
Cadangan: Encik Ramli Jusoh
Encik Raymond Majumah

5.30 petang REHAT

6.30 malam Makan Malam

7.00 malam Ketibaan peserta

7.30 Malam Ucapan alu-aluan
Encik Jasni Matlani

Ucapan Pengarah DBPCS
Encik Zubaidi Abas

Ucapan perasmian Malam Semarak Sastera
Encik Jamawi Jaafar

Malam Semarak Sastera

10.30 malam Penyampaian Cendermata
BERSURAI.

17 OKTOBER 2010 – AHAD (Pagi)

8.00 pagi Peserta/ahli BAHASA/GAPENA
Yang menyertai program Konvoi Ziarah sastera ke beberapa daerah di Sabah berkumpul di suatu tempat yang ditetapkan penganjur.

Peserta dilepaskan oleh Encik Jamawi Jaafar
Ketua Pemuda UMNO Tenom

11.00 pagi Dijangka sampai di daerah Beaufort

12.00 tengahari Majlis Makan Tengahari / Majlis Rumah Terbuka MAYANG
Di Kampung Kebatu Beaufort

1.00 petang Ucapan alu-aluan
Encik Jasni Matlani

Ucapan Pengarah DBP Caw. Sabah
Encik Zubaidi Abas

Ucapan perasmian dan Pelancaran buku Kumpulan Cerpen Laron
Oleh Y B Datuk Lajim Haji Ukin
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

4.30 petang Bertolak ke Membakut / Binsulok Resort

7.00 malam Acara bersama BAHASA Caw. Membakut dan Cawangan Papar.

Bertolak / Ke Kota Kinabalu.

Saya bagi pihak BAHASA juga mengucapkan tahniah kepada GAPENA sempena Sambutan 40 tahun GAPENA dan sama-samalah kita memperkasakan bahasa dan Sastera di bumi yang tercinta ini.
Sekian terima kasih.

JASNI MATLANI

Tuesday, September 21, 2010

Keputusan hadiah cerpen SEDCO-BAHASA II

SUKACITA diumumkan bahawa daripada 103 buah cerpen yang dinilai hasil karya 78 orang penulis dari seluruh negeri Sabah, panel telah memilih 15 buah karya cerpen sebagai layak untuk dinilai di peringkat akhir. Kemudian setelah diteliti, dinilai semula dan dipertimbangkan daripada pelbagai aspek, panel akhirnya memperakukan bahawa 3 buah karya cerpen sebagai layak memenangi hadiah Utama seperti berikut:

1. Emas Hitam karya Ruhaini Matdarin (Kota Kinabalu)
2. Nasi Lemak karya Rubiah Nordin (Kota Kinabalu)
3. Rusap karya Siti Rahmah G. Ibrahim (Kota Kinabalu)

Sementara 10 buah cerpen lagi berjaya memenangi hadiah saguhati seperti berikut:

1. Bukan Mimpi karya Dayangku Mastura Pg. Ismail (Papar)
2. Semanis Madu karya Badariah Arbin (Sandakan)
3. Simpang Niaga karya Faridah Abdul Hamid (Kota Kinabalu)
4. Metmorfosis karya Mad Sakiran Sulaiman (Semporna)
5. Sehelai Daun Sirih karya Martinah Obod (Kota Kinabalu)
6. Rogi-Rogian karya Marlaya Baluk (Pitas Kudat)
7. Tasik Bendang karya Khair Hudsufi @ Ehsan Nawawi
8. Apabila Rembulan Berjaga karya Siti Aisyah Mat Saad (Ranau)
9. Pesta karya Norlie (Pitas, Kudat)
10. Bukan sekadar impian karya Katherina Tati (Kota Kinabalu)

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang. Insy-Allah majlis penyampaiannya akan disempurnakan di hotel Hyatt kota Kinabalu pada satu tarikh yang akan ditetapkan sama ada pada bulan oktober atau bulan November 2010 ini. Saya akan memaklumkannya dari semasa ke semasa

Kepada semua pemenang, mohon ambil perhatian, semoga dapat meluangkan masa menghadiri majlis penyampaian hadiah yang dijangka diadakan dalam tempoh yang terdekat ini.

Sekali lagi tahniah kepada para pemenang. Semua karya yang berjaya memenangi hadiah akan dibukukan dan akan dilancarkan bersempena majlis penyampaian hadiah itu. Tahniah!

Jasni Matlani
Ramli Jusoh

CATATAN YDP

SAYA bersama beberapa orang jawatankuasa yang sempat dihubungi bercadang melaksanakan beberapa program bahasa dan sastera di penghujung tahun ini. Insy-Allah melibatkan sebanyak mungkin cawangan BAHASA di seluruh negeri Sabah. Program ziarah bahasa dan sastera insy-Allah akan direalisasikan dan mudah-mudahan disertai dan mendapat sambutan ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah. Barangkali ini adalah salah satu caranya saya dan beberapa jawatankuasa tertinggi BAHASA dapat bersamaahli BAHASA di peringkat akar umbi. Ziarah ini jika diizinkan akan bermula di daerah Tenom, bersama BAHASA Cawangan tenom.
Tetapi barangkali semua ini akan disekalikan dengan program sambutan 40 tahun GAPENA yang bermula 2 oktober 2010 ini, kebetulan juga bebefrapa program GAPENA di peringkat kebangsaan insy-Allah akan dilaksanakan di Sabah.
Saya dan Timbalan YDP, Cikgu Ramli AR, akan bertolak ke Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penuh GAPENA pada 30 September 2010 hingga 04 Oktober 2010. Di sana nanti selain daripada menghadiri mesyuarat jawatankuasa Kerja GAPENA, kemudian mesyuarat Jawatankuasa Penuh GAPENA, kami juga akan menghadiri majlis perasmian 40 Tahun GAPENA dan sayembara deklamasi puisi kebangsaan di rumah GAPENA dan turut menghadiri beberapa program lain.
Sekembali kami dari Kuala Lumpur, insy-Allah saya dan bersama beberapa rakan dalam jawatankuasa tertinggi BAHASA akan membuat persiapan majlis penyampaian hadiah SEDCO-BAHASA, pada satu tarikh baru yang akan ditetapkan kelak. Majlis penyampaian pada 5 oktober seperti yang dicadangkan sebelumnya ditangguhkan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Insy-Allah kerja-kerja penerbitan buku kumpulan cerpen SEDCO BAHASA ke 2 juga akan diusahakan secepat mungkin.

Jasni Matlani

CATATAN YDP

SELAMAT bertemu kembali, di harap anda ahli BAHASA sihat walafiat. Pada penghujung minggu lalu saya hanya sempat berziarah hari raya di rumah beberapa orang sahabat dalam BAHASA. Kepada Cikgu Ramli, terima kasih dengan nasi dagang yang enak. Saudara Siba Nita pula menyambut saya dengan pantun di Kota Belud. Pantunnya itu berbunyi seperti berikut:

Tapak sirih hidang bersantap
Menyambut tuan bertandang kemari
Budi dan santun pelabuhan harap
Ikatkan persaudaraan hulurkanlah jari

Khabar tuan sudahlah mashyur
Desa dan pekan itulah jasni
Sekiranya Siba Nita hulurkan syor
Sudikah tuan terimanya resmi

Tuan umpama payung mahkota
Rimbun daun tempat berteduh
Desa dan pekan bahkan kota
Kumpulan marhaen tempat mengadu.

Terima kasih saudaraku Siba Nita, makna pantun itu insy-Allah saya renung-renungkan. Saudara Mabulmaddin Shaiddin, dan saudara Dulamid pula terima kasih, juadah kuih muih yang sedap dan sesungguhnya kunjungan hari raya di rumah kalian di Kota Belud itu mudah-mudahan merapatkan lagi hubungan sesama kita.
Lebih awal daripada itu saya turut sempat berkunjung ke majlis terbuka penasihat BAHASA kita, YB Datuk Arifin Mohd Arif dan sempana majlis itu beliau juga melancarkan 2 buah buku beliau yang sangat bermakna iaitu “Memetik Himah” dan “Ujana hati”. Tahniah!
Saya juga berkunjung ke tempat Puan Dayangku Mastura Pg. Ismail di Papar dan bercerita tentang sastera sambil bermaaf-maafan dan menikmati hidangan hari raya.
Kepada sahabat handai lain yang tidak sempat dikunjungi, saya menyusun jari sepuluh memohon ribuan kemaafan. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.

Jasni Matlani

Tuesday, September 7, 2010

CATATAN YDP

Saya mengucapkan selamat berjuang di penghujung bulan Ramadan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba. Saya menyusun jari sepuluh memohon ribuan kemaafan jika selama ini saya pernah menulis atau mengungkapkan kata-kata yang menyakitkan hati atau melakukan kesalahan yang saya sedari atau pun tidak. Moga-moga Ramadan dan Hari Raya tahun ini membawa kemenangan dan keberkatan kepada kita semua.
Kepada ahli BAHASA di seluruh negeri Sabah, saya merindui anda semua. Sudah lama kita tidak bertemu. Jarak jauh dan bentuk geografi negeri kita yang bergunung ganang banyak mencuri peluang dan selalu menjadi penghalang untuk kita selalu bersama dan berkumpul dalam mana-mana majlis sastera, walau bagaimana pun mudah-mudahan kemudahan IT ini dapat merapatkan kita bersama.

Seperti yang saya maklumkan baru-baru ini, keputusan pememang novel sudah pun diperolehi dan sudah diserahkan kepada pihak Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, bagi memaklumkannya. Saya sudah pun memaklumkan dan menyerahkan senarai penerima hadiah dan laporan lengkapnya sekali kepada Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan, Dato’ Rosmadi dan timbalannya Encik Miceky Apison, berhubung dengan keputusan jemaah hakim dan hal-hal yang berkaitan dengan sayembara itu, termasuk mengenai keperluan untuk mengumumkannya kepada umum dan menyampaikan hadiahnya dalam tempoh yang terdekat, seperti yang dijanjikan.

Insy-Allah saya akan menghubungi Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, yang mencetuskan dan mencadangkan agar Lembaga kebudayaan menganjurkan sayembara berkenaan, dan membincangkan hal yang berkaitan dengan sayembara itu, jika pengumuman dan penyampaian hadiah sayembara berkenaan tertangguh untuk jangka masa yang lama.

Sementara itu bagi Sayembara Menulis Cerpen SEDCO-BAHASA, pernyataannya sangat menggalakkan, setelah ditutup pada 31 Ogos 2010 lalu, pihak urus setia telah mendapat sekurang-kurangnya 102 penyertaan yang datang dari seluruh negeri Sabah. Kita juga telah mendapat lampu hijau daripada pihak SEDCO yang sudi menaja majlis makan malam sempena penyampaian hadiahnya yang dijangka akan diadakan di Grand Ballrom Hotel Hyatt Kota Kinabalu. Cuma sekarang kita masih dalam proses penghakiman dan sedang mencari tarikh yang sesuai, untuk menyempurnakan majlis berkenaan.
Walaupun saya memaklumkan sebelum ini bahawa tarikhnya akan dilaksanakan pada bulan September, tetapi kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan maka, ia berkemungkinan akan dilaksanakan pada 5 November 2010 (Jika tiada perubahan). Program ini akan disekalikan dengan beberapa program lain yang diadakan keesokannya (6 November 2010) iaitu majlis ZIARAH SASTERA di mana sekumpulan penulis, budayawan, ahli BAHASA dan penulis dan ahli GAPENA dari Kuala Lumpur akan berkonvoi ke Pitas Kudat. Di sana nanti akan diadakan majlis wacana ilmu, pelancaran buku, baca puisi, lagu puisi dan kenduri sastera. Rombongan hanya akan balik ke Kota Kinabalu pada pagi 7 November 2010.

Program ini juga berkemungkinan akan melibatkan BAHASA Cawangan Tenom, BAHASA Keningau, BAHASA Membakut, BAHASA Papar, BAHASA Kota Kinabalu, BAHASA Tuaran, BAHASA, Kota Belud, BAHASA Motunggong, BAHASA Kota Marudu dan BAHASA Cawangan Pitas.
Sementara BAHASA di bahagian Pantai Timur, Seperti BAHASA Sandakan, BAHASA Lahad Datu, BAHASA Semporna dan Tawau, boleh terus ke daerah Pitas sahaja dan bertemu di daerah itu. Segala urusan men genai ziarah sastera itu akan diselaraskan kemudian.
Saya juga bagi pihak BAHASA ingin mengucapkan Selamat menyambut hari Ulang Tahun ke 40 GAPENA yang mula disambut pada 2 oktber 2010 ini. Banyak program yang akan dilaksanakan dan ada beberapa buah program juga akan melibatkan BAHASA dan insya-Allah akan diadakan di Sabah.

Begitu juga saya hendak memaklumkan bahawa penasihat BAHASA, merangkap Pengerusi SEDCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut iaitu Datuk Haji Arifin Mohd Arif, akan mengadakan majlis terbuka Hari Raya beliau pada ke 3 bermula jam 11.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Justeru, kepada semua ahli BAHASA yang berkelapangan dan tidak berhalangan,(di mana sahaja anda berada), saya menjemput anda semua menghadiri dan memeriahkan seterusnya berziarah di teratak beliau sempena hari yang mulia ini. Majlis beliau itu dijangka akan diadakan di Dewan Seri kampung Pimping Membakut. Datanglah beramai-ramai.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Jasni Matlani